Pas tu sekrg ramai juga yg pakai ala2 turban..erk lagiks saya tak suka..entah apa yg cantik dimata mereka pun tak tau laa..
Berikut artikel yg saya copy & paste dr sini - http://farishishak.blogspot.com/2012/05/fenomena-punduk-unta-sanggul-tinggi.html
Semakin membimbangkan apabila gaya ini turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur apabila TV-TV mendapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tetapi tak sampai lima tahun, cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir-anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa-lawa ini tiba-tiba sahaja tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah tak macam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya. Nauzubillahhiminzalik.
Sumber Rujukan: Fenomena Punduk Unta (Sanggul Tinggi)
1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri atau kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)
Dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa bentuk pakaian seseorang perempuan adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) iaitu yang menunjukkan bentuk tubuh.
Dinyatakan juga oleh Rasulullah S.A.W. bahawa ikatan rambutnya umpama punduk (bonggol) unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti punduk unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sanggul, ikatan dan toncang. Malahan ada juga terdapat rambut palsu (wig) berbentuk sanggul yang sedia terjual di kedai-kedai.
Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai.Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menutup rambut dan bentuk rambut itu sendiri.
Dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa cara berjala seorang perempuan adalah seperti berlenggang-lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang-lenggok, malahan perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul, tetapi semua tubuh!
Dan dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh).
Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam. Allah S.W.T. dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;
" Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzaab, 59)
Sumber Rujukan: Fenomena Punduk Unta (Sanggul Tinggi)
No comments:
Post a Comment