I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Wednesday, February 11, 2015

Dunia baru Najihah


Perasaan Najihah juga happy bercampur sedih.
Perasaan bercampur aduk menunggu tarikh 13 Jan 2015.

Happy & bersemangat sebab tahu Najihah akan berada di sekolah yg baik.. dapat lebih fokus untuk diri dia sendiri. Kalau duduk rumah, susah utk dia fokus sebab adik2 ramai. Semuanya demi kebaikan masa depan Najihah. Jadi insan yg lebih berdisiplin dgn rutin hidup berjadual di asrama.

Sedih..
Anak yg selalu di depan mata dr lahir tak pernah berpisah..
Bakal berjauhan & bila fikir lepas ni masa najihah lebih banyak di asrama bersama kawan2..
pedihnya hati menahan rindu..
tgk pakaian najihah, makanan kegemaran najihah.. hati jadi sayu..
Hati ibu sedih.. bila fikirkan sedih hati hati si anak menanggung rindu.. anak struggle menyesuaikan diri dgn suasana hidup yg baru.. suatu yg sukar & ambik masa utk adjust...
Naluri ibu.. meletakkan diri dlm diri si anak... ibu sedih bila merasai apa si anak rasa..

Seawal pukul 5.30 pagi kami gerak dari Puncak Alam, tak mau stuck dlm traffic light kat area kuala selangor, sekinchan semua tu.. actually Puncak Alam ker Bagan Datoh cuma 120km.. tapi memikirkan tak der hiway so kami decide gerak awal. Jalan kampung esp bila dah masuk Perak agak bumpy so tak boleh nak bawak laju sangat.
Barang2 Najihah untuk dibawa ke asrama.. dlm beg merah tu cuma ada sejadah & selimut.. saja saya bagi sebagai beg balik hujung minggu, beg luggage yg besar tu kami bawa pulang lepas dah setel kemas baju dlm almari etc. Baldi ada 3 satu baldi besar, satu  lagi baldi yg lebih kecik untuk letak pakaian dalam. Baldi bertutup untuk simpan sabun serbuk.. satu beg kertas besar stok makanan :)
sewaktu berhenti solat subuh di Petronas Tanjung Karang2
Alhamdulillah.. kami sampai dalam pukul 8.20 pagi itu pun en.suami slow drive jer. Since pendaftaran bermula pukul 9 pagi so kita pegi makan kat kantin dulu.
En.suami last kopek cek segala dokumen & susun ikut check list yg diberi.
Untuk panduan korang yg akan melalui pengalaman seperti saya di masa depan andai anak2 masuk asrama.. sediakan duit dlm RM1500 sewaktu hari pendaftaran. SBP mmg macam tu dah sekarang tak macam dulu. Yuran asrama adalah bergantung pada pendapatan bulanan ibubapa. Bagi yang berpendapatan RM5000 kebawah, yuran asrama adalah RM250 setahun. Bagi ibubapa yg berpendapatan RM5000 ke atas, yuran asrama adalah RM750 setahun. Ini belum termasuk yuran pibg & kooperasi (koop ajer dlm rm200) etc. Tapi ada juga kuota untuk golongan miskin Tegar. Surat tawaran mereka ini akan ditulis Projek Khas (e-kasih), so diaorang tak perlu bayar apa2.

Akujanji Pelajar Tingkatan satu 2015
Tahun ini hanya 95 orang mendaftar setakat 13/1 daripada 165 yg ditawarkan di sekolah Sains Bagan Datoh ni (SABDA). Pelajar lelaki lebih ramai berbanding pelajar perempuan. Sekolah ni sekolah baru, Batch Najihah adalah intake ke 7. Polisi sekolah ini adalah anti buli.. jujur saya suka environment & attitude anak2 di sekolah ini. Suasana baik & antibuli dibentuk dari seawal murid form 1 batch pertama.. tiada senior yg bawa tradisi buli & yg tidak elok.  Senang bentuk sebab semua pun baru fresh dr sekolah rendah kan. Sebab tu la tradisi yg elok ni kekal hingga hari ini. Kebanyakan anak2 yg saya jumpa sangat hormat pada orang tua.. waktu balik ke bilik najihah dalam pukul 4, senior dah balik dari kelas so ramai lah yang bertandang ke bilik freshies untuk berkenalan. Semua senyum & cium tangan. Boleh nampak keikhlasan bukan pura2. Pengetua pulak diaorang panggil Ayahanda. Sewaktu registration tiba2 ada sorang budak datang perkenalkan diri.. budak form 2 saya tak ingat nama betul dia tapi kami panggil dia Paim. Paim ni macam kakak angkat Najihah .. dia tolong kami waktu registration sampai lah ke asrama etc. Menurut Paim semua budak2 form 2 turun untuk bantu parents & student baru. Semoga Najihah cepat menyesuaikan diri & bawa pulang sikap2 positif.
Akujanji pelajar2 tingkatan 1

Akujanji penyerahan pelajar baru dr wakil ibubapa

Akujanji penerimaan pelajar baru dr pengetua


Dah setel registration & taklimat ibubapa, kami ke asrama .. Bilik najihah tingkat paling atas.. tingkat 4.. jenuh menapak jugak lah..
Kemas jer rak kasut..susun ikut jenis & warna
Katil Najihah bahagian bawah.. paling hampir dgn pintu.. satu bilik ada 3 katil (6 orang)
Stok makanan untuk najihah
Bekalan untuk najihah..nasib baik mama dia ni ada pengalaman dok asrama hihi.. belikan dia bubur segera, kit kat, 3 in 1 oat, mushroom soup, biskut oreo & Julie's cheese sandwiches. Baulu tu pemberian dari Wan dia yg sgt memahami najihah.. dia tahu baulu ni faveret jihah :)

Area membasuh baju. Baldi bersusun rapi & kemas
Kawasan ampaian pun berbumbung. Tak perlu risau kalau hari hujan. Waktu hari pertama tu cuaca sgt panas terik.. so jgn risau takut kain baju lambat kering ker apa sbb mmg boleh kering punya huhu.. elok pun berteduh kain tak der la cepat pudah dek kena cahaya matahari kan.

Dewan makan sgt luas.. pengetua tu kata boleh muat seribu orang.



Waktu hari pendaftaran tu kami semua termasuk lah ibu bapa dijemput untuk makan di dewan makan bersama2 anak. 

Babah bagi tips kat jihah :)


Lepas makan, sambung kemas almari & katil najihah.. lepas tu bawak dia keluar kejap cari beberapa barang lagi.. dalam pukul 6 lebih macam tu baru kami berdua bergerak balik.. Sebelum2 ni jihah nampak ok, tapi bila time kami nak balik ni dia dah mula menitis2 air mata..huhu tu yg buat saya tak tahan.. so saya pun sama jugak menangis.. sedih tgk dia sedih..


Husband pun sama turut menitis air mata.. yer lah pertama kali nak berjauhan dgn anak mmg lain sgt perasaan sayu tu.

26 tahun yang lalu.. tahun 1988 saya mengalami pengalaman yang sama macam najihah.. masuk sekolah asrama.. cuma najihah jauh lebih baik.. saya harap cerita saya pada najihah akan jadi penguat untuk diri dia.

Seminggu sebelum daftar, ayah saya yg bekerja di kem genting klang balik ke kelantan dgn trak 3 tan amik saya (sebab ayah saya kena bertugas amik barang2 askar yg berpindah) datang KL. Menumpang lah saya sorang2 di rumah Tok Saudara di Taman Tun. Pandai2 bawa diri sorang2. Hari pendaftaran, saya cuma datang dgn ayah saya masih dgn trak askar cuma bukan trak 3 tan.. yg lebih kecik hihi.. ayah saya berpakaian seragam tentera & kami sampai lewat sebab ayah saya setel kejer dulu..Ayah saya register dan tinggalkan saya sambil pesan pada guru homeroom untuk tengok2 kan saya.. Saya kemas almari sendiri, tiada bekalan makanan sodap2 macam orang lain. Yg saya ingat saya cuma ada baldi, hanger & sekotak tissue yg ayah saya beli di koop. Fizikal saya pulak jauh lebih kecik dari najihah. Tak der sapa2 datang lawat. Hanya surat penghubung rindu dgn nenek yg berada di kelantan. Memang sedih tapi Alhamdulillah saya survived.

Saya cakap pada husband kenapa saya sedih..even nak tido semalam pun air mata meleleh hahaha..cakap dlm sebak nangis macam budak kecik ekeke 'Selalu intan dapat tido tanpa risau sebab tahu najihah ada kat bilik depan.. tapi ni jauh.. rasa nak pegi jumpa najihah sekarang..Intan sedih sebab intan tahu najihah sedih' haha adoiilaa..

En husband nasihat 'Intan awak ni sebenarnya ..keliling awak seolah2 ada kapsul yg menyelubungi awak dgn pengalaman lampau awak.. sebab dulu awak sedih jadi awak ingat najihah sedih macam awak.. Insyaallah Najihah ok, dia kuat.. lagipun kita akan datang jenguk dia selalu..'

"Hari pertama kita menangis sebab terpaksa berpisah dengan ibubapa..
Hari terakhir kita menangis sebab terpaksa berpisah dgn kawan."

Benarlah asrama tempat kita memahami erti keluarga, rindu, sahabat, basuh baju & nikmat cuti sekolah yg sebenar :)

Wednesday, January 07, 2015

Thursday, January 01, 2015

Suka duka 2014


Taun 2014, jarang saya update blog kan.. rasa mcm satu kerugian pulak tak dapat update setiap urutan peristiwa sbg kenangan..

Dlm entri kali ini saya hanya akan update urutan peristiwa2 yg significant yg berlaku dlm famili saya.

22 April - Impian untuk memiliki starex kereta yg lebih selesa untuk famili tercapai.

9 Sept - UPSR anak sulung saya Najihah bermula. 3 kertas bocor. Murid2 perlu duduki semula kertas math1, sains & english (paper 1 & 2)

22 Sept - PSRA (Peperiksaan sekolah rendah agama) bermula

30 Sept - Peperiksaan ulangan UPSR untuk kertas English (1&2) & Sains yg bocor

9 Oct - Peperiksaan ulangan UPSR untuk kertas matematik yg bocor.

12 Nov - Result PSRA di umumkan. Walaupun Najihah x dapat mumtaz tapi tetap bersyukur.Rezeki Najihah Allah kata pada 87.8%. Alhamdulillah.

26 Nov - Result UPSR diumumkan. Syukur ke hadrat Allah Najihah mendapat 5A. Segalanya atas izin Allah jua. Seramai 40 orang murid SK Puncak Alam II berjaya mendapat 5A.

14 Dec - Maid (Aisyah) pulang bercuti ke Indonesia. Maidless for a month. Anak2 pergi nursery buat sementara waktu. Aisyah akan pulang pada 11 Jan 2015.

16 Dec - Ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM (UKKM) Najihah di MRSM Trolak.

23 Dec - Keputusan Najihah berjaya memasuki SBP, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) diterima

31 Dec - Adik bongsu saya Eda Ezani melahirkan anak pada usia 5 bulan kandungan nya. Siti Hawa nama diberi hanya hidup 2 jam di atas pangkuan ibunya sebelum menghembuskan nafas yg terakhir. 
Al-fatihah buat siti hawa. Ahli syurga yang akan menunggu kedua ibu bapanya di akhirat kelak.
Taun 2014 juga merupakan taun yg sukar bagi Malaysia. MH370, MH17, QZ8501, Banjir besar yg melanda dgn kesan seperti tsunami & taufan katrina.. Kedua ibu bapa & adik kedua saya Edlee & familinya juga diuji dgn musibah banjir ini.

Selagi bernama manusia, kita pasti akan di uji. Redha, sabar & tabah.. pasti ada hikmah & ganjaran yg lebih baik menanti. Allah has better plan for us. Trust Allah.

Good bye 2014. Thank you for all the lessons.

Google