I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Monday, December 31, 2012

Selamat tinggal 2012, Selamat Datang 2013 :)

Tahun ni rasanya banyak mengajar saya erti kesedaran.. erti makna & tujuan hidup yg sebenar. Tahun ini terdetik dalam hati saya.. mmm tapi saya tak pandai nak meluahkan dgn kata2 atau pun penulisan..

Tapi apa yg saya rasa..adalah mungkin sedikit keinsafan utk menjadi muslimah yg lebih baik.. bukan lah saya kata saya dah jadi baik sgt..saya masih byk kurang.. & masih banyak yg saya perlu baiki.. tapi apa yg saya rasa pd tahun ini tidak pernah saya rasa pada tahun2 sebelum ini. Dan rasa ini adalah sgt manis.. syukur ya Allah.

Saya ubah gaya penampilan.. bukan mudah sebab nafsu utk pakai yg cantik2 & seksi banyak kali datang mengundang.. tapi alhamdulillah setakat ini masih boleh menepis..walaupun masih belum sempurna sgt tapi atlis tiada lagi pakaian yg jarang, ketat & mengikut badan etc.

Paling manis adalah apabila kesedaran ini sama2 dinikmati & dikongsi bersama suami..suami juga begitu..lebih mendekatkan diri pada agama.. kami banyak berbincang, banyak membaca ttg kehidupan..ttg kematian..ttg akhirat. Semuanya buat kami tersentak betapa alpanya kami selama ini.

Betapa sekarang kami lebih banyak mengingati mati & betapa terasa banyaknya lagi bekalan yg perlu di cari utk dibawa kenegeri kekal abadi huhu..

Azam saya utk tahun 2013 secara amnya adalah untuk menjadi muslimah yg lebih baik. Secara khususnya biarlah saya tulis didlm diari peribadi sahaja :).

Terima kasih Ya Allah di atas segala rahmat & kasih sayang Mu kepada kami. Kami masih memerlukan rahmat & kasih sayangMu & Janganlah engkau uji kami dgn ujian2 yg maha hebat sesungguhnya kami ini insan yg lemah. Kurniakanlah kami hidayah & kemanisan iman.. Aamin

Selamat tahun baru 2013! :)

Wednesday, December 26, 2012

Saya sayangkan dia kerana Allah

Saya sayangkan kawan-kawan saya kerana Allah. Bukankah islam itu Indah? Didlm persahabatan adab2 islam merangkumi sesama muslim atau bukan muslim.  Mengucapkan selamat hari raya kepada penganut agama lain mempunyai nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi islam & bukanlah bermaksud kiter mengiktiraf akidah mereka. Kafir ini pun kan ada 2 jenis..iaitu kafir zimi & kafir harbi. Kafir Zimi adalah kafir yang tidak memerangi islam atau bermusuh dgn islam. Kita hidup cara kita, dia hidup cara dia. Manakala kafir harbi pula adalah kafir yg memerangi islam macam israel tu.

Salah sorg kawan baik saya kat opis kan kristian, Cindy. Bagi saya tidak salah kiter menggembirakan kawan2 kiter. Bak kata Prof Muhaya "Saling beri salam, saling beri Hadiah, saling Ziarah, saling berbuat kebaikan sesame kita. Jom cari Cinta Allah" Oh sebelum ada yg beri komen2 negatif lebih elok rasanya saya bagi link ini pada uols..

Ini adalah excerpt dr Website Dr Mohd Asri yg menjawab ttg pertanyaan berkenaan Hukum Ucapan sempena perayaan kaum lain.

Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
Untuk lebih lanjut boleh klik link ini - http://drmaza.com/home/?p=1277
Apapun semua datang dr hati..jauh didlam lubuk hati saya Allah itu Tuhan yg satu, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Tidak ada sedikit pun terdetik didalam hati saya yg boleh menggangu akidah & kepercayaan saya ini.
Wallahualam.
Sempena krismas yg disambut oleh Cindy, jadi kami di opis nak bagi sesuatu utk menggembirakan hati dia & meraikan persahabatan kami. Jadi kami bagi present berupa hamper yg mengandungi kuih muih utk cindy & family dia makan lah. Cookies tu semua dibuat sendiri oleh Rusi sipembuat cake hehe..gubahan tu pun Rusi yg kreatif tu gubah.. Oh kalau u ols nak ubah apa2 hamper boleh jugak mintak tolong Rusi ni.. Rusi ni pandai buat diaper cake etc.
Budak happy dapat hamper kuih muih

Rusilawati baked these & decorated the entire basket


Rusi - sipembuat cake yg comel!
Krismas hamper yg mengandungi Macadamia white choc cookies, Choc chip cookies, Peppermint bark and Fruit cake.

And juger kad dr kami :)

Baju saya pada hari itu.. nak jugak tu tunjuk haha
Baju dr poplook :)

Outfit of the day


Dress - Rana Rossa from Rana aswad 
Skirt - Thepoplook.com
Shawl - Essential Scarf from Shawlbyvsnow
Handbag - Littlecabin AuthenticCoach

Saya dah bagi link2 kat situ.. happy shopping u ols :)

Tuesday, December 25, 2012

Android 'China pad' utk anak2

Dah lama hubby nak beli utk anak2.. yer lah dia kesian tgk anak2 ni dok main iphone saya jer bila kat rumah.. mmg iphone tu tak sampai ketangan saya laa kecuali nak dekat2 tido nanti haha.. anak2 dok bergilir2 main. Dah comot dah iphone saya kadang2 tu.. yer lah kang si umar tu tgh makan pun kdg2 tak sempat basuh tangan dah amik main huhu..

Masa minggu nak pi legoland tu kan hubby cuti satu minggu.. saya start cuti hari rabu.. isnin tu lepas kejer saya balik tgk hubby dah beli 2 bijik tab ni utk najihah & haris.. yg ni dia beli kat puncak alam jerk.. satu RM290.. najihah punya color merah & haris color biru
Tab ni runs on android.. semua boleh kecuali tak leh buat call jer laa.. boleh connect internet via wireless.. anak2 dah download byk game dlm ni. Saya ingatkan dia beli 2 jer..sekali tu hari selasa tu masa saya balik..meluru anak2 berlari bawak ipad sorang satu eksaited nak tunjuk kat mama dia haha.. hubby tu mmg macam tu..kalau dia ada rezeki lebih mmg dia akan belanja utk anak2, isteri & parents dia dulu..mmg tak kedekut langsung. Tapi kali ni dia beli kat digital mall... dapat harga rm290 satu & dapat lagi additional memory card, keyboard & stylus.
Yg putih cover merah tu qaireen punya, purple cover putih tu danisha punya & biru cover kuning tu Umar punya. Khayla jerk belum dapat haha.
Ok lah utk anak2 main. Si Umar tu dia suka tgk youtube citer upin ipin etc.. dah pandai dah dia on, unlcok screen, cari benda apa yg dia nak main.. bukak youtube..etc
cheeky boy!

Dlm keter pun boleh main sebab kitaorg kan ada beli celcom porta wifi tu hihi :). Sekarang ni ipone saya dorang dah tak main..lega..kalau dorang main hubby akan sound..'jgn main iphone mama..main ipad masing2' haha.. so tak berani sentuh dah lah ekeke.. iphone saya dah kembali cantik seperti baru ekekeke..
Dorang ni tak der la manjang main ipad.. main jugak benda2 lain.. kena kontrol jugak lah.. tapi sekarang  tak der lah berebut sebab masing2 dah ada sorang satu.
danisha dgn penuh gaya haha
Dorang ni mmg suka berkumpul kat mana saya ada.. ni semalam waktu cuti krismas.. saya dok mengemas dlm bilik so dorang pun sama la melepak sini :)

Khusyuk masing2 haha

Haris ni tak habis2 ngan angry bird dia haha.. mainlah puas2 anak2 sementara cuti sekolah ni.. lepas ni mama & babah akan simpan.. weekend jer boleh main balik. Mmg berbaloi lah beli ni utk anak2.. dlm ipad najihah tu pun kitaorg dah suh dia simpan nota2.. sekarang ni hubby nak try download software utk buat mindmapping dlm tu. Dlm Samsung Note II dia, dah download. So pada mak2 yg ada anak kecik..tak payah beli ipad mahal2..beli yg murah2 macam ni pun ok. so far anak2 saya pakai tak der masalah. Apapun, semua benda ada positif & negatif dia.. jadi tanggungjawab kiter lah as parents nak control benda2 ni semua.. Mcm Najihah tu, wpun tahun depan nak masuk darjah 5, tapi sampai sekarang saya tak benarkan dia bukak akaun fb. Ini rules family saya lah. Ikut cara masing2 lah kan :)

Ni masa mula2 beli..masih eksaited..bangun pagi terus capai ipad dulu haha..gambar najihah ada tompok sebab dia terlebih seksi haha

Monday, December 24, 2012

AKtiviti Hujung Minggu yg padat - entry sekali harung

Hari minggu yg menyeronokkan sebab penuh dgn aktiviti walaupun malam jumaat tu saya stucked dlm jem yg sgt teruk!! Sib baiklah dah siap2 solat maghrib kat opis..so wpun jem masih boleh tersenyum sambil melalak karaoke sorg2 dlm keter haha..kiter jgn stress2 nak cuti ni hihi..fikirkan yg best2 ajer.. setiap yg berlaku ada hikmahnya eceh. Ingatkan balik lambat sket boleh elak jem..nan hado.. sebab hujan lebat & kat tol jelutong tu naik air.. air tasik tu melimpah huhu

Sampai jer puncak alam, en.asben dah tunggu kat umah mak mentua.. dinner situ terus hehe.. terbaiklah mak mentua ai.. sempat gak lah layan maharajalawak mega.. yg penting tak terlepas part Jambu & Jozan haha.. 

Pagi sabtu, bangun pagi2.. lepas subuh..siap2 nak pegi jogging atas permintaan najihah & danisha.. so layan kan ajer la sekejap.. sekali umar pun dah terbangun & nak ikut. Dan inilah yg terjadi pabila dia dah mengaduh tak larat nak jalan & mintak didukung wakaka.. harus cepat kurus babah kalau gayak kini kan ekeke

Maka terpaksa la kiter berhenti melepas kan lelah haha
Takkan nak dukung jerk sampai habis..sebab bila cakap..'umar jalan yer' nanti dia jwb 'tak nak..umar tak larat, umar nak dukung!' huhu.. apa taknya bangun2 tak sempat minum susu dah gi jogging ekeke plus ngantuk sama la tu bangun awal ken.. terus hubby decide dia patah balik sorg2 gi amik keter ekeke
Sementara tunggu tu kiter amik gambar la dulu haha
Balik tu semua siap2.. sebab nak kuar gi kenduri anak sepupu hubby kat cheras kul 11 tu.. Tapi sebelum tu bekpes nasik lemak siap2..mana la tau jalan jem.. tak makan apa2 mau kebulur kang hihi

Shades ni dah jadi milik si kenit ni biler naik keter..sgt ed junior kan! haha
ewah..gaya anggun gitu hihi
dah on d way to cheras
Konvoi ngan adik ipar & pil.. kami sampai dewan alam damai kat cheras tu dlm kul 1 lebih..elok2 azan zohor berkumandang.
cantik Fatin, pelamin pun cantik!

Fatin ni anak cousin hubby.. comel bangat.. kawin ngan org klang kat taman sri andalas.. kat jalan damak.. silap2 dekat ngan rumah saya dok dulu.. dulu saya menyewa kat rumah mak su saya kat sri damak berapa entah dah lupa haha

selalu pengantin potong kek kan..tapi fatin memilih utk potong pulut kuning :)
Makan2.. amik gambar dgn pengantin & terus gerak ke klang pulak nak borong baju & kelengkapan sekolah anak2.
Singgah solat kat stesen minyak shell.. dan terus ker area2 kedai jalan taiping & juga little india kat klang tu sebab situ baju2 sekolah adalah murah2..walaupun tak der brand seperti canggih, swan etc..tapi kualiti kain dia sgt baik. Beli byk pasang terus sorang senang antar dobi gosok utk seminggu. Biler anak2 dah ramai kiter kena amik langkah bijak utk mengurangkan kejer kiter & maid hehe.. 

Tapi kedai sini mmg murah.. berbaloi2. baju sehelai rm12 macam tu.. beg najihah waterproof..harga dia letak rm58 tapi tokei tu bagi rm40 jer, beg sandang ultraman umar yg kecit tu dia bagi rm10 jer & beg barbie danisha & qaireen dpt rm13 satu. Kasut pun murah.. dah lah tu semua color baju uniform sekolah ada kat sini.
brg2 free tokei bagi.. stokin & belt tu saya amik & dia kata..yg ni saya cincai kasi free ..terbaiklah  tokei! haha
Settle persiapan sekolah anak2 pegi port klang order mee rebus brahim utk dinner.. sonang kejer den haha.. tak yah masak hihi.. 
Budak tido ngan beg baru.. gaya shopped till dropped kekdahnya haha.. beg tu cuma rm13
Malam tu kiter beramai2 nonton movie di ED&AZIZ cinema haha.. kitaorg biasa layan movie macam ni.. pancarkan movie dr laptop ke dinding dlm bilik guna projector kecit.
layan man in black III
Esoknya hari Ahad, pagi2 selepas subuh lebih kurang pukul 6.30 pagi, kitaorg 3 beranak, saya, hubby & najihah pegi pesta buku big bad wolf tu.. hari ni last day so dia bukak 24jam.. kami sampai mines lebih kurang kul 7.10 pagi.. cepat jer sampai sebab tak jem & pecut guna teana haha.

Ya Allah rambang mata tgk buku2 yg murah tu huhu.. asal kitaorg bawak rm300 jerk.. ingatkan dah banyak sekali belanja kat rm400+. Nasib baik boleh guna debit card. Banyak beli buku utk anak2 jerk.. kitaorg borong 40+ buah buku..kalau kira lebih kurang sebuah buku tu jatuh rm10 jerk.. berbaloi2 sgt! Mana taknya sales 75-95%..so buku2 harga rm3, rm5, rm8, rm10 argh rasa semua nak ekeke

Ni antara buku2 yg kami beli. Alhamdulillah.. timing betul pegi pagi2 sebab org tak ramai..so boleh pilih  bertenang-tenang hehe.
Semua sekali buku cerita najihah ni rm24. Untuk haris yg kreatif & suka melukis tu saya belikan buku cara2 nak lukis manga. So far anak2 saya yg kreatif & pandai melukis yg dah nampak 3 yg atas, najihah, haris & danisha.
Bagus buku ni sbb dia ada bagi basic teknik yg betul utk melukis.
Hari ni saya balik kejer, najihah tunjuk hasil lukisan dia lepas menelaah buku ni haha.. boleh tahan la di mata saya utk budak umur 10 taun.
Banyak jugak la buku2 rujukan lain yg kami beli..antaranya yg kat bawah  ni
Buku2 corak awan larat ni saya beli sbb byk corak cantik2..boleh bagi idea pada anak2 utk subjek lukisan etc

8 volume reference set ni mmg berbaloi sebab satu set ni cuma rm30.
Q&A books..saya suka sebab dia macam ensiklopedia. Kat bwh  ni contoh isi kandungan dlm buku 'What about .... history?'
Masa saya kecik saya suka baca buku2 ensiklopedia.. najihah pun nampak minat jugak.. jumpa pulak pasal peradaban mesir kuno & sebagainya.. mmg berbaloi sbb buku yg besar ni harga cuma rm40 termasuk cd rom.

Buku2 lain

Selain dr buku manga tu semua, haris ni kan suka la sgt ngan karakter superpower tu semua kan.. so beli buku2 yg harga rm3 ni utk dia jugak.
Beli jugak buku2 activity berbentuk backpack ni sebab terlalu comel haha
Utk saya, saya cuma beli 2 bijik buku jer..lagipun saya nak baca buku2 ensiklopedia anak2.. haha mcm best!
Buku masakan sbb kunun2 nya nak memulakan gaya pemakanan yg sihat ekeke.. buku a rope & a prayer tu pulak pasal kisah benar pompuan mat saleh yg diculik taliban.
Yg lain2 buku en.suami.. banyak buku2 dia yg saya tak snap..ni yg saya sempat snap jerk.
Mmg puashati lah dapat beli buku2 ni semua.. mmg rezeki anak2 lah
Najihah pun happy & rambang mata kot nak pilih buku haha
Ni cuma plastik yg saya & najihah pegang..ada lagi sebeban kat hubby.
Okes..dah habis shopping buku..kuar dr situ dlm kul 8 lebih.. benti sarapan kat tol awan besar jap & terus ke pasar basah seksyen 6 shah alam.. nak beli stok lauk pauk seminggu ekeke..
Dah setel semua barulah gerak balik rumah..

Saya bersyukur kot dapat suami yg suka berpagi2an.. jarang kitaorg bangun lambat wpun di hujung minggu sebab en.suami suka bangun awal & buat mcm2 aktiviti..tapi tghari kalau tak der apa2 dia bantai tido kejap jugak haha..

Tghari tu saya masak & kitaorg lepak2 rumah jerk.. saya masak sayur asparagus & ikan bawal sweet sour.. mahal betul asparagus tu kan.. segenggam kecit jerk rm6 huhu.
bwg putih tu sengaja saya goreng garing mcm tu sebab saya suka rasa dia yg rangup & hangit2 sikit tu hehe. menu sihat la kunun ekeke Tetiba saya baru perasan pil perancang saya dah habis..oit bahaya ni..terus hubby ajak kuar gi jelutong petang tu jugak.
petang tu hujan so bawak keter slow..sambil bawak anak jalan2..toleh belakang tgk semua dah pengsan haha..letih sgt kekdahnya.. yer lah..melasak tak tido tghari pun.
Danisha, umar & qaireen ekeke.. patut la kalau sorg jangkit kutu kat sekolah cepat jer semua yg lain kena ekekeke..tido kekdah mentransfer kutu gayanya haha tensi ok bab kutu ni.. kiter buh ubat kutu..pi sekolah jangkit balik huhu.. tu pasal la rambut anak2 semua dah gonjeng sebab ari tu buat operasi kutu secara besar2an haha

Oklah panjang dah entri update kali ni kan ekeke.. last pic anak2 eksaited dapat buku baru dapat jerk terus buat haha.. bagus rajin2 anak mama :)

Google