I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Wednesday, October 29, 2014

Saying goodbye to fotopages.

Salam u ols

Hari ni saya mc tiba2 mood nak baca kisah lama datang.. saya cuba bukak fotopages saya yg dah berzaman tak update. Paling last update pun taun 2009. Tiba2 page tu dah tak wujud waaa.. dapat error 'This webpage is not available' .. waaa...

Tapi syukur sbb bila saya click detail ada link utk access cache version.. 'Access a cached copy of http://edrina.fotopages.com/ ' . 

Jadi hari ni saya nak update blog saya, saya tak nak segala memori yg saya catat suatu ketika dulu hilang macam tu.. saya nak copy & paste balik entri lama2 dlm fotopages ke dlm blog ni. Akan amik masa coz x der import/export dr fotopages ker blogspot melainkan copy & paste jer. Saya akan pos entri tu sama tarikh dgn tarikh entri dlm fotopages jadi kalau korang nak baca kena view archive la sebelum atau pada 2009 :)

Itu jer nak update hari ni.. tata :)


Wednesday, October 22, 2014

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Sekadar gambar Hiasan.. gambar lama taun 2013, anak2 perempuan solat berjemaah. Najihah sebagai Imam.
Salam Semua,

Hari ini saya just nak share sesuatu yg saya rasa bonus utk kita semua tahu bagaimana hendak cuba khusyuk dlm solat.. Saya copy paste sahaja dr message kat fb yg saya dapat. Semoga bermanfaat.

******

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

 Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

 1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

 2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

 Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

 3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

 4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

 Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

 5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

 6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

 7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

 “Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

 “Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

 “Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

 “Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.


 8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

 “Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

 “Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

 “Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

 Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

 Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”


ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

 9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

 10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

 11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

 Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

 ” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

 Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

 Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

 12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

 Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

 “Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

 Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
 siapa kita yang sering ingin dipuji?
 Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
 Siapa kita?…. Astaghfirullah.

 13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

 Sujudlah…
 sedarlah Allah…
 lalu pujilah Allah….

 “Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

 Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

 14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

 “Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

 “Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

 “Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

 “Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

 “Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

 “Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

 “Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

 “Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

 Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

 ****
 Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

 Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

 Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

 Dari tinta Dr Fuad Latip
 5 Sept 2014.


Sunday, October 12, 2014

Jumpa Felixia Yap di Majlis Perkahwinan Sepupu :)


Tajuk tak leh blah nak menaikkan rating kah kah kah

Sebenarnya cousin saya ni dah nikah bulan Februari awal taun ari tu, tapi majlis wedding dinner baru buat last weekend bertempat di Sime Darby Convention Center.

Saya pegi berdua jer dgn husband, sebab buat kat dewan tak berani nak bawak anak2 kami yg berderet tu lagipun kami faham tempat adalah terhad.

Pukul 6 petang sabtu tu, gi amik parents saya & adik bongsu saya dulu kat Bangsar. Husband adik bongsu saya kejer shift petang so dia tak dapat la nak join kitaorg. Adik saya no 3, edzuwan pun tunggu siap2 kat Bangsar jugak. Dr Bangsar kami gerak ker dewan SDCC tu. Sampai sana solat maghrib dulu kat surau.

Eda (adik bongsu saya) bersama anaknya Adam, Dieyla (isteri edzuwan), Adik saya Edzuwan dukung anaknya Edriss. Sorang lagi adik saya Edlee x dapat datang..jauh nun di kelantan.
Setel solat sementara tunggu nak masuk dewan / majlis start , kita posing la dulu kan haha
i ols bersama mamito.. hihi.. saya, edriss & mak tok
3 mak dara pingitan :)


Pelamim simple jer tapi cantik
Lauk pauk adalah sgt sedap! Ada banyak sgt. Ada Rendang daging, udang masak sambal, ayam goreng berempah, sayur campur, ikan masak apa ntah dan yg paling saya suka adalah daging bakar cecah kuah asam.. masyallah..daging dia lembut, air assam dia terbaik..terasa2 kesedapan sampai la n i haha. Gambar lauk tak sempat amik, lapar haha.. Sempat amik gambar dessert jer
dessert yg sedap! Ada buah, aiskrim yg diletak atas dark chocolate & apa nama kuih ni yer?
Memang kenyang sgt & puas hati dapat makan sedap haha..siap bertambah2 nasik. hihi
Kami..sempat lagi bermonopod kui kui kui
Disebabkan suami adik saya Syahir x ada maka kami bergilir2 pegang adam..mak dia dah kecoh takut kami habiskan lauk haha
Adam wif pak long & mak long.. bagi tgk citer upin ipin diam la dia haha

Pandai pulak tu, bila kita dah siap amik gambar, sibuk nak tgk gambar dia hahaha..
Satu2 nya adik pompuan saya, mak adam yg kuat makan sebab tak lama lagi adam nak dapat adik :)
Kat meja kami jugak ada cousin saya, Hafiz & isteri. Orang kata muka saya & suami Hafiz ni seiras. Dah lah nama panggilan pun Intan. Nama panggilan saya kat rumah Intan. Nama wife Hafiz, Intan jugak.. Syarifah Intan Dalina.. sedap nama dia kan?
Intan Edrina & Syarifah Intan Dalina dgn anak kedua dia Aisyah.
Saya bersama anak sulung Hafiz, Balqis & Intan bersama anak kedua, Aisyah
Sama ker? Hihia.. ada la iras2 kan.
Bijak betul la anak buah saya ni, Edriss sama menadah tangan waktu doa dibaca.
Parents saya x duduk dgn kami, dia kena duduk atas pentas. 

Dah setel makan2 mak saya turun duduk lepak ngan kami :)
Bonda tersayang
Ayah pengantin perempuan ni rupa2nya veteran old boys mckk batch 68. Husband saya senyum jer tgk gelagat 2 meja kumpulan veteran mckk batch 68 tu :). Dorang ni siap naik atas pentas menyanyi & menari. Husband saya pun mckk old boys jugak tapi batch 88. 20 taun beza haha.. Batch 68 ni batch Dr Hj Fadzillah Kamsah. So sempat la jugak bergambar ngan DFK :)
Saya, hubby, Bapa pengantin perempuan, DFK & Pak Njang Aziz (Bapa pengantin lelaki)
Parents saya bersama DFK.
Tak sangka jugak dlm majlis tu ada Felixia Yap / Raissyah Rania / Rara :). Apa lagi terus gi jumpa dia mintak izin nak bergambar sama. Cantik nya dia.. slim sgt!

Akhirnya dapat tgk muka Rania depan2 :)

Edriss yg comel bersama Pak Njang Aziz.. pak njang ni la ayah pengantin lelaki.. dia ni abang ayah saya.
Masa nak balik tu pulak sempat jugak kami bergambar dg Louisa Chong.. nampaknya malam tersebut malam bertemu selebriti jadinya.. pengantin tak kami endah hahaha.. teruk betul. Bergambar ngan pengantin masa last2 tu hahaha
argh baju  i membuatkan i ols nampak gemuk huhu
Louisa Chong ni baik sgt tau.. humble.. dia yg ucap terima kasih kat kitaorg bertalu2.. :)

Ok lah saya akhiri entri kali ni dgn video persembahan gesekan violin di majlis ini. Semoga perkahwinan sepupu saya ini bahagia berpanjangan hingga ke syurga. Aamiin.

video

Tuesday, October 07, 2014

Taiwan Trip - Day 3

Pergh lama giler nak update citer Taiwan Day 3 neh hahaha.. saya sangat2 busy kat opis. Banyak sangat nak update pasal apa yg berlaku tapi masa mencemburuiku ecewah hahahaha.. saya kena siapkan jugak entry taiwan ni wpun dah agak basi hahaha.. dah setahun wei kui kui kui..

Sebab dah lama sangat delaynya entry yg Taiwan part 3 ni,  kalau berminat nak baca part sebelum2 ni ada di link berikut:
Day 1- Part 1
Day 1- Gala dinner
Day 2 Part1
Day 2 Part 2

16 Sept 2013 - Ahad.

Selamat Hari Malaysia!! Taun 2013 merasa la celebrate Malaysia day kat negara orang, maka bermula lah kepoyoan kami hahaha.. fefeeling student dok ober the sea.. hahah siap buat video yg jadik bahan lawak sampai hari ni hahahha
video

Susahnya nak buat entri ni sebab dah ingat2 lupa hahaha.. padan muka delay lagi sampai setahun huhu.. sayang segala memori indah tu.. huhu

Destinasi pertama adalah jiufen. Perjalanan menuju ke Jiufen menyusuri tepi pantai sambil mendaki bukit-bukit.
Cantik kan pemandangan pantai & laut
Jiu fen old street
Jiufen adalah perkampungan yang terletak di atas bukit2, disebelah gunung & menghadap laut.

View from above
Dekat sini banyak kedai2 makanan tempatan, souvenirs, aksesori khas & ada jugak kedai2 teh cina.

Pemandangan kat sini cantik sangat dengan senibina kedai2 yg dibina sepanjang lereng bukit.
suka gambar ni haha.. memasing muka terkejut sebab saya panggil & terus snap haha

colleague saya Jolene & Vanessa
 Jalan2 kat sini macam berjalan melalui jalan yg sempit dengan deretan kedai. Harga barang2 kat sini pun agak reasonable.. Dekat sini saya ada beli souvenir sikit utk famili & kawan2.

Kedai beg jer mesti serbu masuk haha
Kemudian kami menyusuri turun menuju ker Yehliu National Geopark. Sesampai jer di Yehliu, kami dibawa makan dulu di sebuah restoran seafood.


Kat restoran ni kami minta kebenaran untuk solat. Alhamdulillah owner restoran ni baik sangat wpun dia bukan muslim.. dia sediakan tempat yg lapang & bersih lapik tikar untuk kami solat.. Bilik air kat sini pun ada air so senang sikit. Senang dah solat jamak terus. Lepas tu terus jalan menuju tepi pantai untuk tgk pemandangan batu2 di Yehliu ni.



Yehliu terkenal dgn  pemandangan batu2 yg pelbagai bentuk, terbentuk akibat daripada hakisan laut, proses luluhawa & pergerakan bumi. Ada byk sgt pembetukan  batu yang menyerupai haiwan & tumbuh2an








mushroom rock


















Candle shaped rock







Kemudian kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Tamsui fisherman's wharf.

Bas tinggalkan kami kat satu tempat lepas tu ramai2 naik bot untuk ker Tamsui.


Tarikan utama kat sini adalah pemandangan dia yang indah sewaktu sunset & juga kedai2 di Tamsui old street.


















Dari Tamsui, kami bergerak ker Hotel City Suites untuk makan malam. Hotel ini menyediakan makanan halal, authorized by Chinese Muslim Association.

Setel makan, kami semua pergi ke tempat shopping terakhir iaitu Shilin night market. Banyak sgt benda nak beli tapi masa sangat terhad.. stress betul laa.. lari2 tau dr satu kedai ke kedai lain sebab nak kejar masa huhu.. Saya sempat beli baju utk anak2 jer sorang selai dua mcm tu, selain tu beli beg jugak.


Kemudian balik hotel & titun.. dlm hotel eksaited mengirai hasil shopping haha.. Mana tak seronok dapat beli seluar & baju anak2 ngan harga rm10 jer. 

Inilah antara hasil shopping kat Taiwan.
t-shirt tangan panjang & seluar ni masing2 harga rm10 jer sehelai. Mana la tak menyesal tak bawak duit banyak2 huhu.. kat online selai seluar tu pun dah rm30+
hbag comel utk najihah
hbag charm/key chain utk najihah
hbag utk saya.. tapi beg ni sekarang dah bagi pada najihah.
hbag charm
Saya ada beli jugak satu sling bag utk maid.
beg comel utk anak2.. murah sgt huhu...
Balik dr Taiwan, bila dengar ada org nak pegi Taiwan, saya kirim lagi 2 beg hihi.. ari tu nak beli tak cukup duit haha.. bawak duit sikit ingat kan tak der benda nak beli sekali menyesal tak bawak duit banyak2 hahaha.. barang mmg murah menggila.. kualiti pun elok.. tak macam brg2 made in china.
Beg besar utk saya.. suka sgt beg ni, boleh buh mcm2 haha.. kalis air jugak tu yg best.
beg merah tu boleh jadi sling bag/ back pack.. utk najihah.
Selain tu saya ada beli key chain & jugak kitchen towel sbg souvenir utk parents & adik beradik.

comel sgt kan?
Saya jugak ada beli t-shirt, cardigan beberapa pasang untuk diri sendiri hihi.. Kalau la tahu Taiwan ni best utk shopping sure dah bawak cash byk2 sebab kebanyakan kedai ada yg tak boleh guna credit card.
Ini antara t-shirt besar & cardigan yg saya beli.
Ok cukup cerita pasal hasil shopping.. Berakhir hari ke 3 bermakna tiba lah masanya utk pulang ke tanah air esoknya..
Pagi hari ke 4, hari terakhir.. nak naik bas pegi airport dah..
Abaikan ada budak interprem dalam gambar di atas tu yer..hihi.. oh saya sebenarnya minum kopi yg sgt sedap.. beli kat 7 eleven.
Hotel penginapan kami selama 4 hari - Chateu de Chine

Babai Taiwan, kalau ada jodoh kita berjumpa lagi..  Sewaktu kat airport sempat lagi belasah beli hbag kipling ngan parfume 5th Avenue, Elizabeth Arden hihi. 

Tak sabar nak tunggu trip taun 2016.. mak aii lamanya lagi huhu.. kemana tu tak tau la lagi..harap2 yg best2 lah :)
Google