I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Friday, September 28, 2012

Doa pelembut Hati & Pendinding diri


Source:FB


SURAH TAHA (AYAT 1- 5) MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS DAN SEBAGAI DOA PENDINDING DIRI.

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Maksudnya:

Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Wasallam.

Wednesday, September 26, 2012

VTech INNOTAB2 Kids Tablet

May be boleh consider beli yg ni kot utk anak2kan?


VTech InnoTab2 kids tablet — RM480! Take photos & videos. Play MP3s, movies, games, organize time table & more. For ages 3 & up.

Saturday, September 22, 2012

Main masak-masak

Entry kali ni sajer nak share ngan u ols beberapa resepi. Jgn salah anggap bukan nak poyokan diri sendiri tapi biasalah kan biler dah siap masak kiter amik gambar post kat instagram, kat twitter..so ramai yg bertanya resepi. Kebanyakan resepi pun saya google dr internet.

Resepi 1 : Butter Chicken.


Resepi ni saya campur2 dr beberapa resepi..tak sangka pulak rasa dia sgt sedap..(*poyo puji diri sendirik lagik ekeke) Tapi maid, en.asben semua cakap sedap so saya rasa bukan tekak saya sorang lah yg cakap macam tu hihi

Bahan A:
Isi ayam dihiris nipis2 ikut citarasa korang lah nak potong camana
3 ulas bawang putih ditumbuk hancur
sikit garam
2-3 sudu besar tepung gandum/jagung

Kesemua bahan A kecuali tepung dicampur&digaul bersama ayam & kemudian diperap. Kemudian sebelum goreng ayam gaul ayam yg dah diperap tadi dgn 2 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung. Mana2 pun boleh. Dan goreng ayam sekejap hingga masak & garing sket. Jgn over cook. ketepikan

Bahan B:
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih dicincang halus
setengah biji bawang besar dicincang halus 
Cili padi - hiris 
daun kari
1/4 cawan susu cair
Satu ketul kiub pati ayam
gula secukup rasa

Panaskan butter, masukkan bawang putih, bawang besar, cili & daun kari, goreng hingga wangi. Masukkan ayam tadi, masukkan susu cair, kiub pati ayam & sedikit gula. Kacau rata2 dan kemudian bolehlah diangkat. 

Resepi 2: Resepi Sos Ikan bakar Ala portugis.
- Resepi ni adalah credit to kawan FP/FB saya i.e Zatul Saliza. Moga beliau mendapat pahala dgn perkongsian ini.

Bahan A:
3 btg serai
2 btg bunga kantan
2 inci halia
1 biji besar bawang merah
3 biji bawang putih
10 biji cili api (boleh letak lebih kalau nak pedas lagi)
3 biji cili merah
sedikit belacan
daun kesum
garam + gula secukup rasa (guna gula kabung/nisan lagi sedap)
Kesemua bahan A di atas dikisar. Tumis 1 btg serai yg dititik bersama gula kabung(nisan). Then masukkan bahan A dah ditumis sampai naik bau. Masukkan 1 mangkuk kecil ( dlm 3 senduk) cili kisar (cili boh). Masukkan daun kesum dan 2 helai daun limau. Masak sehingga garing /pecah minyak. Bila dah masak, masukkan ikan dalam foil then tuangkan sos yg dah masak ni. Bungkus foil dan bakar atas pan yg ada sedikit minyak. Masak la dlm 10 minit ke sampai foil menggelembung. Then serve ngan limau nipis.
Add: Masa nak bungkus ikan td dah buh sos semua, boleh tambah ngan kacang panjang, bendi atau petai atau kesemuanya sekali.

Saya buat ikan bakar ni waktu bulan poser ari tu.. masa tu mak & ayah saya ada sini.. ayah saya punya la suka..sedap dia kata.
Saya guna ikan kembong jerk masa tu sebab mak saya dia tak makan ikan pelik2..ikan pari/keli tu semua dia tak makan.. Ikan ni saya belah 2
Layurkan daun pisang atas api. Saya gunakan daun pisang sbb masa tu x der aluminium foil
Saya ada bendi jerk masa tu so masukkan bendi..kalau ada petai sure lagiks best hihi
Bungkus & bakar atas kuali leper utk goreng roti canai tu.. tapi sayang gambar ikan bakar yg dah dimasak x sempat di snap sbb masa tu dah nak berbuka semua dah tak sabar nak makan haha.. lepas tu boleh lah buat air asam..mmm nyum2.

Resepi 3 : Lamb Chop (Blackpepper & Mushroom Gravy)

Ini adalah lunch kami hari ini sebenarnya hihi.. walaupun nampak tak menarik tapi rasanya masyaallah sedap bangat seh! Serius anak2 semua siap hirup lebihan gravy tu haha. Resepi ni saya amik dr google. tak silap saya dr website kongsi resepi.

Bahan² untuk Blackpepper & Mushroom Gravy
2 sudu besar lada hitam - saya x gunakan ni, tapi saya guna 2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 biji bawang besar - dadu
1 biji tomato - dadu
1 paket serbuk mushroom soup VONO - jenama lain pun boleh, saya guna maggi punya serbuk mushroom
500 - 700 ml air
7 biji cendawan butang
1 sudu besar margerin @ butter
1/2 cawan kicap manis - saya guna dlm 1 sudu besar jer, sebab tu x hitam kot ekekeke
lebihan air dari daging kambing yang di grill - saya x masukkan sebab x der pun air dia haha
1 sudu besar tepung jagung - saya x masukkan pun sebab mcm dah pekat jerk lepas blend bahan2 semua
2 sudu besar air - saya dah tak masukkan sebab atas tadi dah masukkan 700ml air
garam
gula (jika perlu)

Cara²
1. masukkan mentega @ margerin ke dalam periuk. tumis bawang besar hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu.
3. masukkan serbuk mushroom soup ke dalam mangkuk dan larutkan dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk. kacau seketika.
3. masukkan air, lada hitam yang dikisar halus, serbuk pati ayam, lebihan air daging kambing yang digrill, dan kicap manis. kacau rata. (tak perlu sampai mendidih)
5. masukkan bahan² didalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula kedalam periuk tadi.
6. masak lagi gravy hingga mendidih.
7. masukkan cendawan butang yang dihiris, garam dan gula jika perlu.
8. satukan tepung jagung dengan 2sb air, kacau rata dan masukkan kedalam peruk. kacau hingga likat.
9. setelah likat dan mendidih, ketepikan sebentar.

Lamb tu, saya beli yg dah siap2 marinated kat jusco. Saya just letak sikit butter atas dia, bungkus dlm aluminium oil & bakar atas kuali leper.

Resepi 4 : Potato Salad.

Resepi ni saya amik dr blog Fatin Liyana. Simple & mudah. Sedap juger. Saya copy & paste jer ni.

Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa


: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!

Selamat mencuba! Ceh poyo lagiks.. ekekeke..Maafkan saya.

Friday, September 21, 2012

Iphone biler dirumah

Biler kat umah mmg susah iphone nak sampai ker tangan saya... anak2 semua dah tunggu giliran masing2.. 
Tgk lah tu muka budak syok sendiri hihi
Bangun tido jerk terus carik iphone..
Amboi amboi kaki tu.. gaya tak leh blah la budak ni..haha
Kat kedai makan pun layan...
Ni pulak 2 beradik yg dah macam sebaya.. mana sajer berdua.. 
Apa la yg menggelikan hati sangat tu hehe
Danisha - 5 Tahun & Qaireen - 3 Tahun
Tak kisahlah janji anak2 bahagia.. cuma nyer saya selalu jugak lah jadik niyang rapik terjerit terlolong biler anak2 start berebut nak main dulu.. mmg kena buat turn... takat ni 5 org..sket lagi biler khayla pun dah pandai.. haa gilir2 la korang berenam ahahaha.. tu yg hubby dok pikir nak jer beli ipad atau yg ala2 ipad murah2 utk anak2.. may be beli 2 kot.. tgk lah kalau ada rezeki lebih.

Selalunya saya bagi timeframe la kat dorang contohnya..ok najihah main dr kul 9-10, lepas tu pukul 10-11 haris main...dan seterusnya lah.. paling kelakar qaireen laa... tak tau kenapa favourite number dia  no 7.. sekali tu saya balik umah dr kejer dah lambat.. dah kul 8 lebih malam  cam tu.. sekali qaireen dah siap2 tunggu..mintak iphone.. sambil tu dia cakap.. qaireen main dulu kay..pukul 7 nanti qaireen bagi umar yer..hahaha.. tanya biler2 pun mesti pukul 7 hahaha...
eh..budak tecit ni pun nak main? hihi.. itu blackberry sayang bukan iphone hihi

Thursday, September 06, 2012

Today is our 11th Anniversary!


Today is our 11th Anniversary.  I’m so grateful that you’re my guy and I’m your lady.
card from -  http://mikylayna.blogspot.com/

Time flies...11 taun sudah...wif 6 precious children.. May Allah bless us with Iman, Takwa, health and barakah. Love you laling :).
Thank you for all of  your love. support and understanding.. I love you muy mucho...moga kasih ini kekal hingga ke syurga.. amiin.

Pavlova for you!! :)

Selamat pengantin Baru Eda Ezani!

Date : 1 September 2012
Venue : Masjid P.Mas & Dewan P.Mas

Majlis akad adalah pukul 11 pagi.
Pengantin dah siap..ready nak gi masjid
Jom gi masjid!

Diperkarangan masjid pekan pasir mas
Cousin saya Najla yg pegang payung tu tgh peknen anak sulung 7 minggu :)
Sicantik manis Sumaiya aka Maya (single n available hihi)
Maya ni anak jagaan mak saya dr kecik sampai la darjah 6.. mak maya, mak lang syidah tu sedara kami jugak.. kalau ikutkan pangkat mak sedara la ngan mak saya tapi mak lang syidah muda dr mak saya.. dia cikgu so semua kelima2 anak2 pompuan dia mak saya yg tolong jaga masa kami dok kulim dulu.. Pagi2 mak lang syidah akan tinggalkan anak2 dia ngan mak saya.. tghari lepas dia dah habis kejer baru lah dia amik anak2 yg dah siap2 mandi & makan tghari :). Dorang semua mmg manja ngan mak saya & apa jer mak saya masak semua cakap sedap.. biler dah besar2 ni kalau dorang datang umah mak saya..dorang request la suh mak saya masak apa2 yg dorang suka. Maya ni pun bakal cikgu jugak & dia gadis yg baik.. Sejak dah besar ni dia mmg betul2 jaga aurat. Kalau datang rumah kami, tido pun pakai tudung :). Maya masa kecik ala2 danisha.. semua org suka tgk dia sebab cantik :).. ayu & lemah lembut :).. Moga Maya akan dijodohkan dgn lelaki yg baik.. Insyaallah.. amiin.
debaran menanti saat bergelar isteri :)


Adik saya dinikahkan sendiri oleh Ayah saya. Saya tanya apasal masa saya dulu dia tak nikahkan sendiri? Dia cakap dulu2 dia rasa diri dia masih jahil haha..
Alhamdulillah..selesai sudah.. Syahir memakaikan rantai tangan utk isteri tercinta.. masa tunang dia kata dah bagi cincin so masa nikah dia bagi rantai tangan.. :)
Kasih ayah pada sibongsu hingga ke syurga
bersama ayahanda & bonda
Tahniah adikku..moga kekal bahagia hingga ke syurga..amiin
Lepas tu sessi kami la bergambar hihi
budak x dok diam
me wif Nek Njang - adik arwah nenek saya
Hubby take over pegang khayla
4 generasi
Anak dara saya
pengantin wif adik beradik, ipar duai & sepupu sepapat hihi
random pic - credit to Aqilah Norman, cousin saya..curik kat instagram dia haha
yg ni pun amik dr instagram Aqilah haha
Setel semua.. majlis walimatul urus kemudian dibuat selepas zohor kat dewan majlis bandaran pasir mas.
meja bersantap.. saya suka!
pelamin
Pelamin & hiasan dewan ni semua sedara saya yg buat.. patut harga pelamin ni semua 8K tapi sedara punya pasal dia kasik 1K+ jerk..giler murah..mmg rezeki adik saya betullah.. 
Ketibaan pengantin
2 org jerk pengapit kecik sebab lagi 2 menarik diri di saat2 akhir ekekek

Parents saya dok kejap..amik gambar jerk..pas tu dorang bangun layan tetamu.
Pelamin tu pun bukan utk sanding.. x der pun renjis2 segala..semua tu semata2 utk amik gambar2 kenangan dgn anggota keluarga.

Adik beradik ayah saya yg datang dr Perak.. Terima kasih sebab sudi datang pada mereka semua :). Ayah sayakan org perak.. saya juger..sebab saya lahir kat perak haha.. 
dr kiri Mak Yam, Mak Long, Mak Teh, Mak Chah (twin mak yam) & cousin saya Muniza, anak arwah Mak Lang.
Muniza, cousin saya dr Perak dgn anak no 2 dia, Humaira yg iras2 Khayla tapi Humaira ni dah nak masuk 2 taun :). Tu jer la kot gambar2 yg saya amik guna iphone.. nanti kalau dah dapat gambar cantik2 dr profesional photog saya share kat sini yer..Insyallah.

Google