I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Monday, November 30, 2009

Kisah ibu & anak - Part 1

Dari pagi tadi saya dok berbalas email ngan najihah kat opis neh.. dok sibuk la layan email dia hahaha.. paling tak tahan dah pandai guna short form tu.. mama jadiks mm..dekat jadiks dkt..kejer jadik kjr..betul2 anak mama neh hak hak..

Email 1:
hai mm bt apa dkt ofis tu jihah nanti petang nak pergi rumah wan nanti mm tengah buat krj ke tu...

Email 2:
mama jihah kan selalu sayang baby
baby ni comellah gembira dapat baby mcm ni comel sangat

Reply:
yer la.. jihah mesti sayang semua adik2 najihah kay! Najihah kan kakak
sulung.. najihah kena la tunjuk contoh yg baik pada adik2 ok? Mama &
babah sayang najihah & semua anak2 mama selalu.. sebab tu la mama
belikan hadiah, mainan, baju baru & bawak gi jalan2.. tapi najihah jgn
lupa tanggungjawab najihah sebagai anak & pelajar.. kena belajar
rajin2 & berkelakuan baik ok? Kalau mama & babah marah tu bukan
bermakna mama & babah tak sayang najihah tapi mama & babah nak
betulkan apa yg najihah buat tak betul, mama & babah nak najihah &
anak2 mama yg lain jadi orang yg berjaya & berguna.. ok?


Email 3:
mama bila nak bl Quaker oat dr hari tu lg tau

Reply saya:
alamak mama lupa la.. nanti malam ni mama beli ok? Jihah, ckp kat
kakak..dlm almari tu ada air horlick 3 dlm 1.. cuma kena tambah air
jer.. tak yah tambah susu.. dekat bahagian yg banyak2 makanan tu...
adik2 semua dah bangun ker?

nota kaki:
hahahaha... sorry la sayang quaker oat mama beli ari tu babah dah cilok wat gi opis dia..nanti mama beli malam ni..yek hahaha

Ada jugak gambo saya & najihah..yeay..

Ada jugak gambar saya ngan najihah masa hari anugerah kecemerlangan sek najihah ari tu.. Thanks Kma! Kma ni member se matriks & uum saya... dia pun dok puncak alam tapi ni la first time kami jumpa hahaha..gilo sungguh.. Kma ni kawin awal.. after grad terus kawin kot.. anak dia yg sulung dah besar.. dah darjah 4.. tapi jelita sungguh anak dia si shasha tu.. cantik.

Counting the days...lalalala


Adeh sgt2 tak sabar kay.. nak gi coti2 mesia... minggu neh cam malas jerk nak kejer keh keh.. mood coti2 sudah mari...

baju anak2 semua dah siap kemas masuk dlm bag.. tinggal nak hangkut letak dlm thule jerk ekeke
bilik hotel sudah dibooking..
budget duit tol,minyak belanja etc dah allocated dah semua..
kamera, video camera harus kena bawak...

yg belum siap lagiks adalah baju saya & hubby ekekeke...

So kemana destinasi kami kali ni yak? hak hak..tak lain tak bukan kami nak turun utara la.. book hotel kat penang pas tu nak turun aloq star, perlis & paling penting nak balik uum.. yeehaa... lama giler dah tak jenguk uum.. lepas grad langsung tak pernah pi.. huh 10 taun dah..

so u ols.. sila bagi cadangan tempat2 menarik yg harus kami pi terjah dan jugak tempat2 makan yg harus kami pi ok?

Tuesday, November 24, 2009

Thank you kak Niza aka Kak Nestumrasberi

Dah lama kak niza hantar gambo2 ni thru email tapi saya asyik lupa nak upload sini..
Thank you akak!! Saya suka!!

Smartreader Kids Happy Moments 2009

Date : 22 Nov 2009, Sunday
Time : 8.00 pm - 10.00 pm
Venue : Dewan DBKL



malas lak saya nak update banyak2... utk gambo2 lain leh click kat sini (facebook saya). Si najihah tu apa kena malam tu beria2 nak pakai tudung dah macam minah indon lak saya tgk hahaa... itu tudung lama, tudung masa dia umur 3 taun.. hubby dah bising suh pi cariks tudung yg elok sikit utk dia hahaha...

Sunday, November 22, 2009

Lagiks beg coach santek2..

arghhh... meroyan saya tgk beg2 coach kat blog neh huhu... latest design..semua cun2 & best..argh..sukak..sukak...

http://klpremiumoutlet.blogspot.com/search/label/Coach

Aktiviti Hari Sabtu - daftar keahlian

Dari dulu lagiks janji ngan najihah nak buat kad library dia, so, ari sabtu ari tu kejut najihah, haris & danisha pagi2.. singgah bekpes kat jelutong, lepas bekpes masuk 99 beli stok susu & diapers anak2... pas tu berdesup gi library kat shah alam.. kami semua buat kad..saya, hubby, najihah, haris & danisha..haha.. dah alang2 semua dtg buat jerk semua terus hehe.. isi2 borang.. bayar rm1 utk potostat ic saya & hubby.. (5 keping, satu utk saya, satu utk hubby & 3 lagiks utk sbg penjamin utk anak2)... amik gambo segera kat situ jugak.. dia amikkan la guna digital camera kat situ, pas tu we ols masuk dlm..
saya yg semakin hari semakin tembam hak hak..mana tak tembam asyik melantak jerk huhu.. tapi sgt heaven la makan time2 peknen ni.. tak yah risau nak cover2 perut yg moncet hahaha..


saya bawak anak2 kat section kanak2 la.. hubby lak turun tingkat bawah.. dia nak cariks buku dia la..utk pengetahuan u ols.. nak buat kad utk anak2 yg perlu cuma ic ibu/bapa atau penjaga jerk.. tak perlu surat beranak ker apa.. yg penting anak2 pun kena ada la time tu sebab nak amik gambo dorang kan..layan dorang baca2 buku... pas tu amik mana2 buku yg berkenan utk pinjam wat balik.. Org punya la ramai.. yer la.. dah start cuti sekolah kan..sekali biler gi kat kaunter balik, kad kami masih lum siap.. ramai sgt org register hari ni..so hubby kata kiter gi muzium kat sebelah lah.. so bawak la dorang jalan2 situ kejap..penat jugak la menapak huhu.. sampai la tgahri.. saya dah kepaisan rasanya... singgah kfc kat hiway makan2 terus berdesup balik puncak alam..
Budak ni tak habis2 suh saya bacakan kisah simba.. dia cakap lion tu nama shisha..bukan simba huhu..

Friday, November 20, 2009

Sticky Mode - Apa sudah jadiks template gue??

Buat sementara waktu, blog saya takkan mempunyai header atau background keh keh.. biler2 saya rajin baru saya godek yak!

Thursday, November 19, 2009

Lagu kami

Lagu yg mengimbau kenangan zaman bercinta..

Terasa bahagia biler hubby genggam & belai & cium tgn saya sambil berkata "tangan yg saya genggam 15 tahun dulu.. tangan ni jugak yg akan saya sentuh & genggam biler kiter tua sampai biler2" Insyaallah.. amin...



Kau Ilham Ku

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan


Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

i luv u dulu kini & selamanya..

Result UPSR 2009

Tahniah pada murid2 yg berjaya & juga pada guru2 yg mendidik & memberi restu.. Tahniah juga kepada semua parents yg sentiasa berdoa & bersama2 memberi restu utk anak2...

Anyway always remember that Knowledge is for life. The grade will not determine a person's success. The personality and good upbringing will. Straight A's is not everything. Although we have to admit, the feeling of seeing all As in our child exam result can put us in a good mood for quite some time :-).

97 students of Sek Keb Puncak Alam got 5A's!! Kudos to all of them...hmm budak2 sekarang makin pandai..

So encourage our kids to acquire the love and passion for knowledge!!

Anugerah Sek Kafa

Hari ni najihah amik hadiah kat sekolah kafa.. tapi cikgu dia lambat bagitahu.. semalam tghari baru dia kasik surat..so tak dapek la saya atau hubby nak gi tgk dia.. sian dia.. mm satu lagiks apasal saya lum dapat report card sek kafa ni ek? musykil2..

Hari ni najihah dapat hadiah terbaik subject jawi & tauhid. Dua2 subjek tu dia dapat 100... kalau ikut kertas periksa dia, semua markah 90 keatas.. tapi saya still musykil apasal tak dapat lagiks report card dia ek? Nak kena gi jumpa ustazah dia la gamaknya..

Wednesday, November 18, 2009

Hukum MLM

Baru2 ini saya diapproach oleh rakan baik saya utk buat satu program mlm yg mmg terhangat dipasaran la ni... mmg ramai jutawan melayu yg dilahirkan dlm masa yg singkat.. masa mula2 dia terangkan plan segala saya mmg teruja.. yer la sapa tak nak kaya cepat kan? masa tu mulalah perasaan tamak melonjak2 dlm diri saya lebih2 lagiks biler tgk cek2 yg dia terima start dr bulan pertama sampai la sekarang....huhu..

Dengan hanya berbekalkan yuran pendaftaran ahli sbyk rm30 kemuadian kena buat loan sebanyak RM20K, dapat 10 ketul penapis air yg berharga rm2080 satu, tapi saya tahu harga sebenar brg2 mlm ni selalunya mmg mahal dr harga sebenar.. entah2 penapis air tu cuma berharga rm600 jerk..sapa tahu kan hehe.. bulan pertama masuk akan dapat cek rm4K lebih.. kalau dapat carik downline, bulan seterusnya kiter naik pangkat & dapat cek lagiks.. begitu lah seterusnya dengan hanya bermodalkan rm20k yg kiter laburkan awal2 tadi... yg mana ikut kata dia selalunya dlm masa 6 bulan kiter dah dapat balik modal.. masa tu cek kiter dah lebih dr rm20K so dah boleh buat full settlement loan tadi.. ikut skim mlm ni, kita akan berterusan dapat cek selagi org bawah kiter bergerak..

saya & hubby buat research pasal mlm ni, dan kami rasa byk yg lebih menimbulkan keraguan dr hukum syarak..pdgan fikh islami.. antaranya cuba lah baca dr jakim ni.. dan yg terbaru u ols boleh baca dlm majalah solusi keluaran bulan november...

Kaya? semua org mahu kaya tapi biarlah kiter kaya dengan pendapatan yg bersih & berkat. keberkatan dlm pendapatan tu yg lebih penting.. perkara yg syubhah lebih baik dijauhkan.. ingatlah hati boleh rosak dengan perkara2 yg syubhah...dan juga, alangkah menakutkan seandainya kiter tergolong dlm dalam kategori 'memakan harta orang lain secara batil' ..fikir..fikirkan lah.. tepuk dada tanya iman...wallahualam.

U ols boleh google atau baca sini :

jawapan ustaz zaharuddin --> http://www.zaharuddin.net/content/view/462/100/
majlis fatwa indonesia --> http://www.zaharuddin.net/content/view/462/100/
soal jawab agama jabatan mufti negeri selangor --> http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Muamalat/SoalJawabMuamalat.htm

jawapan jakim --> http://www.zaharuddin.net/content/view/222/72/

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

( updated pada 10 April 2007 berwarna ungu )

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level
Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa
yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan
Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003
menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan
lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini
dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap
sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun,
amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang
ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah
dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau
kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan
hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau
banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk
memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula
mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan
kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya
kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam
yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen
produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi,
kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan
pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam
berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini
bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang
terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini,
menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan
halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh
seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan
lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan
sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan
mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat
keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati
orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka.
Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki
pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak
akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » (
Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah
mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali
ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi,
no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini,
saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah
dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk
menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud
di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit
gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam
dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan
alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui
banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline'
(tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut
‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM
ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal'
atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara
keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara
MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau
keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan
dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa,
ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian
ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar
‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara
‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan
haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm
369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu
kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok
harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4
unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna
saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih
Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan
boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap
haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat
dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang
sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system
priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli sebuah produk
MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya
ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah
satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan
sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya
'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada
istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana
penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan
saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana
kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak
cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang
memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan
unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :

Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang
mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga :
Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82
)

Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama :
Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun
lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. (
Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay,
hlm 294)

Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari
al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )

Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila
si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ...
teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain
dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )

Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan
terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang
disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru
apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM
haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu
berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya.
Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu
tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda
, bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn'
yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir
semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum
agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah
sejak dari awal.





2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang
wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang
mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi
melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di
bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka
keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun
orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat
dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi
bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap
ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang
tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak
syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau
mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi
membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti
‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah,
ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin,
‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih
Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ).
Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh
bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya,
ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan,
syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya
kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan
seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan
usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di
atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya
rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh
Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang
kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones
Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta
orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana
ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada
dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan
diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian
komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage"
(tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage"
tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri
sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM.
Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual
sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker
(ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen'
menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen
wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi
tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan
mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru,
maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.
Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya.
Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk
mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan
satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya
bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan
berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman
web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk
yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar
produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli
(sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh
lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada
hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk
menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk
dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat
utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah
difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no
15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual
produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang
dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya.
Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn
fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang
oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad)
dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi
Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka
pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut
yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli
kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang
sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula
bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti
ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi
shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang
tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak
pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan
dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan
(untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru)
dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong
sebagaimana hadith di atas.

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level
keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal
mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana
rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang
diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham
sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan
'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari
tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari
sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal,
si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si
upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada
modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual,
kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan
upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak
dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama
yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa
kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi
perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan
saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran
pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul.
Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf
dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa
tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan
ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

*
1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual
kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara
tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan
tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan
oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam
As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi,
5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM.
Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana
biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

*
2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini
dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan
datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu
mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul
Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

*
3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku
ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula
dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi,
Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul
Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM.
Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh :
"aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat
engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga
jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan
setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan
sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"

Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang
bersifat lazim?

a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah
yang bersifat lazim.

c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini
ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada
jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini.
Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat
maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad
itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu
adalah "aqad lazim"

*
4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga
iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700,
tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka
pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh
Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ;
Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat
satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh
‘concluded'.

*
5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini
dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku
akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah
tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif
Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib
Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua
aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma
cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa
yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya,
maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh
menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa
ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan
sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain
itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan
adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk
keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim
Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya :
"Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang
secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem
pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru
dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat
dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin
banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus
yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara
ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan
harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia
langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah
perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi
tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi
mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang
yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara
berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada
pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu
memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong
dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka
menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful
secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab
MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini,
saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut
dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan
serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru,
produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan
kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan
hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan
MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif
jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara
tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba
jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli
bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna
orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang
dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang
ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di
jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada
perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan
wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi
memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha
atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat,
motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat
yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen
itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan
terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam
Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang
diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi
menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli
di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia
dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah
haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh
?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan
untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan
berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada
semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang
atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh
difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan
segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya
secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal
masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di
peringkat awal lagi.

Mana MLM alternatif??

"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM
yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak
seorang pemuda tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam
mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta.
Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang
menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh
laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau
produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum
Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati
Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah &
bisnesman amat perlu dalam hal ini.

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya
dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini
kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori
Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak
sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak
pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan
atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya
memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah.
Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat
tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah,
selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang
menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah
sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam
seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran,
peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam
masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi
undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak
sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai
juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk
perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika
perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya.
Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah
berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara
Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah
Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan
Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal
bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan
begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak
perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini
sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan
serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu
‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)

Tuesday, November 17, 2009

Hari kecemerlangan Akademik Sek Keb Puncak Alam 2

Hari ni saya coti.. sebab saya nak gi tgk najihah amik sijil terbaik bahasa Inggeris..

Baru saya tahu yg SKPA 2 ni adalah sek yg dapat keputusan terbaik UPSR dlm selangor dah 3 tahun berturut2 dan termasuk dalam pencalonan high performance school semalaysia walaupun usia dia baru 6 tahun..

tahun 2006, jumlah pelajar dapat 5A - 21 org
tahun 2007, jumlah pelajar dapat 5A - 33 org
tahun 2008, jumlah pelajar dapat 5A - 54 org
tahun 2009? Result kuar esok...

dlm kurikulum & sukan jugak SKPA 2, dah capai macam2 samada peringkat negeri selangor ataupun kebangsaan..

masa anugerah kecemerlangan tadi, persembahan2 pun macam2.. seronok jugak lah.. nanti saya upload okes..

persembahan pertama, persembahan kompang salawat... kumpulan kompang SKPA 2 menang Johan peringkat negeri selangor dan seterusnya kebangsaan.. (tempat kedua Johor, ke 3 perak).

persembahan kedua lak, persembahan tarian - dorang ni pun menang tempat pertama peringkat negeri selangor, pertandingan apa ntah kelolaan tourism malaysia.. antara pencapaian dorang pernah buat pertunjukan sewaktu final juara lagu tahun 2008, final gang starz, tom2 bak, kat ntv9 live apa ntah.. dan macam2 lagiks.. terbaru dorang akan buat persembahan kat istana depan sultan selangor bulan depan sempena bday sultan selangor.

persembahan ke-3 lak alunan violin dr sorang budak darjah 5. Suka tgk budak ni..penuh konfiden..lawa lak tu :-)

persembahan terakhir adalah Kalam Jama'i (cam choral speaking la tapi versi bahasa arab).. dari murid2 perempuan tahun 3.. comel sgt :-)

semua persembahan ni saya amik video.. nanti berkesempatan saya upload kat sini yak!

cuci..cuci..cuci..cuci..mata..hua hua hua

mari berangan bersama2 saya hua hua hua..

Design ni special jugak kan.. ada satu cam ni syok jugak keh keh
yg ni macam saya punya cuma colour jerk berbeza..
Yg ni saya punya hak hak hak...nak jugak tu letak sini
sling bag ni pun saya ada jugak.. masa saya gi US ari tu saya beli 2 bag coach utk diri sendiri :-)dapat yg cam gini pun okes jugak neh...putih ni pun okes jugak..yg ni pulak cam bakul.. tapi kalau large size best jugak neh.. leh campak macam2 dlm dia..hihi
yg ni pulak formal sikit.. tapi ada gayak executive laa..argh suka jugak..ini semua adalah pilihan citarasa saya.. saya tak suka design yg macam auntie2 (cam org tua huhu)..ces.. tak sedar diri anak dah nak masuk 5 keh keh..

Monday, November 16, 2009

2 pemimpin yg saya sayangi

sapa tgk mahathir kat history channel semalam? saya & hubby cepat2 balik umah sebab tak mau miss siaran kul 8 malam tu.. minggu depan ada lagiks.. 22/11.. bahagian kedua..

Best okes.. sejarah dr kecit.. camana dia ketemu hasmah etc.. Baru saya tahu mahathir tu ada 5 org anak.. 2 perempuan & 3 lelaki... yg sulung marina yg seterusnya saya tak ingat susunan dia hahaha.. tapi baru la saya tahu dia ada sorang lagiks anak pompuan nama melindaa...

saya mmg respek la kat mahathir ni, tanpa mahathir.. malaysia takkan seperti sekarang.. masa dia muda2 dulu, masa dia bukak klinik kat alor star.. dia selalu bagi org2 kampung free jerk.. kalau dorang tak mampu bayar walaupun masa tu bayaran yg dikenakan cuma rm2@3... mulia sungguh hati dia...

Selain mahathir, saya jugak kagum, hormat & sayang kat Tuan Guru Nik Aziz.. saya sedih.. kenapa ek, Nik Aziz kena fitnah teruk sekali kali ni.. Saya suka peribadi Tuan Guru Nik Aziz.. tak sepatutnya dia difitnah begitu rupa... hmm..

nota kaki:
saya tak sokong mana2 parti... saya suka mereka2 ini sebab bagi saya dorang ini org2 yg istimewa yg patut kita contohi... mana yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

Sunday, November 15, 2009

Kat Umah Atuk - ahad

Lepak2 kat umah atuk.. lunch kat umah atuk sebelum jenjalan gi ikea & the curve.. Enjoy the piccas..

kita serupa la wan..rambut kiter sama hehe
main ngan atuk pulak..Wan selesai masak.. rehat jap..
Oit qaireen..kemana tu?oh terbongkang sudah hik hik...Budak suker tukar2 baju..hmmWan baru lepas mekapkan dia.. pakai lipstik & celak kat kening
Google