I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Sunday, January 31, 2010

makanan jiwa

cilok lagiks dr facebook cik puan sumie

Jika kita bukan pemberi nasihat, jadilah pemberi reaksi. Jika kita tidak pandai berkhutbah, maka hadirkanlah diri mendengarkan khutbah. Jika kita tidak boleh menyampaikan kajian, maka ikutilah kajian. Jika kita tidak cekap memperbaiki orang lain, maka janganlah malu apabila orang lain memperbaiki diri kita..

Thursday, January 28, 2010

Wednesday, January 27, 2010

dental claim pun dah dapek..yeehaa..

Brg2 sudah sampai...

Brg2 yg baru sampai bebudak laki angkut letak dlm opisCheck jgn tak check.. takut ada yg kurang.. terlebih tak per jgn terkurang hak hak...

ni saya punya..set bersalin am2**y, madu & 2 kotak d**ble x supplementsekian sahaja antara saat2 happy sebagai pekerja amway ahaks..

perasaan teruja ini

haha hari ni terasa banyak pulak nak mengomel.. haa amik kau sekali buat berentry2 sehari hak hak..

pagi ni saya agak lepak sikit u ols.. banding ngan 2,3 hari lepas.. yg very the busy kebabom...
sampai rasa perut stress2 baby nak terkeluar tang tu jugak hak hak..

oh sebenarnya kan saya nak bagitau.. perasaan saya lain macam happynya sejak tau baby ni boy..

macam2 bermain dlm pikiran saya la ni..
macam2 saya nak beli utk baby boy ni esp baju2 la.. baju2 boy satu pun tak dak ni.. baju haris masa kecit2 semua dah kasik org so baju kena bali baru.. sebelum ni anak2 pompuan leh pakai pakaian sedia ada kakak2 dia hak hak.. so beli yg baru pun tak der la byk sgt..

oh sungguh excited dok browse tenet, nak beli baju baby boy yg comel2...

aww..sukanyaaa....

Apa ada pada nama

Nama saya dlm ic Edrina binti Abd Rahman.

Nama saya tak punya apa2 maksud dlm islam. Pernah saya terfikir utk tukar nama saya pada yg ada makna. Masa tu dlm fikiran saya, nama yg sesuai & akan2 dengan bunyi nama saya ada 2, irdina (kehormatan kami) dan Adriana (Nisbah).

Tapi biler pikir nak kena angkat sumpah semua, pas tu macam2 urusan rasmi, loan keter, umah semua nama Edrina so cam aah malas lah nak tukar..

Famili saya panggil saya Intan, termasuk la hubby. Arwah atuk saya ada nama panggilan yg special utk saya. Arwah atuk saya, masa saya kecit2 dia panggil saya 'Rendang'.. entah kenapa saya pun tak tau. Biler tanya nenek saya apa maksud & kenapa.. dia cuma cakap tu panggilan manja utk cucu kesayangan atuk saya :-)

Sebab tu lah saya berazam anak2 saya, saya nak letak nama2 yg elok yg punya maksud agar biler disebut2 akan jadik satu doa.

Masa saya peknenkan anak sulung, saya sgt suka kan nama najihah yg bermaksud yg berjaya..
kalau boleh waktu tu saya mmg nak anak saya nama yg pendek2 jerk.. macam nama saya, satu nama sahaja.. najihah bt abdul aziz... tapi waktu tu, anak sulung lah katakan, hubby pun ada nama yg dia suka.. dia nak letak syafiqah.. berebut2 ngan saya.. hahaha.. last2 arwah nenek saya bagi cadangan..senang2 letak jerk dua2 haha tu yg akhirnya jadik nur syafiqah najihah...

Utk anak lelaki pulak saya mmg nak ada muhammad kat depan sebab masa waktu kat akhirat nanti, nama2 abdul & muhammad dulu yg akan dipanggil utk dihisab.
masa ni saya suka sgt ngan nama haris & fawzan.. saya rasa nama haris tu cam korporat gitu keh keh.. hubby pulak nak letak lukmanul hakim. Tapi may be masa ni saya lahirkan haris ceaser so hubby cam kesian tgk saya so dia mengalah :-)

seterusnya anak ke 3 & ke 4 since najihah dah start ngan nur, so yg lain2 pun saya letak nur jugak lah kat depan hehe

nur dina danisha
nur qaireen khalisa..

anak ke 5 ni, sebab lelaki, hubby nak nama umar, so kami nak letak dia muhammad umar afham (insan yg terpuji, sejahtera & penyayang)

saya ada nama utk pompuan utk baby ni tapi since dah confirm lelaki so saya reveal jer la nama baby girl yg saya reserved neh hehe..

nur khayla delisha = cahaya mahkota/kehormatan & kegembiraan

rasanya lepas ni saya & hubby nak tutup production dah..hehe.. tapi apa2 pun saya & hubby percaya semua ni dah tertulis sejak azali.. apa2 pun kami terima.

Anak2 saya, saya tak mau bagi nama2 gelaran.. saya nak panggil dorang dengan nama2 indah yg saya dah berikan pada mereka

najihah (yg berjaya)
haris (pelindung)
danisha (yg berpengetahuan)
qaireen (kebaikan)
umar (sejahtera - prospering, thriving, long lived, Flourishing)

dengan harapan semua tu bagai satu doa utk dorang, moga2 peribadi diri yg terbentuk seindah nama2 dorang..

Bayangkan kat akhirat nanti, Allah kata kita akan dipanggil dengan nama yg selalu org panggil kita kat dunia ni.. tentu kat akhirat nanti saya kena panggil Edd huhu.. sgt tak best kan..

Alam Rumah Tangga

Cilok dr blog umi

umi, ed copy yak! thank you!

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

(Bahagian 1)
Psst…Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkapkan juga dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu..

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata,
perindahkan bahasa
jinakan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakan belaian.

Masih gagal jua ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
Bagaikan riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang….buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…
Kalu ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya..
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
“Sayang abang tak ulang lagi”
katakan “Sayang…abang alpa”
bisikkan “Darling..I lupa..”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekkan kasanova, tapi hati suci..

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi…Kalu kena cicahnya
Enaknya akan terasa..
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

(Bahagian 2)
Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya “Seabadi permata…segermerlapan intan”…
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesal diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir..Permata yang dipilih
Perlu digilap semula.

NamunPutus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteripada hakikatnyaadalah bayang-banyang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi JANGAN berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama
Bisikkanlah “Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
Marilah kita mencari rezeki
dengan keringat yang tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini
Padamu sayang
Kalungan cintamu, di jiwa ini.”

(Bahagian 3)

Puuuh…
Akan tiba masanya bila “isteri” di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi..
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurangan cinta kita ?
jika berkurangan, nyatakanlah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
Di samping menyanjung budi,
Kita merampingkan ‘body’
Kalu ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam,amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredahaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambahkan bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakanhidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

(Bahagian 4)
Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti satiamu suami ?
apakah tandanya hanya akau di hatimu ?
Kekadang disergah kitaketika keringat masih membasah
baru menjegah pintu rumah..

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al- Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
dia yang membantu menjaga makan minum kita
dia yang mencuci pakaian kita
dia yang membantu membersihkan rumah kita..
lalu apalah salahnya kita bersabar dengan sedikit karenahnya ? ”

(Bahagian 5)

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segengam api.
Telah banyak kita mendengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini..
Walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia
.si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguris pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya..

atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :

Aku hanya seorang
menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur
Buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
.bersatulah kita tempuhi
Nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biarlah kita rasa : rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri..Tidak kutagih setia,sesetia Hawa..
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu….
seorang isteri..

Sunday, January 24, 2010

Bucuk2 mama

Hensem boy mama

Danisha yg cheeky tapi manja


Danisha ni mmg cheeky, tapi suara & perlakuan dia mmg manja.. selalu lah kalau saya pi mana2 mesti org akan geram kat dia.. ari sabtu ari tu masa gi clinic checkup saya bawak dia & baby qaireen jerk.. bawak baby qaireen sebab qaireen nak cucuk 1 tahun, danisha lak terpaksa bawak sebab dia awal pagi lagiks dah bangun nak ngikut..Ada sorang auntie ni tgh tunggu nak bawak anak & cucu dia balik lepas bersalin punya la dia suka ngan danisha.. danisha ni pulak mmg type manja & mudah mesra.. biler auntie tu panggil dia terus jerk dia pegi.. auntie tu apa lagik.. dicium2 , peluk2 nya danisha hahaha.. bahaya sungguh anak ku ini.. tapi mmg la gelagat dia tu buat org geram tgk dia :-)

Friday, January 22, 2010

Confirmed boy!!!

Alhamdulillah..syukur sangat2 pada Allah.. akhir nya permintaan kami di tunaikan.. baby ni boy!! yeay.. Masa doc scan tadi , biler doc cakap hubby tak habis2 ucap alhamdulillah..saya & hubby dua2 happy sangat... siap nampak birdie ngan batu dia tu ahaks...

Baby 'Umar' alhamdulillah sihat2 sajer kat dalam tu.. :-)

Thursday, January 21, 2010

saya - peknen 6 bulan


masih boleh pakai jeans sebab semua jeans saya bawah pusat maa... keh keh.. aww..nampak tak jam baru tu? hik hik.. rasa penuh berkeyakinan jerk pakai jam baru ni.. berat.. hubby kata tak per beli ni utk reward diri sendiri lepas kejer sungguh2... dah penat pakai jam yg feminin sekali sekala nak jugak jam yg ganas gayak gini... penuh attitude..ewah..poyo ah mung edrina..kih kih..

sayang oo jam ni jam paling mahal yg seumur hidup saya uhuks...

u ols dah dapat bonus + increment kah?


kisah danisha

pagi tadi waktu dlm keter saya citer la pada hubby kisah danisha..

saya ajar la dia nyanyi lagu yg nenek saya selalu nyanyikan utk saya dulu2 :

Burung ketila mengetuk pintu
bukak la pintu untuk aku..
badan ku basah ditimpa hujan...
bukak la pintu utk aku....

Lepas tu dia nyanyi balik.. tapi sebab dia tak berapa ingat lirik tu kan, so dia bantai jerk lirik ikut sedap apa yg terlintas kat fikiran dia time tu..

version danisha:

...bukak la pintu..pintu kunci tak boleh bukak..

hahahhaa giler lawak hahaha.. saya ngan hubby ketawa berderai..
hubby kata..itu tandanya dia bijak.. otak dia berjalan... hahaha.. danisha..danisha..

danisha ni mmg pak lawak.. keletah dia mmg mencuit hati.. tu yg buat saya asyik nak gomol2 geget2 lengan & peha dia tu hak hak..

Wednesday, January 20, 2010

pregnancy kali ini

+ tak der morning sickness langsung, cuma saya sgt2 mengantuk waktu awal peknen dulu.. bygkan tgh taip something kat lappy waktu kejer pun mata leh terkelip2 berjuta kali sesaat sebab terlalu nagntuk sedar2 dah tersengguk keh keh..

+ air kegemaran adalah air suam kosong, satu hari kalau kat opis ni saya rasa kalau diukur kadar tu dgn botol, berbotol2 saya minum.. tapi saya minum dlm cawan amway la keh keh.. kejap2 gi pantry amik air dr e-spring campur ngan air panas..

+ Tak der langsung rasa malas nak bekerja ker apa, tapi semangat rajin bekerja yg dok berkobar2 dlm diri.. macam ada satu pemangkin gitu, motivasi diri bekerja sgt tinggi.. may be sebab faktor bos & colleague yg best kot. Moga2 baby ni nanti rajin la hak hak..

+ Kadang2 macam tak sedar diri ai ni tgh peknen, perut tgh memboyot... sedar2 dah 6 bulan.. kejap jerk.. pejam celik pejam celik tup2 awal bulan 5 dah nak bersalin :-).

+ Rasa tubuh badan sihat, maksud saya tak der sakit2 badan & sebagainya.. mohon pd Allah agar keadaan ini berkekalan hingga saya selamat melahirkan.+ pregnancy kali ni terasa amat mudah..alhamdulillah & insyaallah semoga berkekalan.

Kucing Jejas Kehamilan

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:

* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumber:Utusan Malaysia

Sunday, January 17, 2010

update secoet!

lalalalala.. hari ni pakai jam baru.. tq laling..muahss... lalalalala

Friday, January 15, 2010

sekadar renungan

Kata2 hikmah ini saya cilok dr wall kawan baik saya dimrsm dulu..geng jaws ai.. sumie..
nak share jugak ngan u ols readers blog saya :-)

"Bila hati kian bersih, pikiran pun selalu jernih, semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih; Tapi bila hati busuk, pikiran jahat merasuk, akhlaqpun kan terpuruk, dia jadi makhluk terkutuk. Bila hati kian lapang, hidup susah tetap tenang, walau kesulitan menghadang, dihadapi dengan tenang; Tapi bila hati sempit, ...segalanya jadi rumit, seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit"

Wednesday, January 13, 2010

Doc sudah selamatkan gigi ku ini..yeay..

saya baru balik dr dental kat jelutong... doc kata saya ada dua pilihan samada cabut terus atau buat root canal treatment. Tapi dia kata kalau nak cabut may be susah sikit.. err cam ngeri jer saya dengar.. so saya cakap tak per lah doc selamatkan lah dulu gigi saya neh ahaks..

so tadi doc matikan nerve dia dulu.. pas tu letak tampalan sementara..dia kata kalau tak der apa2 problem cam sakit lagi ker lepas bersalin datang balik continue buat treatment... saya tanya doc.. ok ker masa2 peknen ni buat treatment gigi? Doc cakap kalau kandungan masa tu 1-3 bulan mmg tak leh cabut.. kalau dah mid pregnancy kalau tak der masalah cam darah tinggi, morning sickness etc boleh jerk..

tadi rupa2nya lubang ada dua kat gigi geraham belakang sekali ngan gigi kat sebelah dia.. dua2 kena buat root canal treatment sebab dua2 dah kena nerve dia.. so tadi utk rawatan yg pertama kena rm250 utk 2 btg gigi.. saya tgk harga sebatang gigi utk rawatan ni sebenarnya rm450. Apa2lah janji gigi ku masih diselamatkan lagiks.. huhu..

Suka aa doc pompuan tu tadi... tak sakit pun dia buat... even masa cucuk ubat kebas pun tak terasa.. sebab dia sapu krim apa ntah dulu... pas tu lepas buat treatment dia lukis gambo dua2 gigi saya.. cerita apa yg jadik.. ada berapa nerve kat situ & apa yg dia buat.. mmg puas hati.. kalau u ols nak try pegi la kat 1st Dental kat Jeutong. :-)

ok lah daa.. saya nak pi solat lepas ni nak pi jemput najihah kat sekolah dia..tata titi tutu..

nota kaki:
Tadi Hubby call.. setelah bertungkus dievaluate..buat presentation etc selama 3 hari akhirnya laling ai berjaya.. yeay...
Tahniah awak!! Hubby kini dah certified.. certified as apa? Certidied in performance mgment apa kobondo ntah.. ahaks..Nanti saya tanya dia dengan lebih lanjut saya pun tak paham jugak kejer2 HR bhg performance appraisal etc..neh..

Lepas neh mana tau naik pangkat jadiks director cececece..

ngomelan dikala cuti

Gigi

Hari ni saya coti... saya sakit gigi..nyut..nyut..nyut.. sampai naik ker otak rasanya sakit neh.. semalam drive keter pun tak selesa... oh ya.. selasa & rabu saya kena drive sendirik pegi opis sebab hubby ada sesuatu yg penting kat KL selama 3 hari ni..*wink*.. malas betul rasa nak bawak keter pasal dah biasa dok bersenang lenang kat sebelah..tau2 dah sampai opis keh keh..

Masalah utama saya kalau peknen adalah gigi.. huhu gigi saya akan jadi sensitif & senang rapuh.. walaupun amik pil kalsium tiap2 hari.. banyak sgt kot kalsium yg dia tarik nak kasik baby.. adeh..deh.. tgh rasa menyucuk2 nih kat dlm saraf gigi tu..adoiilaa... dah telan panadol pun tak subside jugak sakit neh huhu.. ni saya tgh tunggu klinik gigi bukak.. apasal la lambat betul dia bukak..

Gigi geraham ni dulu dah pernah tampal.. masa saya peknen kat najihah.. tgh bekpes tetiba.. saya tergigit benda keras.. rupa2nya sikit dr gigi tu reput. masa ni sikit ajer..so macam tak kisah sgt la..

Peknenkan haris.. macam tu jugak..gigi yg sama.. reput sikit lagiks.. tapi tetap tak pi klinik sebab tak sakit haha..hampeh tul la..

Peknenkan danisha.. tetiba tampalan dia terkeluar huhu.. so berlubang besar lah dia jadinya.. tapi still tak rasa sakit.. apasal ntah malas nau nak pi klinik gigi.. yer la leceh tul la.. bila kiter pi kena buat appointment la apa la.. ish..ish..ish.. no good..no good.. jgn tiru macam saya yak u ols.. sekarang biler dah sakit baru menyesal huhu..

peknen qaireen pun sama.. tapi sebab saya baca masa peknen tak digalakkan cabut atau tampal gigi so saya ingat tunggu la biler dah bersalin nanti.. sekali lepas bersalin busy macam2 so since tak sakit biar jer la dulu.. sampai la peknen lagiks..

kali ni sebab dah sakit sgt so sgt tak tahan oo.. baru la hegeh2 nak pi klinik huhu... tapi boleh ker cabut tgh2 peknen ni u ols? huhu

Hubby

Semoga berjaya... intan tahu awak boleh.. Insyaallah..

Qaireen

Kepandaian baru qaireen yg saya perasan:
1. Babai
2. Ajuk org cakap kat tepon.. masa tu hubby tgh tepon org.. tetiba qaireen pun sama letak tgn kat tinga pas tu membebel2 macam konon2 tgh cakap kat tepon jugak lah.. hahah cute giler..
3. Suka ajuk apa yg saya cakap.. contoh saya bebel2 sambil dukung dia "mana susu baby ni?".. pas tu dia ikut cam lebih kurang ada bunyi gak la "na..bibi ni.." hahaha.. alahai qaireen..

Najihah & Kumon

masuk ni dah 2 minggu najihah buat h/w kumon hari2.. masa memula masuk dulu..amik 1st 60 soklan najihah cuma sempat siapkan lebih kurang 40 soklan jerk dlm masa 20 minit.. hari2 buat.. semalam last h/w yg dia buat dia dapat siapkan 60 soklan dlm masa 7 minit.

Masa memula nak enroll najihah saya diberi taklimat ttg apa itu kumon, konsep & objektif kumon ni.. so kumon ni bukan lah training center yak u ols.. tapi saya suka konsep kumon ni yg menitik beratkan stamina minda & fokus. Latih tubi yg diberi hari2 sebenarnya melatih minda & menguatkan stamina minda.. kebanyakan anak2 yg masuk kumon takkan mudah mengalah biler diberi sebarang soklan ujian.. dia akan cuba buat sampai betul2 tak tahu..dan dia akan jadiks lebih fokus.. Mmg latih tubi tu matematik tapi disiplin kumon ni lama2 akan mempengaruhi pembentukan peribadi anak2.. so la ni tiap2 malam hubby akan spend masa lebih kurang setengah jam jerk dengan najihah.. selalunya 10 minit tu dia akan buat kumon, selebihnya buat homework kejer sekolah lah..

kelas kumon selama sejam jerk.. setiap malam isnin & khamis.. so kalau saya tak sempat sampai sebekum kul 8 malam, ayah mentua saya akan hantar najihah.. kami akan pi amik dia lepas tu. Takat ni dia nampak happy & bersemangat.. saya plan bulan depan nak hantar haris sebab saya perasan haris ni kurang fokus.

Danisha

Danisha dah pandai lukis org hak hak.. tapi gaya dia la.. sebelum ni dia kalau lukis main bulat2 & conteng2 jerk.. la ni pada usia 2 tahun & 8 bulan dia dah boleh lukis muka org hak hak.. tergezut kami tgk sebab tak der org ajar tetiba dia lukis & tunjuk kat kami.. "mama.. ni shisha lukis mama".. pas tu sikit2 nyanyi apa2 yg terlintas kat fikiran dia.. kejap2 lagu pis pis tu, pas tu lagu stacey pakai buang.. pas tu lagu2 budak2 dlm cd yusuf islam i look i see tu..

mewarna pun dah pandai.. tak der celoreng2 dah.. dah pandai color cantik2.. ni hasil kreatif danisha hahaha.. cute kan?yg kat mengerbangkan luar tu adalah rambut tau u ols ekeke

Tuesday, January 12, 2010

wishlist


saya mahu ini....
tapi ingat motto tahun ini adalah "Do the right things" and always believe that there is a house for us in Jelutong ..insyaallah..
tapi laling kalau ada rezeki lebih.. intan nak jam ini... ahaks...


Monday, January 11, 2010

Kontroversi kegunaan kalimah Allah

La ila haillallah- Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah.

Daripada ayat ini sajer sudah jelas bahawa, Allah itu esa. Dan Allah yakni tuhan kita tidak sama dengan tuhan2 agama lain. Mana mungkin kita samakan tuhan kita dengan tuhan2 agama lain.

Sila baca apa yg Tun Mahathir tulis dlm blog dia :

1.Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.


Komen Hubby dlm blog che det:

By Aziz Halim on January 6, 2010 1:08 AM

Salam, Tun and all Muslims.

I agree with what have been mentioned by Tun on this particular topic. There are things which we should be open minded and there are things which we should be "narrow minded" and defend regardless what the people say.

We need to understand with the implicit intention of the Christians to use "Allah" instead of Tuhan. WHY NOW? The main intention is to confuse the younger generations of Muslim which may not be now, but later, maybe 50 or 100 years later in the future. Even in Arab the word use is not Allah but Ilah.

One good example is what happen to Masjidil Aqsa. All this while we have been projected that the Golden Jew temple is the Masjidil Aqsa. But the real Masjidil Aqsa is the Masjid with black dome. The intent is to CONFUSE the MUSLIM. So this will enable the JEWS to demolish the Masjidil Aqsa with ease, without resistance from the MUSLIM.

As mentioned in the Al-Quran, "Golongan Nasrani & Yahudi, tidak akan berpuashati dengan kamu (kaum Muslim) sehingga kamu masuk ke dalam agama mereka". This also applicable to the Kafirun. They can say what they like about the Muslim, for me who are they to judge us.
Even our term of JIHAD, the Kafirun will associate it with bombing, terrorism. The term is a taboo for the Kafirun. But the concept is bigger than that.

Saturday, January 09, 2010

Setahun sudah... 9 Jan 2010

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan nur qaireen khalisa
Allah selamatkan kamu! Amiin..

walaupun qaireen kena chicken pox.. tapi dia tatap cargas.. kalau u ols tgk betul2 nampak bijik2 merah kat muka dia.. shian qaireen.. Mlm tadi makan2 antara kami, pil & mak su ina.. mak mentua saya masak mihun.. pas tu makan kek chocolate indulgence fr secret recipe..mmm.. yummy..kegemaran anak2..

some of qaireen's milestone @12mos:

~ Dah boleh diri tegak kejap2.. (tapi jap tadi maid ckp dia dah melangkah selangkah).
~ Suka makan... pantang tgk makanan.. byk makan.. tgk la sakit&demam pun makan tetap makan.. tak berkurang pun...
~ Makin byk mulut.. pandai sebut..mama, babah, baby, nak, nenen
~ dah pandai berebut puting dgn danisha.. dah pandai gaduh2 jerit lawan danisha haha
~ Dah pandai join kakak2 & abg main
~ Menari henjut2 vontot.. kalau sambil duduk henjut2 badan.

nota kaki:
rasa berbaloi beli kerusi ni utk qaireen sebab dia suka..kerusi ni ada macm2 bunyi & lagu.. kalau duduk atau bangun dia akan kuarkan bunyi2/suara2/lagu2 ikut mode yg kita pilih lah.. qaireen siap enjut2 bontot biler dgr music :-)...memula saya & hubby confuse antara nak beli kerusi ni ker atau activity table.. last2 pilih kerusi ni lah sebab dia macam dah tak mo duduk dlm bumbo sebab dah besar kan :-). Tapi kerusi ni pun jadik kegemaran danisha jugak huhu

Friday, January 08, 2010

Qaireen is 1 today!!

Ucapan utk Qaireen~

Selamat hari lahir anakku sayang nur qaireen khalisa! Mama & babah doakan yg terbaik utk qaireen...

nur qaireen khalisa - cahaya kebaikan sejati.

seiring dengan nama qaireen yg bermaksud kebaikan.. qaireen sejak dlm perut mama sampai kini mmg anak yg baik.. pengalaman mengandungkan qaireen amat mudah.. apatah lagiks proses bersalin.. sakit cuma setengah jam & 3 kali teran sajer qaireen dah kuar & mama tak der kena jahitan..

Dari hari pertama kelahiran hinggalah kini setahun umur qaireen.. qaireen sememang anak yg sgt baik & tak banyak ragam.. senang nak jaga.. semoga hidup qaireen sentiasa dipenuhi kebaikan dunia & akhirat..serta membawa seribu kebaikan kepada semua orang.. amiinn..

~mama

Hari ni bday qaireen tapi sian qaireen, badan, muka & kepala penuh dengan chicken pox..sian anak mama.. qaireen yg kuar paling banyak banding ngan haris & danisha.. dah lah dia garuk habis sesetengah tu pecah dan cam nak bernanah.. cepat lah kering bijik2 air tu.. mama doakan qaireen cepat sembuh.. tak per lah qaireen, mungkin ini bahagian qaireen.. kecik sajer baru ujian pertama ni.. dlm hidup banyak lagiks ujian2 yg bakal tiba.. setiap ujian yg dtg sekiranya ditempuhi dengan sabar & redha insyaallah akan menaikkan darjat kiter.. memberi pahala..insyaallah..

Cake qaireen dah tempah kat secret recipe jerk.. petang sat gi nak pi amik kat secret recipe jelutong. Hadiah qaireen pun semalam dah beli kat toys r us subang parade. Kebetulan ada kupon rm50 hinggit ari tu saya redeem dr point2 toys r us star member , so tambah lagiks sikit jer duit..

Memandangkan qaireen masih kena kuarantin, jadiks kami tak jemput sesapa.. ayah ngah & mak su pun kami tak jemput.. cuma atuk & wan jerk .. so ari ni makan2 kat umah menu cuma bihun & cake secret recipe lah ekekeke..

ni la hadiah utk qaireen.. fischer price song & story learning chair.

Thursday, January 07, 2010

Brg2 yg diredeem bulan ini

Double X 2 Kotak (yg ni free tak yah tolak point)



Memandangkan tak lama lagiks nak bersalin so sbg persediaan.. harus la redeem ini.. am2**y post natal set.. yesza.. kalau beli sendiri harga dia nak dekat rm300 jugak la.. tak silap saya rm260+.

Dan manuka honey ini utk hubby

Wednesday, January 06, 2010

UMAR BIN AB AZIZ R.A & PANDUAN MENDAPATKAN ANAK YANG SALIH

Copy paste dr note facebook ustaz zahazan.


Kita pasti mendengar tentang Umar bin Abdul Aziz (61-101 H) seorang yang banyak ilmu, warak, zuhud, rajin beribadah dan juga merupakan seorang khalifah yang adil sehingga semua rakyatnya hidup dalam kemakmuran. Selama dua tahun ia memerintah, tidak ada seorang pun yang berasa berhak menerima zakat kerana keadilan telah memperkayakan mereka. Kisah keadilan dan kesolehan khalifah ini sangat masyhur sehingga Imam al-SyafiÊ»i berkata, “Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak lima orang; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz.”

Imam Abu Muhammad Abdullah bin Abdil Hakam (w. 214 H), seorang murid cemerlang Imam al-SyafiÊ»i di Mesir, pernah menulis riwayat hidup khalifah soleh ini dalam sebuah buku yang berjudul Sirah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: Kama Rawahu Malik bin Anas wa Ashabuhu. Beliau membuka buku ini dengan kisah Amirulmukminin Umar bin al-Khattab yang sedang meninjau di tengah malam di sekeliling kota Madinah untuk mengetahui keadaan rakyatnya dari dekat. Tiba-tiba, Umar mendengar dari sebuah rumah suara perempuan tua yang sedang berkata kepada puterinya, “Campurkanlah air ke dalam susu (jualan) itu. Waktu telah hampir pagi.”

Anak perempuan itu menjawab: “Bagaimana saya akan mencampurkannya padahal Amirulmukminin telah melarang perbuatan tersebut.” Ibunya berkata lagi: “Semua (pedagang) melakukan itu, maka lakukanlah. Lagi pula Amirulmukminin tidak akan tahu.” Anak itu kembali menjawab: “Meski Umar tidak tahu, namun tuhan Umar tahu. saya tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang.”

Ucapan ini sangat berkesan di hati Umar. Pada pagi harinya, ia segera memerintahkan anaknya yang bernama ‘Ashim untuk mendatangi rumah itu. Ia berkata, “Pergilah wahai anakku dan pinangilah beliau. Ia akan melahirkan seorang satria yang akan menguasai bangsa Arab.” ‘Ashim melaksanakan perintah itu.

Hasil daripada perkahwinan mereka berdua lahirlah seorang anak perempuan yang diberi nama Ummu ‘Ashim. Setelah dewasa, Ummu ‘Ashim menikah dengan ‘Abdul Aziz bin Marwan dan melahirkan seorang anak yang kelak membuktikan kebenaran firasat Umar bin al-Khattab. Anak itu bernama Umar bin Abdul Aziz.

Memilih Pasangan

Seorang anak tidak lahir dari ruang hampa, namun ia lahir dari dua orang manusia dewasa yang menurunkan kepadanya sel-sel genetik yang akan membentuk tubuh dan otaknya. Dalam tulisan kali ini, saya hendak mengingatkan hakikat yang mungkin sering kita lupa iaitu bahawa anak-anak itu juga mewarisi akhlak dan sikap keagamaan orang tuanya.

Seorang ulama akhlak di Mesir yang bernama Syeikh Ali al-Khawas pernah berkata, “Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun dari dirinya dengan membawa sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri.”

Hakikat yang terpaksa kita terima ,bahawa anak yang soleh hanya lahir dari ibu bapa dan keturunan yang soleh. Ini sebuah kaedah umum yang selalu terjadi, kecuali Allah berkehendak lain lalu mentakdirkan seorang anak soleh lahir dari kedua orang tua yang fasik. Meski hal itu tidak mustahil, tapi ianya sangat sedikit dibandingkan kaedah umum yang disebutkan tadi.

Mungkin itulah sebabnya agama kita sering berpesan agar kita berhati-hati memilih pasangan, dan menganjurkan agar kita menjadikan agama sebagai kriteria utama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba wanita yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahi orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka ( orang-orang musyrik ) itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Baqarah 2: 221)

Hadis-hadis yang mendukung hal ini pun sangat banyak. Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Pilih-pilihlah untuk sperma (mani) kalian.” Begitu juga sebuah hadis yang sangat terkenal riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Seorang wanita (biasanya) dinikahi kerana empat perkara, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan keagamaannya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki keagamaan (yang baik), berdebulah tanganmu.”

Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Makna yang benar untuk hadis ini bahawa Nabi s.a.w. memberitakan tentang kebiasaan masyarakat pada saat itu yang menginginkan empat sifat ini (ketika mencari isteri), dan meletakkan agama di tempat terakhir. Maka dapatkanlah, wahai orang yang meminta nasihat, isteri yang berpegang teguh kepada agama.”

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata, “Makna hadis ini, sepatutnya bagi orang yang beragama dan bermaruah menjadikan sifat soleh itu sebagai fokus pandangannya dalam segala sesuatu, terutamanya (ketika memilih) orang yang akan berdampingan lama dengannya.”

Para ulama berbeza pendapat tentang makna “berdebulah tanganmu”. Sebahagian mengatakan bahawa kalimat ini sekadar ucapan yang biasa dilontarkan orang Arab tanpa mengandung makna apa-apa di dalamnya. Dan sebahagian yang lain mentafsirkannya dengan “kefakiran”, ertinya engkau akan mendapat kefakiran jika tidak melaksanakan anjuran ini.

Kesolehan Ibubapa

Apabila kedua-dua ibu bapa telah menjadi hamba Allah yang sempurna, maka kesan daripada hal itu dapat dilihat pada diri keturunannya. Kesan itu bahkan boleh terus terlihat meskipun mereka telah lama meninggal dunia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Ja’far al-Kharai’thi (w. 327 H) meriwayatkan dalam kitab Makarim al-Akhlaq dari Ibn Abbas, “Sesungguhnya kebaikan (yang dilakukan seseorang) akan dibalas hingga ke anak cucunya.”

Al-Hafiz Abu Nu’aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr (w. 103 H), “Sesungguhnya Allah s.w.t. memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya.” Ucapan serupa diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq dari Muhammad bin al-Munkadir (w. 130 H), seorang ulama tabiin di Madinah.

Makna ini bahkan dapat ditemukan dukungannya daripada al-Quran, iaitu ketika hamba yang soleh (Nabi Khidr) membangunkan rumah milik dua orang anak yatim yang hampir roboh. Apabila Nabi Musa bertanya mengapa ia melakukan perbuatan itu, ia menjawab, “Ayah keduanya adalah seorang yang soleh.” (Surah al-Kahf 18: 82). Imam ahli tafsir terkenal berasal dari Andalusia, Abu Abdillah al-Qurtubi (w. 671 H) berkata dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran 11/27, “Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. menjaga diri orang yang soleh, juga menjaga anak keturunannya meskipun jauh.”

Tidak ada penjagaan yang lebih diharapkan orang tua yang soleh selain agar Allah menjaga anak-anaknya daripada perbuatan maksiat yang akan mengundang murka Allah di dunia dan akhirat.

Mendidik Anak

Kesolehan ibu bapa memang modal utama yang mesti dipenuhi, tapi bukan bererti hal itu sudah mencukupi untuk membentuk anak soleh. Pendidikan juga sangat penting dalam menentukan akhlak dan personaliti anak. Dan antara kekeliruan yang berlaku jika kita menyangka bahawa pendidikan anak hanya akan dimulakan ketika ia mencapai usia sekolah.Pendidikan sewajarrnya mesti dimulai jauh sebelum ia diciptakan.

Pertama sekali, ibu bapa yang menginginkan anak soleh harus menerapkan semua adab-adab bersetubuh sebagaimana yang diajarkan Rasulullah s.a.w. dan disebutkan para ulama di dalam buku-buku mereka. Salah satunya saya nukilkan di sini ucapan Imam Abdul Wahab al-Sya’rani (w. 973 H). Dalam kitab Lathaif al-Minan wal Akhlaq, ia menulis, “Aku sangat menyayangi keturunanku sebelum mereka dilahirkan. Yakni dengan cara aku tidak pernah menyentuh ibu mereka sambil lalai mengingat Allah, atau sambil menyimpan sifat marah, serakah dengan dunia, dengki ataupun ujub.”

Selanjutnya, jika Allah menentukan tercipta anak dari hubungan tersebut, maka ibu bapa harus menjaga perkembangan spiritual anaknya dengan menyediakan persekitaran yang islami. Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari berkata, “Aku selalu memelihara perjanjian yang Allah ambil daripadaku ketika aku berada di alam arwah. Dan aku menjaga anakku sejak waktu tersebut hingga Allah mengeluarkannya ke alam dunia.”

Tugas mendidik anak semakin bertambah berat setelah anak itu lahir, membesar dan mempunyai keperibadiannya sendiri. Pada saat ini, orang tua harus telah membiasakan anaknya dengan aktiviti tertentu yang akan membentuk jiwa anaknya sesuai dengan apa yang mereka harapkan.

Imam Abu Abdillah al-Dzahabi dalam Siar ʼAlam al-Nubala dari ‘Urwah bin al-Zubair bercerita bahawa ayahnya (al-Zubair bin Awwam seorang sahabat Nabi yang gagah berani) meletakkan anaknya, Abdullah bin al-Zubair yang masih berusia 10 tahun, di atas seekor kuda pada perang Yarmuk lalu mengamanahkannya kepada seseorang untuk mengawasinya. Ia melakukan hal itu untuk mengajarkan kepada anaknya erti keberanian dan keperwiraan. Mungkin kerana itu, Abdullah bin al-Zubair kemudian terkenal sebagai seorang panglima yang gagah berani.

Imam Ibrahim bin Adham berkata, “Ayahku selalu berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, pelajarilah hadis. Setiap kali engkau menghafal sebuah hadis, aku akan memberi keapadamu satu dirham. Aku lalu menghafal hadis kerana itu.’” Hingga saat ini, nama Ibrahim bin Adham masih dikenal sebagai ulama yang banyak menyumbang untuk kemajuan ilmu-ilmu keislaman.

Itu juga yang dilakukan Imam Abu Abdillah al-SyafiÊ»i. Al-Hafiz Abu NuÊ»aim dalam Hilyat al-Awlia meriwayatkan bahawa Imam al-SyafiÊ»i sering melontarkan soalan-soalan fiqah kepada anaknya yang bernama Abu Usman dan muridnya Abu Bakar al-Humaidi sambil berkata, “Siapa dia antara kalian yang dapat menjawabnya, maka aku akan memberinya satu dirham.”

Perhatian Imam Ahmad kepada pendidikan anaknya tidak kurang dari itu. Imam Ibn al-Jauzi dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Saleh bin Ahmad bin Hanbal, “Ayahku (Imam Ahmad) selalu memanggilku setiap kali ada seorang zahid datang bertamu agar aku melihatnya. Ia ingin agar aku menjadi sepertinya.”

Doa Nabi Ibrahim

Satu lagi yang terpenting, ibu bapa dituntut untuk semakin mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. dan tidak henti-henti meminta penjagaan untuk anaknya. Pemimpin ulama tabiin di Madinah, Said bin al-Musayyab pernah berkata, “Sering kali apabila aku melakukan solat, aku teringat kepada anakku. Lantas aku menambahkan solatku kerananya.”

Membiasakan diri dengan mendoakan anak pada saat-saat mustajab adalah sikap terpuji yang mempunyai sandaran kuat daripada Nabi Ibrahim a.s. Setiap kali kita membaca doa-doa Nabi Ibrahim dari al-Quran, kita akan melihat beliau selalu menyertakan anak-anak keturunannya dalam setiap doa yang ia panjatkan kepada Allah s.w.t. Akhirnya, Allah mengabulkan doanya dengan mengeluarkan seorang rasul terbesar di antara anak-anak keturunannya sebagai penutup semua nabi dan rasul.

Imam Ahmad dalam Musnad-nya meriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili, ia berkata, “Wahai Nabi Allah, beritahukanlah tentang awal kejadian Nabi.” Baginda menjawab yang bermaksud, “(Awal kejadianku adalah) doa bapaku Ibrahim, khabar gembira Isa, dan ibuku pernah bermimpi bahawa sebuah cahaya keluar daripada tubuhnya lalu menerangi istana-istana Syam.”

DIPETIK DARI MAKALAH US UMAR M NOR, MAJALAH SOLUSI EDISI KE 12

Monday, January 04, 2010

update macam2

Hari ni agak kelam kabut sebab first day sekolah kan.. dah lah saya sepatutnya cuti, tapi sebab ada job yg nak kena monitor so terpaksa lah flexible.. kejer jugak lah tapi dr umah.. tapi saya cakap kat bos US saya, saya amik off time kejap tengahari nak antar anak pi sekolah...

Banyak jugak kuar belanja utk anak2 neh.. sabtu lepas bayar yuran sekolah rendah najihah..kena dlm rm70+, pagi tadi lak bayar yuran KAFA najihah + buku2 kena dlm RM280+, Pas tu bayar pulak yuran smartreader haris RM300+, van najihah rm 55, dan akhir sekali kumon najihah rm150 (bulanan rm120+registration fee rm30).. ye saya dah enroll najihah masuk kumon.. nanti saya citer lebih lanjut kay..

Astro byond tu, lepas hubby send email pagi tu, petang tu terus org astro dtg pasang.. walawei.. gambo adalah sgt best u ols.. berbaloi2.. macam tgk blu ray jerk huhu.. gambo + suara crystal clear... tajam, timbul, pergh mmg cantik la.. mmg puas hati.

Danisha dah nak baik chicken pox tapi jap tadi saya nampak bijik2 dah mula timbul kat badan qaireen pulak.. so lengkap la sudah empat2 anak saya kena chicken pox (najihah kena waktu dia umur 1 taun dulu).. sian qaireen..dah lah bday dia tak lama lagiks.. kena chicken pox la pulak.. saya risau dia garu jerk..

Danisha pun sama macam haris.. tahan sakit.. walaupun kena chicken pox, sikit pun dia tak merengek.. dok sibuk melasak sama macam kakak & abg dia huhu..

Hmm moga qaireen cepat sembuh.. amiin..

Saturday, January 02, 2010

Selamat Hari Jadi mak!!

Hari ini 3 January bday mak mentua saya! Happy Bday mak.. semoga mak dikurniakan kesihatan yg baik, rezeki yg murah & dilindungi Allah selalu..

Mak mentua saya...

isteri,ibu & nenek yg penyayang.. sanggup buat apa saja demi anak2, menantu & cucu2 tercinta..
hati dia sgt baik & penuh keikhlasan...
mak adalah mak mertua yg terbaik..
Alangkah bertuahnya saya dapat ibu mertua seperti dia...

mak rock!!! yeah... ekekeke..

we love u mak!!

nota kaki:
kami semua baru lepas balik dr TGI Friday's celebrate makan2 sempena bday mak mentua saya.. Saya & Hubby last minute sampai kat Subang Parade terkocoh2 masuk butik sach beli hadiah utk dia hahaha..sempat jugak hubby belikan hbag satu utk saya lalalalala... giler last minute la sebab saya kejer okes hari ni.. monitor year end job dr umah... so cuti kali ni siang mmg tak leh kemana.. lepak umah sajork huhuhu..
Ina, adik ipar saya belikan hbag coach utk mak mertua saya...insyaallah 10 hari lagiks sampai la.. wuwuwuwuwu..bestnyaaa.....
Google