I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, August 16, 2016

6 months old Alanna

Diam tak diam dah 6 bulan. Sekarang seronok betul gomol budak bertuah ni.. dah lah pandai bergurau & suka tersenyum. Manja pulak tu..mmg kesayangan semua orang lah.

Jom layan gambar2 alanna pada usia 5 & 6 bulan.

Ni Gambar latest Alanna. 13 Aug 2016. Genap usia 6 bulan.
First time makan bubur. Muka comot hehe..baru selesai sarapan.. ready nak mandi :)
comot tak muka saya hehe.. mama kata wpun belum mandi tapi saya waanngiii sangat hehe
Gambar2 selepas ni semua waktu Alanna 5 bulan.
Teman mama sarapan di kedai mamak di hujung minggu hehe
Saya belum mandi tapi saya nak ikut jugak hehe
Gaya tido bebas mmg tak leh tahan.. syok jer tgk dia tido.. tido dgn senang hati hehe
Masa ni babah outstation..suka hati dapat conquer katil tido ngan mama hehe
dlm tido pun sempat praktis kung fu hihi
tido gaya bebas
Budak baik..bangun tido tak nangis tapi main2 sorang diri dulu.. kalau lama mama tak amik baru dia start bunyi hehe..itupun bila dah nampak mama atau bibik laa hehe
siap2 nak gi visit kakak najihah di asrama
suka gambar ni!!
Saya suka belikan toys sebab alanna ni pandai sgt main haha.. kalau boleh macam2 nak beli kasi dia.


tempat duduk ni hadiah dr kawan2 mama saya yg baik hati kat opis tu yeay! Thank you aunties!!


Oh no!! Kena buli dgn kakak2 saya pulak!
Kebanyakan baju2 khayla dulu masih elok.. so alanna dapat pakai semula.. mcm jump suit ni.
suka sangat tendang2 kaki gaya kung fu fighting tau!
Cutest little sister. Indeed!
Selepas bersalin di hospital bersalin Razif di Klang saya cuma check up sebulan kat sana. Lepas tu utk immunisation jab bulan ke 2, hospital telefon maklumkan diaorg tak der vaksin & suruh saya amik di klinik kerajaan. Sejak dr hari tu saya cuma check up di klinik desa puncak alam. Ada hikmah rupanya, dah lah dekat, sgt cepat, pemeriksaan yg lebih teliti oleh nurse & tak perlu bayar apa2. Selalunya saya akan buat appointment pukul 8 pagi. Dlm pukul 9 dah setel. Lepas tu boleh terus pegi kejer. Kat klinik swasta pun tak cepat macam ni tau hehe. Jimat dah masa ari sabtu saya. selalunya appointment kat klinik swasta hari sabtu. Separuh hari dah gone. So ni adalah perkembangan Alanna setakat 6 bulan yg saya catat dlm buku rekod kesihatan.

Semoga Alanna membesar dgn sihat & ceria selalu.. aamiin.

Monday, August 08, 2016

Journey to the dreamland. Well done Danisha!

Awal bulan 5 tahun ni, pulang dari sekolah Danisha bagitahu dia terpilih untuk masuk pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Sejak dari tu gigih Danisha menghafal. Respek kat semangat dia yg tekun menghafal 3 muka surat penuh cerita.

Pertandingan bercerita sains ni bersempena Karnival Sains & Teknologi (KASTEK). Danisha mewakili sek puncak alam 2 untuk bertanding peringkat daerah Kuala Selangor.

20 Julai 2016, tiba lah hari yg ditunggu2 bertempat di SK Sungai Terap. Danisha ditemani 2 orang guru pengiring. Cikgu Badariah & Cikgu Muna. Saya dah pesan doa banyak2. Kalau menang alhamdulillah. Kalau kalah jgn frust sebab itu semua rezeki yg Allah dah tentukan. Paling penting kita kena berusaha sebaik mungkin.

Alhamdulillah. Rezeki danisha kali ni dan berjaya menjadi Johan utk mewakili Daerah Kuala Selangor di peringkat negeri nanti.

2 Ogos 2016, Pertandingan peringkat negeri selangor diadakan di Sek Men Seri Puteri, Cyberjaya. Macam biasa pesan kat dia. Buat yg terbaik. Kalah menang rezeki dari Allah. Risau takut dia frust kalau tak menang sebab persaingan tentunya hebat2 bila dah peringkat negeri ni.
Mekap ni lebih cantik rasanya sebab tak der bunga kat mulut hehe
Gambar2 dikirim oleh cikgu Badariah melalui wassap pada saya yg berdebar kat rumah. Kebetulan hari tu saya kena food poisoning. Muntah2 & cirit birit dari pagi. 
Cikgu Badariah & Cikgu Muna (specky) yg mengiringi Danisha
Terima kasih tak terhingga pada Cikgu Badariah & Muna yg sama2 berusaha memberi yg terbaik samada dari costume, script & latihan2 yg dijalankan serta menjadi guru pengiring membawa danisha ke tempat2 bertanding. Semoga Allah membalas segala jasa baik cikgu2 dan dikurniakan pahala atas keikhlasan cikgu.
Barisan peserta peringkat negeri
Danisha merupakan peserta ke 2 bercerita.
Keputusan kali ni tak memihak pada Danisha. Tapi bagi saya she's still a winner. Dia dah try her very best dah. Dah berani beraksi di pentas. Saya dah cukup bangga dah dgn dia.

well done danisha!
Ok lah Jom tgk video waktu pertandingan peringkat daerah ari tu. Part 1 & Part 2.



Tuesday, May 03, 2016

The Magnificent 7


Nur Syafiqah Najihah - 14 July 2002
Muhammad Haris Fawzan - 16 May 2004
Nur Dina Danisha - 10 May 2007
Nur Qaireen Khalisa - 09 January 2009
Muhammad Umar Ukasyah - 30 April 2010
Nur Khayla Addina - 01 August 2011
Nur Alanna Suraya - 13 February 2016

Alhamdulillah 

Wednesday, April 13, 2016

Introducing our new family member....Nur Alanna Suraya

1 day old Alanna - 3.2kg :: 48cm
Assalamualaikum..

Anak ke 7 kami selamat dilahirkan pada Sabtu, 13 Feb 2016 tepat jam 4.26pm. Kelahiran Alanna yg lahir bersamaan dgn birthday suami tercinta merupakan kurniaan tak ternilai dr Ilahi. Hubby gembira tak terkata bila berkongsi tarikh lahir yg sama dgn baby bongsu :).

Alanna - kami melembutkan
Suraya - bintang

Nur Alanna Suraya boleh juga diertikan maksudnya cahaya dari seorang wanita (yg punya ilmu atau punya agama) yg memberi kelembutan, kedamaian & perlindungan yg menerangi laksana bintang.
Izinkanlah Ya Rabb, anak kami tumbuh menjadi peribadi yang sesuai dgn namanya, cinta terhadap Mu, Rasul Mu dan Quran, Izinkanlah ya Rabb.. Aamiin

8 days old

















13/4/2016 - I'm 2 months old today! Happy baby I am :)



Alhamdulillah.. syukur dgn kurniaan ini.. penutup pada usia 40 :)
Google