I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Thursday, January 15, 2009

Jaundice

Salam u olls,

Baby qaireen la ni masih kat special care nursery due to jaundice. Hari sabtu ari tu saya & baby qaireen dah balik umah. Hari ahad tu memula muka qaireen yg cerah bertukar merah, nampak cam gelap jerk. Ingatkan mcm danisha maser kecik sekali tgk cerah sekali tgk lagi gelap sampai hubby cakap danisha ni baby terang gelap hahaha. Pas tu isnin kulit dia dah bertukar jadik kuning. Mata pun dah kuning. Hati saya & hubby dah risau giler terus kitaorg bawak jumpa paed kat damansara specialist hospital. Lepas check darah, confirm tinggi giler reading dia. 23 terus admitted.sian sgt tgk dia dok bwh lampu tu. Tapi so far alhamdulillah, tiap hari makin turun. Hari selasa bacaan turun ke 18.9 tapi masih consider very high. Hari rabu turun lagiks jadi 16.2, pagi tadi lak (khamis) turun jadik 13.2, doc kater kalau turun bawah 10 baru leh kuar. Harap2 esok leh kuar lah u olls.

Saya neh lodger kat spital ni sekali. Sebab nak kasi baby breastfeed. So tiap kali baby nangis, nurse akan call bilik saya utk kasi baby minum. Saya rindu kat anak2 kat umah. Sian jihah, haris and danisha. According to doc, baby qaireen neh jaundice pasal blood group dia berbeza ngan saya. Saya 0+ve, baby qaireen lak A+ve. Masa jaundice tinggi sgt hari isnin tu, doc tak kasik saya bagi susu badan.. Stop kejap so saya cuma perah and simpan kat spital. Doc kasik dia minum susu formula guna cup kecik, psl nak flush out racun jaundice tu cecepat.. Ye lah jaundice ni kan boleh affect otak baby.. Baby jaundice ni dia mmg x aktif, dia lebih suka tido and tak mau minum. So kiter kena sentiasa kejut dia suh dia minum. Setiap 3 jam kalau dia tak bangun kena kejut and bagi dia minum.

Hari ni baby qaireen dah start aktif..and kulit dia pun dah kembali cerah..doc cakap insyaallah esok leh kuar.. Doa2 lah u olls esok saya kuar leh saya amik gambo baby qaireen bebanyak and upload kat sini.

Updated via blackberry.

9 comments:

gee ryder said...

insyaallah xde pape..smoga akak leh kuar spital cpt n upload pic qaireen hehe

Mrs.FHM said...

kak ed...insyaAllah beby qaireen cepat sihat....cepat2 kuar spital yer...

Ayu said...

Salam..
punyalah lama aku tak berblogging.. sampaikan ko pon dah bersalin Ed...
u take care Ed.. aku doakan supaya baby Qaireen sihat walafiat dan cepat balik rumah..

DYLA said...

moga qaireen cpt kuar hosp.

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

salam kak edrina

alhamdulilah dgr yang baby qaireen dah beransur pulih

mmg dugaan bila baby baru lahir kena jaundice.. masa Qurratul dulu pun kena gak tapi sehari aje pas2 ok dah .. alhamdulilah tak perlu duk bawah lampu

KP doakan baby Qaireen cepat sembuh dan so that kak ed dapat b'pantang kat umah and update blog .. nak tgk muka baby Qaireen

DeLinn said...

harap2 baby ko lekas sembuh ed

tilmiizun said...

kak ed,
anak kedua saya tu Alhamdulillah terselamat dari serangan jaundice..

petuanya,lepas my wife bersalin dan balik umah,mak mertua terus bagi minum air masak banyak2 dan mandikan dengan ramuan yg boleh didapati kat kedai ubat cina...pastu pagi2 tu jemur kat bawah sinaran matahari...

Alhamdulillah,memang terselamat anak saya tu dari kena suntikan doktor....:D

ratna said...

insya allah baby qaireen akan sembuh sepenuhnya dan akak pun bole kuar hospital. saya paham perasaan rindu akak kat anak2 tu sbb saya pun dah rasakan. ahakksss..sedih la pulak. saya doakan semoga akak & baby dlm keadaan sihat.

atehlaila said...

yes..not easy being a mummy..anak sakit risau, nak yg sihat di rindu...muadz pun tak sihat,kena serangan virus ROTA..demam, cirit2 ,batuk..etc..etc..

Google