I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Monday, July 04, 2011

Tentang Haris

Setiap anak itu special bukan? Tiap2 sorang ada kelebihan & kelemahan masing2.. tapi masing2 special dgn cara masing2 :).

Dulu saya sgt risau kan haris.. Umur 2 taun haris tak bercakap2, umur 3 taun, cakap german/jepun.. tak der satu pun yg saya paham..huhu.. tapi akhirnya biler masuk 4 taun baru haris start bercakap sikit2. Hati ibu mana la yg tak risau..masa tu jugak jenuh jawa
b explain kat org biler org yg jumpa haris pelik tgk kenapa dia cakap bahasa 'german'... ada jugak yg macam pandang rendah pada haris.. banding2kan perkembangan haris dgn anak
dorang.. yer lah kebiasaan budak2 1 taun lebih dah boleh cakap tapi haris..badan jerk besar tapi still cakap bahasa yg tak difahami..kalau nak apa2 just main tunjuk2 ngan jari atau buat bahasa isyarat jerk.. tapi ada jugak yg bagi kata2 semangat / suggestion jumpa speech therapy semua :) .. ada jugak yg paham.

Tapi satu yg buat saya kagum & saya rasa unik pada haris ni adalah dr segi motor skill dia..
seawal umur 1 tahun lebih haris dah tunjukkan ciri2 kreatif dia.. dia dah start membina robot2 dr lego, dah start melukis bulat2 pintal2 yg akhirnya membentuk seperti robot.. dah boleh buat jigsaw puzzle main letak2 jerk.. mmg photographic memory betul la..

ni lukisan robot haris yg dia lukis waktu umur 1 tahun 9 bulan.. dia main buat bulat2.. sampai jadik bentuk robot :)

Bentuk robot haris awal2 dulu.. waktu ni usia haris 1 tahun lebih
Bentuk robot haris..not bad utk budak umur setaun lebih kan? Ada la bentuk robot tu ekekek
Selalunya kalau buat robot, haris akan buat sepasang..lepas tu dia akan leka la dlm dunia dia tu...main lawan2 ngan robot yg dah siap tu.
Kemudian usia haris 4 tahun, haris semakin kreatif.. robot yg dia buat semua berpaksi simetri & makin kompleks.
Lukisan pun dah semakin comei.. tgk la spidey kecit2 yg comei lote ni hehe
umur 5 taun saya masukkan haris ke smartreader.. harapan saya & hubby cuma utk dia bergaul & dapatkan skill berkomunikasi yg lebih baik.. sebab haris masih pelat & vocab pun masih tak banyak..cakap masih gagap2.. memang kami tak harap pun dia terus pandai membaca lancar macam najihah. Dah kenal ABC, 123 pun dah cukup.
Dlm kelas haris masih dlm dunia dia sendiri, masa parents teacher meeting kat smartreader tu, teacher dia cakap susah nak suruh haris buat sesuatu.. kalau suruh baca pun dia berdiri tegak sambil sengih2.. mungkin sebab dia tak tahu.. biler teacher kata sapa yg dah baca jer boleh pegi rehat, haris akan duduk tundukkan muka ke meja & menangis.. kesian sgt kat dia, hati ibu mana la yg tak tersentuh biler dengar dia macam tu.. saya masa tu sgt serba salah..
tak tahu macamana nak handle keadaan haris macam tu.. tapi biler suruh tulis, tulisan haris cantik & kemas.

waktu haris 6 taun, teacher dia kata haris dah ada peningkatan. lega sikit saya dengar.. tapi masih belum pandai baca.. eja sikit2 jerk yg dia boleh.. tapi math dia sgt bijak.. even darab 2 pun dia dah pandai.. tgk jam pun dah pandai.

Skill melukis pun makin baik.. terror guna paint jugak kot ekeke.. kalau suh saya lukis kat paint pung mahu fail hehe..
Ni pulak lukisan hari masa first day masuk sekolah darjah satu awal taun ari tu.. cikgu bagi kertas & suruh lukis jerk apa2.. Haris terus lukis team spongebob neh hehe.. cikgu pun puji cakap cantik haris lukis..punya la dia suka..
Haris ni sebenarnya punya photographic memory.. tgk sekali jerk dia dah boleh lukis.. macam tu jugak kalau buat jigsaw puzzle.. bagi dia perati kejap.. dia terus boleh buat.. kalau kiter cari yg tepi2 dulu kan, buat yg tepi2 tapi haris apa yg dia dapat terus dia letak walau pun benda tu kat tgh2.. dia main letak betul pulak tu.

Tapi sejak haris umur 6 taun saya & hubby ada buat research kat internet ttg symptom2 dyslexia.

apa itu dyslexia?
Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri penghidapnya
  • Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  • Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  • Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  • Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
  • Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  • Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  • Sering berlaku di kalangan lelaki.
Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Payah mengenal bentuk atau warna
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
  • 15 dengan 51
  • “was” menjadi “saw”
  • ‘b’ dengan ‘d’
  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
  • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
  • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Memerhatikan haris ada sikit2 ciri dyslexia, tapi bukanlah dyslexia yg teruk sebab dia cuma susah nak membaca... Haris mmg selalu tersilap tulis antara b & d, p & q, kadang2 biler baca dia tend to sebut suku kata yg disebelah kanan dulu.. contohnya.. perkataan 'pada'.. haris tersasul baca 'da' dulu.. dia akan cakap..'da..eh..pada'.

Saya rasa sebab utama adalah...haris ni kreatif dan lebih banyak menggunakan otak sebelah kanan. kiter ni kan semua lebih guna otak sebelah kiri. Sebab tu lah haris terror jawi sebab jawi ditulis ikut kanan dulu. English jugak haris tak der problem sebab nak baca english bukan kena mengeja macam baca b.melayu.. may be haris nampak perkataan english seperti dlm bentuk image..so dia lebih senang ingat.

Bagi saya , haris bukan lah budak yg lembab walaupun membaca b.melayu masih merangkak2.. tapi bagi saya haris genius & ada talent yg tersendiri..sebenarnya haris ni budak2 yg extra ordinary.

Bayangkan seawal umur 6 tahun haris dah boleh google sendiri software lego kat tenet..install sendiri software tu tanpa pengetahuan saya & start membina robot guna software tu..


Latest skill haris, dia dah pandai buat lukisan yg ada shading.. tak der sapa2 ajar.. tapi sebab atas kreativiti diri dia sendiri..
So, jgn cepat label kan anak2 kiter atau murid tu bodoh/lembab/pemalas dan macam2 lagi hanya sebab dorang tak siapkan kerja rumah atau masih merangkak2 dlm membaca. Ada jugak guru yg tak sabar & tak paham akan cepat melabelkan murid2 ni lembab & IQ rendah sedangkan mereka tu sendiri yg tak pernah tahu ttg dyslexia & mengkaji dr perspektif yg berbeza.

Ramai org terkenal & ternama yg ada symptom2 dyslexia sewaktu kecil akhirnya berjaya dlm hidup..contohnya albert einstein..dia ni pun start bercakap umur 4 taun jugak..macam haris...so adakah haris bakal menggantikan albert einstein satu hari nanti? ekekeke

Insyaallah saya yakin, satu hari nanti haris akan membanggakan saya & keluarga..ameen.

3 comments:

just me said...

all d best haris, mak ngah has full faith in you. abg afiq went thru dis too. i cannot help myself feling hurt wh pp dunn understand

marinahunny said...

haris sgt special... moga jd insan yg genius satu hari nanti ;)

harap blog akak ni smpai haris besar, blh baca perkembangan dia ...

Alida Ali said...

Byk yg sma dgn danish bila saya baca n3 akak ni...cikgu dia pun kt sekolah bukan nak bg galakan pun byk mcm jebik je bila cite danish tak brapa pandai membaca...tp saya usahakan kt umah utk bantu danish boleh membaca...

Google