I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, February 09, 2010

mendidik rohani

Tadi masa saya baca pasal nikmat bersedekah kat blog kak nestumrasberry tu, saya rasa saya pun nak share pasal satu perbincangan yg saya dengar kat radio ikim ni..

selalunya segment dia petang2 kul 7 macam tu la sebelum azan maghrib. saya & hubby selalu dengar sebab kebetulan kami dlm keter on d way nak balik umah time tu kan.. mmg best jugak topik2 perbincangan dia..

Satu hari tu dia cakap berkenaan dengan melatih rohani..

Mengikut ustaz2 tu, melatih rohani dengan sifat2 yg baik bukan melalui berapa banyak solat tahajud yg kita buat, berapa banyak majlis agama yg kita pegi, kadang2 ada org yg selalu solat tahajud sampai hitam berlekuk kat dahi dia tapi kenapa dia masih kedekut? kenapa dia masih pemarah atau memiliki apa2 sifat2 mazmumah lagi la kan.. mengikut ustaz tu, kita tak seharusnya hanya mengejar pahala... hanya budak2 yg belum baligh & mualaf (itu pun utk 2 tahun pertama sahaja) mengejar pahala dengan bersolat, puasa etc..

tapi bagi kita yg dah baligh ni apa yg harus kita kejar adalah.. menambahkan sifat2 mahmudah dlm diri & menghilangkan sifat2 mazmumah... contohnya menjadi org yg pemurah, sabar dan sebagainya.. kita harus belajar & melatih rohani kiter.. sebab mengikut ustaz tu ada ayat al quran yg bermaksud lebih kurang macam ni la..takkan masuk syurga org yg punya sifat bakhil walaupun sebesar zarah pun'.. lebih kurang gitu lah u ols..

Macamana nak latih rohani? Contohnya kalau kita tak mau jadi org2 yg kedekut.. kita wajibkan pada diri kita..'tiap kali pegi masjid utk solat jumaat, aku wajibkan diri aku sedekah RM50 dlm tabung masjid'... bukan sekali sekala tapi tiap2 kali jumaat..harus derma.. mula2 akan terasa berat..lama2 benda tu akan sebati dlm diri & lama2 kita tak akan rasa sayang & kedekut dengan duit tu... begitu lah mengikut ustaz cara2 nak mendidik rohani...

wallahualam...

3 comments:

nino said...

betol tu ed,
nak mulakan bersedekah memang susaaaahhh sangat. tapi bila dah mula bersedekah terasa rindu bila tak bersedekah.

Arc said...

Ed,

nak share ngan u ceramah ni. Best.


http://www.youtube.com/watch?v=0odhmpCOB8M

edrina said...

nino - betul tu akak

Arc - thx much!!

Google