sekadar gambar hiasan hihi |
Ramai yg dah start cuti & balik kg kan! Saya masih kejer..esok pun kejer lagi.. Raya tahun ni saya amik cuti satu hari sahaja...sebab saya simpan cuti nak balik kelantan masa kawin adik saya 1 sept nanti. So taun ni masih raya kat Puncak Alam. Saya cuti sampai rabu jer..khamis & jumaat dah start kejer balik. Huhu.. Tak per taun depan saya mau cuti panjang hehe
Utk semua..selamat menyambut hari raya.. maafkan saya andai ada salah & silap saya dlm menulis meluahkan apa yg terbuku di hati & fikiran.. kadang2 kita tanpa sedar menyinggung perasaan orang kan.. Semoga segala puasa & amalan kiter diterima Allah.. Bagi yg pulang ke kampung tu berhati2 lah memandu..saya doakan kiter semua selamat & bahagia di Aidil Fitri ini.. amiin. Oh berita gembira utk hari ini..Mia dah boleh balik rumah!! Alhamdulillah :)
Renungan:
Orang yang paling cepat dalam minta maaf adalah orang yang paling berani..
Orang yang paling cepat memaafkan adalah orang yang paling kuat..
Orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang paling bahagia.. :)
Sunnah Nabi (saw) telah mengajarkan bahawa ucapan apabila bertemu pada hari 'Id ialah
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
Berikut ialah dalilnya :
Dari Jubair Bin Nafir, katanya : “ Apabila sahabat-sahabat Rasulullah (saw) bertemu pada hari 'Id, sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain :
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amal) kami dan (amal) kamu.”
Jom tukar ucapan selamat hari raya pada
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ - “Taqoballahu Minna Wa Minkum ” yang artinya Semoga Allah menerima ibadah kita semua.
1 comment:
Selamat hari raya juge utk ko Edd, samalah kita, cuti ckup2 makan jek, nak simpan utk acara lain.
Aku mtk maaf kalau2 ada salah silap semua ye.
Post a Comment