Ada yg bertanyakan personal blog parents Mia. Terus terang saya tak pasti sebab saya cuma berinteraksi dgn mereka thru FB. Tapi parents Mia ni photographer.. mereka ni owner Myshotswedding..
Kalau korang nak tahu lebih lanjut may be boleh check link di bawah:
dan ini pulak fb ibu mia (KC) https://www.facebook.com/aiza.azril
Utk KC & family:
Hang in there KC. kami semua sayang Mia & selalu doakan Mia.. doa kami tak pernah putus sebab kami mahu Mia sihat seperti anak2 lain.. Moga kalian tabah menghadapi saat2 sukar ini.. amiin.
Utk semua.. (saya google maksud ini)
TERJEMAHAN AYAT SERIBU DINAR (1000 DINAR)
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
amalkan doa ni setiap masa, elok jgk mase abis solat ketika berwirid, sblm tido, dlm doa2 harian pas solat. sesiapa yg bace 3 kali doa ini dlm sehari insyaallah Allah akan memudahkannya satu jalan dr kesulitan idup.
Biler baca update kat FB wall parents Mia..hati meronta2.. dapat rasakan apa yg dorang rasakan.. be strong and speedy recovery Mia sayang.. sedih :(
Update ttg Mia dr FB daddy Mia :
Malam tadi hanya dapat lihat mia dari jauh je. Nurse kata hari ni beberapa kali dia tersedar, bila sedar je dia akan melawan, sampai beberapa org nurse kena pegang, takut dia jadik lebih agressive...yelah bila badan penuh wire dan tubes, hidung kena tutup dgn oksigen mestilah dia melawan. Disebabkan mia asyik melawan je nurse kata mia jadi penat dan jantung a bit lemah sebab keletihan. Kalaulah IJ
N boleh bagi mamanya duduk di sebelah untuk tenangkan dia kan bagus, saya rasa pasti selesai masalah budak jadi agressive ni...saya yakin bila dgr suara ibu, dapat sentuhan ibu, mia boleh jadi lebih tenang. Ini dengar hanya suara nurse ,suara yang dia tak biasa dengar, sentuhan nurse..sentuhan yang dia tak pernah rasa sebelum ini, macamanalah dia nak diam dan tenang. Bagi saya seorang ibu lebih tahu bagaimana cara nak menenangkan anaknya, walaupun ada 10 org nurse belum tentu boleh lawan 1 org ibu. Last visit pukul 8 malam tadi, next visit cuma boleh masuk pukul 12.30 tghari esok...itupun cuma sejam je sebab 1.30 visiting hour dah habis. IJN patut kaji baliklah policy ni..sebab saya dah baca dari net tadi ada banyak juga hospital overseas yang benarkan hanya ibu untuk berada di sisi anak walaupun di dalam ICU.....kenapa kita kat sini tak boleh ye? Frust sgt2... - DADDY MIA
Update ttg Mia dr FB kc (ibu mia)
Meronta-ronta hati ini, kalau boleh nak berada di sisi mia 24 jam, mia dah sedar tapi jantung masih lemah dan paru-paru belum kembang sepenuhnya...tapi yang paling sedih bila melihat mia menangis meronta mencari wajah-wajah kesayangan...mia, be strong k...mama sentiasa ada di sini...Ya Allah kau berikanlah mia kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...
No comments:
Post a Comment