I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Wednesday, May 05, 2010

Bengkak susu (breast engorgement)

Selama bersalin anak pertama hinggalah anak keempat, tak pernah lagi la saya mengalami bengkak susu ni u ols..

Hari ke 3 selepas bersalin, tetiba susu saya tak nak kuar, baby hisap atau pakai pam pun tak nak kuar. Susu berkumpul dlm breast. Breast saya dah rasa berat giler, tegang & penuh dgn susu.. sakit nya tok sah cakap la.. nak bergerak sikit pun sakit huhu.. mmg rasa nak demam. dah rasa cam dolly parton jerk keh keh..

Saya google cara2 nak kurangkan sakit, macam2 petua yg saya jumpa, ramai yg kata suruh urut & picit, ada jugak yg jumpa doctor & buat pembedahan, tapi biler saya baca yg luka bedah tu doc tak jahit & kena pi dressing hari2.. pulak tu dorang kata masa procedure dressing tu sakit giler, terus saya nekad.. panggil bidan urutlah.. tahanlah sakit sekejap ajerk dr kena bedah huhu..

Saya plan memula nak start ngurut hari ke 5 lepas bersalin, tapi disebabkan masalah susu membengkak ni, terus saya call bidan urut saya tu mintak dtg ari tu jugak huhu.. Masa bidan tu sampai dia pun takut tgk breast saya.. tegang semacam haha.. sentuh sikit pun sakit tau huhu..
Sepanjang dia urut & picit tu menjerit2 saya tahan sakit huhu.. sakit giler tak tau nak cakap huhu..tapi mmg sakit la.. saluran susu tu dah tersumbat sebab susu berkumpul & berbuku dlm breast saya. Dia start berbuku2 dr bawah ketiak.. Kalau rasa bawah ketiak boleh rasa berketul2.. so bidan tu start urut dr ketiak.. dia urut2 & picit.. walaupun dia buat selembut mungkin tapi tatap sakit giler vaveng la huhu.. picit punya picit diselangi dgn jerit pekik saya kah kah.. memula kuar susu yg beku tu.. lepas dah habis kuar yg cam beku tu mula la kuar susu yg cair.. saya start rasa lega biler tetiba lepas tu, biler dia picit nipple tu kuar air susu memancut2.. banyak giler okes susu saya kuar memancut2.. rasa argh legaa giler.. habis belah kanan, belah kiri pulak..adoila mmg hazab sungguh menahan sakit huhu.. macam tu jugak dia buat kat breast sebelah kiri, picit sampai susu kuar memancut2.

Bidan tu cakap, dia dulu pun macam saya, anak 1 hingga no 3 semua ok, dia kena macam saya masa bersalin anak ke 4. Kata dia, may be biler bilangan anak dah ramai, pengeluaran susu makin banyak.. penawaran melebihi permintaan huhu..tu yg susu tu jadiks terkumpul & berbuku2 & tersumbat. Alhamdulillah lepas dah urut tu, tak der lagiks dah problem susu tersumbat, baby minum pun lancar jerk.. so ni mmg pengalaman betul la bagi saya..tak pernah2 kena bengkak susu macam tu tau.. sebelum2 ni kalau susu penuh dia akan meleleh kuar kan & kiter akan pam atau sua jerk kat baby suh hisap.. tapi kali ni susu mmg tak leh kuar langsung sebab laluan dia dah tersumbat..huhu mmg hazab la..

Ni petua2 yg saya buat masa nak kurangkan sakit tu:

1.) Tuam breast dengan air suam (saya letak air suam dlm botol mineral & golek2kan kat breast.
2.) Saya sikat breast perlahan2 dgn sikat.
3.) Letak sayur kobis. Kobis tu letak dlm fridge. Breast kiter yg bengkak tu mmg panas. sampai kobis yg segar bugar tu leh layu & mengering..biler dah kering tukar yg baru. yg ni mmg mujarab.. mmg dapat kurangkan rasa sakit.

Hmm itu jer la pengalaman yg saya nak share ngan u ols. Oh saya dah setel mengurut selama 3 hari, saya akan urut lagiks 3 hari masa hari2 terakhir pantang pulak nanti. La ni saya tgh gigih pakai bengkung mau kempiskan perut bukan apa korset beautiful tu pun tak muat lagiks nak pakai.. kata anak no 5 kan harus lah perut pun besar keh keh.. so saya gigih pakai bengkung kasik kecik lepas ni saya nak continue pakai corset beautiful saya tu la pulak.. caiyuk2.

Ni ada petua org dulu2 saya amik dr sini.

Bengkak Susu
Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara.

Bagi melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihati melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Rujuk halaman sebelah bagi resipi rumusan halba.

Bagi melancar dan memperbanyak air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas. Rujuk halaman sebelah bagi resipi tersebut.

Bengkak Payudara yang Sakit Berdenyut dan Bisa

Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.

Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza di antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara. Rujuk halaman sebelah untuk resipi berkaitan.

Rawatan Bengkak Susu

Rawatan Tuaman

Bahan:

1 genggam halba

1 genggam jintan hitam

1 genggam ketumbar biji

12 sm halia – tumbuk pecah atau cincang kasar

1 cekak daun sirih

Cara menyediakan:

1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus sehingga kembang. Cepu ini digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.

2. Tuam di bahagian ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.

3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.

Amalan minuman

Rendam satu genggam halba di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan tambahkan madu lebah asli.

Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan ditambahkan madu. Minum satu hingga dua cawan setiap hari.

3 comments:

isya said...

aduh..baca pun rs sakit, apatah lg akak yg kena kn.. aduhai..

edrina said...

mmg sakit!!

Hanni Hanafi said...

Huhu..sy baca pun leh byg cmna..ank dh 10 bln..pun still kena lg bgkak susu..

Google