I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Thursday, April 01, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

3 comments:

Jazimin said...

Salam Kak...minta izin nak copy ek...

~ thalhazlin ~ said...

kecian baby kene goncang hari tuh.. huhu

edrina said...

Jazimin - sila2 sebar kan

thalha - kesian kan.. la ni byk betul kes2 yg melibatkan baby.. apa la nak jadi ngan manusia sekarang huhu

Google