I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Wednesday, April 25, 2012

Al-Fatihah

Al Fatihah utk arwah Raslan bin Khairuddin aka Atai. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat. Arwah collapse selepas bermain badminton. Hari ini kita mendengar berita kematian org lain, akan tiba suatu hari nanti org lain akan mengucapkan takziah atas pemergian kiter ke alam barzakh pula. Mati itu pasti. Bersediakah kiter?

Arwah atai adalah batch saya sewaktu matrikulasi UUM di Kolej Mara Kulim tahun 93/94. Arwah atai meninggalkan seorang isteri & 3 org anak lelaki yg masih kecil &comel2. Yg Sulong seusia Najihah, 10 tahun. Yang kedua 7 tahun, yg bongsu 4 tahun. Pilu tgk isteri arwah raslan aka atai.. saya tak dpt bayangkan andai saya yg berada disituasi beliau.. sedihnya.. :( Semoga Allah kurniakan ketabahan, kesabaran & kekuatan pd isteri & family arwah. Ya Allah, kau peliharalah anak2 yatim itu. Semoga isteri & anak2 beliau redha. Moga rohnya dicucuri rahmat. Ameen.

 Saya & en suami berkesempatan lari sebentar melawat keluarga arwah pagi tadi. Antara sahabat ex-UUM yg ziarah arwah Raslan Khairuddin di rumah pagi tadi

 Nota kaki:

Jenazah Raslan @ ATAI telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 jam 2.45 ptg tadi.

3 comments:

Cik Fatimah Gelak-Girang said...

saya kenal arwah..
arwah eorang yang begitu baik..
pergi nya pun begitu mudah dalam usia yang sungguh mudah...
AL-FATIHAH..

Cik Fatimah Gelak-Girang said...

saya mengenali beliau..
isteri nya adalah kakak ipar kepada kakak saya...
arwah pergi dgn mudah dalam usia yg muda..
perginya seorang ayah kepada is,aan dan mirza... yg masih kecil lgi..
semoga roh nya dalam kalangan orang yang beriman..
AL-FATIHAH

edrina said...

Ameen. Thanks Cik Fatimah.

Google