I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Thursday, September 12, 2013

Taiwan - Staff Excursion Trip 2013


Staff Trip ni adalah 3 tahun sekali, Last Trip tahun 2011 ke Bali saya tak dapat join sebab waktu tu saya dah 8 bulan mengandungkan Khayla. So company bagi saya duit. Bagus jugak la dapat gunakan duit tu di kala nak menyambut orang baru hehe.

So tahun ni saya mmg excited giler tunggu destinasi mana yg dipilih. Sebelum2 ni destinasi yg dorang dah pernah pergi Dubai, Korea etc. Akhirnya management pilih Taiwan utk Amway IT, Amway HQ pulak pegi Korea. Tahun2 sebelum ni AITS & HQ gabung pergi sekali tapi memandangkan AITS dah makin besar so kali ni pegi destinasi yg berlainan.

Saya sebenarnya excited nak enjoy ngan kawan2 jer kat sana. Bawak duit pun tak banyak, saya tukar rm500 jer. Tgk2 jer la apa barang yg ada kat night market kat sana. Yg penting saya nak amik gambar banyak2... tgk tempat2 menarik & naik tower 101 tu.

Saya, rusi & Arina dah plan nak bawak nasi impit, rendang, ikan bilis, boleh la jugak jimat.. allowance makan yg company bagi boleh wat shopping hihihi.. Lagipun hari pertama tu mmg ada Gala dinner, kemudian hari kedua pun ada Lunch utk team project Atlas yg dah berjaya Go-live tu. So insyaallah bekal kami bawak tu cukup lah.. nasi impit tu kalau nak tahan lama, kena rebus lebih 3 jam, kemudian masukkan dlm fridge yer puan-puan :). Ikan bilis pulak selalunya mak mentua saya yg buatkan tapi kali ni, mak mentua saya tak ada. Parents in law saya mnakan angin kat Vietnam. Hari ni baru balik. Esok pagi2 lagi flight saya ker Taiwan so mana sempat dia nak buatkan. Saya pun tak naklah mengada2 menyusahkan mereka kan. so saya order online dr Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie. Saya order 500gm - harga dia RM35.50 termasuk pos. Jap saya bagi info pasal sambal ikan bilis kesring ni:

Sambal ikan bilis tu 500g=rm28 jer.dan rm50=sekilo(min order 500g).Setiap pek 500gm.
Saya guna ikan bilis tumbuk kualiti baik Gred A dr Langkawi dan cara penyediaan juga berbeza dari sambal2 lain dipasaran dn tahan lama.Ramuan utama ikan bilis Langkawi dan bawang goreng. Memang sedap insyallah.

Untuk belian borong pula,beli 4kg dan keatas dalam satu resit sekilo akan dikira rm45 jer ,Tahan 2minggu jika letak dlm bekas kedap udara pada suhu bilik jika dlm peti sejuk berbulan pun lehh tahan insyallahhHarga termasuk posting POSLAJU dlm semenanjung malaysia

500g(rm28)+rm7.50(pos laju)=rm35.50 TOTAL UTK 500GM
1kg(rm50)+rm10(pos laju)=rm60 tOTAL UTK 1 KILO
1.5kg(rm75)+rm13(pos laju)=rm88


Source: http://www.sambalkeringriqzmie.com.my
Perkiraan di atas utk harga di Semenanjung. Saya order Isnin minggu ni, selasa macam tu dah sampai.. dan saya sukala mudah berurusan dgn Riqzmie ni. Biler ikan bilis tu sampai pun elok jer dlm bubble wrap tu. Saya belum rasa sebab saya malas nak wrap semula. Tunggu kat Taiwan nanti baru rasa. Tapi biler pegang tu boleh rasa ikan bilis dia tu rangup. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh gi kat website dia - http://www.sambalkeringriqzmie.com.my/ situ semua ada termasuk gambar & testimoni pelanggan2 sebelum ni.

Satu lagi saya lega sebab saya sekarang bendera jepun tgh berkibar so, tak yah lah saya risau pasal solat segala hehe.. thank you Allah :). Kitaorg naik 2 jenis flight, MAS & Cathay. Setiap team dipecah2kan. Ni namanya Risk management yer u ols, Saya naik Cathay, partner kejer saya (same job function - apps dba) naik MAS. Sebab kalau semua naik flight yg sama, kalau apa2 jadi pada flight tu, habis satu company.Tapi minta dijauhkan lah dr semua tu. Semoga kami semua selamat pergi & kembali..aamiin. Mas akan terbang direct ker Taiwan, manakala Cathay akan transit kat Hong Kong kejap. Saya tak kisah pun kena transit tu semua tapi yg tak syoknya Mas maximum berat bag 30kg, tapi kenapa Cathay sampai 25kg jerk..mencik tau hahaha..

Ok lah u ols, hari ni cam dah tak der mood nak kejer hihi.. Esok pagi2 kul 7 dah kena ada kat airport. Flight adalah kul 9 lebih. Doakan Semoga perjalanan kami dipermudahkan & selamat pergi & kembali. Aamin.

1 comment:

Cik Sar said...

Bestnye la ada kampeni trip.. tangkap gambo bebanyak kak..

Google