I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Friday, February 01, 2013

Bila saya berbicara

Akhir2 ini mcm2 berlaku disekeliling saya... ada perkara yg tak disangka & ada juger ujian2 kecil dr segi kesihatan anak2.. tapi apapun saya bermohon pada Allah agar apa yg ditunjukkan ini pd saya akan menjadi asbab utk saya lebih membuat refleksi diri & membaiki diri utk kehidupan dunia & bekalan di akhirat.

Hujung minggu yg lalu, saya dikejutkan dgn berita teman seperjuangan saya suatu ketika dulu yg sekarang ini diuji dgn kenikmatan sementara dunia. Kiter takkan pernah menyangka ia akan berlaku begitu namun bukan kiter untuk menilai dia sebab kiter tak berada disituasi dia. Benarlah kata prof Muhaya..sesungguhnya hati kiter manusia ini dalam genggaman Allah. Buat teman saya itu.. saya berdoa agar diberikan hidayah & kesedaran oleh Allah. Sesungguhnya besar dosa meninggalkan suami & anak2 begitu.. itu nusyuz namanya wahai sahabat. Kembalilah pada suami & anak2mu. Andai kamu membaca entri ini sahabat, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka. Saya sedih mengenangkan suami & anak2 kamu :( .. Saya juga sayangkan kamu.. Jelas apa yg kamu buat itu mengundang murka Allah. Hidup ini sementara.. Kebahagiaan yg kekal abadi adalah di akhirat sana. Marilah sama2 kiter cari redha & rahmat Allah. Buat sang suami, berdoa & bersabarlah atas ujian ini.. Sesungguhnya Allah itu berada dekat dgn orang2 yg sabar. Doa org2 yg sabar lebih mudah utk dimakbulkan. Insyaallah.

Awal minggu, hari selasa ari tu anak saya Qaireen kena asthma attack.. dah lama dia tak kena.. mungkin cuaca sejuk & panas yg melampau2 trigger asthma dia. Mula2 kami cuma bawak dia ker klinik di puncak alam.. doctor bagi ubat batuk astma & sedut gas nebulizer tu.

2 kali sedut masih tak ok, so kami decide mlm tu bawak pegi klinik yg kami serasi kat alam budiman. Jauh sikit la tapi so far ubat2 dia mmg serasi ngan anak2 kami. Doktor dia pun best.. explain & dia check betul2. Puas hatilah dengar explanation doctor tu.
Lepas amik neb kat alam budiman ni Qaireen nampak ketara sgt improvement dia.. Dada dah tak berombak kencang mcm selepas amik neb kat klinik di puncak alam. Kat klinik alam budiman ni jugak doktor tu bagi additional ubat utk alahan paru2. Sebab selalunya mmg kami pegi sini doktor akan bagi 2 jenis ubat. Tu yg saya heran biler klinik kat puncak alam cuma bagi ubat batuk asthma sahaja.

Masa ni pukul 11 malam sibuk budak tecik ni nak ikut jugak.
Bukan saya nak kutuk doktor yg kat puncak alam tu, tapi kiter boleh tgk & bandingkan apa yg lebih & kurangnya antara kedua2 doktor & klinik ni.


Doktor alam budiman  ni ikut procedure yg betul.. timbang berat utk tentukan dos ubat anak2. Doktor ni jugak cakap mmg diorag expect Qaireen akan cepat lega sebab neb dorang ni oksigen adalah direct dr tank yg besar tu. Doktor yg kat puncak alam tu nampak islamik tapi check pun ala kadar sahaja.. tapi itulah kiter ni kadang2 ingat sunnah nabi itu hanya pada ritual (hal2 keagamaan) , kiter tak sedar bahawa sunnah nabi itu sebenarnya lebih pada kehidupan. Bayangkan kalau kiter benar2 ikut sunnah nabi , kiter akan jadi insan yg cemerlang sebab kiter akan always think about doing our best. Betulkan? Tak kira dlm apa sahaja aspek kehidupan.
buat mcm kat umah sendiri ekeke - ni kat dlm treatment room
Ok lah.. selamat berhujung minggu u ols.. semoga apa yg saya ngomelkan disini boleh menjadi iktibar & sama2lah kiter reflect pada diri kiter..

peace u ols :)

3 comments:

Cho Zila said...

cepat sihat didoakan...

edrina said...

Thank you sis! Alhamdulillah dia dah makin ok :)

Jules Idris said...

Itulah Ed, semoga kawan kita tu kembali ke jalan yg benar. Titipan kisah hidupnya secara tak langsung memberi pengajarann kepada kita. Terima kasihlah juga pada dia. Kita tak terkecuali dari mungkin menjadi seperti dia jika kita alpa. Semoga anak ko tabah...kesian budak kecik athsma ni.

Google