I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Sunday, February 03, 2013

Aktiviti hujung minggu pertama dibulan Feb 2013 :)

Amacam cuti korang? Sekejapan sgt 2 hari tu berlalu kan... tak sempat nak hilang penat hihi.. kitaorg tak der gi mana2 pun. Menghabiskan masa bersama anak2 lepak2 bersama family.

Hari sabtu tu, saya & hubby dah janji ngan anak2 gi main swimming pool kat kondo adik ipar saya. Budak2 biasala kan sgt suker main air, so dorang mmg dah eksaited la sgt. Janji ngan adik ipar saya lepas zohor.. tapi tunggu semua siap dlm kul 2 lebih jugak kot baru gerak hihi..

kami - on d way nak pegi mandi swimming pool :)

budak manja kiss mama
Apa ntah nama kondo adik ipar saya ni tapi kondo dia dekat ngan Publika kat area Dutamas tu. Adik ipar saya ni baru lepas bersalin. Tapi dah sebulan laa..so parents in law saya pun ada sini jaga dia & baby sementara maid dia sampai dr Acheh.
Atuk & Haris, tgk la gaya haris duduk tu..x leh blah haha
Masa kami sampai tu maid dia baru 2 hari sampai..so far nampak ok sangat..pandai jaga baby & cekap buat kerja. Harap2 berkekalan macam tu. Macam maid saya yg baik sgt  ni Aisyah. Kami dah layan Aisyah mcm family sendiri.

Anak2 dah macam cacing kepanasan..masing2 tak sabar2 nak main pool.. dok atas kejap.. terus bawak dorang main pool.



Yahoo.. mandi air!! Tak der org pulak tu..best!



Khayla mula2 takut terperanjat air sejuk kot hehe

dah ok sikit dah.. dah mula seronok la tu.. dia asyik nak minum air tu jer haha
Haa tgk tu dah sengih ketawa..seronok sgt la tu
amboi amboi..syok sgt la tu hihi
dah berani lepas tangan tepuk2 air sambil2 tu curi2 nak minum

Najihah melayan adik dia Umar

pool dewasa dia cetek jer.. takat dada haris jer
Umar & khayla
Umar budak cheeky..lawak biler tgk dia berlari, perut bergegar2 haha
Kejap2 pi main playground ni.. habis la basah..sib baik la tak der budak lain yg main
Budak ni wpun dah gegel2 terketar2 masih jugak nak mandi..
Lama jugak la budak2 ni main pool.. haha kasik can main sampai puas.. lebih kurang kul 6.30 tu saya angkat keluar khayla & mandikan kat shower room kat bawah tu.. pakaikan baju siap2.
kitaorg lepak kat tepi sambil makan biskut & jajan hehe

kelaparan la tu sejuk2 ni..
aww seksi you..

angin mmg kuat tu yg sejuk menggigil2 tu..kondo ni kat atas bukit.
Dlm kul 6.45 tu semua dah setel mandi & pakai baju siap2 kat bawah. Naik atas tgk dorang dah order pizza hut & spaghetti.. Mak mentua saya pulak mmg ada masak nasi, lauk asam pedas ikan pulak tu harus la saya tuju makan nasi dulu haha..

Anak2 suka la makan pizza & spaghetti. Si Umar & Qaireen tu lepas makan, minum susu terus pengsan hehe. Risau jugak takut Qaireen yg baru baik dr asthma tu kena balik..alhamdulillah dia ok jer.

mana tak penat..siang satu hari tak tido
 Kitaorg lepak sampai habis Fear Factor..
Danisha muka dah ngantuk hihi
siap2 nak balik dah..tq mak su Ina for having us.. nanti kami dtg lagi yer..
Masa nak balik tu sajer hubby bawak pegi tgk istana negara yg baru ingat nak tunjuk pada Najihah & Haris, sekali dua2 dah pengsan..kejut2 pun tak nak bangun..tak larat sgt la tu haha
Anak2 nampak happy la wpun tak der pegi jalan mana2 pun.. janji dapat berendam main kolam haha.

1 comment:

SharHanah® said...

bestnyerrr diorang :D

Google