I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Saturday, July 31, 2010

It's all about najihah

2002
2003
omg slimnya saya waktu ni..tsk..tsk..
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
mama sayaaang najihah..baby giant mama selamanya..muaahh...

Wednesday, July 28, 2010

Tuesday, July 27, 2010

Impian jadiks nyata.. dalam hati ada bunga lalalalala

Alhamdulillah.. impian kini jadi nyata.. terima kasih suami tercinta :-). Walaupun design tak sama..tapi sgt2 suka... ngeee...hihi..



Ingat tak lagi entry wishlist saya ini http://edrina.blogspot.com/2010/01/wishlist.html
dulu hubby belikan brand FCUK (french connection united kingdom)..lepas entry wishlist tu..saya ingat yg tu la jam paling mahal saya ada (price rm500+).. mmg tak mimpi la hubby nak belikan jam Gc ni utk saya.. sebab harga dia adalah rm1530... mahal giler okes... hubby kata sebagai hadiah utk saya.. terima kasih awak! :-).

jadi sekarang saya isytiharkan bahawa saya memang pencinta jam okes..hik hik.. banyak tul la koleksi jam saya dah... suka..suka..

Actually hari isnin tu, saya dapat claim internet line from petty cash ada la dlm rm180..so balik dr kejer tu hubby kata..jom kita gi beli baju awak.. tiba2 ting timbul idea dlm kepala saya hahaha.. kiter gi SACC mall nak tak awak.. nak beli hbag lah..ekekeke.. sekali sampai sana terus terjah primavera..pas tu terbekenan kat satu kasut neh.. hubby kata beli kasut lah... hbag nanti kalau gi US awak nak beli lagiks.. ekekeke.. so saya yg menurut perintah terus try & amik ekekeke.. pas tu hubby pun beli kasut utk dia jugak..kasut saya rm89.00, kasut hubby rm160.. so hubby tambah duit dia sikit laa..

so inilah kasut baru saya.. tantek tak?

Sunday, July 25, 2010

Maybank2u fraud

Hati2 yak u ols, jgn percaya mana2 email yg bagi link & cakap account id kiter ada problem ker apa..semua tu tipu belaka.. contoh email kat bawah neh.. eja alert pun jadi alet nyeh nyeh..

Dear SKMM,

I would like to lodge a report pertaining misleading email which was sent to me this morning.
I believe this is another prank which they would like to gather customer information.
Hope your assistance in conducting the investigation. I tried to locate email address of Maybank to forward this email but I could not find any. Hope we can catch these culprits and put them behind bars.

Thank you and regards
Aziz Halim

Dear Sir,
Please ignore any emails, claiming to be from Malaysian banking and financial institutions on a problem with your account and requesting that you access a fake website to provide personal and account information, as this is a Phishing attempt. Phishing is an attempt by an individual or group to solicit personal information from unsuspecting users and is typically carried out by e-mail and it often directs users to enter details at a fake website whose look and feel are almost identical to the legitimate one.
Please bear in mind that Malaysian banking and financial institutions will never request your Internet banking details through email. Please report any Phishing attempt to SKMM (antiphishing@cmc.gov.my) so that we could take actions to block access to the fake website and prevent further damages to consumers. As part of our consumer education initiative, we have redirected Phishing websites that we have detected to SKMM's Anti-Phishing Website to inform the public about the dangers of Phishing and actions that they can take to avoid being victims of Phishing.

Thank you.
Regards,
SKMM Consumer Complaints Bureau
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor

Hi Mr Aziz,

Thank you for reporting to us on the matter. We had already taken action to notify and advice the respective party accordingly.

Regards,

Azimah Adnan
Security, Trust and Governance
Monitoring and Enforcement Division
Malaysian Communications and Multimedia Commission
www.cmc.gov.my / www.skmm.gov.my

Sunday, July 18, 2010

My Mum is Amazing

I really love this song.. sgt sedih tsk tsk tsk

By: (Naadira Alli, Zain Bhikha & Linda Gcwensa)


She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess

I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing

BRIDGE/CHORUS

Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing

Thursday, July 15, 2010

Alam Mahsyar Itu Indahkah?

email yg saya terima dr jazimin.. thanks jazimin..seram sejuk akak baca..tatut.. huhu

Alam Mahsyar Itu Indahkah?


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

* 1. Pemimpin yang adil.
* 2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
* 3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
* 4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
* 5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
* 6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
* 7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal sahabat-sahabat sekalian.

Takutnya huhu

Wednesday, July 14, 2010

Happy 8th Birthday Najihah!!

Selamat hari jadi yg ke 8 tahun anakku Najihah..

Ya Allah kau peliharalah anakku najihah dr perkara2 buruk & tidak elok.
Berkatilah hidup dia, murahkan lah rezeki & kau panjangkan lah usia anakku ini.
Kau perelokkanlah tingkah laku nya & sinarilah hati dia dengan nur keimanan.

amen..

nota kaki:
mama busy hari ni, jadi belum sempat buat entry special utk jihah. Mama sayang najihah..muaahhs..

XOXO,
Mama

Monday, July 12, 2010

Percubaan pertama ke opis memakai tudung gayak baru ekekeke

Okes..sila komen yak u ols..sesuai tak saya pakai gayak gini? Ini kali kedua sebenarnya.. tapi kali pertama pakai gi opis..
julung2 kali saya pakai sebenarnya masa baru2 dapat tudung2 ni..saya kuar jenjalan ngan hubby & anak2.. sekali ngan anak2 yg melasak tu herot perot tudung saya ekekeke..
may be sebab saya belum cekap pakai..jadiks cara saya pakai kurang kemas & masih longgar so saya cakap ngan hubby..saya pakai gayak gini biler gi opis jer lah..
kuar ngan anak2 pakai tudung cam biasa dulu...tunggu biler saya dah cekap & dapat pakai ngan kemas baru lah saya cuba pakai biler kuar ngan anak2 hehe

Sunday, July 11, 2010

Perspektif Kehidupan

Hari ni akhirnya saya masuk kejer kat opis.. teringat2 anak2 kat umah.. tercium2 bau dorang..terngiang2 suara2 dorang..ternampak2 riuh rendah gelagat dorang..tsk tsk tsk.. rindunya kat anak2ku semua..huhuhu

Pagi tadi masa on d way kat office saya dengar kuliah kat radio ikim tak silap saya oleh Ustaz Azizan.. saya tak berapa dengar sangat..tapi ada sesuatu yg menarik saya nak share ngan u ols.. Berkenaan bagaimana kiter memandang kehidupan kiter ni..dimana kiter selalunya melihat apa yg kiter tidak ada..sehinggakan kiter tak menghargai apa yg kita ada..

Ustaz tu cerita satu kisah pesawah & orang kaya.. satu hari seorg pesawah ternampak orang kaya ni yg dlm keter mewah bersama anak & isteri..pesawah ni terus berkata dlm hati..'bahagianya orang kaya tu..dah lah kaya..isteri dia pulak yg kat sebelah tu cantik menawan..tak macam isteri aku yg comot dgn lumpur..anak pulak sorang jerk.. aku ni dah lah miskin tapi anak 5..ramai'.. tetapi dlm masa yg sama orang kaya yg sedang memandu ni ternampak pesawah tu kat tepi jalan..lalu dlm hati dia berkata 'kat tgn pesawah tu ada 5 ekor ikan keli..tentu dia nak bakar balik rumah nanti cicah dengan kuah asam..sedapnya.. aku ni dah lama tak makan kat umah sebab datin tak nak masak sebab takut kukunya patah..' kemudian dia nampak pulak 5 org anak2 pesawah tu..lalu hati dia berkata lagiks 'seronoknya pesawah tu anak2 dia ramai..5 org tentu meriah & seronok hidup dia aku ni teringin jugak nak tambah tapi org kat sebelah ni yg tak nak takut larik shape'.. nah sekarang pesawah tu tak bahagia..org kaya tu pun tak bahagia..sebab kedua2 mereka memandang apa yg diorang tidak ada.. sama lah dgn kita.. kiter suka membanding2kan apa yg org lain ada yg kiter tidak ada..

Sebenarnya apa yg kita dapat dlm kehidupan bergantung pada perspektif kita dlm kehidupan..bagaimana kiter melihat kehidupan..oleh itu mari lah kita bersikap optimis dan jgnlah bersikap pesimis.

How to train your dragon

hasil imaginasi haris lepas tgk vcd 'How to train your dragon'

qaireen @ 18 mos

Qaireen yg la ni dah pandai macam2 sebab dia suka tiru apa yg kakak2 dia buat/cakap. Kalau kiter kata 'qaireen, sit nanti jatuh' pas tu dia akan jawab 'kay' dan duduk hehe.. kalau dah habis makan atau minum nanti dia akan bawak botol tu bagi kat kiter dan cakap 'dah!' pas tu kalau baby tido dlm rocker tu, dia pun sibuk tarik car seat umar suh enjut dia dlm tu hehe..pas tu nyanyi 'lailahaillah' hehe.. suh kiter dodoi dia la tu.. naik tangga dah laju sampai atas tapi tak berani nak turun sorang2.. kiter kena pimpin dia baru dia turun.

qaireen jugak dah pandai sebut nama sendiri..selalunya dia akan sebut 'qai..qai..qai..' hehehe.. tak der reen kat belakang tapi ari tu dia buat umar nangis so saya tanya dia..'sapa buat umar sampai umar nangis?'..selamba jerk dia jawab 'qaireen..' hehe..

pas tu dia panggil najihah 'ihah'.. selalunya kakak..tapi sejak akhir2 ni dia suka panggil najihah 'ihah'.. ada sekali tu masa saya jemput najihah sekolah petang..bawak qaireen & danisha...sekali lalu sorang budak pompuan pakai tudung baya2 najihah lah.. terus dia meloncat dgn excitednya sambil menjerit panggil 'ihah' hahaha..sian qaireen salah org rupanya.. biler dia tahu dia silap org terus dia senyap..pas tu dia macam pening ramai pulak budak2 pakai tudung keluar..dia dah pening mana satu najihah agaknya ekekeke.. sekali masa najihah sampai...najihah kejutkan dia..langsung dia tak excited..hehe sian dia..

kena buli ngan kakak danisha...walaupun yg selalunya dia yg buli org hehe

Friday, July 09, 2010

Di Saat

Saya copy paste dr facebook member saya.. sgt indah utk dikongsi bersama :

I read someone's blog and found this. Terasa nak share sesuatu yang indah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di saat kamu ingin melepaskan seseorang..
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Di saat kamu mulai tidak mencintainya...
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Di saat kamu mulai bosan dengannya...
ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Di saat kamu ingin menduakannya...
bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya...
ingatlah di saat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai di saat dia sudah tidak di sisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga

Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa
Tak ada yang tak bisa diikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Thursday, July 08, 2010

rambut dia sudah panjang...sukaaaaaaa

adeh susahnya nak amik gambo qaireen sekarang..


Wednesday, July 07, 2010

Tahniah Alai!!

Semalam 7/7/2010 biras saya, yasmin selamat melahirkan baby boy seberat 3.56kg kat Damansara specialist Hospital..pergh..saya tgk gambar yg fil saya mms kat saya pun nampak besar.. doc pun advice bedah jerk.. insyaallah biler anak2 dah sihat sepenuhnya saya pun nak pi tgk baby baru neh :-)

comei..putih melepak macam yasmin.. nama tak silap saya ari tu dorang kata dah ada..

Zain Ashraf bin Zain Azraai.. saya bantai jerk eja neh ekeke..

so sekarang Alai dah ada sepasang :-)

Zara Aesha bt Zain Azraai &
Zain Ashraf bin Zain Azraai

Semoga bertambah2 rezeki & dirahmati Allah selalu..amin.

Happy Retirement Agnes!

Tuesday, July 06, 2010

refleksi diri

Semalam saya kejer dr rumah sehari, hubby cuti semalam bantu saya & maid jaga anak2...hari ni saya sambung cuti sebab danisha & qaireen masih sakit. Harap2 cepat lah sembuh & tak berjangkit pada yg lain esp umar.. saya harap umar kuat sebab dia minum susu badan saya.. sambil bagi dia susu hati saya berkata..'minum umar banyak2 biar umar immune & terpelihara dr segala penyakit..biar umar sihat selalu' saya tahu susu ibu punya khasiat yg besar..mampu menjauhkan penyakit & merupakan sumber imunisasi pertama bayi..

Tadi saya baru lepas hantar najihah ke sekolah petang dia, tetiba teringin pulak nak minum ABC biler ternampak gerai ABC kat tepi jalan..terus saya benti dan beli.. kat sebelah gerai dia, ada satu lagiks gerai jual dadih, laksa & roti jala... Ramai org pegi gerai yg jual ABC tu tapi saya tgk tak der sorang pun singgah gerai dia..sampai dia sama2 bantu mamat kat gerai ABC tu.. tetiba saya rasa kesian dekat dia.. dia nampak baik.. selesai bayar ABC terus saya tuju ke gerai dia, saya beli dadih utk anak2.. harapan saya moga saya dapat beri sedikit rezeki pada dia..mungkin jadi pelaris/penarik org lain :-).

Satu hari tu saya tertgk satu temubual dlm tv, penceramah tu kata, kalau kiter membeli dr peniaga yg meniaga kecil2an carik rezeki....jgn tawar...betul jugak tu, sejak dr hari tu saya jarang tawar menawar pd org yg jual kecil2an ni...kalau nak tawar, saya akan tawar kat peniaga2 yg dah kaya raya tu... kesian dorang carik rezeki yg halal... moga Allah bukak pintu rezeki dorang yg meniaga dgn ikhlas tu..

Selalunya pagi2 kat puncak alam ni saya suka beli nasi lemak dr restoran mak alang sebab nasik dia mmg rasa lemak..mmg terbaik ah.. sekali semalam dia tutup terus saya tuju kat tempat pilihan kedua saya...akak ni meniaga nasik lemak dia tumpang kat hujung corner kedai mamak neh.. dulu2 masa belum ada mak alang...mmg saya akan beli nasi lemak dr dia jerk.. sekali biler dah ada mak alang yg lebih sedap tu tentulah saya beli kat mak alang kan... sekali masa saya beli kat akak tu semalam terus dia tegur saya 'lama tak nampak...' terus saya jawab..'saya bersalin kak'..pas tu dia kata lagiks..'ooo ingatkan dah merajuk ker.. tak sedap dah ker..akak sampai termimpi2 teringat kat kamu'..oh akak..sampai macam tu sekali..neh yg buat saya serba salah neh.. biler saya cerita kat hubby ..hubby pun cam kesian kat akak tu..terus hubby kata..tak perlah sekali sekala kiter beli kat akak tu...

huhu saya ni mmg mudah kesian kat orang... esp kalau saya balik kelantan...mmg saya kesian tgk makcik2 yg menjual kat pasar tu.. kalau boleh kat semua org saya nak beli hahaha...

cuma satu yg saya pegang.. bagaimana kita layan org tak kira lah org tu berpangkat ker tak..miskin atau kaya semua tu akan refleks balik dlm kehidupan kiter... jadi jgn angkuh..jgn takabur... layan lah setiap insan yg kita jumpa hari2 dgn baik & ikhlas.

motivasi diri

Allah bersama org yg sabar..
Allah bersama org yg bertakwa..
Org yg sabar akan peroleh pahala..
Semua ini qada & qadar...

Ya Allah engkau tuhan ku
amen.

Monday, July 05, 2010

HFMD lagiks

tsk tsk tsk..qaireen & danisha kena HFMD. Haris kena quarantine tak boleh pegi skolah.. 2nd time kena sakit ni buat danisha..hadoii la kesian anak2.. paling sedih & rasa helpless sgt2 biler anak2 menangis sambil cakap...'mama sakit..mama..mulut shisha sakit' adooiila.. kesian anak2 mama... nak minum susu tapi biler dah buat dipegang jer botol.. cepatlah sembuh anak2ku..moga2 tak terjangkit pada umar & anak2 yg lain..amen

Sunday, July 04, 2010

Self Quarantine

Saya sepatutnya start kejer ari ni.. tapi opis saya tutup since khamis ari tu sebab ada 2 org staff confirm h1n1..huhu menakutkan.. dah lah saya ada pi opis kejap last week kan.

Tetiba semalam saya start flu & sakit tekak.. terus manager suruh saya self quarantine kat rumah selama 3 hari bermula hari ni. Jap lagiks saya nak pi hospital check apa2 yg patut. Esok & Lusa saya start kejer dr rumah sajor lah.

Kat umah ni anak2 pun tak sihat. Danisha demam panas.. jenuh jugak malam tadi saya tak tido dok monitor dia, tuam & bagi kejut bagi ubat demam setiap 5 jam sekali (sebab badan dia panas sangat).

Umar pun sama demam tapi umar baru start demam sebab baru lepas kena jab 2 bulan semalam...jab 3 serangkai.. polio apa ntah lagiks.. Dah 2 kali makan ubat demam..pagi ni macam dah tak panas

Haris lak batuk & selsema.. Dah pegi check jugak doc kata tak der apa2.. batuk & selsema biasa.. pagi ni pulak dia cirit birit la pulak..

Qaireen..pergh paling mencabar..merengek 24 jam..susah pulak tu nak pujuk..sebab bibir pecah2..ulser.. panas dalam rasanya..semalam dah amik ubat..

Najihah, alhamdulillah takat ni tak der apa2.

Kejap lagiks saya nak pi klinik bawak danisha sekali.

Semalam masa check up umar 2 bulan, timbang berat umar dah 5.4kg.. umar dah pandai main2 ngan org..senyum menyegih jerk..

berat umar:
lahir - 2.73kg (kecit jer kan..dah lah budak laki ni berat tulang banding ngan budak pompuan, so kalau 2.73kg tu mmg kecit la bagi budak laki)
1 bulan - 4.15kg
2 bulan - 5.4kg

pas tu saya tanya doc kenapa umar ni berak 3 hari sekali, sedangkan dia menyusu badan. Sepatutnya kalau susu badan kan hari2 dia berak.. pas tu doc tanya tak per as long najis dia lembut cuma akan jadi habit dia jer lah.. lega saya dengar.

alamak saya baru check tapak kaki qaireen ada bintik2 merah..huhu harap2 bukan HFMD... adeh.. kay lah nak bawak anak2 pi klinik.

email dr development manager:
Hi team,

Yesterday we found out that 2 of our Managers seated at the Ground Floor , May (HR Manager) and her daughter and Hon(BI Manager) including his wife and daughter has been confirmed with H1N1 and is being hospitalized for further treatment. Chow has informed all the staff on the precautionary measures:
,
1. All AITS staff, include ATLAS COE, will be asked to work from home (home quarantine) on Thurs 1/Jul and Fri 2/Jul.
2. Each day, the staff will report (by email, sms, IM or phone) to the tech leads and me on their conditions.

Integration: Cliff
Functional: Soon
Tech: Hajireen

3. If there is no flu or fever symptoms by Monday 5 Jul morning, the staff will go to office as normal.
4. If there are symptoms happened, that staff will be asked to do further quarantine / treatment until further notice.

Kindly please let me know, or contact me, if you have any question.

Thanks & Best Regards

Friday, July 02, 2010

Main kolam






Gambar2 lain sila terjah facebook saya yak uols..sila klik sini

muka comot makan cup cake ekekeke



Kidz Branded Outlet Plaza Masalam

ni la kedai dia tu.. semua baju santek2..rambang mata seh... baju yg saya beli kat US utk qaireen pun leh jumpa kat sini..baju dress polka dot ekekeke.. jom terjah u ols.. nak raya ni dia kata ada stok baru masuk.. ini semua original yak u ols..

Anak ke 5 baru mendapat ekeke

Dah lama nak beli neh.. tapi la ni baru terkota ekekeke... saya kan dah nak start kejer isnin nanti, umar pulak dah menampakkan ciri2 nak berpusing.. selalunya saya letak atas sofa depan tv kan, tapi since dia nak makin bulat & kuat neh, takut gak kang tetiba dia berpusing & tergolek jatuh so saya cakap ngan hubby saya nak beli neh.. senang maid saya nak jaga.
So semalam gigih okes saya bawak keter pegi babyjaya kat damansara uptown tuh.. saya bawak haris & danisha jerk..sungguh mencabar okes drive kat uptown tuh, dengan jemnya (kebetulan time saya pi tu org baru habis solat jumaat so saya jem lama giler kat bulatan masjid tuh)..lepas tu dengan jalan sempit2nya sebab kereta semua double parking...serius mencabar la bagi saya kan ekekekeke..
umar tgh ralit tgk tv
Tapi saya sgt puas hati sebab apa yg mendapat apa yg dihajati eceh..

Kakak qaireen menemankan adik umar kesayangan.
rocker ni boleh tukar jadiks kerusi (infant to toddler rocker - boleh tampung sampai 18kg)

Thank you laling sebab izinkan intan beli ini hik hik.. intan tau awak pun suka kan ekekekeke..

Google