I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Monday, March 04, 2013

Hentikan!

Gambar dr FB page Afdlin Shauki
Memikirkan kes di Sabah sekarang ni..hati rasa sedih.. Parti politik & penyokong masing2 saling tuduh menuduh. Negara dah kena serang macam ni pun kiter masih tak bersatu.

Tak boleh ker kiter lupa kejap apa parti kiter, kita bersatu utk mempertahankan bumi tercinta. Jangan masuk dlm politik buat masa ini, nanti kiter akan turut hilang dalam suasana. Berikan semangat, fokus pada kebaikan & doakan askar2, polis & saudara2 kiter di Sabah.

Apa guna politik kepartian kiranya tanpa patriotisme @ cintakan tanahair? Kalau kiter sama2 cintakan tanahair ni, kiter bersatu! Fikirkan yg terbaik untuk rakyat & agama. Selesaikan issue di depan yg sedang kiter hadapi ni, bukan setakat menjadi keyboard warrior kutuk sana kutuk sini.

Jgn kutuk askar2 kiter, mereka memerlukan kata2 semangat dan doa dr kiter. Bersihkan hati & bersangka baiklah.

Dibawah ni saya petik dr status FB sorang teman, saya nak share disini:

"Dalam pertempuran elemen kejutan memang akan memberikan kelebihan kepada penyerang. Tidak perlu buat generalisasi pasukan keselamatan kita tidak cekap.

Mereka ada banyak rekod keperwiraan semasa krisis, contohnya menyelamatkan marin u.s yg terperangkap dlm kepungan di somalia, seorang kolonel malaysia pernah melatih pasukan tentera bosnia berperang secara gerila hingga pasukan tersebut digeruni militia serbia, pernah dihantar untuk berlatih dengan tentera repuik turki tetapi akhirnya tentera turki yg belajar balik dgn mereka..dll"

Bersatulah atas nama Allah SWT. Mari kiter sedekahkan Al-fatihah kepada semua wira negara yg terkorban.. Al-fatihah. Semoga merekan ditempatkan di kalangan hambanya yg beriman..Aamin. Sesungguhnya mereka gugur sebagai wira negara.

1 comment:

Cho Zila said...

bersatulah kita untuk keamanan negara...

Google