I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, October 07, 2014

Taiwan Trip - Day 3

Pergh lama giler nak update citer Taiwan Day 3 neh hahaha.. saya sangat2 busy kat opis. Banyak sangat nak update pasal apa yg berlaku tapi masa mencemburuiku ecewah hahahaha.. saya kena siapkan jugak entry taiwan ni wpun dah agak basi hahaha.. dah setahun wei kui kui kui..

Sebab dah lama sangat delaynya entry yg Taiwan part 3 ni,  kalau berminat nak baca part sebelum2 ni ada di link berikut:
Day 1- Part 1
Day 1- Gala dinner
Day 2 Part1
Day 2 Part 2

16 Sept 2013 - Ahad.

Selamat Hari Malaysia!! Taun 2013 merasa la celebrate Malaysia day kat negara orang, maka bermula lah kepoyoan kami hahaha.. fefeeling student dok ober the sea.. hahah siap buat video yg jadik bahan lawak sampai hari ni hahahha

Susahnya nak buat entri ni sebab dah ingat2 lupa hahaha.. padan muka delay lagi sampai setahun huhu.. sayang segala memori indah tu.. huhu

Destinasi pertama adalah jiufen. Perjalanan menuju ke Jiufen menyusuri tepi pantai sambil mendaki bukit-bukit.
Cantik kan pemandangan pantai & laut
Jiu fen old street
Jiufen adalah perkampungan yang terletak di atas bukit2, disebelah gunung & menghadap laut.

View from above
Dekat sini banyak kedai2 makanan tempatan, souvenirs, aksesori khas & ada jugak kedai2 teh cina.

Pemandangan kat sini cantik sangat dengan senibina kedai2 yg dibina sepanjang lereng bukit.
suka gambar ni haha.. memasing muka terkejut sebab saya panggil & terus snap haha

colleague saya Jolene & Vanessa
 Jalan2 kat sini macam berjalan melalui jalan yg sempit dengan deretan kedai. Harga barang2 kat sini pun agak reasonable.. Dekat sini saya ada beli souvenir sikit utk famili & kawan2.

Kedai beg jer mesti serbu masuk haha
Kemudian kami menyusuri turun menuju ker Yehliu National Geopark. Sesampai jer di Yehliu, kami dibawa makan dulu di sebuah restoran seafood.


Kat restoran ni kami minta kebenaran untuk solat. Alhamdulillah owner restoran ni baik sangat wpun dia bukan muslim.. dia sediakan tempat yg lapang & bersih lapik tikar untuk kami solat.. Bilik air kat sini pun ada air so senang sikit. Senang dah solat jamak terus. Lepas tu terus jalan menuju tepi pantai untuk tgk pemandangan batu2 di Yehliu ni.



Yehliu terkenal dgn  pemandangan batu2 yg pelbagai bentuk, terbentuk akibat daripada hakisan laut, proses luluhawa & pergerakan bumi. Ada byk sgt pembetukan  batu yang menyerupai haiwan & tumbuh2an








mushroom rock


















Candle shaped rock







Kemudian kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Tamsui fisherman's wharf.

Bas tinggalkan kami kat satu tempat lepas tu ramai2 naik bot untuk ker Tamsui.


Tarikan utama kat sini adalah pemandangan dia yang indah sewaktu sunset & juga kedai2 di Tamsui old street.


















Dari Tamsui, kami bergerak ker Hotel City Suites untuk makan malam. Hotel ini menyediakan makanan halal, authorized by Chinese Muslim Association.

Setel makan, kami semua pergi ke tempat shopping terakhir iaitu Shilin night market. Banyak sgt benda nak beli tapi masa sangat terhad.. stress betul laa.. lari2 tau dr satu kedai ke kedai lain sebab nak kejar masa huhu.. Saya sempat beli baju utk anak2 jer sorang selai dua mcm tu, selain tu beli beg jugak.


Kemudian balik hotel & titun.. dlm hotel eksaited mengirai hasil shopping haha.. Mana tak seronok dapat beli seluar & baju anak2 ngan harga rm10 jer. 

Inilah antara hasil shopping kat Taiwan.
t-shirt tangan panjang & seluar ni masing2 harga rm10 jer sehelai. Mana la tak menyesal tak bawak duit banyak2 huhu.. kat online selai seluar tu pun dah rm30+
hbag comel utk najihah
hbag charm/key chain utk najihah
hbag utk saya.. tapi beg ni sekarang dah bagi pada najihah.
hbag charm
Saya ada beli jugak satu sling bag utk maid.
beg comel utk anak2.. murah sgt huhu...
Balik dr Taiwan, bila dengar ada org nak pegi Taiwan, saya kirim lagi 2 beg hihi.. ari tu nak beli tak cukup duit haha.. bawak duit sikit ingat kan tak der benda nak beli sekali menyesal tak bawak duit banyak2 hahaha.. barang mmg murah menggila.. kualiti pun elok.. tak macam brg2 made in china.
Beg besar utk saya.. suka sgt beg ni, boleh buh mcm2 haha.. kalis air jugak tu yg best.
beg merah tu boleh jadi sling bag/ back pack.. utk najihah.
Selain tu saya ada beli key chain & jugak kitchen towel sbg souvenir utk parents & adik beradik.

comel sgt kan?
Saya jugak ada beli t-shirt, cardigan beberapa pasang untuk diri sendiri hihi.. Kalau la tahu Taiwan ni best utk shopping sure dah bawak cash byk2 sebab kebanyakan kedai ada yg tak boleh guna credit card.
Ini antara t-shirt besar & cardigan yg saya beli.
Ok cukup cerita pasal hasil shopping.. Berakhir hari ke 3 bermakna tiba lah masanya utk pulang ke tanah air esoknya..
Pagi hari ke 4, hari terakhir.. nak naik bas pegi airport dah..
Abaikan ada budak interprem dalam gambar di atas tu yer..hihi.. oh saya sebenarnya minum kopi yg sgt sedap.. beli kat 7 eleven.
Hotel penginapan kami selama 4 hari - Chateu de Chine

Babai Taiwan, kalau ada jodoh kita berjumpa lagi..  Sewaktu kat airport sempat lagi belasah beli hbag kipling ngan parfume 5th Avenue, Elizabeth Arden hihi. 

Tak sabar nak tunggu trip taun 2016.. mak aii lamanya lagi huhu.. kemana tu tak tau la lagi..harap2 yg best2 lah :)

No comments:

Google