16 Mei 2014 - Jumaat |
Nasib baik pecah air ketuban pagi sabtu, kat rumah bukan di opis hehe. Masa tu kami masih menetap di Taman Sri Andalas Klang, bila weekend tido rumah pil di puncak alam sebab dah nak dekat bersalin. Pukul 6 lebih pagi melangkah ke bilik air utk berwudhuk tiba2 terasa seperti terkencing & air tak berhenti2 keluar laju mcm terkencing tu hihi. Terus terdetik dlm hati 'eh.. air ketuban pecah!!'. Kelam kabut suami & ayah mentua mandi, lapik plastik dlm kereta. Sepanjang perjalanan ke hospital bersalin razif saya rileks jer sebab tak der langsung rasa sakit. Tapi husband dan fil kejap2 pusing belakang cakap 'Sabar yer ed.. awak ok ker ed?' Hihi sapa yg panik sebenarnya ni. Saya juga berulang2 cakap..'tak per..ok jer..tak sakit pun'. Saya mmg tahu kedudukan haris dlm kandungan songsang (breech) sejak kandungan berusia 8 bulan lagi so saya mmg tahu besar kemungkinan kena bedah. Kedudukan Haris terlipat dua, bontot kat bawah, tgn & kaki keatas. Sampai di hospital saya masih tak der rasa sakit. Lebih kurang pukul 12 lebih doc kata dah lama sgt utk try bersalin secara normal. Tak der contraction, so jalan pun tak buka.. takut baby lemas, husband tandatangan borang kebenaran bedah. Akhirnya pukul 1 lahirlah Haris kedunia :) - 16 Mei 2004.
Selamat hari jadi yg ke 10 tahun anakku Muhamad Haris Fawzan. Semoga kebaikan sentiasa mengiringi hidup Haris. Berjaya dunia & akhirat. Aamiin. Tak lupa buat semua guru. Selamat hari guru!! :)
You guys rock!! Terima kasih Cikgu :) |
No comments:
Post a Comment