I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, November 22, 2011

Ayat Seribu Dinar


Ayat Seribu Dinar

Maksudnya : "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah, sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah akan cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Surah at-Talaq : ayat 2-3)

Hikmat Ayat Seribu Dinar

1. Ayat ini mengandungi seribu faedah, jikalau diamalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya'Allah akan beroleh seribu faedah.
2. Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, Allah Ta'ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan.
3. Allah Ta'ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka.
4. Allah Ta'ala akan menyampaikan segala hajatnya.
5. Dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, akan terlindung dari segala bala di darat dan di laut.
6. Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya'Allah si pesakit akan sembuh.
7. Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara,beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta'ala.
8. Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jik di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal dengan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah.Baca ayat ini sesudah solat lima waktu, ketika hendak tidur dan ketika hendak keluar rumah.

No comments:

Google