I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Komunikasi, hormati hak, kunci perkahwinan bahagi

Artikel ini dicilok dr sini - http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1589

Wadah Wanita Islam: Komunikasi, hormati hak kunci perkahwinan bahagia

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

http://www.hanan.com.my/



Tarikh: Khamis, 16 September 2004 @ 0:38:23
Topik: Tazkirah



INSTITUSI perkahwinan penting ke arah pembentukan sebuah masyarakat sempurna kerana ia berjalan di atas landasan atau sistem yang digariskan oleh Allah sesuai dengan fitrah manusia.

Allah berfirman bermaksud: “Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu suami isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Perkahwinan dan dijadikan lelaki serta wanita untuk mencari keredaan daripada Allah dan menambahkan ketakwaan insan. Perkara ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kamu kepada Tuhan yang menjadikan kamu daripada yang satu dan yang menjadikan isterinya dan juga membiakkan daripada kedua-dua zuriat keturunan lelaki dan wanita yang ramai.” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)

Ayat di atas menjelaskan mereka yang berada di alam perkahwinan hendaklah berusaha mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayang serta saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.

Contohnya, jika isteri mengidam untuk memakan sesuatu yang tidak mustahil untuk dipenuhi, perlulah suami memenuhi tuntutan itu demi menyatakan kasih sayangnya terhadap isteri.

Mereka akan mendapat rahmat Allah dengan keikhlasan untuk mencari keredaan dan takwa Allah.

Perkahwinan dalam Islam mesti dilandaskan atas dasar itu, demi hubungan yang berkekalan dan melahirkan zuriat bagi menyambung amal soleh walaupun selepas ibu bapa meninggalkan dunia ini.

Penyempurnaan ikatan ini akan membawa kepada kewajipan untuk menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai suami isteri yang diamanahkan oleh Allah, di samping memenuhi tuntutan rohani dan jasmani.

Sesungguhnya rumah tangga bahagia tidak akan terlaksana jika kedua-dua pihak tidak dapat memahami dan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Perkara ini kerana ia bukan saja hubungan jiwa antara suami isteri, malah membabitkan hubungan serta ketaatan kepada Allah.

Untuk memenuhi matlamat itu, al-Quran dan hadis menggariskan beberapa hak dan tanggungjawab yang mesti dipenuhi oleh pasangan yang mendirikan rumah tangga. Panduan itu supaya tidak timbul perbalahan serta perkelahian antara kedua-dua pihak dan seterusnya dapat mewujudkan persefahaman serta sifat toleransi.

Allah berfirman bermaksud: “Dan golongan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, akan tetapi suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isteri.” (Surah al-Baqarah, ayat 228)

Nas ini jelas menunjukkan bahawa isteri dan suami mempunyai persamaan hak dan tanggungjawab tanpa membezakan antara kedua-duanya.

Ia adalah darjah peraturan kepemimpinan yang seharusnya dimiliki oleh suami dalam mengatur maslahat rumah tangga.

Al-Quran mengehadkan tugas kepemimpinan ini kepada suami dan tidak kepada isteri demi kebaikan keluarga itu sendiri dan bukan untuk membezakan daripada sudut hak dan tanggungjawab.

Dalam surah an-Nisaa’, ayat 34, Allah berfirman bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”

Maksudnya adalah orang lelaki diberikan Allah kekuatan bersesuaian dengan tabiat kerja lelaki itu sendiri sebagai pencari rezeki dan pentadbir rumah tangga. Tugas wanita pula ialah berusaha untuk membahagiakan suami serta menguruskan rumah tangga dan menguruskan anak.

Al Mawardi menyebut isteri tidak perlu taat kepada suami jika suami gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya memberi nafkah.

Ia adalah menjadi kesalahan dan dosa bagi suami yang melalaikan tanggungjawab memberi nafkah.

Meletakkan isteri dalam kesusahan adalah sesuatu yang dilarang sama sekali dalam Islam.

Islam juga menggariskan cara pergaulan iaitu bergaul dengan cara baik walaupun dalam perkara yang dibenci dan berlaku adil.

Allah berfirman bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang baik, kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisaa’, ayat 19)

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa suami harus memberi makan kepada isteri jika dia makan dan memberi pakaian kepadanya seperti dia berpakaian serta tidak boleh memukulnya dan tidak boleh mengolok-olokkan dia dan tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri nusyuz).

Saidina Umar Ibnu Al-Khattab berkata kepada seorang lelaki yang hendak menjatuhkan talak kepada isterinya lantaran kebencian terhadapnya: “Celakalah engkau; adakah rumah tangga itu dibangunkan di atas cinta saja? Maka di manakah letaknya riayah dan tanggungjawab?”

Rasulullah menerangkan bahawa sifat seorang isteri itu bagaimana dibenci oleh suaminya, masih tetap mempunyai ciri kebaikan yang boleh dicintai oleh suaminya.

Tidak wajar mengutamakan perkara yang dibenci melebihi perkara dicintai.

Kalaulah suami berkahwin lebih daripada seorang, suami hendaklah berlaku adil terhadap semua isterinya seperti giliran bermalam bersama mereka dan juga adil daripada sudut pemberian nafkah.

Bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan mengasihi seorang isteri lebih daripada yang lain sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan sekali-kali kamu tidak dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) hingga kamu membiarkan yang lain terkapai-kapai”. (Surah an-Nisaa’, ayat 129).

Pergaulan yang baik juga meliputi melakukan hubungan seksual antara suami dan isteri.

Rasulullah mengingatkan sahabat dengan sabdanya yang bermaksud: “Janganlah antara kamu yang menyetubuhi isterinya dengan cara yang dilakukan haiwan. Hendaklah antara kedua-duanya ada ‘pengantar’.

“Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘pengantar’ itu ya Rasululah? Baginda menjawab: ‘Ciuman dan percakapan’.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Islam mengharamkan persetubuhan melalui dubur (liwat), menyetubuhi isteri ketika haid dan nifas kerana membahayakan kesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada tata susila rakyat.

Jika peraturan yang digariskan Islam dipatuhi oleh pasangan berkenaan, terutama suami yang seharusnya memainkan peranan yang besar dalam rumah tangga sebagai ketua keluarga, perkara seperti persetubuhan paksa (marital rape) dan seumpamanya tidak timbul.

Persetubuhan secara paksa tidak boleh dinamakan ‘rogol’ tetapi dinamakan ‘penderaan seksual’. Perkara ini kerana apa juga bentuk kemudaratan yang menimpa isteri disebabkan oleh tingkah laku suami, maka isteri boleh mengambil tindakan undang-undang seperti membuat tuntutan cerai atau fasakh dengan melaporkannya kepada polis dan pejabat kadi.

Islam juga membenarkan isteri membuat tuntutan bayaran pampasan di atas kecederaan yang dialaminya atas penderaan yang dilakukan oleh suami walaupun disebabkan oleh persetubuhan.


Oleh Prof Madya Dr Najibah Mohd Zain
PENULIS ialah pensyarah di Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi pada e-mel, wanitajim0@yahoo.com

sumber : Berita Harian Online
15 September 2004

No comments:

Google