I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, January 04, 2011

Rezeki Seseorang Tetap Miliknya

Dipetik dr FB note member saya, Ida Sumyati.


(Kisah Ali bin Abi Thalib dalam buku ‘Cara Mudah Mencari Rezeki’. Kisah ini membuktikan, rezeki seseorang itu tetap miliknya. Hanya sahaja jalan yang ditempuh itu halal atau haram adalah pilihan individu)

Satu hari Ali bin Abu Thalib masuk masjid. Beliau meminta seorang lelaki yang berada di pintu masjid, “Peganglah keldai ini”.

Tidak lama selepas itu Ali keluar membawa 2 dirham untuk diberi kepada lelaki tadi sebagai upah. Ternyata lelaki tadi telah hilang. Yang tinggal hanya keldai beliau dan tali pemegang keldai itu telah hilang bersama lelaki tadi.

Ali pun berlalu menunggang keldainya. Kemudian Ali memberi hambanya 2 dirham dan menyuruh, “Belikan aku tali pemegang keldai di pasar”.

Hambanya kembali dari pasar membawa tali pemegang keldai, dan tali itu dicam oleh Ali menyerupai tali pemegang yang telah dicuri tadi. Tahulah Ali bahawa tali itu telah dijual oleh pencuri tadi di pasar dengan harga 2 dirham.

Ali berkata, “Dia telah menghalangi dirinya dari harta yang halal kerana tidak bersabar. Harta haram yang didapatkannya tidak akan melebihi apa yang telah ditentukan Allah baginya”.

(Sumber: http://encikbaca.wordpress.com/)

-Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini. Telah Allah tetapkan rezeki untuk kita masing2, maka marilah kita mencarinya dengan jalan sabar, jalan halal, jalan lurus yang tetap berada dalam syariat-Nya, mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

-Jika selama ini kita melewatkan atau meninggalkan solat atau solat pun laju2 hanya kerana takut kerja tak siap, takut boss marah dan tak naikkan gaji, atau takut tak dapat jumpa ramai clients, maka ingatlah, 'rezeki seseorang tetap miliknya'

-Jika selama ini kita ragu2 untuk keluar berniaga dengan busana menutup aurat, merasa tercabar dengan tokey kedai sebelah yang berbaju ketat yang perfume nya sebatu dah berbau yang mungkin mampu memikat lebih ramai pelanggan, maka ingatlah, 'rezeki seseorang tetap miliknya'

-Jika selama ini kita bimbang pendapatan kita mungkin berkurangan jika kita tidak memasarkan produk2 haram atau produk2 subahat, maka ingatlah,'rezeki seseorang tetap miliknya'

-Dan.. jika selama ini kita telah menganiayai orang, menyekat atau mengambil hak orang lain, menipu, menabur fitnah, maka ingatlah, semua itu takkan menjadikan rezeki kita melebihi apa yang telah ditentukan Allah bagi kita, dan bagi orang yang dianiayai, ingatlah, 'rezeki seseorang tetap miliknya' - TETAPI SETIAP KEMUNGKARAN KITA TETAP AKAN DIHISAB DAN PASTI MENERIMA PEMBALASAN... BEGITU JUGA SETIAP KEBAIKAN DAN AMALAN PASTI MENERIMA GANJARAN

No comments:

Google