I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, January 04, 2011

Persepsi terhadap amanah & tanggungjawab

Ceramah motivasi pagi kat radio ikim pagi tadi betul2 terkesan dlm diri & jiwa saya.

Sapa ada dengar angkat tangan ekekeke...Ustaz kali ni best pulak tu kan.

Contoh yg penceramah tu bagi pagi tadi bagaimana seorang isteri yg baik berupaya utk menjaga kelaurganya.. menyediakan makan minum & membuat kejer2 rumah yg lain bagaikan seorg superwoman.. walaupun penat & lelah namun tetap tidak pernah gagal melaksanakan kewajipan & tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Apakah yg mendorong/memotivasikan para2 isteri ini?

Cuba kalau para suami berdialog dgn isteri..tanyakan pada siisteri tapi bukan dlm erti kata dialog yg sebenarnya..tetapi lebih kepada dialog dlm hati si suami itu sendiri.."Kenapa awak sanggup buat ini semua?". Cuba suami renung & carikan jawapan.. yg sebenarnya isteri yg kuat seperti ini jawapan nya adalah

"Saya buat ini semua sebab saya sayangkan keluarga saya, saya sayangkan anak2 saya, saya sayangkan suami saya.".

Tetapi seandai ditanya pada isteri2 dan ada yg menjawab.. "dah tanggungjawab buat ajer la". 2 jawapan yg berbeza.. tapi cuba kita tgk apa akan jadi pada 2 org isteri ini di akhir hari nanti.

Isteri yg melakukan tanggungjawab dengan rasa kecintaan & kasih sayang, akan merasakan suatu kepuasan diri yg tidak dapat digambarkan. Makin dia buat makin bertambah2 ketenangan & kegembiraan yg dia dapat.

Masih mampu tersenyum & melayan anak2 & suami dgn penuh kasih sayang.

Tetapi isteri yg melakukan tanggungjawab kerana tanggungjawab semata2, akan merasa penat & lelah yg mana keadaan2 seperti ini akan menjurus kepada stress serta krisis2 kehidupan yg lain.

Biler saya dengar apa yg penceramah ni kata.. mmg saya setuju sgt2, sebab saya rasa apa yg penceramah tu bagitahu... satu kepuasan yg tidak dapat saya gambarkan dengan kata2 melihat anak2 ready dengan sarapan

& bekalan utk sekolah petang nanti.yg saya masak sendiri dgn doa & kasih sayang.. makanan bersih dr segi luaran & dalaman... hati saya pun tak susah pikirkan dorang berebut2 di kantin... :)

Oleh itu kiter ada 2 pilihan.. laksanakan tanggungjawab & amanah semata2 kerana ianya tanggungjawab atau laksanakan tanggungjawab kerana kasih sayang & kecintaan :)

1 comment:

gee ryder said...

i like!!!
thanx for sharing kak ;)

Google