I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Thursday, September 11, 2014

Tentang Najihah & UPSR 2014


Najihah & kawan2 di hari terakhir upsr semalam 11 sept 2014, sebelum memasuki ujian aptitude.
Tak tahu macamana nak memulakan entri kali ni.. jadi kita taip jer la apa yg lalu difikiran.. 

Sepatutnya semalam berakhirlah sudah peperiksaan UPSR 2014, tapi dek kerana ada manusia2 yg tidak amanah, maka terjadilah buat pertama kalinya dalam sejarah malaysia, kertas sains & BI 1 (pemahaman) &2 (penulisan) terpaksa diambil semula oleh semua calon-calon upsr 2014.

Sesunguhnya saya tidak paham apa agaknya difikiran si pembocor soalan ini.. bangga kah dia dapat melakukan perkara tersebut? Terlalu sgt kah hendak mengejar 'A' dengan cara yg ternyata salah dr segi agama & etika kemanusiaan. Sampai tak terfikir langsung soal betul atau salah, bermaruah atau tidak, soal keberkatan hidup.. entah lah. Seolah-olah benda ni enteng saja bagi mereka.

Sedih benda-benda macam ni terjadi, ya semua ni ada hikmah yg besar yg harus diteliti dengan mata hati tapi sedikit sebanyak memberi impak dr segi semangat & emosi anak-anak.

Kasihan Najihah, saya tau dia betul-betul & bersungguh-sungguh belajar & membuat persediaan untuk upsr. Sekarang tugas saya untuk terus membakar semangan najihah, agar momentum tu tidak jatuh & terus naik sehingga ke exam terakhir nanti. Sebenarnya, minggu ni Najihah dah tak ada nak buka buku, tak ada nak buat soalan2 latih tubi lagi sebab dia berada pada semangat yg tertinggi. Tahap keyakinan yg terbaik untuk menghadapi upsr. Dia hanya menghabiskan masa bermain dgn adik2, tengok tv & baca buku2 cerita. 



Saya pun tak nak pressure dia dah di saat2 akhir ni.. biarlah dia bertenang-tenang.. lapangkan hati & lapangkan fikiran.  Minggu ni masa lebih banyak terisi dgn solat2 sunat hajat, bacaan yassin etc.

Tapi ada juga yg hendak ambil jalan mudah, ingin berjaya tanpa usaha. Jangan lah begitu, mereka ini future leaders of the nation. Takkan di awal usia begini kita sudah hendak merosakkan mereka. Apakah nanti jadinya pada generasi akan datang? Contoh sudah ada hari ni betapa susahnya hendak mencari orang-orang yg amanah. Kalau kita masih meneruskan sikap tidak elok ini, tak tahulah bagaimana nanti di masa hadapan.
Kenangan upsr 2014 - sumbangan pibg
Biarlah anak-anak kita ini berjaya dengan hasil usaha mereka sendiri. Insyaallah sesiapa yg berusaha bersungguh-sungguh pasti akan dapat kejayaan. Sebagai orang islam kita juga harus percaya pada rezeki & takdir. Kalau dah bersungguh-sungguh tapi masih tidak mendapat keputusan cemerlang, percayalah itu rezeki kita, setiap kejadian yg berlaku ada hikmah & pelajaran dalam kehidupan. Pandanglah dengan mata hati. Insyaallah lambat laun kejayaan pasti milik kita. Kita mahu mereka menjadi insan yg berjaya bukan setakat berjaya di dunia, tapi berjaya dunia & akhirat. Yg punya jati diri & akhlak yg sempurna. Kalau di peringkat awal ini kita sudah tidak jujur, tanya lah diri sendiri apa hala tuju anak-anak itu nanti. Dimana keberkatan yang kita cari.

Buat anak mama Najihah,

Jangan gundah gulana, pasti ada hikmah..kita focus untuk exam yang akan datang. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Semua ini ujian kecil cuma. Keep calm & stay positive.

- Luahan hati seorang ibu

2 comments:

PuteraOhtraBulan said...

Assalamualaikum.semoga dalang yg membocorkab kertas soalan itu di bawa ke muka pengadilan.Kesian budak2x yg ambil UPSR.

edrina said...

Waalaikumussalam,

Betul, muka diberi hukuman supaya tiada lagi kes2 macam ni kan.

Terima kasih singgah yer!

Google