Kat 101 tu saya hanya beli mug utk husband & fridge magnet satu utk saya sebagai tanda kenang-kenangan. Mahal souvenirs kat sini, jadi saya mmg plan nak beli souvenir utk family & kawan kat night market jer. Vidoe sekitar menara 101
Dari menara 101 kami meneruskan perjalanan ker apa ntah nama taman ni ekekeke.. sorilah saya lupa sgt nama dia.. kat sini kami amik gambar group photo.
Destinasi seterusnya adalah kedai kek nenas yg terkenal di Taipei. Kat sini ada sijil halal. Dan kami yg melayu hanya dihidangkan kek2 yg halal utk kami rasa sebelum order.
|
Kek dah dipotong kecik2 utk kami rasa |
Kami diberi satu borang yg dah siap tulis nama tart2 tu semua..mana yg berkenan di hati boleh tick, lepas tu bawak gi kaunter utk buat payment. Ni kat tingkat 1, lepas tu turun ground floor tunjuk borang beserta resit utk collect tart nenas.
|
4 jenis ni jer yg halal |
|
Saya beli 3 jenis termasuk yg ini.. yg ni chestnut..sedap! |
Seratus lebih jugak lah habis beli kek2 ni semua. Saya tak pasti nak cakap ni kek ker tart ker yg pasti kejap dorang panggil kek kejap dorang panggil tart hahaha...belasah la labu. Kat sini agak mahal, boleh nak beli kat tempat lain yg lebih murah tapi tempat lain tak ada sijil halal & kualiti juga tak seperti yg kat sini.. Yg ni tak ada bahan2 pengawet. So dia tak tahan lama. Yg kat tempat lain tu simpan 6 bulan pun masih ok kot hehe.
Setel beli kek, tibalah masa utk dinner. Masa ni kami yg muslim semua kumpul naik satu bas (Bas No.3) .. Kami berpecah dgn 2 buah bas lagi. Kami di bawa makan di restoran China muslim.
Makan kat sini sedap sangat.. Mmg kena dgn selera kami. Kami dihidangkan dgn masakan Thai. Pekerja2 kat sini pakai tudung. Masa nak serve pun dia bagi salam pada kami. Tapi yg penting dinner ditanggung company hehe.
|
Daging ni sedap! |
|
Tom Yum Kung Power. Sedap! |
|
Ikan ni pun sedap..haish..semua sedap2 lah..serius.. mmg merbaloi makan sini |
|
Ketam! |
Ada lagi udang & sayur saya tak amik gambar.. Lapar sgt dah kekdahnya haha.. last sekali ada bubur kacang hijau yg sgt sedap jugak. Santan dia..pergh pekat.
|
Tak terlampau manis.. just nice.. sedap! |
|
Muka kelaparan..masing2 sibuk dgn phone hehe |
Selain restoran yg kami makan, deret ni ada lagi beberapa restoran halal milik chinese muslim.
Perut dah kenyang.. masa yg ditunggu2 pun tiba.. masa utk shopping! Yeay! Tempat shopping kali ni adalah Ximenting Night Market.
|
Welcome to Ximen! |
Kat sini ada banyak kedai2/toko2 pelbagai barangan. Sini boleh guna credit card.. yahoo.. Kat sini saya banyak borong cardigan, t-shirt & beg kalis air buatan taiwan. Cardigan paling murah saya dapat rm10 sehelai.. t-shirt besar rm10 satu.. menyesal pulak tak beli banyak2.. I mean banyak sangat sangat sangat..sangaat hahahaha... Kualiti brg2 pulak superb..berbeza dgn made in china. Sebab tu la menyesal tak beli banyak2 hahaha. Berbaloi dgn harga mcm tu.
Tapi secara jujurnya masa utk shopping tak cukup u ols! Mana nak cukup sejam lebih jer.. bengang betul lah hahaha.. Pukul 11 malam dah kena kumpul kat bas.. stress betul hahaha.. Saya langsung tak sempat nak beli kasut2 yg cantik2. Kasut kat sini cantik2 & murah2 tau! Selesa pulak tu.
Oh ya kat sini saya merasa minum jus peria putih yg dicampur madu.. sedap! Manis last2 rasa pahit peria sikit.. sedap.
|
1st time tgk peria putih :) |
Demikianlah berakhirnya hari kedua di Taiwan. Next entry Taiwan Trip - Day 3
Pics credit to:
Arina, MK, Siew Chun & me from AITS
1 comment:
bestnye berjalan edd, leh baca entry ni balik later kot2 nanti tersampai ke Taiwan (pdhal lama lagi nak nunggu next tripnye selagi lom pop yg dlm perut ni huhu)
Post a Comment