I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Thursday, October 10, 2013

Taiwan Trip - Day 2 (Part 1)

Sabtu - 15 Sept 2013

Walaupun tiada perbezaan waktu antara malaysia dan Taiwan namun ketahuilah bahawasanya..pukul 6 pagi dia dah macam pukul 8 pagi waktu malaysia.. Matahari naik cepat kat sini.
6 am in Taipei, view dr bilik
Bangun mandi dan makan breakfast dulu...

Rendang in Taiwan hihi
Nasi impit (saya rebus malam sebelum bertolak ker Taiwan..kena rebus lebih 3 jam supaya tahan lama.. lepas tu simpan dlm fridge), rendang daging super sedap (Rusi bawak), Sambal Ikan bilis kering yg marvellous (Saya order online), Ikan bilis goreng tempoyak yg unik, first time ok saya makan sebab dia kering tapi boleh rasa tempoyak dia.. sedap sgt..(Arina bawak) & juga coffee Torabika (Indon mari, kalau pegi medan korang jgn lupa beli kopi ini..mmg sedap sgt). Mewah sgt kan bekpesnya hihi..  kena isi perut banyak2 sikit hehe..terus happy & bersemangat ni nak ikuti setiap satu agenda hari ini hihi. Cuaca hari ni alhamdulillah..cun jer.

Hari ni kami semua pakai t-shirt company yg ditempah khas utk Taiwan Trip. Sebab nanti nak amik gambar group photo. Tempat pertama yg dituju adalah Martyr Shrine iaitu Taman Pahlawan Chiang Kai Shek. Kat sini just nak tgk cara2 dia tukar guard antara shift. Memula saya ingat dorang tukar tiap 3 jam.. rupa2nya setiap sejam.




Saya ada amik video sikit..





 

Chiang Kai Shek Memorail Hall

dgn Rusi nak amik gambar kat guard ni sekali org taiwan ni tak reti amik gambar.. ini lah hasilnya huhu
Kah kah kah..abaikan aksi menari mak yong saya tu yer hihi..

suka gambar ni.. kami bertiga :)
Sekejap jer lepak sini.. lepas tu perjalanan diteruskan ker National Museum. Kat sini tak boleh nak amik gambar makanya satu gambar pun tak der hahaha.. Museum ni adalah antara 3 yg terbesar di dunia. Kat sini merasa la pakai headphone & receiver utk dengar penerangan dr Tourist guide, receiver tu sangkut kat leher. Jgn memandai nak tukar channel nanti dengar channel tourist guide yg lain pulak hehe. Dlm sini jugak tak boleh bawak backpack & kamera, so ada counter utk tinggalkan sebelum masuk. Hbag biasa jer yg boleh bawak masuk dlm. Terasa mcm dlm citer National Treasure pulak ekeke. Kat sini banyak ancient chinese artifacts & artworks. Cantik2 & mengagumkan ukiran jade, bamboo etc.

Oh ya ada video sengal dr kami ekekkee... jom layan..


Seterusnya yg ditunggu2.. Menara 101 yeay!!. Kat sini kami team dlm projek Atlas ada team appreciation lunch kat 101 Restaurant kat tingkat 85.


Saya, Arina & Vanessa

Saya, Arina, Vanessa & Jolene

ops..tertayang ketiak ekeke









Luv u ols hihi

Sekitar menara, angin kuat


Kat setiap petak batu ni ada tertulis nama2 pasangan kekasih, ni masa awal2 dulu la..sekarang dah tak boleh letak.
 
Nampak tak tulisan2 pada batu.. Model tu bernama Mei Yong ekeke
Okes jom naik atas..ke restoran di tingkat 85 
dlm lif, atas tu cermin

nama restoran

Masuk jer restoran tu terus nampak nama i ols kena duduk semeja ngan big bos semua..aiyark.. tak syok betul ekeke.. budak2 kat meja satu lagi dok pulun ketawakan saya.. diaorg cakap cuba tgk edrina makan penuh sopan hahaha.. adoiilaaa..bosan tahu borak2 dgn big bos neh ekekeke..ilmiah sgt topiknya.. nak wat lawak bodoh pun susah hahaha

Budak2 meja satu lagi.. tak der sorang pun bos kat sini.. asyik gelak ketawa jer dorang ni..i is jealous okes..

Tak ramai sgt sebab team Atlas kat msia sikit jer

Hidangan pertama.. adalah mushroom soup yg sgt la sedapnya.. sedap do oh..


Seterusnya kami dihidangkan dgn sos ketam dgn roti yg rangup diluar dan lembut didalam..sedap sgt jugak..
dah makan baru ingat nak amik gambar haha
Next adalah salad salmon.. saya sengaja pilih salmon..menu ni semua kitaorg dah pilih dr KL lagi... saya dah google dulu tgk apa yg sedap & menarik based on menu2 yg dia ada laa..
Salmon disusun mengelilingi salad ditengah2. Dap!
Dan akhirnya menu utama pilihan saya..half lobster & linguine
Last sekali adalah dessert. Kek coklat


Lunch ni adalah appreciation lunch utk kami makanya adalah upacara penyampaian sijil penghargaan.

Production support team


View dr dalam restoran



Dah setel lunch, kami turun semula.. nak naik tingkat 89 tempat observatory deck. Walaupun dah dibagitahu queue adalah sgt panjang kami sanggup..alang2 datang dr jauh..biarlah sampai atas kan.. entah tak tahu biler lagi ada peluang macam ni. Group selain Atlas dorang dah naik dulu sebab dorang lunch pakai allowance makan yg company bagi. So kejap jer dorang lunch. Dan dorang ada masa lama jugakla merayau2 dlm mall.

Saya sempat rakam suasan di dlm lif masa turun dr observatory deck. Laju sgt lif dia. Turun dr tingkat 89 tu amik masa tak sampai 1 minit pun.






Guinness World Records of the World's fastest passenger elevator
Dr Level 85 tu tak boleh terus naik ker level 89, kena turun bawah balik sampai level berapa entah..tukar lif. Tapi dr level 89 ada lif yg terus turun sampai bawah. Sebab restoran tu terletak tak sama kot dgn observatory deck tu.


Arina & me :)

Tiket berharga NT500 lebih kurang RM50.. company bayar :)
Masa tgh queue tu, adala dia amik gambar. Kalau nak kat atas nanti boleh bayar & print. Saya tak beli pun sebab gambar tak menarik langsung..macam kartun jer hahahah..nampak sgt gambar tipu.


kiter snap jer gambar yg dia papar kat tv sekitar situ..gambar ni dia asyik ulang2..& sepanjang tu ada tv monitor, so mmg sempat punya nak snap hehe


Ada pelangi :)

Dan inilah dia bola yg menstabilkan menara ini dr Taufan & tiupan angin.
Fuhh..banyak hari buat entry Trip Day 2 neh.. tak larat dah.. sambung kemudian lah utk Day 2 Part 2 ekeke..
 
Pics Credit to :
Arina, MK, Siew Chun & me from AITS hihi

2 comments:

sharhanah said...

bestttttnyerrrrr!!!!

EIDAIDRIS said...

best baca entry akak..salam kenal ye.. saya suka baca entry akak mencasa impiankan umah akak..ahaks!!..

Google