I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, October 09, 2012

US Neighborhood piccas

Entry tertunggak sebenarnya.. masa saya pegi US ari tu kan saya ada janji nak tunjuk gambar2 kawasan perumahan kat Ad@, M1ch1g@n tu kan.. maaflah hari ni baru berkesempatan nak upload semua gambar2 hehe

Masa last day pegi opis, jumaat tu, Team Lead saya yg hantar balik hotel sbb saya dah hantar keter sewa tu kan so saya dah patah kaki laa... masa tu saya ckp kat dia saya teringin nak tgk kawasan umah yg cantik2 kat sini & saya nak amik gambar tunjuk pada org2 di Malaysia.. terus team lead saya tu bawak ke beberapa kawasan perumahan yg cantik2 sgt.. saya suka.. bestnya kalau rumah2 kat mesia pun macam ni hihi..

Kualiti gambar ada yg tak berapa cantik sbb saya amik dr dlm keter & masa tu baru lepas hujan so boleh nampak la kesan2 titisan air pd cermin keter :).. so enjoice the piccas yer uols :)

persekitaran yg bersih & kemas

Yang pastinya setiap rumah ada garaj masing2..bestkan.. ikut kata team lead saya..harga rumah macam ni kat sini dlm 300-350K..pergh murah la tu kan.. dah lah besar..laman luas.. kalau kat KL/Selangor ni mau dah sejuta keatas huhu...*nanges*
argh..cantik sgt.. biler la saya nak ada umah & laman yg besar mcm ni huhu
US ni untungkan pasal iklim dorang yg sejuk & bermusim2 tu.. rumput cantik jerk
Tgk ni boleh buat mini playground utk anak2 kat belakang rumah
neighborhood street view
Bestkan? Sama tak macam cerita2 yg kiter tgk dlm tv tu? Mcm citer desperate housewives tu semua kan?
Ni kira mcm nama taman laa kalau kat mesia
Paling tak paham adalah rumah2 yg dipanggil condominium ini.. kalau kiter kondo bertingkat2 kan..tapi yg kat sini ni atas tanah...
nama kawasan condo
Meh tgk gambar2 umah yg dipanggil kondo ini
Ini la dia kondo :).  Rumah dia sederet tapi tatap ada garaj sorang satu  ya u ols
Ni pintu masuk salah satu unit kondo tu
Unit paling tepi.
Luas..boleh muat 2 biji kereta dah lah keter kat sana besar2 

Pokok2 hiasan depan rumah kawasan kondo ni menurut team lead saya tu dihias oleh pengurusan kondo.

Ok tadi tu semua macam rumah kat kawasan taman & kondo.. jom kiter tgk umah2 kat ala2 kampung la kat mesia.. umah bukan dlm kawasan taman perumahan.

Jalan kampung kekdah nya  ekekke










Banyak lagi gambar..tapi x larat nak upload hahaha..so cukup la setakat tu yer u ols :)

5 comments:

linda said...

Kemas dan bersih saujana mata memandang je kan? Rumah mrk mmg xdak pagar,tp wajib ada garaj utk protect kete depa kan?

marinahunny said...

Lawa laaaaaaaaaa. Sebijik mcm desperate housewife tu. Rmh kg pun cantik, tp rumah dorang mmg xde pagar kan

edrina said...

Linda & Marina, betul..rumah dorang tak der pagar. Tapi mesti ada garaj. Rumah dorang ni semua bersalut karpet & kiter masuk umah dorang tak bukak kasut pun tapi tatap bersih. Dorang ni kebersihan mmg tip top!

Rasp said...

syiok tul 'condo' dorang....
dah cam rumah teres kita jer....
memang bersih sebersih2nya kan ...
sedap mata memandang....
balik rumah pun hati tenang gitu...

Tieha Zuan said...

best nyer cuci mata... lagi best klu real depan mata.... mmg cantik n kemas...

Google