I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Monday, March 10, 2014

Misteri kehilangan MH370 - When a wise man speak.

Source : Internet


Salam,

Saya tak ada nak komen apa2, cuma nak berkongsi kata2 Captain Norudin Abd Majid (Beliau merupakan bekas ketua juruterbang pesawat B777 sewaktu berkhidmat dgn MAS).

Kata2 penuh makna untuk renungan kita bersama ini saya petik dari siaran MHI pagi tadi, Selasa, 11 March 2014.

Mari hayati kata2 beliau..apabila semua usaha pencarian dgn segala macam pakar & teknologi canggih masih menemui kebuntuan... ayat lebih kurang sbb saya salin sambil dengar. (susah ok, sebab nak dengar, nak faham & menaip dgn cepat di iphone ekekek)

"Sains adalah properties of thing, sifat kejadian benda. Sesuatu yg dicipta melalui sains adalah teknologi/industri. Sifat kejadian benda (sains) itu dicipta oleh Allah utk manafaat kepada manusia. Semua ini sunatullah atau bahasa inggerisnya adalah nature, bahasa melayu adalah semulajadi. Semuanya milik Allah.

Atas apa yg kita dapat manafaat dr sains, manusia semakin yakin & percaya pada sains. Maka Allah beritahu yg Allahlah yg memberi ilham kepada kamu utk mencipta benda, bukan kepandaian kamu, dan Allah yg sampaikan kamu kedestinasi dan Allah boleh tidak sampaikan kamu. Sampainya kamu dgn sebab rahmat Allah bukan teknologi kamu. Byk teknologi yg rosakkan manusia dan byk jugak teknologi yg bermanfaat pada manusia. Disebalik teknologi adalah Allah. dimana sains berakhir bermula lah kudrat Allah. Kudrat Allah ada pada org beriman. Org yg beriman yg yakin sahaja akan dibantu oleh Allah.

ALLAH telah memBUNTUkan kita dengan kuasaNYA..carilah ALLAH kembali untuk menyelesaikan KEBUNTUAN.....


Rakyat malaysia sekarang telah terlalu taksub dgn teknologi dan mengeluarkan andaian sendiri dlm semua perkara. Allah melalui perkara yg berlaku memberi amaran kpd seluruh alam. Hati2lah kamu dgn harian kamu..fikiran kamu. Manusia telah lari dr janji hidup. Dgn berlakunya perkara ini adalah rahmat utk kita kembali ke jalan yg asal. Inilah hikmah. Kembali pada pencipta dgn penuh rendah diri. Org berilmu kena rendah diri. - Kapten Norudin."


Boleh tonton disini:

 Jangan pernah putus harap dgn rahmat Allah. Doa jgn pernah berhenti...


Google