I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, May 18, 2010

Operasi membasmi kutus

Najihah ni dah byk kali jangkit kutus kat sekolah.. pakai ubat kutus..pas tu kena balik huhu.. kali ni dah berjangkit pada danisha pulak... so sabtu pagi lepas saya buat operasi membasmi kutus...ekeke

macam2 update

Banyak benda yg nak update tapi biler dah terlalu banyak nak update terus jadiks malas ekekeke boleh gitu? Banyak gambo2 nak upload sebenarnya.. Banyak gambar & cerita ttg lawatan sepupu sepapat saya dtg tgk baby, celebration bday haris & danisha, lawatan mak long ina aka anexpatswifeinkhartoum etc..hmm nanti2 lah saya buat seperate entry utk tiap satu tu yek u ols..

Semalam saya ada perjumpaan dengan cikgu kumon najihah ttg progress dia. Masuk2 jerk terus cikgu dia cakap dorang sgt impress dgn prestasi najihah.. then dorang tunjuk graf prestasi najihah yg giler mencanak naik, melampau projection yg dorang buat.. dorang cakap najihah sgt cepat pickup & dorang mmg betul2 kagum la dengan pencapaian dia..

Masa bulan 2 dulu, masa saya baru daftar dia, dia buat 1st ujian kan utk tentukan tahap dia.. masa tu dorang bagi 60 soklan utk disiapkan dlm masa 20 minit. Dia tak dapat nak siapkan semua dlm masa ditetapkan..dia cuma dapat siap kan dlm 40+ soklan jerk sebab time tu dia kira masih guna jari.. sebab tu slow.

Tapi sekarang.. amazing sungguh.. setiap kali habis satu level sebelum melompat ke level seterusnya cikgu akan bagi ujian prestasi kat sekolah.. ada 100 soklan & standard masa yg diberikan adalah 10 minit. Ujian prestasi pertama najihah dapat siapkan semua soklan (100) dengan hanya 2 salah (means 98/100) dlm masa 4 minit. Ujian prestasi kedua, najihah dapat jawab semua soklan dan semua betul 100/100 dlm masa 4 minit. Ujian prestasi ke 3, najihah dapat siapkan semua soklan dengan hanya 1 kesalahan sajork (99/100) dlm masa 8 minit. Ujian prestasi ke 3 ni susah sikit so standard masa yg diberikan 15 minit, sebab dia ada tambah & tolak utk nombor yg besar2. Saya rasa saya pun tak mampu nak siapkan soklan2 tu semua dlm 4 minit kot ekekeke

Sekarang ni najihah tgh hafal sifir2 tu sebelum dia masuk level seterusnya iaitu multiply lah.. so teacher dia cakap by end of this year najihah dah boleh habis cover sampai pelajaran darjah 3 walaupun la ni najihah baru darjah 2. Teacher dia cakap skill yg dorang target pada najihah iaitu speed & accuracy dah ada pada dia.. dia dapat siapkan soklan2 maths tu dengan cepat & betul.. alhamdulillah.

Update on qaireen pulak.. qaireen sekarang dah pandai sebut mama, babah, kakkak & uma (umar) hehe.. dia dah berani cium baby umar.. dia dah tak buat baby lagiks.. tapi dia suka perati & nak cium baby sokmo..so saya kena perati selalu takut dia tertindih tangan baby umar ker atau cium baby terlalu kuat ekeke.. kalau dulu maid saya pun dia panggil mama, la ni dia dah tahu bezakan.. biler dia nampak maid saya aisyah, dia akan panggil kakkak..... paling suka biler dia sebut umaaaaaaaa.... panjang jerk siap berlagu..so sweet tau...

Update ttg saya, hari ni dah 19 hari berpantang yg mana bagi saya tak der la pantang giler2 ketat pantang ekekeke.. mana taknya seminggu selepas bersalin saya dah bawak keter area2 puncak alam ni ekeke.. saya masak sendiri & saya makan jerk semua kecuali benda2 yg sejuk & berangin lah.. saya tak der pantang makan giler2 sebab saya menyusukan baby jadiks saya rasa saya perlukan makanan2 yg berkhasiat.. hari2 saya pakai korset beautiful.. & makan ubat lepas bersalin amway tu. Korset tu dulu masa mula2 pakai saya pakai cangkuk yg paling luar, lepas 5 hari camtu la ni saya dah boleh pakai cangkuk yg tgh2.. target saya adalah cangkuk yg last masa macam sebelum peknen dulu caiyuk2.. paling tak leh blah vontot ku yg mengalahkan beyonce besarnya ekekeke.. hubby kata.. baru lagi kan.. nak risau apa..betul la tu kalau ikutkan baru jerk lagi kan bersalin..tu yg masih besar.. tak per saya masih ada masa sebulan lebih lagiks utk kecitkan balik mana2 yg terlebih besar tu yak ekekeke..

Ok lah.. nak gi tgk baby jap..daaa...

Sunday, May 16, 2010

16 May - Happy 6th Bday Haris!!

Semalam Hero saya sorang ni sudah masuk 6 taun! Dah besar dah.. dah jadiks abg pada 3 org adik2 :-). Dulu2 saya sgt risaukan haris sebab dulu haris ada masalah pertuturan.. Haris start bercakap pada usia 4 tahun. Alhamdulillah sekarang haris dah dapat bercakap dgn lancar.

Haris sayang..

Mama & Babah sayang sgt2 pada haris.. Semoga haris sentiasa dlm rahmat & lindungan Ilahi.
Semoga Haris membesar dgn sihat & berjaya dunia & akhirat..insyaallah..amiin..

Selamat hari guru jugak pada semua2 guru!!

Friday, May 14, 2010

Umar - 16 days






Selamat berjuang perwira ku ekekeke

Pagi ni hubby ada game paintball.. gud luck!


Mengangkasa Ibubapa Sebagai Motivator Note 1

Ari tu saya ada janji kan nak share ngan u ols pasal tips2 yg dato' fadzillah bagi masa saya attend session mengangkasa ibubapa sebagai motivator tu kan.. tapi asyik la tertangguh sebab malas ekekeke.. so ni saya tulis balik apa yg dicakap oleh dato'.. ekceli masa session tu dia suruh kami panggil dia haji jerk.. Semua ni yg saya catat setiap butir perkataan yg kuar dr mulut dia.. bukan yg dlm nota.. nanti dlm nota yg dia bagi saya buat note lain kay.

Anjakan paradigma ibu bapa terbilang

* syukur & bahagianya menjadi ibubapa, senyum, sentiasa bersyukur & mengucapkan terima kasih & memaafkan pasangan.

* Istiqomah selama 40 hari sebab tabiat terbentuk dalam 40hari... kenapa? Contohnya..ibadat haji yg dilakukan..lebih 40 hari kan sebab kalau hari2 kiter solat, baca quran & buat ibadat2 yg lain tu secara istiqomah selama 40 hari insyaallah ia akan jadi tabiat dan apabila kita balik dr mekah kita akan teruskan dengan ibadat2 tersebut.

* The law of the mind
- Kita berfikir dalam bentuk gambar yg dirangsang oleh perkataan.
- Kita bertindak mengikut gambar dalam minda
- Contoh : Kalau kita nak pesan pada anak2. Be specific.
salah - 'Amin, pegi sekolah jalan elok2 yer'
betul - 'Amin pegi sekolah jalan jgn tolak2, Jumpa cikgu bagi salam (otak translate dlm gambar)
salah - 'Abang, bawak keter elok'
betul - 'Abang, Sebelum bawak keter baca doa, ikut speed limit yer' (otak translate dlm gambar)

- Jgn jemu bagi pesanan & ingatan pada anak2, Jgn putus asa kalau sekali dua kiter pesan dia masih tak ikut sebab pakar motivasi kata kiter kena pesan 200 kali!
- Allah berfirman "Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hamba2nya" --> law of attraction
- Minda tak dapat bezakan antara realiti & fantasi, contohnya kalau kiter tgk filem sedih, kiter boleh menangis teresak2.
- Kita boleh berhubung melalui minda
- Kekuatan minda terbentuk melalui solat
- Santapan minda pengaruhi kesihatan fizikal
- Santapan fizikal pengaruhi kesihatan minda

* Kenapa sukar nak berubah?
- tak nampak keperluan utk berubah
- akal yang jahil
- hati yg keras (bersangka buruk pada tuhan)
- nafsu yg liar
- persekitaran yg tidak kondusif
- getaran yg sumbang (fokus pada keburukan)
contoh kalau kita nak menegur anak, jgn fokus pada keburukan
"kenapa kamu ni degil?" - salah
fokus pada kebaikan (puji dulu sebelum tegur)
"Amin, abah tahu kamu anak yg baik, kamu selalu hormat pada org tua, tapi apa yg kamu buat pada adik kamu tadi tak betul bla..bla..bla"
Haramkan perkataan2 yg negatif seperti nakal, degil, slow (spoil vibration)
- Hidup tak seimbang. Masalah yg anda hadapi sekarang berpunca drpd hati, fikiran & amalan sekarang.

Renungkan:
1 Pakar bedah silap, 1 patient may die
1 Ibubapa silap, 7 keturunan sengsara

Kita jadi org berguna sebab doa ibubapa kita Allah makbulkan

Beratus fikiran negatif dapat dipadamkan dgn satu fikiran positif!!

The Law of Attaraction
- Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya
- Yakin itu satu doa
- Jika berubah dalaman & luaran, Tuhan akan ubah semua makhluk di sekitar kita
- Sesungguhnya Tuhan sgt mengasihi seseorg yg melakukan pekerjaannya dengan cara yg terbaik.

Rutin Fitrah - Ikut fitrah utk selaraskan getaran
1. Solat & Doa
2. Maafkan semua orang - hati bersih, kepala tenang, badan sihat, muka comel, doa makbul, hidayah tuhan, tuhan & semua makhluk sayang.
3. Tidur mengiring ke kanan
4. Bangun tidur senyum & doa
5. Cara buang air kecil (jgn kencing berdiri)
6. Cara buang air besar
7. Sarapan dengan makan pisang
8. Makan buah selepas makan nasi
9. Masuk rumah baca bismillah 3X, beri salam, masuk kaki kanan (utk elak syaitan Dasim - syaitan ni selalu kacau anak2)
10. Keluar rumah kaki kiri (sebab masa ni kita guna otak kanan - otak kanan adalah otak iman, insyaallah kita akan sentiasa berada dlm iman apabila keluar dr rumah, takkan lakukan perkara2 maksiat etc)
11. Yg baik lakukan di kanan.

alamak baby dah nangis.. bersambung part 2 kay.. daaa


link online shop

Tadi saya lupa nak letak kat website mana saya beli..

baju haris saya beli dr sini --> http://cutebabywear.blogspot.com/

baju najihah pula saya beli dr sini --> http://nandainsyirahcollection.blogspot.com/

Thursday, May 13, 2010

Apabila anak sudah 5

mmm tak sangka dah 5 anak saya ekekeke... biler dah 5 ni, akal saya panjang jerk pikirkan persiapan utk raya nanti.. kalau sorang 3 pasang, 3X5 = haa amik kau 15 pasang kena beli ekeke... kalau waktu najihah masih sorang dulu, punya la banyak baju raya beli utk dia sorang..

so memandangkan nak kena beli utk lima2 org anak, kalau beli sederap harus bocor poket hahaha.. so.. saya dah start beli sikit2 baju raya utk anak2 saya.. seperti biasa, saya beli online sajork ekeke... so tak der la terasa sgt kan.. beli sikit2 tiap2 bulan ekekeke..

saya baru beli 2 pasang t-shirt utk haris.. cam kat bawah ni.. size 6Y.. tantek tak? Harga RM28 satu


sebenarnya saya berkenan yg kat bawah ni, tapi dah sold out lorr..tsk tsk..
yg ni pulak utk najihah.cantik tak? size 7-8Y.. murah jerk harga dia rm49.

Sunday, May 09, 2010

Danisha hantu game komputer

Bangun pagi.. "mama shisha nak main komputer".. pandai lak tu main macam2 game.. dora, barney, transformers semua dia main.. masa main tembak2 transformers dia siap cakap kat saya "mama tgk ni ada 2 org jahat datang..no..no.." pas tu biler dia dah dapat tembak & bunuh transformers jahat tu siap boleh ketawa..sejibik cam ni "ha.. ha.. ha.." giler lawak la danisha ni. Tapi mmg tekun kalau dia tgh main..khusyuk masyuk.. saya tak dapat nak upload video sebab usb cable hp saya ni putus... cet betul la.. so saya upload gambo2 ajer la dulu..





10 May - Selamat Hari Jadi yg Ke 3 Tahun anakku Danisha!





Ya Allah,

Kau lindungilah & rahmatilah anakku ini setiap masa, setiap ketika di mana sahaja dr perkara2 yg tidak elok, penyakit, kemudaratan & fitnah dunia.
Kau perelokkanlah budi pekerti anakku ini sebagaimana engkau memperelokkan rupa parasnya Ya Allah.
Kau ampunkanlah segala dosa2nya.
Semoga setiap insan yg memandangnya dengan perasaan kasih sayang.

Amiin.

Danisha sayang...
Mama & Babah sayang danisha & anak2 kami yg lain, tiada beza. Semuanya nyawa & buah hati pengarang jantung kami. Mama saaaaayaaang danisha.. Selamat hari jadi sayang!!

Be a good girl ya!!

xoxo,
mama

Friday, May 07, 2010

Kasih kakak


Danisha ni mmg kakak yg penyayang..kejap2 dia akan cium umar, kadang2 cium qaireen.. mmg nampak sgt dia ni kakak yg penyayang & macam dah besar jer.

Email dr Bosses & Colleagues Amway Global

Wednesday, May 05, 2010

Bengkak susu (breast engorgement)

Selama bersalin anak pertama hinggalah anak keempat, tak pernah lagi la saya mengalami bengkak susu ni u ols..

Hari ke 3 selepas bersalin, tetiba susu saya tak nak kuar, baby hisap atau pakai pam pun tak nak kuar. Susu berkumpul dlm breast. Breast saya dah rasa berat giler, tegang & penuh dgn susu.. sakit nya tok sah cakap la.. nak bergerak sikit pun sakit huhu.. mmg rasa nak demam. dah rasa cam dolly parton jerk keh keh..

Saya google cara2 nak kurangkan sakit, macam2 petua yg saya jumpa, ramai yg kata suruh urut & picit, ada jugak yg jumpa doctor & buat pembedahan, tapi biler saya baca yg luka bedah tu doc tak jahit & kena pi dressing hari2.. pulak tu dorang kata masa procedure dressing tu sakit giler, terus saya nekad.. panggil bidan urutlah.. tahanlah sakit sekejap ajerk dr kena bedah huhu..

Saya plan memula nak start ngurut hari ke 5 lepas bersalin, tapi disebabkan masalah susu membengkak ni, terus saya call bidan urut saya tu mintak dtg ari tu jugak huhu.. Masa bidan tu sampai dia pun takut tgk breast saya.. tegang semacam haha.. sentuh sikit pun sakit tau huhu..
Sepanjang dia urut & picit tu menjerit2 saya tahan sakit huhu.. sakit giler tak tau nak cakap huhu..tapi mmg sakit la.. saluran susu tu dah tersumbat sebab susu berkumpul & berbuku dlm breast saya. Dia start berbuku2 dr bawah ketiak.. Kalau rasa bawah ketiak boleh rasa berketul2.. so bidan tu start urut dr ketiak.. dia urut2 & picit.. walaupun dia buat selembut mungkin tapi tatap sakit giler vaveng la huhu.. picit punya picit diselangi dgn jerit pekik saya kah kah.. memula kuar susu yg beku tu.. lepas dah habis kuar yg cam beku tu mula la kuar susu yg cair.. saya start rasa lega biler tetiba lepas tu, biler dia picit nipple tu kuar air susu memancut2.. banyak giler okes susu saya kuar memancut2.. rasa argh legaa giler.. habis belah kanan, belah kiri pulak..adoila mmg hazab sungguh menahan sakit huhu.. macam tu jugak dia buat kat breast sebelah kiri, picit sampai susu kuar memancut2.

Bidan tu cakap, dia dulu pun macam saya, anak 1 hingga no 3 semua ok, dia kena macam saya masa bersalin anak ke 4. Kata dia, may be biler bilangan anak dah ramai, pengeluaran susu makin banyak.. penawaran melebihi permintaan huhu..tu yg susu tu jadiks terkumpul & berbuku2 & tersumbat. Alhamdulillah lepas dah urut tu, tak der lagiks dah problem susu tersumbat, baby minum pun lancar jerk.. so ni mmg pengalaman betul la bagi saya..tak pernah2 kena bengkak susu macam tu tau.. sebelum2 ni kalau susu penuh dia akan meleleh kuar kan & kiter akan pam atau sua jerk kat baby suh hisap.. tapi kali ni susu mmg tak leh kuar langsung sebab laluan dia dah tersumbat..huhu mmg hazab la..

Ni petua2 yg saya buat masa nak kurangkan sakit tu:

1.) Tuam breast dengan air suam (saya letak air suam dlm botol mineral & golek2kan kat breast.
2.) Saya sikat breast perlahan2 dgn sikat.
3.) Letak sayur kobis. Kobis tu letak dlm fridge. Breast kiter yg bengkak tu mmg panas. sampai kobis yg segar bugar tu leh layu & mengering..biler dah kering tukar yg baru. yg ni mmg mujarab.. mmg dapat kurangkan rasa sakit.

Hmm itu jer la pengalaman yg saya nak share ngan u ols. Oh saya dah setel mengurut selama 3 hari, saya akan urut lagiks 3 hari masa hari2 terakhir pantang pulak nanti. La ni saya tgh gigih pakai bengkung mau kempiskan perut bukan apa korset beautiful tu pun tak muat lagiks nak pakai.. kata anak no 5 kan harus lah perut pun besar keh keh.. so saya gigih pakai bengkung kasik kecik lepas ni saya nak continue pakai corset beautiful saya tu la pulak.. caiyuk2.

Ni ada petua org dulu2 saya amik dr sini.

Bengkak Susu
Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara.

Bagi melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihati melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Rujuk halaman sebelah bagi resipi rumusan halba.

Bagi melancar dan memperbanyak air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas. Rujuk halaman sebelah bagi resipi tersebut.

Bengkak Payudara yang Sakit Berdenyut dan Bisa

Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.

Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza di antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara. Rujuk halaman sebelah untuk resipi berkaitan.

Rawatan Bengkak Susu

Rawatan Tuaman

Bahan:

1 genggam halba

1 genggam jintan hitam

1 genggam ketumbar biji

12 sm halia – tumbuk pecah atau cincang kasar

1 cekak daun sirih

Cara menyediakan:

1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus sehingga kembang. Cepu ini digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.

2. Tuam di bahagian ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.

3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.

Amalan minuman

Rendam satu genggam halba di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan tambahkan madu lebah asli.

Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan ditambahkan madu. Minum satu hingga dua cawan setiap hari.

Tuesday, May 04, 2010

Detik kelahiran umar

Minggu lepas since saya dah 38 minggu so saya request ngan bos nak kejer dr umah jerk.. bos kata okes jerk no problemo.. lagipun on 30 april tu sepatutnya saya on standby utk month end start pukul 1 tghari sampai kul 9 malam..

Kejer dr umah adalah sungguh heaven haha... saya on jer laptop, on lotus notes sametime (chat), pas tu saya lepak2 layan anak, tgk tv, makan, makan & makan hahaha... saya tunggu bunyi org ping saya kat sametime jerk.. biler org ping tu means ada problem atau menda yg dorang nak mintak saya buat la tu.. tapi sekali sekala saya jenguk jugak la laptop tgk2 ada alert yg masuk ker, change request atau incident ticket. Tapi selalunya kalau bukan month end mmg tak bizis laa..

Isnin, selasa saya still kejer dr umah, tetiba bangun pagi rabu, streamyx tetiba tak leh connect lorr..ces..buat hal la pulak terus kocoh2 siap, hubby hantar gi opis..

Khamis lak saya amik el sebab tetiba perasan kat belakang kepala qaireen ada bisul, so saya nak pi hantar dia gi check klinik kat jelutong. Tengahari tu saya start rasa perut saya sakit menyucuk2.. saya pun konpius tau masa ni.. angin ker contraction.. lama saya dok amat amati sakit ni.. saya tahan jer sebab saya agak angin.. tapi sampai petang still tak hilang2.. setiap 10 minit sekali sakit cucuk2 tu menyerang.. so tepon hubby kat opis.. hari tu hubby balik awal, hubby kata apa2hal kiter gi check jer la sebab saya pun dah almost due kan.. So saya makan siap2... mandi, solat asar semua.. hubby sampai jer saya suh dia mandi semua dulu la.. pas tu terus gi klinik.. masa ni sian kat anak2 semua nak ikut.. tapi mana boleh bawak kan so kiss semua anak2 babai2 cakap i luv u, keraskan hati terus pi hospital.

Sampai hospital dah maghrib, doc scan tgk baby dah turun, dah engaged. pas tu buat ctg nampak contraction. pas tu doc check bukaan, rupa2nya masa tu dah bukak 3cm, terus doc kata awak masuk wad lah..dah bukak 3cm, doc budget pagi2 buta saya bersalin la.. memandangkan umah saya & hospital agak jauh..so kami kata ok lah..masuk jerlah wad.

Biler dah masuk wad, baring atas katil, dah rileks2 gitukan tak der lak kuat contraction saya rasa hahaha.. adoi, baby main2 kah? so malam tu saya tido lena sebab sakit tak kuat hahaha..hubby pun sama tido kat sofa bed sampai berdengkur2 hahah..nurse masuk check tekanan darah saya apa semua pun dia tak sedar.. tapi pagi tu doc check bukaan dah 4cm. Nurse kasik ubat berak ikut vontot, pas tu tukar baju bersalin. Lepas dah buang segala isi perut, nurse tolak masuk labour room, saya suh hubby gi breakfast dulu, lepas tu baru carik saya kat labour room.

Serius masa ni, sakit contraction yg saya rasa tak kuat.. mild contraction jerk.. so kul 10 cam tu doc pecahkan ketuban & masukkan air & pitosin (induce) utk cepatlan labour. Doc kata lepas pecahkan ketuban sakit akan makin kuat la, tapi saya tetap maintain ok.. tak der rasa sakit sgt pun. masa ni dah 5cm dilated. Walaupun saya kata sakit saya tak kuat, tapi doc cucuk gak ubat tahan sakit kat vontot.. biler dah kena ubat tu apalaga..lalok la saya.. titun jer la haha.. hubby pun sama titun jugak kat kerusi, sian dia. Tetiba saya tersedar dlm pukul 1 lebih tu, sakit tetiba kuat.. terus saya suh hubby panggil nurse sebab saya dah rasa nak push sesangat. Nurse dtg check masa ni bukak dah 8cm... masa ni mmg sakit giler la, kalau ikut nak jerk saya teran masa tu jugak hahaha... tapi doc lum sampai.. 2 min kemudian nurse check sekali lagiks dah 9cm dilated. Nurse dok kelam kabut la angkat kaki saya letak atas palang ker apa bondo ntah tu kan...dia cakap kalau rasa nak push, push jerk.. so biler rasa jer terus la saya push, tapi since doc tgh baru siap2 pakai apron etc, nurse tu leh pegang & tahan kepala baby. Biler doc dah ready, sekuat hati saya teran, teran yg pertama kuar kepala, teran kali kedua & ketiga baru la kuar bahu & badan semua.. pergh lega.. sakitnya tuhan sajer la yg tahu huhu.. masa baby umar kuar tu, saya dengar doc kata baby terbelit tali pusat... patut la saya tak rasa contraction kuat sgt kot..saya agak la hahaha.. tapi doc kata baby ok, tak lemas sebab sampai saya bersalin, dorang monitor jantung baby kat machine ctg tu ok jerk.. lagipun baby nangis ok masa lepas kuar tu..pas tu doc kuarkan pulak uri & check2 semua doc kata..tak yah jahit, tak der koyak..yeay.. rasa lega sangat pas tu saya terus sambung lalok sebab kesan ubat tahan sakit tadi masih ada.. dah masuk bilik pun saya still continue tido sampai la petang haha..

Malam lepas maghrib anak2 semua datang ngan pil, haris, najihah & danisha dtg terus terpa tgk baby.. "comeinya baby umar!!" tak lekang dr mulut najihah, haris & danisha.. qaireen lak macam pelik, kesian dia.. agaknya dia heran sapa la sikecit yg mama pegang tu, saya pass umar kat mak mentua, pas tu amik qaireen.. peluk cium dia.. rindunya kat qaireen. Masa nak balik danisha lak menangis2 nak tido ngan mama kat spital.. saya ngan hubby cam terperanjat jugak, selalunya danisha ni cam tough sikit, tapi kali ni dia pulak yg leleh. Malam tu hubby sekali lagi teman kan saya tido kat spital. Sian hubby, penat dia. Tapi saya rasa syukur dikurniakan suami yg sentiasa disisi beri sokongan emosi pada saya.

Esoknya, sabtu, lepas doc check semua ok, ibu ok, baby ok, so doc kata boleh baik.. yesza.. saat yg ditunggu2 hehe.. hubby settlekan bil, semua kena RM1750, bersalin kat razif ni murah jerk.. normal dlm RM1400, saya dok bilik perdana (sorang satu bilik), bayaran bilik satu malam rm200, saya dok 2 malam. Since ni kali ke 3 saya bersalin kat sini (haris & danisha pun lahir kat sini), so saya dapat diskaun sikit. Lepas diskaun bagai kena la RM1750.

Saya berpantang kat puncak alam jerk, mak mentua saya masak kan lauk & hantar kat umah saya.. saya jaga diri sendiri jerk dibantu maid saya :-).

kecintaanku...pengarang jantung..








siapa? haruslah anak2 & hubby.. hehe

Atuk melayan cucu2nya

Danisha ngan qaireen mmg suka kat atuk dia yg suka melayan macam2 ni.. esp naik kuda letrik atas peha atuk hehe.. layanz..


Hari sukan najihah

Sukan najihah ni seminggu sebelum saya bersalin, pagi sabtu.. cuma saya, hubby, najihah & danisha jer yg pegi.

muka saya menahan panas, peluh menitik2 tok sah citer huhu
punya la hazab nak tunggu turn najihah.. najihah masuk sukaneka apa ntah


yeay..dapat nomot 3, lepas amik hadiah kami terus chow haha..panas sgt tak tahan.

Qaireen yg semakin lasak macam boy

Dah lama tak citer pasal anak2kan.. qaireen sekarang makin melasak huhu..kalah boy..kalau kat dapur tu siap nak panjat meja..


masa memula dtg melawat saya kat spital, qaireen macam pelik.. diperati jer umar... tapi dia tak berani sentuh..
Biler saya dah balik umah pun macam tu, dia macam pelik tgk ada baby kecit, tapi lepas 2,3 ari dia dah mula berani nak usik baby..hehe.. dia nak sentuh mata, tangan etc..so mmg tak leh biar dia ngan baby la haha..

Monday, May 03, 2010

sudah boleh upload gambar

Yeehaa.. suka2 lepas ni baru la ada semangat balik nak update blog..

saya sudah tambah storage saya dengan hanya membayar usd5 setahun utk 20GB shared storage.. sebelum ni yg free cuma 1GB sajork..

Muhammad Umar Ukasyah bin Abdul Aziz


Alhamdulillah saya dah pun selamat bersalin jumaat minggu lepas.. Saya tak sempat update panjang2..nanti saya citer yek detik2 kelahiran baby umar. The best part is saya tak kena jahit..yeszaaa... :-)

D.O.B = 30 April 2010 (Friday)
Time = 2.05pm
Hospital Bersalin Razif & Norana Klang.

Semoga baby umar berperkerti mulia seperti khalifah umar bin abdul aziz & ukasyah ibnu muhsin..amiiin..

Utk gambar2 baby umar, boleh tgk kat facebook saya yak --> umar piccas.

Google