I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Showing posts with label islam is the way of life. Show all posts
Showing posts with label islam is the way of life. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Sekadar gambar Hiasan.. gambar lama taun 2013, anak2 perempuan solat berjemaah. Najihah sebagai Imam.
Salam Semua,

Hari ini saya just nak share sesuatu yg saya rasa bonus utk kita semua tahu bagaimana hendak cuba khusyuk dlm solat.. Saya copy paste sahaja dr message kat fb yg saya dapat. Semoga bermanfaat.

******

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

 Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

 1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

 2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

 Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

 3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

 4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

 Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

 5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

 6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

 7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

 “Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

 “Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

 “Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

 “Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.


 8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

 “Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

 “Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

 “Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

 Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

 Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”


ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

 9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

 10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

 11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

 Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

 ” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

 Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

 Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

 12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

 Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

 “Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

 Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
 siapa kita yang sering ingin dipuji?
 Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
 Siapa kita?…. Astaghfirullah.

 13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

 Sujudlah…
 sedarlah Allah…
 lalu pujilah Allah….

 “Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

 Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

 14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

 “Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

 “Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

 “Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

 “Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

 “Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

 “Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

 “Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

 “Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

 Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

 ****
 Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

 Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

 Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

 Dari tinta Dr Fuad Latip
 5 Sept 2014.


Thursday, February 21, 2013

Slot Motivasi Pagi , Khamis 21 Feb 2013 - Tentang Syafaat

Slot motivasi pagi hari ni sgt best sebab membincang tentang syafaat. Sebelum saya lupa, eloklah saya share kat sini utk rujukan saya di masa hadapan juger utk semua.

Kiter semua tahu Nabi Muhammad adalah satu-satunya orang yg boleh memberi kiter syafaat di akhirat kelak. Pernah ada sahabat Nabi S.A.W yg bernama Muaz bin Jabal bertanya kepada Nabi S.A.W, kenapakah hanya Baginda sahaja boleh memberi syafaat kepada semua manusia tak kira umat dia atau tidak di akhirat kelak? Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W boleh beri syafaat pada semua manusia tetapi tentulah umatnya dahulu yg mendapat keutamaan syafaat. Lalu pada suatu hari Nabi memberikan jawapan.   Semua Nabi dikurniakan oleh Allah satu permintaan yg akan dikabulkan oleh Allah. Semua nabi telah menggunakan permintaan yg dikabulkan didunia lagi. Nabi Adam telah menggunakan syafaat baginda ketika berdoa meminta Allah mengampunkan dosa dia ketika dikeluarkan dr syurga. Dan Allah telah mengabulkan permintaan baginda dgn memaafkan Nabi Adam. Nabi Idris pula meminta untuk melihat syurga. Allah telah membawa Nabi Idris ke syurga dan setelah berada di syurga Nabi Idris terlalu suka dan bermohon untuk dimatikan di dalam syurga supaya dia tidak keluar dr syurga. Allah telah memakbulkan doa/permintaan baginda. Begitu juga dgn Nabi Nuh, baginda pernah meminta seluruh umatnya ditenggalamkan air setelah kaumnya menolak beliau setelah 950 tahun menyeru kaumnya utk beriman kpd Allah. Tetapi Nabi Muhammad ketika ditanya akan apa2 permintaan yg baginda mahu, baginda telah memohon untuk menggunakan syafaat baginda itu di akhirat kelak.  

Tahukah kiter apa itu syafaat?  

Syafaat ini:
1.) Menghapuskan dosa/pengampunan dr Allah ke atas segala dosa2 kiter
2.) Menambahkan pahala kiter di akhirat kelak.

Tapi layakkah kiter untuk menerima syafaat Nabi diakhirat kelak? Tahukah kiter bahawa syafaat Nabi pun sesetengah ulamak berpendapat adalah syafaat peringkat yg ke 3. Syafaat yg tertinggi, peringkat pertama adalah Taubat yg kiter pohon dr Allah. Kalau kiter benar2 insaf bertaubat & tidak akan melakukan lagi dosa tersebut, Allah yg maha penyayang akan mengampunkan kiter. Ini lah dia syafaat peringkat pertama yg kiter semua patut capai/mendapatkannya. Permulaan taubat itu adalah apabila kiter mula merasa takut akan dosa yg kiter lakukan, rasa menyesal, takut akan segala pembalasan ini semua tanda bahawa kiter menyedari salah kiter.

Mari kiter rebut syafaat peringkat pertama ini dgn bertaubat dgn segala dosa2 kiter.

Demikian juga berikut ttg Kisah Sahabat Nabi iaitu Bilal bin Rabah, Nabi pernah mendengar bunyi sepatu Bilal di dalam syurga sedangkan Bilal pada ketika itu masih hidup. Ketika Nabi bertanya kepada malaikat, bunyi sepatu siapakah itu, malaikat memberitahu itulah bunyi sepatu Bilal bin Rabah. Apakah amalan Bilal ini? Ketika ditanya Bilal menjawab, beliau mengambil wudhuk dgn sempurna yg telah menggugurkan segala dosa2 & setiap kali wudhuk mengadap kiblat & membaca doa selepas wudhuk.

Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)


Terjemahan doa :

"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Insyaallah.. aamiin.

Thursday, February 07, 2013

Detik-detik terakhir seorang mujahidah.

Sesungguhnya kisah ini sangat menginsafkan saya. Menitik airmata. Begitu kiter selalu alpa & lupa dgn nikmat dunia yg sementara ini. Ya Allah, bantulah kami..kurniakanlah kami hidayah & petunjuk. Dan jgnlah di bolak balikkan hati kami setelah Engkau kurniakan kesedaran & kemanisan iman didalm hati-hati kami.

Al Fatihah utk arwah Siti Hajat bt Ahmad Sabir. Semoga beliau dicucuri rahmat & ditempatkan di syurga Allah. Semoga Allah mengurniakan ketabahan, sabar & redha pada seluruh ahli keluarga beliau. Semoga diangkatkan darjat dgn ujian kehilangan ini..aamiin.

Semoga kisah yg sangat menginsafkan ini memberi manfaat kepada kiter semua..insyaallah.

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR (Mujahidah yang telah ke alam sana)




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

...

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.



______________________________________________________



6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.



7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’



8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.



9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.



10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.



Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.



11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .



Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.



12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.



13 Jan 2013(Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.



Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.



Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata

“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”

Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.

“Orang azan kot” tingkah saya.

Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.

Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”

“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’



14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.



Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.



Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.

Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”

Sesekali dia tersenyum manis.

Kami tanyakan "kenapa senyum?”

Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.

"Selalu ke akak terbau macam tu?”

Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.



15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)



Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?



Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.



Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.



16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.



Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.



Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.



Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.



Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”



Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.



Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.



17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.



Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.



Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .

Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.



Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :

"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”

Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”

Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata

"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”

"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.



Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.



Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.



18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.



19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.



Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.



Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.



Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.



Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir



20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.



Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya





SITI HAJAR



Engkau bermula dengan sengsara

Dalam mencari bahagia

Terasa bagai bayang bayang

Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah

Pabila HAKIKAT melanda

Ketenangan yang kau cari

Terpancar di lorong sufi

Kelunakan tangisan kasihmu

Dalam simpuhan ketaatan

Bagi mengharapkan keredhaan

Darimu TUHAN pencipta Alam

Sungguh agung pengabdianmu

Kau berjaya menjadi iktibar

Ayuh bersama kita susuri

Perjalanan kekasih Allah

Wednesday, December 26, 2012

Saya sayangkan dia kerana Allah

Saya sayangkan kawan-kawan saya kerana Allah. Bukankah islam itu Indah? Didlm persahabatan adab2 islam merangkumi sesama muslim atau bukan muslim.  Mengucapkan selamat hari raya kepada penganut agama lain mempunyai nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi islam & bukanlah bermaksud kiter mengiktiraf akidah mereka. Kafir ini pun kan ada 2 jenis..iaitu kafir zimi & kafir harbi. Kafir Zimi adalah kafir yang tidak memerangi islam atau bermusuh dgn islam. Kita hidup cara kita, dia hidup cara dia. Manakala kafir harbi pula adalah kafir yg memerangi islam macam israel tu.

Salah sorg kawan baik saya kat opis kan kristian, Cindy. Bagi saya tidak salah kiter menggembirakan kawan2 kiter. Bak kata Prof Muhaya "Saling beri salam, saling beri Hadiah, saling Ziarah, saling berbuat kebaikan sesame kita. Jom cari Cinta Allah" Oh sebelum ada yg beri komen2 negatif lebih elok rasanya saya bagi link ini pada uols..

Ini adalah excerpt dr Website Dr Mohd Asri yg menjawab ttg pertanyaan berkenaan Hukum Ucapan sempena perayaan kaum lain.

Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
Untuk lebih lanjut boleh klik link ini - http://drmaza.com/home/?p=1277
Apapun semua datang dr hati..jauh didlam lubuk hati saya Allah itu Tuhan yg satu, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Tidak ada sedikit pun terdetik didalam hati saya yg boleh menggangu akidah & kepercayaan saya ini.
Wallahualam.
Sempena krismas yg disambut oleh Cindy, jadi kami di opis nak bagi sesuatu utk menggembirakan hati dia & meraikan persahabatan kami. Jadi kami bagi present berupa hamper yg mengandungi kuih muih utk cindy & family dia makan lah. Cookies tu semua dibuat sendiri oleh Rusi sipembuat cake hehe..gubahan tu pun Rusi yg kreatif tu gubah.. Oh kalau u ols nak ubah apa2 hamper boleh jugak mintak tolong Rusi ni.. Rusi ni pandai buat diaper cake etc.
Budak happy dapat hamper kuih muih

Rusilawati baked these & decorated the entire basket


Rusi - sipembuat cake yg comel!
Krismas hamper yg mengandungi Macadamia white choc cookies, Choc chip cookies, Peppermint bark and Fruit cake.

And juger kad dr kami :)

Baju saya pada hari itu.. nak jugak tu tunjuk haha
Baju dr poplook :)

Monday, July 30, 2012

Tabarruj and Eid' ul Fitri

comel sgt video neh.. jom tgk!! paling kelakar turban = serban ekekeke

 

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Tiba lagi

Tahun ni kiter start puasa esok.. 21 July 2012, Sabtu.

Ramadhan Kareem to All Muslims.. jom tonton video yg best ni:


Thursday, July 12, 2012

Kesembuhan

Saya share dr FB status kawan saya Sheik Mazrul

Tak sembuh pun tak apa. Merawat dgn kaedah ruqyah nabawi adalah petunjuk dari Nabi SAW. Kesembuhan milik Allah. Jika tak sembuh tuan/puan tetap dapat pahala mengerjakan sunnah. Ramai juga orang sembuh setelah berjumpa tok sami. Allah kurniakan kerugian terlepas daripad penyakit kemudian dicampak ke dalam kegelapan syirik akibat pilihan yg dibuat.


“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki antara jin, maka mereka sebenarnya (manusia) menjadikan mereka (jin) itu bertambah sombong. -surah al-jin ayat 6- .Sekiranya anda terjumpa perawat yg mengundang campurtangan jin walaupun pandai membaca quran... saya anjurkan tinggalkanlah. carilah yg lebih baik. tidak diturunkan penyakit/musibah melainkan sebagai ujian keimanan, penghapus dosa, meningkatkan martabat iman & teguran daripada Allah. Ketika sihat apa yang kita perbuat? Dan ketika sakit apa pula yg kita perbuat? Ubahlah keadaan hati, aqidah dan taubat selalu nescaya akan lebih tenang.


Jangan sampai penyakit tak baik, aqidah rosak, syirik pun dapat... tak balik modal!

Wednesday, June 13, 2012

Sekadar renungan utk perkongsian bersama


copy paste dr status sahabat saya Sheik Mazrul

Surah al-Isra':


[18] Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
*Ayat ini membuktikan bahawa sesiapa yang berhajat nak jadi kaya, memang Allah akan kabulkan sesuai dengan haloba nafsu insan tersebut. Bukan teknik, teori mahupun pengalaman yang membawa kekayaan tetapi ia terjadi kerana Allah telah jamin dan janji kepada yang mahukan sangat dunia ini maka akan diberi... "hangpa mintak, hangpa pulun....AKU bagi"...akan dibagi sesuai dengan haloba. No guarantee on your iman.


[19] Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
* Ramai yang tidak menyedari apabila kita minta akhirat, maka Allah akan bagi kedua-duanya. AKHIRAT DAPAT, DUNIA PUN DAPAT, tetapi sesuai dengan iman, bukan sesuai dengan haloba kita ye! Kerana itu ada yang kaya seperti Nabi Sulaiman, tetapi kita dapati baginda masih beriman (kayanya serasi dengan tahap imannya yang tak goyah walaupun dah kaya). Dan ada yang diberi dunia cukup sekadar ada, sesuailah dengan imannya kerana yang penting....Allah hendak memelihara imannya...kalau bagi lebih mungkin terjerumus jadi kufur.


[20] Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).
*Sekali lagi Allah beri jaminan, dua-dua golongan akan dapat apa yang mereka hajatkan...tetapi ENDING berlainan bergantung sama ada kita tamak kepada apa...dunia atau akhirat.

Semoga kiter tidak tergolong di dalam golongan yg rugi.. amin

Friday, June 08, 2012

Isu Halal/Haram Makanan di Luar Negara

Hari ni seorg pembaca blog saya meninggalkan komen ttg pemasalahan hukum fiqah pemakanan di luar negara


you dont have to approve this. i just have a question for you.


YES, fish and shrimps are halal but what about the utensils that they use for thia BBQ? at the meal at their home? 


the grill, the plate, the spoon, forks, etc. If it has contacted haram sources before (i.e. pork), it is considered haram right? You need to samak it first before you could use it to cook or have your meal in.


I came across may blogs telling stories about their life in western world and most of them usually forgot about the basic rule.


For them, they can eat anywhere as long as it is not pork. (or beef or chiceksn since it is slaughtered not according to syarak). For them, they can eat any fishes, shrimps or crabs because it is halal.


Dont forget about the utensils, the cookware and the dinnerware.


That's all. Thank you. 


Terus terang saya tak berani nak komen apa2 sebab saya bukan lah org yg ahli ttg hal ini. Tapi apa yg boleh saya buat adalah bagi beberapa link utk dibaca.

http://makanansembelihan.blogspot.com/2011/04/makanan-di-luar-negara.html

http://ohislam.com/tukang-masak-bukan-islam/

http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/hukum-makan-minum-di-luar-negara.html

http://faridul.wordpress.com/2009/10/03/hukum-makan-makanan-ahli-kitab/

Wallahualam..

Wednesday, May 30, 2012

Nota yg ditinggalkan seminggu sebelum kematian

Saya copy paste ayat dr member saya Sheik.. Saya nak share dgn u ols.. sgt menginsafkan huhu

"Semalam, seorang staf dari cawangan sg petani meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Bersama email makluman tersebut dilampirkan nota tulisan tangan staf tersebut yg menginsafkan. Nota ditulis di wad...seminggu sebelum beliau pergi. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang soleh. Pengajaran yang boleh kita ambil...jangan tamakkan dunia dan rasa kita deserved / entitled kepada segala kesenangan di dunia ini hanya kerana kita berasa amal dan iman kita bagus...Takut-takut apabila digoda "screensaver kesenangan dan emas" semasa di ambang maut...mungkin kita akan tertipu dan rugi selamanya-lamanya... "

Arwah telah Kembali kerahmatullah di Hospital Metro Sg Petani pada 12.30 hari 29 Mei . Al-Fatihah

Utk lebih jelas.. saya taip balik apa yg ditulis oleh arwah.


Rasa ketat - penuh dada - sgt sakit jantung


3 hari sudah tu yg teruk masa darah naik 243
Rasa benda hitam mengarung kepala - tersandar mencari ruang bernafas
-sangat dasyat masa tu
-terasa spt sudah hendak pergi


Ternampak satu ruang sempit utk pergi
- nampak satu ruang sgt luas - emas bertimbun-timbun (Ini ruang syaitan)


Saya hanya ingat biar ruang sempit asal jalan Allah Lailahaillah itu saja
Sgt dahsyat nak mati rupanya

Sungguh menginsafkan.. takutnya..  Semuga kita semua mendapat pengakhiran yg baik.. ameen.

Friday, May 11, 2012

Sekadar perkongsian

Saya amik ni dr status FB seseorg.. saya copy & paste. Semoga beliau mendapat pahala dr perkongsian yg saya panjangkan ini

Dunia ini adalah perhiasan. Perhiasan yg paling sempurna adalah perempuan yg solehah. Isteri jatuh no 2, ibu nombor 1. Drpd ibu yg solehah akan lahir isteri yg solehah dan dari isteri yg solehah, akan lahir anak2 yg soleh. Soleh bermakna yg tidak melawan tuntutan Allah, yg menjauhi semua yg dilarang. Oleh itu penting untuk cari isteri solehah sbb ianya akan jadi penyelesaian kepada byk masalah. Suami kena jadi suami yg soleh utk dpt isteri yg solehah. Lead by example for parents for the children, great parenting. Bila isteri or ibu tak solehah maka lahirlah anak2 yg tak elok yg akan lead life as not accordance to Islam. Islam the true formula for great success, way of life. Haiya ala solah haiya ala falah. Sekian tazkirah ikim pagi. Moga2 jadi pedoman kita semua. Semoga kita dpt menjadi isteri dan ibu yang solehah, as it begins from us. May Allah make ease for our small jihad. Amin amin amin!


Click utk paparan yg lebih jelas
Kat bawah ni pun saya amik dr wall beliau.. saya tak mengenali beliau tapi dia tag kawan saya dlm post beliau.. saya tertarik & saya rasa ianya sesuatu yg sgt bagus utk dikongsi.. semoga pahala berlipat ganda ganjarannya utk beliau..insyaallah.. ameen.
Dr buku - nurturing eeman children by Dr Aisha Hamdan

Fenomena Punduk Unta

Sorrylah, saya dr dulu mmg tak suka sanggul tinggi.. bagi saya ia nampak huduh & buruk erk kasar pulak rasanya tapi serius saya rasa buruk, x cantik ok.

Pas tu sekrg ramai juga yg pakai ala2 turban..erk lagiks saya tak suka..entah apa yg cantik dimata mereka pun tak tau laa..

Berikut artikel yg saya copy & paste dr sini - http://farishishak.blogspot.com/2012/05/fenomena-punduk-unta-sanggul-tinggi.html

Semakin membimbangkan apabila gaya ini turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur apabila TV-TV mendapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tetapi tak sampai lima tahun, cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir-anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa-lawa ini tiba-tiba sahaja tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah tak macam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya. Nauzubillahhiminzalik.

Sumber Rujukan: Fenomena Punduk Unta (Sanggul Tinggi) 



1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri atau kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 

"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

Dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa bentuk pakaian seseorang perempuan adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) iaitu yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan juga oleh Rasulullah  S.A.W.  bahawa  ikatan rambutnya umpama punduk (bonggol) unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti punduk unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sanggul, ikatan dan toncang. Malahan ada juga terdapat rambut palsu (wig) berbentuk sanggul yang sedia terjual di kedai-kedai.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai.Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menutup rambut dan bentuk rambut itu sendiri.

Dinyatakan oleh Rasulullah  S.A.W. bahawa cara berjala seorang perempuan adalah seperti berlenggang-lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang-lenggok, malahan perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul, tetapi semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah  S.A.W.  sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh).
Kesimpulannya, seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna sama ada warna atau bentuk rupa. Sebagaimana lima waktu solat wajib ditunaikan tanpa perlu memilih-milih, inikan pula seluruh aurat yang wajib ditutup itu. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah S.W.T. yang menciptakannya. Sebenarnya, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada terdapat perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tetapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang menutup kepala. Bahagian lututnya tetap terbuka.

Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam. Allah  S.W.T. dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;

" Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzaab, 59)


Sumber Rujukan: Fenomena Punduk Unta (Sanggul Tinggi) 

Thursday, May 03, 2012

Slot Motivasi pagi radio ikim pada Isnin 30 April 2012

Saya nak update apa yg saya dengar sebelum saya terlupa..

Kisah ttg pertemuan Tamim Ad Dari dgn Dajal di sebuah pulau.

Dajal telah menanyakan Tamim Ad Dari ini 3 perkara:

1.) Apa khabar ttg seorg pemuda yg mengaku sebagai Nabi akhir zaman. Sudah kan dia berhijrah keluar dr kampung halamannya?

Jawab Tamim Ad Dari "Ya Sudah dan beliau juga sudah pun berhijrah keluar dr kampung halamannya ker Yathrib"

Lalu Dajal laknatullah berkata "Pulanglah kamu & berimanlah dgn apa yg dia sampaikan kerana sesungguhnya beliau akan menguasai seluruh bangsa Arab"

2.) Apa khabar agaknya dengan pokok2 kurma di Basan? Masihkan ia mengeluarkan buah2 kurma?

Jawab Tamim Ad Dari "Ya, pohon2 kurma di Basan masih mengeluarkan buah2an yg lebat dan menjadi sumber makanan bagi penduduk disana"

Berkata Dajal "Ketahuilah bahawa akan tiba masanya nanti pohon2 kurma di Basan tidak akan lagi mengeluarkan buah.

Basan adalah satu daerah yg terletak didalam Palestin.

3.)Soalan ke 3 & terakhir dr Dajal. Apa khabar ttg air di Tasik Tibriyah?

Jawab Tamim Ad Dari "Air di Tasik Tibriyah masih penuh dan menjadi sumber air bagi semua umat di situ"

Lalu berkata Dajal "Ketahuilah bahawa akan tiba masanya nanti air di Tasik Tibriyah akan menjadi kering kontang. Pada waktu itu aku akan keluar ke dunia"

Tasik Tibriyah adalah merupakan sebuah tasik tadahan hujan didlm kawasan palestin tetapi telah ditukarkan namanya menjadi Tasik Galilei oleh org2 Israel & dibawah kuasaan org2 Israel sekarang ini.
Air berasal dr Bukit Golan mengalir memasuki Tasik Tibriyah.. kemudian mengalir melalui sg jordan dan seterusnya ke laut mati.

Bagaimana Air di Tasik ini boleh kering? Ustaz tu kata.. org2 Israel semua akan berkumpul di sekitar Tebing Barat tu kan. Apabila semua org2 Israel dah berkumpul di situ & bilangan mereka yg bertambah banyak tu akan menyebabkan Tasik Tibriyah yg menjadi satu2nya sumber air mereka tidak akan dapat lagi mampu menampung keperluan mereka & menjadi kering.

Baru2 ini ada org dr Palestin dtg Malaysia, Ustaz ni bertanya ttg perkhabaran air di Tasik Tibriyah. Org Palestin tu kata air di Tasik Tibriyah sekarang telah pun 90% kering. Bermakna tinggal 10% jer lagi nak kering sepenuhnya.. Tanda Dajal akan muncul tak lama lagi... takutnya huhu.. Bersedia kah kiter?

Apabila Tamim Ad Dari ini pulang, beliau telah berjumpa dgn Rasulullah S.A.W. Nabi telah memperakui apa yg diceritakan. Lalu Tamim Ad Dari serta pengikutnya memeluk islam.

Thursday, February 23, 2012

Marriage

Great series of videos..
May Allah grant us protection and understanding Insyaallah!




























Tuesday, February 21, 2012

Hidayah


Saya kopipes dr nota kawan saya kat fb Lia & suaminya Sheik Mazrul)

(tazkirah from Ustaz Kamal Ashaari)

Kita biasa dengar perkataan "hidayah milik Allah". Maka sudah tentu jika hendak sesuatu yg bukan milik kita, kena minta...bukan duduk dan tunggu dan salahkan hidayah..."saya mcm ni sebab tak dpt hidayah lagi".

Ibarat iklan kerja kosong. Ada yg minat ada yg tak nak dan bagi mcm2 alasan. Kalau nak, kena apply. Sedangkan yg dapat interview belum tentu dapat kerja...yg tak apply boleh dapat ke?


Hidayah & Jenis2 nya:
1. Hidayah Iktiqadiyyah - berbentuk petunjuk akidah. Yg ni satu saja org Melayu faham..bila orang masuk Islam. Sedangkan ada 3 lagi jenis hidayah. Analogi hidayah yg pertama ni ibarat kereta.

2. Hidayah Toriqiyyah - iaitu ilmu agama/syariat. Analoginya ibarat ilmu memandu kereta. Nak tahu memandu kena pergi majlis ilmu. Bukan pergi tempat lain.. hidayah jenis ni kena usaha...pergi mengaji. Kalau tak mengaji.ia tidak datang. Salahlah orang yg bila diseru ia peluk tubuh dan kata "hidayah belum sampai, jadi saya tunggu..."

3. Hidayah Taufiqiyyah - kekuatan utk buat baik. Yg ini kena doa dan duduk dalam jamaah. Bukan duduk sorang2..barulah ada sebab nk dapat kekuatan beramal soleh

4. Hidayah Fitriyyah -supaya fitrah digerakkan kita dgn hidayah Tuhan. Contohnya bab kahwin. Kahwin adalah fitrah tetapi jika tanpa hidayah, ada yg guna asas "sebab saya SUKA" maka nk kahwin sesama jenis (lelaki kahwin lelaki). Jika kesukaan berubah mungkin esok ada orang akan kahwin haiwan..

Siapa yg minta..dia dapat. Siapa yang sedar segala-galanya daripada Allah..akan ditambah makrifat atas ilmunya.

Siapa yg berasa cukup atau berasa ilmunya sudah tinggi...maka Allah akan tinggalkan dia kesibukan dlm perasaan "perasan" itu hingga timbul kejelekan-kejelekan perangai.

Syukur kita semua diberi rasa tawadduk. Semoga Allah kekalkan keadaan yg sedemikian.

Monday, February 20, 2012

Kotor atau Bersih?

Manusia ni biler hati dia kotor, dia suka cerita buruk org. Kalau hati dia bersih dia tak suka cerita.  Jadi kalau kiter nak tau hati kiter kotor atau bersih kiter suka cerita buruk org atau kiter tumpang dengar.

Cerita baik hal org kiter x suka dengar pasal hati kiter kotor. Maka kiter adalah masyarakat yg jahat.

Atau hasad di atas apa yg Allah bagi pd org lain.

Benda2 ni adalah penyakit2 jiwa yg lebih buruk drpd zina, berjudi & minum arak.

Itu kata2 Ustaz Azhar Idrus :)

Wednesday, January 04, 2012

Menjadi isteri


“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.”

Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.

Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.

Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki.

Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.

Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.

Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”

Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya.

Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti. Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ” Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”

Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?.

Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.

Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.

Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.

Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.

Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”

Wednesday, December 07, 2011

How to Explain to Non Muslim

Dr Reda Bedeir Jannah QA 2 How to Explain to Non Muslim

SERIUUUSS SAYA JEALOUS DGN AWAK



Suatu hari aisyah sedang berbual-bual dengan shera dibawah rendang pohon yang redup…


Shera: mesti seronok kan dapat jadi awak?
... 
Aisyah: kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)


Shera: sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.


Aisyah: boleh saya tahu sebabnya?


Shera: sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk,solat sunat pulak selalu awak lazimi..baca Al-Quran awak fasih..siang awak Nampak gembira,bergelak ketawa,tapi malam saya selalu Nampak awak menangis di tikar sejadah..awak cantik,tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut,penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape2,mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang..mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah,Alhamdulillah,masyaALLAH,insyaALLAH’…semualah..sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal..saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)


Aisyah: ooo..macam tu..kalau macam tu,sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..


Shera: kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda Tanya)


Aisyah: sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul2 grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap2, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH,tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH..saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya.rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul2 SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…


Kata2 prof tariq ramadhan ““I don’t care what u are doing, but I respect who u are.u know why?because maybe who u are tomorrow will be better than who I am today..
Google