Followers
Sunday, August 21, 2011
Sunday, June 13, 2010
Alhamdulillah 44 hari telah berlalu
Umar sayang..membesarlah dengan sihat yer sayang..
Wednesday, June 02, 2010
Masih ramai yg prihatin
Walaupun saya berpantang sendiri.. tiada sesiapa jaga saya.. mak saya tak datang jaga saya.. tapi itu bukan sebab utk saya bersedih.. sebab kalau bersedih & mengenangkan nasib diri takkan merubah apa2.. bersyukurlah dengan apa yg ada & lebih baik kita ceria2kan diri betul tak? Kalau ikutkan mak saya cuma datang waktu saya bersalin anak pertama sahaja.. itupun waktu tu arwah nenek kesayangan saya masih ada.. lepas tu anak ke 2 dan seterusnya.. mak saya tak datang.. kalau datang pun selepas sebulan atau 2 bulan lepas tu.. tapi saya bersyukur sebab masih ramai yg prihatin.. walaupun tak dapat jagaan & belaian dr ibu sendiri, Allah tu dtgkan pertolongan & bantuan dr sumber yg lain.. contohnya ini... Tuesday, May 18, 2010
macam2 update
Wednesday, May 05, 2010
Bengkak susu (breast engorgement)
Bengkak Susu
Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara.
Bagi melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihati melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Rujuk halaman sebelah bagi resipi rumusan halba.
Bagi melancar dan memperbanyak air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas. Rujuk halaman sebelah bagi resipi tersebut.
Bengkak Payudara yang Sakit Berdenyut dan Bisa
Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.
Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza di antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara. Rujuk halaman sebelah untuk resipi berkaitan.
Rawatan Bengkak Susu
Rawatan Tuaman
Bahan:
1 genggam halba
1 genggam jintan hitam
1 genggam ketumbar biji
12 sm halia – tumbuk pecah atau cincang kasar
1 cekak daun sirih
Cara menyediakan:
1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus sehingga kembang. Cepu ini digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.
2. Tuam di bahagian ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.
3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.
Amalan minuman
Rendam satu genggam halba di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan tambahkan madu lebah asli.
Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan ditambahkan madu. Minum satu hingga dua cawan setiap hari.