I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Tuesday, May 18, 2010

macam2 update

Banyak benda yg nak update tapi biler dah terlalu banyak nak update terus jadiks malas ekekeke boleh gitu? Banyak gambo2 nak upload sebenarnya.. Banyak gambar & cerita ttg lawatan sepupu sepapat saya dtg tgk baby, celebration bday haris & danisha, lawatan mak long ina aka anexpatswifeinkhartoum etc..hmm nanti2 lah saya buat seperate entry utk tiap satu tu yek u ols..

Semalam saya ada perjumpaan dengan cikgu kumon najihah ttg progress dia. Masuk2 jerk terus cikgu dia cakap dorang sgt impress dgn prestasi najihah.. then dorang tunjuk graf prestasi najihah yg giler mencanak naik, melampau projection yg dorang buat.. dorang cakap najihah sgt cepat pickup & dorang mmg betul2 kagum la dengan pencapaian dia..

Masa bulan 2 dulu, masa saya baru daftar dia, dia buat 1st ujian kan utk tentukan tahap dia.. masa tu dorang bagi 60 soklan utk disiapkan dlm masa 20 minit. Dia tak dapat nak siapkan semua dlm masa ditetapkan..dia cuma dapat siap kan dlm 40+ soklan jerk sebab time tu dia kira masih guna jari.. sebab tu slow.

Tapi sekarang.. amazing sungguh.. setiap kali habis satu level sebelum melompat ke level seterusnya cikgu akan bagi ujian prestasi kat sekolah.. ada 100 soklan & standard masa yg diberikan adalah 10 minit. Ujian prestasi pertama najihah dapat siapkan semua soklan (100) dengan hanya 2 salah (means 98/100) dlm masa 4 minit. Ujian prestasi kedua, najihah dapat jawab semua soklan dan semua betul 100/100 dlm masa 4 minit. Ujian prestasi ke 3, najihah dapat siapkan semua soklan dengan hanya 1 kesalahan sajork (99/100) dlm masa 8 minit. Ujian prestasi ke 3 ni susah sikit so standard masa yg diberikan 15 minit, sebab dia ada tambah & tolak utk nombor yg besar2. Saya rasa saya pun tak mampu nak siapkan soklan2 tu semua dlm 4 minit kot ekekeke

Sekarang ni najihah tgh hafal sifir2 tu sebelum dia masuk level seterusnya iaitu multiply lah.. so teacher dia cakap by end of this year najihah dah boleh habis cover sampai pelajaran darjah 3 walaupun la ni najihah baru darjah 2. Teacher dia cakap skill yg dorang target pada najihah iaitu speed & accuracy dah ada pada dia.. dia dapat siapkan soklan2 maths tu dengan cepat & betul.. alhamdulillah.

Update on qaireen pulak.. qaireen sekarang dah pandai sebut mama, babah, kakkak & uma (umar) hehe.. dia dah berani cium baby umar.. dia dah tak buat baby lagiks.. tapi dia suka perati & nak cium baby sokmo..so saya kena perati selalu takut dia tertindih tangan baby umar ker atau cium baby terlalu kuat ekeke.. kalau dulu maid saya pun dia panggil mama, la ni dia dah tahu bezakan.. biler dia nampak maid saya aisyah, dia akan panggil kakkak..... paling suka biler dia sebut umaaaaaaaa.... panjang jerk siap berlagu..so sweet tau...

Update ttg saya, hari ni dah 19 hari berpantang yg mana bagi saya tak der la pantang giler2 ketat pantang ekekeke.. mana taknya seminggu selepas bersalin saya dah bawak keter area2 puncak alam ni ekeke.. saya masak sendiri & saya makan jerk semua kecuali benda2 yg sejuk & berangin lah.. saya tak der pantang makan giler2 sebab saya menyusukan baby jadiks saya rasa saya perlukan makanan2 yg berkhasiat.. hari2 saya pakai korset beautiful.. & makan ubat lepas bersalin amway tu. Korset tu dulu masa mula2 pakai saya pakai cangkuk yg paling luar, lepas 5 hari camtu la ni saya dah boleh pakai cangkuk yg tgh2.. target saya adalah cangkuk yg last masa macam sebelum peknen dulu caiyuk2.. paling tak leh blah vontot ku yg mengalahkan beyonce besarnya ekekeke.. hubby kata.. baru lagi kan.. nak risau apa..betul la tu kalau ikutkan baru jerk lagi kan bersalin..tu yg masih besar.. tak per saya masih ada masa sebulan lebih lagiks utk kecitkan balik mana2 yg terlebih besar tu yak ekekeke..

Ok lah.. nak gi tgk baby jap..daaa...

No comments:

Google