I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Monday, May 26, 2014

Bakat kreatif anak2 - Part 1 :Najihah & Haris

Entri ni saya mula2 tulis bulan 4 tahun lepas (2013) lepas tu dok terperap dlm draft jer hahaha.. okes hari ni saya sambung kembali.

#SyafiqahNajihah

Najihah mmg suker lukis komik.. kdg2 geram tgk dia amik buku sekolah.buat komik biler saya tanya dia kata buku taun lepas.. tapi dia mmg kreatif baik dlm lukisan maupun tulis script.

Gambar ni saya amik masa najihah tak siapkan lagi.
Kat sekolah cikgu & kawan2 dia panggil Syafiqah :)

Najihah ni jugak kreatif dlm penulisan..may be sebab dia rajin baca buku cerita malay & english. Tapi dia suka la sgt buat cerita yg ala2 gothic ni .. selalu sgt buat cerita zombie tapi kalau tgk citer zombie tu penakut sgt haha.. mula la semua pun nak tido dlm bilik saya haha..


Lagi komik najihah





Kadang2 tu dia lukis rekaan fesyen dia.





ditiru dr komik Ana Muslim
word Bye 2013 tu saya edit , gambar jer lukisan najihah. 

Najihah ni juga berbakat dalam penulisan. Nanti lah saya buat separate entry utk karangan najihah tu.

#HarisFawzan
Haris pun suker melukis.. pantang kalau x der benda nak buat dia akan cari kertas & mula la melukis.
Haris ni dah start melukis seawal usia 1 tahun 9 bulan. Saya pernah buat entry tentang haris dulu http://edrina.blogspot.com/2011/07/tentang-haris.html 

Antara lukisan Haris
Spiderman - March 2013
Spiderman - March 2013











Haris in Action, ni salah satu kerja sekolah dia, subjek seni reka visual.
May 2014


Saya suka pemilihan warna haris. ceria! 

Lukisan ni nampak biasa jer tapi saya kagum sebab dia lengkap dgn bayang2
Tak sure korang perasan atau tak tapi gambar yg kat bawah ni sebenarnya 3d. Haris ada buat lorong & jambatan (track) ..tapi bila ambik gambar tak nampak sangat.



Selain dr melukis Haris ni obses sgt dgn lego.. mesti nak buat robot. Dia akan cantum2 kan pelbagai lego, lego adik2 dia yg pompuan pun kadang2 dibelasahnya. Semua Robot yg dia bina berpaksi simetri & boleh berdiri dgn sendirinya.





lego color pink tu lego adik2 pompuan dia punya haha


Robot Godzilla - May 2014 
Robot Godzilla - May 2014 
Robot Godzilla - May 2014
kren
kren yg ada pengepit tu nama apa ek? haha
haa baru ingat excavator.. tu tgh dok nak pecahkan tanah haha

Motor & Robot kecit.

Robot tecit menunggang motor
jet
jet
jet
raksaksa
3 robot yg berlainan..ada jer idea dia



tatut..mcm predator pulak
lego helikopter yg telah haris ubahsuai menjadi robot
Haris ni mmg gifted kalau bab2 pasang lego, sekejapan jer kalau bagi dia buat/pasang.. saya tgk pun pening.. kalau saya yg buat mahu tak siap2 haha
Bantu babah siapkan lego babah hihi.. babah dia pun buat koleksi jugak tau haha
Tadaa.. ni babah punya tak boleh kacau hehe



Kre-o ni murah berbanding lego


Waktu pegi Big bad wolf book sales dulu, kami ada belikan buku ni utk anak2.

Haris punya la suka.. bagus buku ni sebab dia ajar skill nak melukis komik


Tiap kali jumpa buku2 teknik melukis ni kami mesti beli sebab tahu anak2 minat.



Selain dr lego, melukis haris jugak berbakat dlm origami.. kadang2 kertas tu dia lipat2 terus jadi robot dan seperti biasa robot tu tegap & boleh berdiri dgn sendirinya.







Siap dgn kepak baju & bintang ninja 
Origami pun dia tgk , buat terus jadi haha, ada sekali tu opismate saya Cindy beli buku origami, dia bagi pada Haris, sekejap jer habis dia buat haha






Saya share di sini sebagai sebahagian kenang-kenangan anak2 saya sewaktu mereka kecil.. biar bila besar nanti mereka tahu ibu ini begitu menghargai setiap apa yg anak dia lakukan.. saya rasa sangat bersyukur anak2 dikurniakan Allah dgn bakat kreatif ini.. alhamdulillah. Semoga bakat ini akan diguna kearah kebaikan.. Insyaallah. Aamiin.

Nanti saya sambung Part 2 utk Danisha, Qaireen, Umar & Khayla.. dah panjang sgt entry kali ni hihi..

Friday, May 16, 2014

Happy Birthday Haris & Happy Teacher's day to All Teachers !!

16 Mei 2014 - Jumaat
Kisah 10 tahun yg lampau, Dari 6 kelahiran, inilah satu2nya pengalaman pecah air ketuban.Inilah satu2nya pengalaman perut dibedah.

Nasib baik pecah air ketuban pagi sabtu, kat rumah bukan di opis hehe. Masa tu kami masih menetap di Taman Sri Andalas Klang, bila weekend tido rumah pil di puncak alam sebab dah nak dekat bersalin. Pukul 6 lebih pagi melangkah ke bilik air utk berwudhuk tiba2 terasa seperti terkencing & air tak berhenti2 keluar laju mcm terkencing tu hihi. Terus terdetik dlm hati 'eh.. air ketuban pecah!!'. Kelam kabut suami & ayah mentua mandi, lapik plastik dlm kereta. Sepanjang perjalanan ke hospital bersalin razif saya rileks jer sebab tak der langsung rasa sakit. Tapi husband dan fil kejap2 pusing belakang cakap 'Sabar yer ed.. awak ok ker ed?' Hihi sapa yg panik sebenarnya ni. Saya juga berulang2 cakap..'tak per..ok jer..tak sakit pun'. Saya mmg tahu kedudukan haris dlm kandungan songsang (breech) sejak kandungan berusia 8 bulan lagi so saya mmg tahu besar kemungkinan kena bedah. Kedudukan Haris terlipat dua, bontot kat bawah, tgn & kaki keatas. Sampai di hospital saya masih tak der rasa sakit. Lebih kurang pukul 12 lebih doc kata dah lama sgt utk try bersalin secara normal. Tak der contraction, so jalan pun tak buka.. takut baby lemas, husband tandatangan borang kebenaran bedah. Akhirnya pukul 1 lahirlah Haris kedunia :) - 16 Mei 2004.

Selamat hari jadi yg ke 10 tahun anakku Muhamad Haris Fawzan. Semoga kebaikan sentiasa mengiringi hidup Haris. Berjaya dunia & akhirat. Aamiin. Tak lupa buat semua guru. Selamat hari guru!! :)

You guys rock!! Terima kasih Cikgu :)

Wednesday, May 14, 2014

Handbag 2014

Hari ni kita cerita yg santai2.. nak share kasik u ols cuci2 mata melihat koleksi hbag baru taun 2014 hihi.. Bukan lah yg mahal2 sgt pun.. saya beli online jadi dpt harga murah. Tak sampai rm800 pun setiap satu tu. Saya bukan lah kisah pun beli kat butik ker online ker janji original & mutu tetap sama.. tapi lebih untung sebab harga jauh lebih murah.

Kalau korang nak tahu, bila saya berkenan sesuatu hbag, saya akan cuba cari video2 kat youtube yg review pasal bag tu supaya saya dapat gambaran lebih jelas pasal bag tu, bila letak barang macmana, bila pegang mcmana etc.

Hbag pertama yg saya beli taun ni adalah Hbag Kate Spade color Pink.. Tadaa..
kate spade sedgewick place phobe
Hbag ni saya beli dr @thesupernini online shop.. sila la follow dia kat instagram atau fb Bagaholic by Idzany.  Sekarang dia dah bukak butik, jarang nampak dia upload kat instagram atau facebook lagi dah. Tapi apa yg saya nak kongsikan dgn u ols adalah, so far thesupernini punya harga adalah paling murah. Hbag saya ni dia jual rm600+, rata2 saya check dengan online seller yg lain harga adalah rm700 - rm800+. Alhamdulillah.. andai ada rezeki jadi jugak milik saya. Saya bayar 2 kali. Bagus nini ni dia bagi kita 2 kali bayar. Senang nak deal dgn dia.


Suka sgt dgn hbag ni.. pink sgt color tu haha.. banyak compartment.

Hbag yg kedua hadiah dr suami sempena bonus dia... yg ni pun saya beli dr @thesupernini jugak.
MK mirror dome small satchel in black color
Yg ni pun tak mahal sgt..harga dlm rm500+. Boleh bayar 2 kali juga kalau mahu. Tapi since husband dah allocate duit bonus dia so saya bayar sekaligus terus.
Hitam itu menawan.
Sesuai sgt kan bawak gi kenduri kendara hahaha.. 
Saya yg happy :)
Hbag yg ketiga, saya beli sempena bonus saya la pulak.. harus lah ada hadiah utk diri sendiri jugakkan.. dah penat2 kejer ni hehe.
Michael Kors Hamilton Specchio East West
Saya nak yg hitam jugak. Kali ni plain tanpa ada sebarang corak2. Saffiano leather..best sgt.
Hbag yg ni saya beli dr fb eatsleepshop Harga boleh tahan lah.. yg ni rm700+.

Eat Sleep Shop ni boleh dapat pujian dr segi mcmana dia pack & pos, dia bungkus letak elok2 dalam kotak. So hbag tu tak rosak kemek dan sebagainya. Saya harap lebih ramai lagi online shop hbag yg buat begini.
Suka sgt kulit & silver dia tu.. exclusive nampak.. sesuai sgt utk digayakan kepejabat..ecewah haha

Saya juga beli wallet utk dipadankan dgn hbag baru.. Tapi masa nak beli tu x jumpa mk wallet yg color hitam dan murah. Akhirnya saya jumpa yg color dark blue dr fb littlecabin . Harga dlm rm300+.

Suka sgt.. best wallet ni. Berbaloi2 beli. haha semua pun berbaloi.. x der yg tak berbaloi kau ni edrina haha.
Interior view
Byk compartment jugak. Disebalik2 kad tu masih ada tempat nak selit duit. Tapi kalau nak cepat campak jer duit tu kat tgh2 tu dulu. Tapi saya suka la sorok2 kan duit celah2 tu. Esp duit singgit2 sebab tak nak guna.. nak buat duit saku utk anak2. Dan juga duit besar2 supaya tak terguna haha.

Latest addition dlm koleksi hbag saya, saya beli kat JPO 2 minggu lepas, waktu pulang dr cuti2 mesia ker JB hihi.. Ada sales sempena hari buruh.. buat muka kesian terus en.suami belikan satu haha..
MICHAEL Michael Kors Logo Tote, Walnut 
Ni saya copy paste dr internet :

Michael Kors’ Logo Tote may perhaps be your choice of handbag if you are into some refined exoticness instead of some flashy ones. And aside from that, this will also give enough room that you will need for a day of shopping or even for overnight stays.Walnut crocodile-embossed leather and cream canvas. Goldtone hardware. Buckled top handles. Front logo detail with studs.
Aww..sedondon dgn kasut :)

Walaupun simple tapi saya suka sebab roamy & byk compartment.

Hbag sememangnya akan sentiasa menggembirakan hati saya hahaha.. ok lah itu jer la kot.. nanti kita citer2 lagi..


Wednesday, April 30, 2014

Umar turns 4 today! 30 April 2014

4 years ago today, my sweet boy was born. Happy birthday my little man! Mama loves you so much! You are my heart!

A few things about Umar:

Favorite Food: White rice
Coolest person on earth: Mama & Babah 
Things I do often: Play with my Siblings
Favorite Song: Frozen
Favorite Movie: Brave, frozen
3 words that describe me (from mama): You are kind – giving hugs and love freely. Funny, You laugh and joke easily.
This video is dedicated to my baby boy, Muhammad Umar Ukasyah. Enjoice!!

Wednesday, April 23, 2014

Our New Ride - Grand Starex Royale 2.5 Turbo

Alhamdulillah, akhirnya impian saya utk ada sebuah kereta family yg selesa dimakbulkan Allah. Syukur juga dipermudahkan segala urusan.

Lama dah saya impikan, bila korek2 entry lama saya jumpa 2 entry ni :

http://edrina75.wordpress.com/2008/05/29/van-idaman-kalbu-hyundai-starex-11-seater-van/
http://edrina.blogspot.com/2009/11/impian-harapan.html

:)

22 April 2014 kereta diserahkan pada kami.

Alhamdulillah. Ini bukanlah satu kebanggaan sebab ni sebenarnya komitmen hutang yg baru. Tapi ia perlu utk keselesaan anak2. Syukur.
Balik dr sini husband yg drive. Tapi malam tu lebih kurang pukul 11, saya bawak round2 taman, amik feel katanya hahaha.. tak der lah terkejut nak bawak kereta besar bagak esok nak gi opis haha..

Hari pertama, masih tak biasa jadi kena fokus lebih haha
Alhamdulillah hari ni, hari kedua bawak gi opis, confidence level makin tinggi. Best bawak sebab tinggi, rasa mantap jer pemanduan.. tak tahu nak cerita macamana.

Starex ni 11 seaters, so muat lah anak2 dgn selesa. Enjin 2.5 turbo so pick up mmg best. Full tank ari tu dlm rm120+. Orang kata balik kelantan minyak (diesel) rm50 jer pakai.. Nanti kami cuba & test betul ker kata2 orang ni hehe.. Tapi so far dah 2 hari pegi balik cyber fuel consumption nampak ok.. mcm boleh jimat banyak. Kalau livina dulu full tank dlm rm70+, setiap 3 hari saya kena isi minyak. Alhamdulillah kalau Starex ni jimat minyak.

Malam tadi, husband ajak round2 lagi sebab dia sendiri tak puas lagi drive. Sajer happy2 dgn anak2. Jemput ayah & mak mentua & round2 area puncak alam sambil anak2 layan DVD dalam kereta. Tak sabar nya nak bercuti :)

Masa ni seat tu facing each other. tu yg Haris terteleng nak tgk dvd haha

ok, dah ubah kedudukan mcm biasa.. kat fb waktu saya upload gambar ni ramai kata mcm dlm cinema haha.
Alhamdulillah, apa2 pun syukur sebab impian yg satu ini tercapai juga.. kereta ni mmg takkan jual dah, pakai la sampai bila2 pun. Oh ya saya ada amik AFC (mcm mrta utk kenderaan). Bayar dlm RM1900+ (almost 2K jugak). Kalau apa2 jadi pada saya samada mati atau hilang upaya yg tak membolehkan saya utk bekerja lagi, kereta ni tak perlu bayar lagi.

Itu jer perkongsian buat kali ini :)


Google