I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Monday, July 04, 2011

Tentang Haris

Setiap anak itu special bukan? Tiap2 sorang ada kelebihan & kelemahan masing2.. tapi masing2 special dgn cara masing2 :).

Dulu saya sgt risau kan haris.. Umur 2 taun haris tak bercakap2, umur 3 taun, cakap german/jepun.. tak der satu pun yg saya paham..huhu.. tapi akhirnya biler masuk 4 taun baru haris start bercakap sikit2. Hati ibu mana la yg tak risau..masa tu jugak jenuh jawa
b explain kat org biler org yg jumpa haris pelik tgk kenapa dia cakap bahasa 'german'... ada jugak yg macam pandang rendah pada haris.. banding2kan perkembangan haris dgn anak
dorang.. yer lah kebiasaan budak2 1 taun lebih dah boleh cakap tapi haris..badan jerk besar tapi still cakap bahasa yg tak difahami..kalau nak apa2 just main tunjuk2 ngan jari atau buat bahasa isyarat jerk.. tapi ada jugak yg bagi kata2 semangat / suggestion jumpa speech therapy semua :) .. ada jugak yg paham.

Tapi satu yg buat saya kagum & saya rasa unik pada haris ni adalah dr segi motor skill dia..
seawal umur 1 tahun lebih haris dah tunjukkan ciri2 kreatif dia.. dia dah start membina robot2 dr lego, dah start melukis bulat2 pintal2 yg akhirnya membentuk seperti robot.. dah boleh buat jigsaw puzzle main letak2 jerk.. mmg photographic memory betul la..

ni lukisan robot haris yg dia lukis waktu umur 1 tahun 9 bulan.. dia main buat bulat2.. sampai jadik bentuk robot :)

Bentuk robot haris awal2 dulu.. waktu ni usia haris 1 tahun lebih
Bentuk robot haris..not bad utk budak umur setaun lebih kan? Ada la bentuk robot tu ekekek
Selalunya kalau buat robot, haris akan buat sepasang..lepas tu dia akan leka la dlm dunia dia tu...main lawan2 ngan robot yg dah siap tu.
Kemudian usia haris 4 tahun, haris semakin kreatif.. robot yg dia buat semua berpaksi simetri & makin kompleks.
Lukisan pun dah semakin comei.. tgk la spidey kecit2 yg comei lote ni hehe
umur 5 taun saya masukkan haris ke smartreader.. harapan saya & hubby cuma utk dia bergaul & dapatkan skill berkomunikasi yg lebih baik.. sebab haris masih pelat & vocab pun masih tak banyak..cakap masih gagap2.. memang kami tak harap pun dia terus pandai membaca lancar macam najihah. Dah kenal ABC, 123 pun dah cukup.
Dlm kelas haris masih dlm dunia dia sendiri, masa parents teacher meeting kat smartreader tu, teacher dia cakap susah nak suruh haris buat sesuatu.. kalau suruh baca pun dia berdiri tegak sambil sengih2.. mungkin sebab dia tak tahu.. biler teacher kata sapa yg dah baca jer boleh pegi rehat, haris akan duduk tundukkan muka ke meja & menangis.. kesian sgt kat dia, hati ibu mana la yg tak tersentuh biler dengar dia macam tu.. saya masa tu sgt serba salah..
tak tahu macamana nak handle keadaan haris macam tu.. tapi biler suruh tulis, tulisan haris cantik & kemas.

waktu haris 6 taun, teacher dia kata haris dah ada peningkatan. lega sikit saya dengar.. tapi masih belum pandai baca.. eja sikit2 jerk yg dia boleh.. tapi math dia sgt bijak.. even darab 2 pun dia dah pandai.. tgk jam pun dah pandai.

Skill melukis pun makin baik.. terror guna paint jugak kot ekeke.. kalau suh saya lukis kat paint pung mahu fail hehe..
Ni pulak lukisan hari masa first day masuk sekolah darjah satu awal taun ari tu.. cikgu bagi kertas & suruh lukis jerk apa2.. Haris terus lukis team spongebob neh hehe.. cikgu pun puji cakap cantik haris lukis..punya la dia suka..
Haris ni sebenarnya punya photographic memory.. tgk sekali jerk dia dah boleh lukis.. macam tu jugak kalau buat jigsaw puzzle.. bagi dia perati kejap.. dia terus boleh buat.. kalau kiter cari yg tepi2 dulu kan, buat yg tepi2 tapi haris apa yg dia dapat terus dia letak walau pun benda tu kat tgh2.. dia main letak betul pulak tu.

Tapi sejak haris umur 6 taun saya & hubby ada buat research kat internet ttg symptom2 dyslexia.

apa itu dyslexia?
Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri penghidapnya
  • Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  • Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  • Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  • Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
  • Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  • Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  • Sering berlaku di kalangan lelaki.
Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Payah mengenal bentuk atau warna
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
  • 15 dengan 51
  • “was” menjadi “saw”
  • ‘b’ dengan ‘d’
  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
  • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
  • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Memerhatikan haris ada sikit2 ciri dyslexia, tapi bukanlah dyslexia yg teruk sebab dia cuma susah nak membaca... Haris mmg selalu tersilap tulis antara b & d, p & q, kadang2 biler baca dia tend to sebut suku kata yg disebelah kanan dulu.. contohnya.. perkataan 'pada'.. haris tersasul baca 'da' dulu.. dia akan cakap..'da..eh..pada'.

Saya rasa sebab utama adalah...haris ni kreatif dan lebih banyak menggunakan otak sebelah kanan. kiter ni kan semua lebih guna otak sebelah kiri. Sebab tu lah haris terror jawi sebab jawi ditulis ikut kanan dulu. English jugak haris tak der problem sebab nak baca english bukan kena mengeja macam baca b.melayu.. may be haris nampak perkataan english seperti dlm bentuk image..so dia lebih senang ingat.

Bagi saya , haris bukan lah budak yg lembab walaupun membaca b.melayu masih merangkak2.. tapi bagi saya haris genius & ada talent yg tersendiri..sebenarnya haris ni budak2 yg extra ordinary.

Bayangkan seawal umur 6 tahun haris dah boleh google sendiri software lego kat tenet..install sendiri software tu tanpa pengetahuan saya & start membina robot guna software tu..


Latest skill haris, dia dah pandai buat lukisan yg ada shading.. tak der sapa2 ajar.. tapi sebab atas kreativiti diri dia sendiri..
So, jgn cepat label kan anak2 kiter atau murid tu bodoh/lembab/pemalas dan macam2 lagi hanya sebab dorang tak siapkan kerja rumah atau masih merangkak2 dlm membaca. Ada jugak guru yg tak sabar & tak paham akan cepat melabelkan murid2 ni lembab & IQ rendah sedangkan mereka tu sendiri yg tak pernah tahu ttg dyslexia & mengkaji dr perspektif yg berbeza.

Ramai org terkenal & ternama yg ada symptom2 dyslexia sewaktu kecil akhirnya berjaya dlm hidup..contohnya albert einstein..dia ni pun start bercakap umur 4 taun jugak..macam haris...so adakah haris bakal menggantikan albert einstein satu hari nanti? ekekeke

Insyaallah saya yakin, satu hari nanti haris akan membanggakan saya & keluarga..ameen.

Thursday, June 30, 2011

Hari Report Card Najihah & Haris

Pagi2 tadi saya busy amik report card utk sek KAFA najihah & haris.. Tghari lak amik kat sek keb... hari report card & jumpa cikgu2 & ustazah2 tanya perkembangan anak2.

Najihah
Saya puas hati sebab dia dapat result yg bagus.. Peratusan semua subjek cemerlang utk sek pagi & petang. Sek Keb najihah dapat no 6 dlm keseluruhan budak2 darjah 3. Alhamdulillah. Komen cikgu najihah " Najihah ni IQ tinggi".

Haris
Saya & hubby mmg tak harapkan dia seperti Najihah sebab kami tahu dia ni kurang fokus. Masa exam pun tak study langsung. Biler saya suruh bukak buku.. dia boleh kata.. "mama, haris x tau la nak baca apa.." then dia tanya Najihah pulak "Jihah..nak baca apa Jihah?" ekekeke.. pas tu bukak buku sikit mula la ngantuk..cer suruh main komputer ker.. melukis ker.. huh..yg tu mmg tak tau penat.. sampai kul 12 malam pun x per.. Tapi tiap kali exam.. apa yg memeranjatkan kami..result haris x teruk malah masih membanggakan.. walaupun x dapat 100%..contohnya result ujian baru2 ni.. Jawi 96%, math 97%.. yg lain2 semua 70 keatas...boleh lah bagi budak2 yg tak studi mcm haris neh ekekee... saya expect dia ni nak dapat 50 keatas pun susah sebab dia masa masuk darjah satu membaca masih merangkak2.. oh saya rasa saya patut tulis satu entry khas tentang haris ni.. yer lah haris ni start bercakap pun umur 4 taun. Tak macam najihah.. setahun dah boleh bercakap lancar. Tapi bagi saya najihah & haris dua2 ni bijak & special dgn cara masing2..

Komen cikgu Haris pulak "Haris ni dlm kelas kadang2 macam dlm dunia dia sendiri.. dia main2..buat tak tahu biler saya mengajar kat depan.. tapi yg menghairankan saya... biler saya terjah dia.. tanya soklan.. dia boleh jawab!.. tu yg saya heran tu .. eh budak ni dengar ker apa yg aku ajar ni?" ekekeke... pas tu cikgu english dia cakap "masa mula2 masuk dulu, dia susah nak buat apa yg kiter suruh.. saya suruh dia tulis.. dia slow sgt. Tapi sekarang.. dia selalu jadik yg paling cepat siap!"

Saya rasa haris ni tergolong dlm late bloomers macam saya.. saya dulu darjah 2 baru terror membaca ekekke.. Najihah pulak tergolong dlm early bloomers macam hubby.. Hubby tu 5 taun dah baca paper..macam najihah lah.. 3 bulan masuk smartreader masa umur 5 taun terus terror membaca. memang cepat pickup.

Apa2pun saya bersyukur & happy dengan result & perkembangan anak2.. walaupun haris x dapat top 10 macam jihah.. yg penting haris ada peningkatan yg sgt baik.. alhamdulillah.

Monday, June 27, 2011

coretan merapu hari ini

Semalam saya check up lagiks kat spital Razif & Norana. Oh esok (selasa) masuk minggu ke 33..oh yeah.. Check up semalam semua ok.. saya ok, baby pun ok... doc cakap baby besar.. patut la perut saya besar & berat semacam jerk ni huhu.. anggaran berat baby setakat ni ada la dlm 2.5kg..tak kisah lah janji baby sihat.. berat saya pulak semalam timbang sudah naik mencanak 65kg wekekekee..

Semalam jugak saya dah suh maid basuh baju2 baby yg saya baru beli.. baru beli? oh yeah saya terpaksa beli baru sebab banyak baju2 qaireen & danisha masa baby saya dah sedekah pada org since saya ingat Umar tu anak saya yg bongsu..ekekeke bongsu tak jadi rupa2nya hehe...

Nanti saya upload yak gambo2 baju2 baby girl yg super duper cumel itu hehe..

Oh yer.. saya akan sambung balik project mengcasa impiankan umah ku syurga ku tak lama lagiks.. start ngan khamis ni, buat cornice dulu kat bahagian atas.. semua bilik termasuk lah family hall tu.. Harap2 project ni semua sempat siap sebelum saya bersalin lah u ols.. Masa homdec exhibition ari tu saya dah berjaya lock beberapa harga yg menarik utk buat built in wardrobe kat semua bilik, kabinet tv, wall paper & langsir baru. Then saya nak buat bilik anak2 cantik2.. ada beberapa perabut kat ikea yg dah berkenan dihati...

Walaupun kami ada angan2 utk beli umah yg lebih besar esp biler tgk umah2 kat denai alam yg giler besar & cantik2 tu..hati sudah terpaut jatuh cinta pandang pertama, tapi umah sedia ada ni pun harus lah kiter bagi selesa jugak kan.. Kalau ada rezeki & izin Allah..insyaallah takkan kemana semua tu..betul tak u ols?

Ok lah tak tahu lah nak bebel apa lagiks... chow cin cau dulu....

Wednesday, June 22, 2011

Hubby's new ride

Bye..bye BKH8892... welcome XXX 8892 :)

Hubby upgrade sylphy dia pada Teana 2.5

Gambar ni saya snap gambar yg dia print out & kasik kitaorg..saya amik separuh sebab tak mau kasik nampak itu no plat ekekek..

Tuesday, June 21, 2011

32 minggu sudah

Dah lama tak update blog kan? ekekek sampai dah kena sound ngan Marina hahaha.. Marina kater hari2 dia bukak tapi tak dak update hehe.. Sorilah marina, apasal ntah rasa malas giler nak mengarang kat blog neh la ni.. asyik2 dok update fb jah & suka baca blog org lain sajork... blog sendiri terbiar sepi wekekeke

so marina, neh akak update atas permintaan marina tau..ekeke sebab akak dah janji, so tak baik menghampakan permintaan org eceh.. :)

Minggu neh genap la sudah 32 minggu saya peknen... check-up kat klinik pun dah jadiks setiap 2 minggu sekali.. tak lama lagi dah ni.. saya bercadang nak amik mc start minggu ke 37, nak kautim ngan doc since pregnancy kali ni yg ke 6 company tak cover means saya tak entitled for maternity leave, so saya kena amik unpaid leave selama 2 bulan. Saya budget saya akan bersalin dlm minggu ke 38 macam anak2 sebelum neh.. minggu 38/39 cam gitu lah.. sekarang ni pun dah rasa berat yg amat & tak larat. So minggu ke 37 ingat nak start rehat kat umah sajork laa.. then masuk minggu ke 38 tu saya apply unpaid leave lah selama 2 bulan.

Alhamdulillah rezeki kami lately ni makin murah.. mungkin berkat atas macam2 sebab..Syukur Ya Allah di atas kurniaan ini. Saya & hubby yakin semua ini sebab rezeki anak2, keberkatan yg kami dapat biler tidak kedekut dgn ibu bapa, zakat & sedekah yg berterusan. Mmg saya & hubby benar2 percaya sebab makin banyak kami memberi terutama pada kedua ibubapa, makin byk yg kami dapat. Tiap2 bulan mmg hubby akan bagi tak kurang dr rm1K utk parents dia, saya pulak takat ni hanya mampu bagi rm500 pada ayah saya & rm200 pada mak saya. Tak kira pulak biler dorang dtg sini, kami akan belanja makan macam2... tapi saya & hubby tak pernah berkira sebab kami rasa tak ada ruginya berbelanja utk ibubapa sendiri.. mmg betul pun satu hari kami belanja parents saya & hubby makan kat fish manhattan sampai bil hampir cecah rm500... tup2 esok masa saya nak tutup akaun hutang pinjaman peribadi tetiba dapat duit lebih dr bank lagi almost rm600 (oh ya..sekarang saya sudah hampir bebas hutang.. tiada lagi pinjaman peribadi, tiada lagi hutang kredit kad utk dibayar.. la ni cuma konsentrate bayar hutang kereta & rumah sahaja) ..Dapat lebih lagi dr apa yg kami kuarkan hari sebelum tu.

Bagaimanapun saya & hubby selalu ingat mengingati antara satu sama lain.. kami tahu Allah yg berhak memberi & Allah jua berhak menarik biler2 masa sajer rezeki yg dia berikan. Sebab tu hubby kata kadang2 waktu dia solat malam2 kadang2 dia menangis.. dia melahirkan rasa syukur pada Allah tapi pada masa yg sama merayu & menyatakan ketakutan pada Allah janganlah direntap rezeki yg diberikan ini kepada kami..Bukan shj rezeki dr segi hartabenda, tapi rezeki dr zuriat, harta yg tak ternilai buat kami.... Panjangkan lah usia kami utk mendidik anak2 yg masih kecil.. Saya sgt sedih biler baca kisah2 kematian anak2 kecil dlm paper... & saya rasanya belum sanggup utk menghadapi semua itu.. Ya Allah kau peliharalah & lindungilah anak2 ku tak kira di mana sahaja mereka berada.. ameen.

Saya coretkan disini bukan niat utk berbangga.. tapi utk sama share ngan u ols apa yg kami rasa.. kenikmatan, kebahagiaan & sebagai salah satu cara melahirkan rasa syukur kami.

Tanda-tanda orang yang bersyukur
1. Mengakui dan menyadari bahwa Allah telah memberinya nikmat
Orang yang bersyukur senantiasa menisbatkan setiap nikmat yang didapatnya kepada Allah Ta’ala. Ia senantiasa menyadari bahwa hanya atas takdir dan rahmat Allah semata lah nikmat tersebut bisa diperoleh. Sedangkan orang yang kufur nikmat senantiasa lupa akan hal ini.
فعن ابن عباس رضي الله عنهما قال: مطر الناس على عهد النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : «أصبح من الناس شاكر ومنهم كافر، قالوا: هذه رحمة الله. وقال بعضهم: لقد صدق نوء كذا وكذا»
“Dari Ibnu Abbas Radhiallahu’anhuma, ia berkata: Ketika itu hujan turun di masa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, lalu Nabi bersabda: ‘Atas hujan ini, ada manusia yang bersyukur dan ada yang kufur nikmat. Orang yang bersyukur berkata: ‘Inilah rahmat Allah’. Orang yang kufur nikmat berkata: ‘Oh pantas saja tadi ada tanda begini dan begitu’” (HR. Muslim no.243)

2. Menyebut-nyebut nikmat yang diberikan Allah
Mungkin kebanyakan kita lebih suka dan lebih sering menyebut-nyebut kesulitan yang kita hadapi dan mengeluhkannya kepada orang-orang. “Saya sedang sakit ini..” “Saya baru dapat musibah itu..” “Saya kemarin rugi sekian rupiah..”, dll. Namun sesungguhnya orang yang bersyukur itu lebih sering menyebut-nyebut kenikmatan yang Allah berikan. Karena Allah Ta’ala berfirman:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
“Dan nikmat yang diberikan oleh Rabbmu, perbanyaklah menyebutnya” (QS. Adh Dhuha: 11)
Namun tentu saja tidak boleh takabbur (sombong) dan ‘ujub (merasa kagum atas diri sendiri).

3. Menunjukkan rasa syukur dalam bentuk ketaatan kepada Allah
Sungguh aneh jika ada orang yang mengaku bersyukur, ia menyadari segala yang ia miliki semata-mata atas keluasan rahmat Allah, namun di sisi lain melalaikan perintah Allah dan melanggar larangan-Nya, ia enggan shalat, enggan belajar agama, enggan berzakat, memakan riba, dll. Jauh antara pengakuan dan kenyataan. Allah Ta’alaberfirman:
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya” (QS. Al Imran: 123)
Maka rasa syukur itu ditunjukkan dengan ketakwaan.


Cuba renungkan kata2 yg indah ini:

ku minta kpd ALLAH setangkai bunga segar, DIA beriku kaktus yg berduri, ku minta kupu-kupu diberiNYA ulat, ku kecewa dan bersedih, tp tetap sabar, namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu mnjd kupu-kupu yg cntik, bgitulah cara ALLAH mengasihi kita selalu indah bila tiba waktunya"

- sesungguhnya permulaan sabar itu pahit tapi insyaAllah kita akan merasakan kemanisan diakhirnya, kadang2 kiter mengharapkan sesuatu, dgn usaha gigih kiter harap dapat memilikinya, tapi nyata itu bukan milik kiter..sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik utk hambanya..Insyaallah.

ops sekali menulis terus kuar mode ustazah wekekeke...

Sunday, May 22, 2011

Kegilaan Baru

Dulu, saya tak berapa suka pakai tudung segera ni sebab mmm sebab... saya rasa saya pakai macam indon huhu.. sori..saya tak bermaksud nak memperleceh sesiapa yer.. tapi itu padangan peribadi saya melihat saya pakai tudung segera ala ariani tu..

Tapi sejak peknen ni saya jadiks malas nak lilit2 shawl..pakai tudung bagai.. betul2 malas.. so saya try la beli satu.. memula beli saya macam tak der la berapa suka sebab saya rasa still tak best..kembang semacam kat leher & tak terletak.. saya tak suka gaya sesetengah org yg pin kat leher hingga menampakkan batang leher.. bagi saya sgt tak cantik... di mata saya laa.. tapi sejak saya terbeli jenis yg kain lembut giler macam silk & 100% cotton.. terus saya rasa sgt cool memakai tudung ini hak hak.. sebab kain2 jenis ni biler pakai cam jatuh.. & terletak serta tak kembang bahagian leher..

ni antara koleksi2 tudung segera kegemaran saya...

yg ni dr material cotton..

Yg ni pulak bukan cotton tapi material dia sgt2 lembut..
Shawl..may be tunggu lepas saya bersalin kot baru saya pakai balik wekekeke.. mungkin ni peel atau pembawakan baby kali ni kot.. saya sgt2 malas nak pakai tudung lain selain dr tudung segera neh..hiks

Al-Fathihah utk semua mangsa tragedi tanah runtuh hulu langat

Hati saya sgt2 hiba biler melihat gambar ni yg sempat diambil sebelum kejadian tanah runtuh.

Al-Fatihah utk semua mangsa. Semoga Ruh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & dicucuri rahmat.. ameen.

Memetik sedikit status fb Ustaz Mohd Zawawi Yusoh:

"mati mengejut bagi yang baik2 adalah rahmat, manakala mati mengejut bagi yg zalim dan jahat adalah azab, ya Allah husnulkhatimah untuk kami."

Al-Fatihah

Wednesday, May 18, 2011

Latest Addition..

Sekarang saya sudah puas hati..sudah mendapat apa yg dihajati...leh dok diam2..dok ontok2 ekekeke
Buat masa sekarang saya guna coach tote pink neh utk belasahan hari2.. saya sgt suka sebab cam best & praktikal gitu eceh ekekeke...
Yg sling neh biler jenjalan..
Yg saya beli kat mid valley tu may be biler occasion tertentu la saya pakai..hehe

so no more new handbag until next year ahaks..

Wednesday, May 11, 2011

Insyaallah esok dapat..yeay!!!

Coach Tote pink insyaallah sampai esok..yippie yeay.. sukanyaa....

oh yaa saya beli kat sini --> http://thecrazycoach.blogspot.com/

Hi Edrina,

your poslaju tracking number:

ED 992081529 MY

insyaAllah esok sampai ya :)

thanks a bunch!

regards,
julia

Sent from my iPhone

Monday, May 09, 2011

Happy 4th Birthday Danisha! 10 MAY 2011

Danisha : 2 days old

Danisha kecit2 dulu adalah sgt debod & putih sepuk..
Danisha : 3mos

Danisha : 1 Year +
Danisha : 2 Years old ++
Danisha : 3 Years old +
Danisha Terkini..menjelang 4 Tahun.. Berambut pendek :)
Suka melawa & bergaya.. sgt2 girly tau..terserlah ke'lady'an nya..so lady like
Suka pakai cantik2.. penggeli & pembersih.. baju basah sikit pun nak tukar lain.. asyik tukar baju jerk.. ekekeke...

Saya tak hantar Danisha enroll mana2 kindergarten pun lagi sebab semua anak2 saya masukkan dorang smartreader masa umur 5 tahun.. tak kisah lah org nak cakap apa tapi sajer saya nak bagi dia main puas2 & tido puas2 kat umah dulu..

Danisha sekarang suka sgt melukis... tapi mmg kelakar la lukisan2 Danisha ni.. tapi kiut jugak ekekeke

Lukisan 1 : Ni org ikut imaginasi Danisha ekekeke
Lukisan 2
Lukisan 3
Danisha in action

Danisha jugak suka menyanyi.. terror lak tu... byk lagu2 english yg dia terror nyanyi.... lagu bruno mars etc.. nanti saya upload video Danisha nyanyi..mmg comel giler... kekadang saya & hubby tersenyum sesama sendiri sebab kitaorg heran & kagum..'eh mana dia tau lagu ni ek? Masa biler dia dengar?' hahaha.. So ucapan neh ucapan utk Danisha buah hati saya & hubby sempena ulang tahun Danisha yg ke 4 taun...

Dear Danisha,

We wish you the best, As you grow healthy, no less.
We love you our dear. You are such an angel, may you have a splendid years ahead
Be a good girl, a good daughter, a good sis and a good muslimah. May Allah bless you alwiz.. ameen.

Happy Birthday Danisha!!

Love,
Mama & Babah



Friday, May 06, 2011

Happy Me

Bag Coach ke 5 ekeke.. sling bag yg lebih besar..opismate saya beli kat US..rm350 murah kan? sukaaaa.... biler la beg pink saya nak sampai neh...

Thursday, May 05, 2011

Mama i love You!!!


There are times when only a Mother's love
Can understand our tears,
Can soothe our disappoints
And calm all of our fears.
There are times when only a Mother's love
Can share the joy we feel
When something we've dreamed about
Quite suddenly is real.
There are times when only a Mother's faith
Can help us on life's way
And inspire in us the confidence
We need from day to day.
For a Mother's heart and a Mother's faith
And a Mother's steadfast love
Were fashioned by the Angels
And sent from God above.
****Blessed Mother`s Day****

Tuesday, May 03, 2011

Happy 1st Birthday Umar!!

Hari Sabtu baru2 neh.. 30 April 2011 genaplah umar 1 tahun... terasa wah cepatnya.. umar sudah 1 taun ekekekeke.. Walaupun lambat entry neh utk umar tapi saya tatap nak buat sebab saya nak umar baca & tahu satu hari nanti yg umar neh sememang dr lahir sampai la ni sorang baby yg sgt2 senang dijaga.. tak pernah susahkan saya & hubby dgn pelbagai kerenah.. mmg sgt2 baik..
umar:Day 1

Proses kelahiran Umar jugak sgt senang... Macam tu jugak dlm pantang.. saya jarang berjaga malam... Umar tak pernah kembong atau meragam.. menangis melalak2 ker apa..
Umar : Day 2

Hubby selalu kata mungkin nama Umar neh yg sikit sebanyak mencorakkan sifat, sikap & personaliti Umar.. Muhamad Umar Ukasyah.. nama yg sgt kuat.. nama yg sgt baik.. Tubuh badan Umar tegap & Umar jarang sakit... bukankah panggilan itu mengandungi doa? Setiap org yg memanggil dikira membuat doa utk nya :)
Umar : 1mos
Mungkin sebab Hubby yg nak sgt nama Umar neh sampai Umar ni sejibik macam muka hubby ekekeke.. dan sgt2 manja dgn hubby.. selalu nak pada hubby lebih dr saya.. kalau saya & hubby ada kat situ dia mesti gi terkam hubby dulu :)
Umar : 2mos
Umar akan tido awal.. pukul 9 lebih umar dah start ngantuk.. pas tu bangun sekali jerk utk menyusu.. dan awal pagi pukul 6 umar dah bangun.. bangun2 terus ceria hehe
Umar : 3mos
Kehadiran Umar mmg menambah2 keceriaan dlm famili saya.. Dan saya & hubby mmg percaya bahawa setiap anak kami punya keistimewaan masing2.. dan benar membawa rezeki pada kami berdua..
Umar : 4mos
Pada usia 5 bulan, rambut umar hampir botak.. cukur bantal atau makan dek bantal kater org tua2 ekekeke.. Umar tak macam anak2 saya yg lain yg lebat sgt2 rambut.. ekekeke
Umar : 5mos
Umar, mama & babah sayang sgt2 kat Umar, Semoga Umar sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dilindungi Allah & dirahmati Allah selalu.. Semoga Umar dikurniakan dgn pekerti mulia.. dan menjadi seorang umat muhammad yg benar2 menghayati ajaran Islam.. Saya teringin jugak kalau besar Umar neh jadiks hafiz atau Ustaz..Insyaallah..ameen
Umar : 6mos
Umar neh pulak mmg sorang yg ceria.. suka senyum.. sengih manjang.. mmg sgt sejuk hati tgk sengih umar..

Umar : 7mos
telinga umar yg capang ekekeke.. ayah mentua saya cakap..telinga mengepang rezeki ekekeke.. insyaallah.. semoga umar dimurahkan rezeki selalu.. ameen :)

Umar : 8mos
Pada usia 8 bulan umar sudah boleh duduk tegap dgn sendiri, tak perlu bantuan bumbo lagiks..
Umar : 9mos
Saya sgt2 bersyukur sebab kedua2 anak lelaki saya bukan jenis yg lasak melampau, suka bergaduh atau kasar.. atau suka buat org sana sini.. Semoga mereka membesar dengan akhlak mulia & iman yg penuh di dada..ameen.

Umar : 10mos
Pada usia 10 bulan.. umar sudah mula bertatih2..
umar - 11mos
Budak yg saya rindui setiap hari... mau gomol2 dia.. hehe.. Pada usia 11 bulan ni jugak umar dah boleh berjalan dgn jayanya..yeay!!!
Apa yg saya perasan sgt ttg umar neh.. dia suka sgt zikir2 menjelang maghrib tu.. slot indahnya iman dekat astro oasis.. dia akan tgk dgn penuh khusyuk.. Bukak la channel kartun ker nyanyi2 ker dia tak heran.. tapi kalau kuar jer zikir2 atau azan..kalau sebelum tu dia dok melasak jalan sana sini (pasal baru dapat kaki so tgh dok gian berjalan lagiks ekekek) biler tetiba kuar zikir tu secara automatik umar akan berhenti & tgk tv dgn penuh minat.. Bila azan berkumandang pun umar akan buat bunyi 'aaaaaaaaaaa...' seolah2 mcm tgh ikut azan sama :).
Umar jugak dah pandai sebut 'nak' tapi bunyinya 'ennnaaak' ehehehe.. cumel sgt.. gigi pulak dah ada 4 batang.. besar2 pulak tu ekeke.. 2 atas & 2 bawah.
umar : 12mos
Sekarang neh umar makin cheeky..makin lasak..suka panjat sana sini test power ekekeke.. tapi tetap manja.. manja berbanding anak2 perempuan saya.. dan saya mmg perasan..anak2 lelaki saya mmg lebih manja...anak2 perempuan lebih independent..
Selamat Hari Jadi yg pertama Umar!!! Mama & Babah sayang Umar sampai hujung nyawa kami.. muaahhhsss...

Mudah2an Umar dapat menghayati kehebatan tokoh2 silam 'Umar Abdul Aziz' & 'Khalifah Umar Al-Khattab' lantas menjadikannya sebagai ikutan.. ameen..

Sunday, May 01, 2011

Thursday, April 21, 2011

Next!! Bakal dlm genggaman.. wweehuuuu...lalala

This summary is not available. Please click here to view the post.

Wednesday, April 13, 2011

Persiapan utk baby kali ini

Walaupun anak no 6 tapi perasaan nak sambut org baru tatap teruja okes..ekekeke..

1.) Set bersalin shaklee saya sudah sampai yeay...cukup utk 4 bulan.
dan juga alfalfa utk tambah susu.

2.) Tgh dlm proses order set botol susu ini utk baby dlm pewut..oh..sgt teruja ekekeke
dan ini pulak thermal cover dia.. comei tak? hehe i loike..
saya beli online kat fb, tapi saya tgk kat littlewhiz pun ada jual ni..
http://www.littlewhiz.com/pd-momma-zero-first-kit.cfm

Wednesday, April 06, 2011

Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya. Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Maksud firman ALLAH; Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Tuesday, April 05, 2011

Set Bersalin Shaklee

Tetiba saya rasa cam best jerk set bersalin shaklee neh.. harga pun tak la mahal sgt.. RM100 jerk utk set dlm pantang.. tapi kalau nak yg 3 bulan/full set lebih lagi la harga dia.


[Set C-1]Kandungan Pek Percubaan Pakej C (set rawatan dalam pantang) :

  • B Complex (40 biji) - penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon.
  • Vitamin C (40 biji) - penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) (40 biji) - perlu kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  • Zinc (40 biji) - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Zinc juga bantu atasi masalah kedinginan selepas bersalin. Baca lanjut di sini.

Cara pengambilan set C-1 ialah :
  • 1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C, Multivitamindan Zinc.

[Set C-2] Add-on bonus! ♥
Tambah rm10 untuk tambahan 80 biji Alfalfa (milk booster). Maka, jumlah keseluruhan ialah RM 110 termasuk kos penghantaran.

Cara pengambilan set C-2 ialah :
  • 1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C, Multivitamindan Zinc.
  • 2 biji sehari untuk Alfalfa.
Google