I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Showing posts with label pantang lepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label pantang lepas bersalin. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Sunday, June 13, 2010

Alhamdulillah 44 hari telah berlalu

Sabtu ari tu 12 jun genap lah 44 hari saya berpantang..pantangkah? ekekeke..

Umar la ni dah semakin boolat...suka saya tgk.. pulak tu dah pandai kalau kiter agah dia.





Umar sayang..membesarlah dengan sihat yer sayang..

Wednesday, June 02, 2010

Masih ramai yg prihatin

Walaupun saya berpantang sendiri.. tiada sesiapa jaga saya.. mak saya tak datang jaga saya.. tapi itu bukan sebab utk saya bersedih.. sebab kalau bersedih & mengenangkan nasib diri takkan merubah apa2.. bersyukurlah dengan apa yg ada & lebih baik kita ceria2kan diri betul tak? Kalau ikutkan mak saya cuma datang waktu saya bersalin anak pertama sahaja.. itupun waktu tu arwah nenek kesayangan saya masih ada.. lepas tu anak ke 2 dan seterusnya.. mak saya tak datang.. kalau datang pun selepas sebulan atau 2 bulan lepas tu.. tapi saya bersyukur sebab masih ramai yg prihatin.. walaupun tak dapat jagaan & belaian dr ibu sendiri, Allah tu dtgkan pertolongan & bantuan dr sumber yg lain.. contohnya ini...

ini adalah halia yg dipotong2 & dimasak oleh kakak opismate hubby.. so tiap kali saya makan saya akan makan halia2 ni semua.. terima kasih banyak2 kak. Halia ni dah tinggal sikit sebab saya dah makan banyak.. terima kasih sangat2 sebab susah payah potong halia ni kecik2 & masakkan utk saya...

tiap kali saya makan nasik, saya makan halia2 ni sebagai ulam.. mula2 makan rasa tak sedap tapi paksa jugak makan sebagai ubatkan.. dah lama2..rasa ketagih..cam sedap pulak cam nak lagi dan lagi dan lagi hehe.. baby umar pun asyik terkentut2 jerk biler saya makan halia ni banyak haha.. alhamdulillah setakat hari ni umar tak der lagiks kena kembung atau meragam. Lagipun tiap kali lepas mandi saya tak pernah miss tuam perut dia.

saya jugak beruntung sebab ada ramai kawan2 yg prihatin & baik hati...esp kawan baik..dulu kini & selamanya..jujie.. kawan paling teristimewa :-)

BTW, i luv u all...muahss..saya tahu ramai yg mendoakan saya waktu saya nak melahirkan hari tu.. semoga Allah sahaja yg membalas budi baik korang...amin

Tuesday, May 18, 2010

macam2 update

Banyak benda yg nak update tapi biler dah terlalu banyak nak update terus jadiks malas ekekeke boleh gitu? Banyak gambo2 nak upload sebenarnya.. Banyak gambar & cerita ttg lawatan sepupu sepapat saya dtg tgk baby, celebration bday haris & danisha, lawatan mak long ina aka anexpatswifeinkhartoum etc..hmm nanti2 lah saya buat seperate entry utk tiap satu tu yek u ols..

Semalam saya ada perjumpaan dengan cikgu kumon najihah ttg progress dia. Masuk2 jerk terus cikgu dia cakap dorang sgt impress dgn prestasi najihah.. then dorang tunjuk graf prestasi najihah yg giler mencanak naik, melampau projection yg dorang buat.. dorang cakap najihah sgt cepat pickup & dorang mmg betul2 kagum la dengan pencapaian dia..

Masa bulan 2 dulu, masa saya baru daftar dia, dia buat 1st ujian kan utk tentukan tahap dia.. masa tu dorang bagi 60 soklan utk disiapkan dlm masa 20 minit. Dia tak dapat nak siapkan semua dlm masa ditetapkan..dia cuma dapat siap kan dlm 40+ soklan jerk sebab time tu dia kira masih guna jari.. sebab tu slow.

Tapi sekarang.. amazing sungguh.. setiap kali habis satu level sebelum melompat ke level seterusnya cikgu akan bagi ujian prestasi kat sekolah.. ada 100 soklan & standard masa yg diberikan adalah 10 minit. Ujian prestasi pertama najihah dapat siapkan semua soklan (100) dengan hanya 2 salah (means 98/100) dlm masa 4 minit. Ujian prestasi kedua, najihah dapat jawab semua soklan dan semua betul 100/100 dlm masa 4 minit. Ujian prestasi ke 3, najihah dapat siapkan semua soklan dengan hanya 1 kesalahan sajork (99/100) dlm masa 8 minit. Ujian prestasi ke 3 ni susah sikit so standard masa yg diberikan 15 minit, sebab dia ada tambah & tolak utk nombor yg besar2. Saya rasa saya pun tak mampu nak siapkan soklan2 tu semua dlm 4 minit kot ekekeke

Sekarang ni najihah tgh hafal sifir2 tu sebelum dia masuk level seterusnya iaitu multiply lah.. so teacher dia cakap by end of this year najihah dah boleh habis cover sampai pelajaran darjah 3 walaupun la ni najihah baru darjah 2. Teacher dia cakap skill yg dorang target pada najihah iaitu speed & accuracy dah ada pada dia.. dia dapat siapkan soklan2 maths tu dengan cepat & betul.. alhamdulillah.

Update on qaireen pulak.. qaireen sekarang dah pandai sebut mama, babah, kakkak & uma (umar) hehe.. dia dah berani cium baby umar.. dia dah tak buat baby lagiks.. tapi dia suka perati & nak cium baby sokmo..so saya kena perati selalu takut dia tertindih tangan baby umar ker atau cium baby terlalu kuat ekeke.. kalau dulu maid saya pun dia panggil mama, la ni dia dah tahu bezakan.. biler dia nampak maid saya aisyah, dia akan panggil kakkak..... paling suka biler dia sebut umaaaaaaaa.... panjang jerk siap berlagu..so sweet tau...

Update ttg saya, hari ni dah 19 hari berpantang yg mana bagi saya tak der la pantang giler2 ketat pantang ekekeke.. mana taknya seminggu selepas bersalin saya dah bawak keter area2 puncak alam ni ekeke.. saya masak sendiri & saya makan jerk semua kecuali benda2 yg sejuk & berangin lah.. saya tak der pantang makan giler2 sebab saya menyusukan baby jadiks saya rasa saya perlukan makanan2 yg berkhasiat.. hari2 saya pakai korset beautiful.. & makan ubat lepas bersalin amway tu. Korset tu dulu masa mula2 pakai saya pakai cangkuk yg paling luar, lepas 5 hari camtu la ni saya dah boleh pakai cangkuk yg tgh2.. target saya adalah cangkuk yg last masa macam sebelum peknen dulu caiyuk2.. paling tak leh blah vontot ku yg mengalahkan beyonce besarnya ekekeke.. hubby kata.. baru lagi kan.. nak risau apa..betul la tu kalau ikutkan baru jerk lagi kan bersalin..tu yg masih besar.. tak per saya masih ada masa sebulan lebih lagiks utk kecitkan balik mana2 yg terlebih besar tu yak ekekeke..

Ok lah.. nak gi tgk baby jap..daaa...

Wednesday, May 05, 2010

Bengkak susu (breast engorgement)

Selama bersalin anak pertama hinggalah anak keempat, tak pernah lagi la saya mengalami bengkak susu ni u ols..

Hari ke 3 selepas bersalin, tetiba susu saya tak nak kuar, baby hisap atau pakai pam pun tak nak kuar. Susu berkumpul dlm breast. Breast saya dah rasa berat giler, tegang & penuh dgn susu.. sakit nya tok sah cakap la.. nak bergerak sikit pun sakit huhu.. mmg rasa nak demam. dah rasa cam dolly parton jerk keh keh..

Saya google cara2 nak kurangkan sakit, macam2 petua yg saya jumpa, ramai yg kata suruh urut & picit, ada jugak yg jumpa doctor & buat pembedahan, tapi biler saya baca yg luka bedah tu doc tak jahit & kena pi dressing hari2.. pulak tu dorang kata masa procedure dressing tu sakit giler, terus saya nekad.. panggil bidan urutlah.. tahanlah sakit sekejap ajerk dr kena bedah huhu..

Saya plan memula nak start ngurut hari ke 5 lepas bersalin, tapi disebabkan masalah susu membengkak ni, terus saya call bidan urut saya tu mintak dtg ari tu jugak huhu.. Masa bidan tu sampai dia pun takut tgk breast saya.. tegang semacam haha.. sentuh sikit pun sakit tau huhu..
Sepanjang dia urut & picit tu menjerit2 saya tahan sakit huhu.. sakit giler tak tau nak cakap huhu..tapi mmg sakit la.. saluran susu tu dah tersumbat sebab susu berkumpul & berbuku dlm breast saya. Dia start berbuku2 dr bawah ketiak.. Kalau rasa bawah ketiak boleh rasa berketul2.. so bidan tu start urut dr ketiak.. dia urut2 & picit.. walaupun dia buat selembut mungkin tapi tatap sakit giler vaveng la huhu.. picit punya picit diselangi dgn jerit pekik saya kah kah.. memula kuar susu yg beku tu.. lepas dah habis kuar yg cam beku tu mula la kuar susu yg cair.. saya start rasa lega biler tetiba lepas tu, biler dia picit nipple tu kuar air susu memancut2.. banyak giler okes susu saya kuar memancut2.. rasa argh legaa giler.. habis belah kanan, belah kiri pulak..adoila mmg hazab sungguh menahan sakit huhu.. macam tu jugak dia buat kat breast sebelah kiri, picit sampai susu kuar memancut2.

Bidan tu cakap, dia dulu pun macam saya, anak 1 hingga no 3 semua ok, dia kena macam saya masa bersalin anak ke 4. Kata dia, may be biler bilangan anak dah ramai, pengeluaran susu makin banyak.. penawaran melebihi permintaan huhu..tu yg susu tu jadiks terkumpul & berbuku2 & tersumbat. Alhamdulillah lepas dah urut tu, tak der lagiks dah problem susu tersumbat, baby minum pun lancar jerk.. so ni mmg pengalaman betul la bagi saya..tak pernah2 kena bengkak susu macam tu tau.. sebelum2 ni kalau susu penuh dia akan meleleh kuar kan & kiter akan pam atau sua jerk kat baby suh hisap.. tapi kali ni susu mmg tak leh kuar langsung sebab laluan dia dah tersumbat..huhu mmg hazab la..

Ni petua2 yg saya buat masa nak kurangkan sakit tu:

1.) Tuam breast dengan air suam (saya letak air suam dlm botol mineral & golek2kan kat breast.
2.) Saya sikat breast perlahan2 dgn sikat.
3.) Letak sayur kobis. Kobis tu letak dlm fridge. Breast kiter yg bengkak tu mmg panas. sampai kobis yg segar bugar tu leh layu & mengering..biler dah kering tukar yg baru. yg ni mmg mujarab.. mmg dapat kurangkan rasa sakit.

Hmm itu jer la pengalaman yg saya nak share ngan u ols. Oh saya dah setel mengurut selama 3 hari, saya akan urut lagiks 3 hari masa hari2 terakhir pantang pulak nanti. La ni saya tgh gigih pakai bengkung mau kempiskan perut bukan apa korset beautiful tu pun tak muat lagiks nak pakai.. kata anak no 5 kan harus lah perut pun besar keh keh.. so saya gigih pakai bengkung kasik kecik lepas ni saya nak continue pakai corset beautiful saya tu la pulak.. caiyuk2.

Ni ada petua org dulu2 saya amik dr sini.

Bengkak Susu
Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara.

Bagi melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihati melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Rujuk halaman sebelah bagi resipi rumusan halba.

Bagi melancar dan memperbanyak air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas. Rujuk halaman sebelah bagi resipi tersebut.

Bengkak Payudara yang Sakit Berdenyut dan Bisa

Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.

Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza di antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara. Rujuk halaman sebelah untuk resipi berkaitan.

Rawatan Bengkak Susu

Rawatan Tuaman

Bahan:

1 genggam halba

1 genggam jintan hitam

1 genggam ketumbar biji

12 sm halia – tumbuk pecah atau cincang kasar

1 cekak daun sirih

Cara menyediakan:

1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus sehingga kembang. Cepu ini digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.

2. Tuam di bahagian ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.

3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.

Amalan minuman

Rendam satu genggam halba di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan tambahkan madu lebah asli.

Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan ditambahkan madu. Minum satu hingga dua cawan setiap hari.

Google