I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Showing posts with label cousins. Show all posts
Showing posts with label cousins. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

NZY Make Up & Stuff - Mekap Muslimah

Kalau korang sedang mencari jurumekap utk majlis makan malam/pertunangan/perkahwinan atau apa2 jer lah.. meh sini saya nak perkenalkan cousin saya.. Gerenti puas hati. Tapi paling utama adalah.. Mekap ini adalah mekap muslimah sebab mekap yg dilakukan cousin saya ini tidak sekali2 akan mencukur bulu kening & tidak akan menyambung mata u ols dgn bulu mata pelesu.. Bagi korang yg sgt menitik beratkan semua ni mmg sesuai sgt. Ingat..

Kata kuncinya :

NO Eyebrow plucking
NO False Lashes
Naturally YOU!!

from sparse brows to elongated shapely brows. Simply by drawing the shape.
 Ok, tak nak ckp banyak..Jom tingok hasil2 make over beberapa client beliau yg berpuas hati sebelum ni.

Client ni mekap utk pergi dinner





Smokey Eyes

Adik yg berumur 9 tahun ni mcm anak dara dah biler dimekap nipis oleh izyan.. cantikkan!


 
Arabian Eyes

Arabian Eyes
 

Golden Eyes

light & easy
Purple
Selain dr mekap Izyan juger menyediakan Tiara untuk disewa.
Tiaras for rent
Sekarang ni ada 2 promotion.. yg u ols boleh pilih.

Promo 1 : Happy hour for only RM50 per person

 
Promo 2 : 20% OFF from any packages


Jom u ols support NZY Make Up & Stuff.. oh ini lah cousin saya itu :)

comelkan? :)
Untuk info lebih lanjut u ols boleh refer facebook NZY Make Up & Stuff yer.. Jom like beramai2 :)

dan juger http://nzy-muslema-makeup.blogspot.com untuk online form, T&C etc.
Nak review lagi? Boleh click sini - http://arniyusnitaahmad.blogspot.com/2013/01/make-up-macam-mana-uolss-suka_13.html

Wednesday, June 16, 2010

Mak su & anak2 pompuannya

Mak su ni adik mama saya.. mak saya dua beradik jerk.. Husband mak su saya meninggal masa anak2 masih kecil (anak mak su saya 6 org - 4 perempuan, 2 lelaki) . Masa tu anak yg sulung, najla baru darjah 6. Yg bongsu, Aiman baru 2 tahun. Lepas tu mak su saya dok ngan arwah nenek saya kat kelantan. Banyak pengorbanan mak su sebagai ibu tunggal yg membesarkan 6 org anak2 yg masih kecit. Saya sgt rapat ngan mak su saya tau... lepas arwah nenek saya meninggal mak su lah tempat saya meluah rasa. Tentu mak su bangga lihat anak2 dia berjaya..i'm happy for you mak su.. luv u sooo much..muahhss..

Gambar ni masa izyannyer graduation ari tu.

Sunday, June 13, 2010

Tahniah Sepupuku Izyan!!!

Tahniah Izyan!!!


Graduan cemerlang terima anugerah
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my
2010/06/14

MEMANG cita-cita saya menjadi pendidik sejak kecil, alhamdulillah tercapai akhirnya,” kata graduan Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBM), Kuala Lumpur, Nurizyan Amalina Norman Effendy, 23, di Majlis Graduan Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), baru-baru ini.

Nurizyan yang menerima Anugerah Pendidikan Tertinggi Queensland University of Technology, Australia, menerusi program berkembar IPBM dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara turut berkongsi pencapaian bersama empat lagi pelajar iaitu, Amrien Hamila Ma’arop (Anugerah Pendidikan Tertinggi Macquuarie University, Australia), dan Nurul Izzati Md Fuad (Anugerah Pendidikan Tertinggi Victoria University of Wellington, New Zealand).

Turut menerima anugerah yang sama, Jessica Lim Su Yee (Anugerah Pendidikan Tertinggi University of Auckland, New Zealand) dan Shakina Crystal Rajendran (Anugerah Pendidikan Tertinggi University College Plymouth St Mark and St John, United Kingdom).


Menurutnya, minat menjadi guru terutama dalam pengajaran bahasa Inggeris timbul sejak di bangku sekolah rendah dan diteruskan apabila ditawarkan mengikuti pengajian Sarjana Muda Pendidikan TESL oleh IPBM.


“Kejayaan hari ini bukanlah milik saya seorang tapi berkat bantuan ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan,” katanya.


Katanya, tiada ‘resipi’ khusus untuk berjaya tetapi saya banyak membaca, mengulang kaji pelajaran dan berbincang serta mengamalkan apa yang diajar.


Sementara itu, graduan program berkembar IPBM dan Macquarie University, Amrien Hamila Maarop, 24, berkata pengalaman mengikuti pengajian di luar negara banyak membantunya berdikari berikutan kesukaran membuat rujukan dengan pensyarah.


Katanya, pelajar Malaysia yang menuntut di Macquarie University sedikit, jadi dia perlu berusaha bersungguh-sungguh.


“Sistem belajar di luar negara berbeza. Kami sukar berjumpa pensyarah lepas waktu kuliah dan perlu membuat rujukan sendiri.


“Pengalaman itu mengajar kami betapa pentingnya komunikasi dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya.


Majlis Graduan Sarjana Muda Pendidikan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) disempurnakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Tuesday, May 18, 2010

Sepupu2 saya datang melawat

we are cousins

Minggu sebelum tu saya ada chat nagn sepupu saya najla.. jemput dorang dtg puncak alam makan2 kek bday haris & danisha.. tapi apa ke sengalnyer saya lupa nak bagitau acara potong2 kek tu sebelah malam huhu...

Pagi sabtu tu saya cuma masak ayam masak kicap utk saya, maid & anak2... hubby lak pagi2 lagiks dah kuar gi main paintball... tetiba dlm kul 1 lebih gitu.. tet..tet..bunyik hp ai.. izyan - "ello..kak intan.. ada gapo nok make ni.. kitaorg dah dekat ni".. saya - "hah? alamak..korang dah dekat mana ni?" izyan - "dah lepas itm puncak perdana".. saya - "ok2 jap kak intan kena masak la macam ni..majlis tu malam laa...haha"

terus saya panik.. mana ada benda satu pun nak makan hak hak.. cek ayam dlm peti ais tinggal 5 ketul.. terus call izyan balik " ello.. izyan berapo orghe mari?".. izyan - "enam".. huk aloh.. ayam tak cukup.. terus saya cakap kat maid saya "aisyah kamu masak nasik, kakak nak pegi beli lauk jap".. terus saya angkut semua anak2 masuk keter.. umar jerk tinggal ngan maid. Sampai kat gerai makan terus order nasi ayam 6 bungkus, pas tu beli pisang goreng sikit. Tengah beli pisang goreng tetiba..tet..tet.. hp ai berbunyi lagiks.. "kak intan.. gi mano? rumah kak intan pagar color putih kan? bak po mace tak dok orghe ni?" saya - "eh ada2..masuk lah dulu, maid kak intan ada, kak intan pi beli makanan sat..jap lagiks kak intan balik"

hahaha.. sian dorang tak dapat makan kek oo dtg jauh2 ke puncak alam.. tsk tsk tsk... sampai2 jerk terus paksa dorang makan nasik ayam.. pas tu apalagi..posing2 lah ekekeke... najihah, haris, danisha & umar dapat hadiah.. thank you auntie2 semua.. najihah dapat vcd shark tale & madagascar 1, haris dapat color pencil transformers, danisha dapat color pencil dora & baby umar dapat teddy bear color biru yg lembut & comei :-)

izyan & najla
adeh besarnya vontots ku..huhu... sebenarnya anak2 dara ni semua kurus2 buat saya nampak bulat..ecececece..ayat menyedapkan hati ekeke
najla, mastura, aqilah with najihah & izyan.
izyan, cikgu english yg muda, cantik & bergaya..menjadi kesayangan anak2 murid..patut la mung dapak banyok hadiah maser teacher's day izyan ooii ekekkee
lepas makan kiter lepak2 tgk kartun shark tale yak..

umar dengan hadiahnya..

Lebih kurang kul 5 lebih cam tu..hubby sampai bawak kek & kfc.. paksa dorang makan kehepsi la pulak sebelum dorang balik...
Terima kasih najla, izyan, mastura, aqilah, zat & red sebab jenguk kak intan kat puncak alam.. muaahhhs..

Wednesday, October 15, 2008

TQ Izzie!!

Raya 2006 @ P.Mas, Kelantan.. Izyan with Haris

Wah sgt terharu bila cousin saya izyan bagik komen kat entry sebelum neh (It brought an huge smile to my face):

Gambar cilok dr blog izyan

Blogger .:nayzi.norman:. said...

my cousin is the best real life example to prove that such story as betty la fea does exist! she went through all hardships before she lives a pleasant life.. she deserves my highest admiration for being a person with a great personality.

12:53 AM

Lagi gambar cilok dr blog izyan ekekeke..

Dear Izyan,
How sweet you are! You just touched my heart. I'm so lucky to have you for a wonderful cousin. Tq so much darling for always be there for me. I hope you will be happy always too. We miss you very much and look forward to seeing you when you come home this coming December?? Insyaallah.. Take care sis and i love u. :-)

Izyan neh walaupun muda..beza 10 tahun kot kan kiter izyan?? kak intan 23 awak 33 opps.. kak intan 33 awak 23 ekekeke... tapi saya sangat selesa bercerita apa2 jerk pada dia pasal matang & sgt baik hati.. oh ya dia ni bakal jadik cikgu english bila dah habis belajar nanti :-). La neh masih study lagiks kat Brisbane, U apa ek?? Kat Australia.. Dia anak ke-3 maksu saya dr 6 org adik beradik.. saya sangat sayang mak su saya tu pasal sejak arwah nenek saya meninggal, mak su lah tempat saya mengadu hal.. mmg kami sgt rapat sejak saya kecik lagiks.. lagipun mak saya cuma ada 2 org adik beradik sajork.. mak saya & mak su saya :-). Izyan & adik beradik dia telah kehilangan ayah waktu dorang masih kecik2 lagiks.. rasanya masa tu najla, kakak sulung izyan baru darjah 6, yg bongsu, aiman baru 2 tahun.. bayangkan masa tu enam2 org anak mak su saya masih kecik & masih memerlukan kasih sayang sorang ayah... tapi dah takdir mereka macam tu.. Allah lebih sayangkan arwah pak su saya.. tapi dorang neh cukup tabah & saya rasa pasal tu semua dorang neh sgt berdikari, matang & punya jati diri yg kuat. Mak su saya lepas kematian suami tinggal dengan arwah nenek saya di p.mas kelate. La ni cuma tinggal aiman sorang jerk yg masih kat sekolah menengah.. form 2 kot tak silap.. yg lain semua dah kat IPT atau bekerja.

Neh la mak su saya... mak su saya yg tinggi sket dr mak saya tu.. yg pakai tudung cokelat.. oh ya mak su saya baru dapat naik pangkat jadiks ketua kerani (CC).. Tahniah kepada mak su saya.. so mak su kena pindah dr balai polis p.mas ker ibu pejabat polis senawang.. yeayy.. dekat sikit ngan kl... Ohh.. saya sgt ramai sepupu pompuan yer.. anak2 mak su saya neh 4 pompuan, 2 lelaki..

saya ngan najla (kakak sulung izyan), raya 2006, najla dulu grad perakaunan kot.. la neh dah kejer kat kelate..
Neh pulak mastura, adik bawah izyan.. (anak mak su yg ke-4).. mastura neh sgt suka budak2.. rasanya la neh dia tgh study apa ntah tapi macam berkaitan ngan psikologi & perkembangan kanak2 lah.. entah lah saya tak sure...neh lak aqilah (adik izyan yg no-5) with mak su. Aqilah la neh tgh study kat unisel.. bakal cikgu english jugak satu hari nanti..insyaallah.
Google