I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Showing posts with label gift. Show all posts
Showing posts with label gift. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Saya sayangkan dia kerana Allah

Saya sayangkan kawan-kawan saya kerana Allah. Bukankah islam itu Indah? Didlm persahabatan adab2 islam merangkumi sesama muslim atau bukan muslim.  Mengucapkan selamat hari raya kepada penganut agama lain mempunyai nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi islam & bukanlah bermaksud kiter mengiktiraf akidah mereka. Kafir ini pun kan ada 2 jenis..iaitu kafir zimi & kafir harbi. Kafir Zimi adalah kafir yang tidak memerangi islam atau bermusuh dgn islam. Kita hidup cara kita, dia hidup cara dia. Manakala kafir harbi pula adalah kafir yg memerangi islam macam israel tu.

Salah sorg kawan baik saya kat opis kan kristian, Cindy. Bagi saya tidak salah kiter menggembirakan kawan2 kiter. Bak kata Prof Muhaya "Saling beri salam, saling beri Hadiah, saling Ziarah, saling berbuat kebaikan sesame kita. Jom cari Cinta Allah" Oh sebelum ada yg beri komen2 negatif lebih elok rasanya saya bagi link ini pada uols..

Ini adalah excerpt dr Website Dr Mohd Asri yg menjawab ttg pertanyaan berkenaan Hukum Ucapan sempena perayaan kaum lain.

Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
Untuk lebih lanjut boleh klik link ini - http://drmaza.com/home/?p=1277
Apapun semua datang dr hati..jauh didlam lubuk hati saya Allah itu Tuhan yg satu, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Tidak ada sedikit pun terdetik didalam hati saya yg boleh menggangu akidah & kepercayaan saya ini.
Wallahualam.
Sempena krismas yg disambut oleh Cindy, jadi kami di opis nak bagi sesuatu utk menggembirakan hati dia & meraikan persahabatan kami. Jadi kami bagi present berupa hamper yg mengandungi kuih muih utk cindy & family dia makan lah. Cookies tu semua dibuat sendiri oleh Rusi sipembuat cake hehe..gubahan tu pun Rusi yg kreatif tu gubah.. Oh kalau u ols nak ubah apa2 hamper boleh jugak mintak tolong Rusi ni.. Rusi ni pandai buat diaper cake etc.
Budak happy dapat hamper kuih muih

Rusilawati baked these & decorated the entire basket


Rusi - sipembuat cake yg comel!
Krismas hamper yg mengandungi Macadamia white choc cookies, Choc chip cookies, Peppermint bark and Fruit cake.

And juger kad dr kami :)

Baju saya pada hari itu.. nak jugak tu tunjuk haha
Baju dr poplook :)

Tuesday, December 25, 2012

Android 'China pad' utk anak2

Dah lama hubby nak beli utk anak2.. yer lah dia kesian tgk anak2 ni dok main iphone saya jer bila kat rumah.. mmg iphone tu tak sampai ketangan saya laa kecuali nak dekat2 tido nanti haha.. anak2 dok bergilir2 main. Dah comot dah iphone saya kadang2 tu.. yer lah kang si umar tu tgh makan pun kdg2 tak sempat basuh tangan dah amik main huhu..

Masa minggu nak pi legoland tu kan hubby cuti satu minggu.. saya start cuti hari rabu.. isnin tu lepas kejer saya balik tgk hubby dah beli 2 bijik tab ni utk najihah & haris.. yg ni dia beli kat puncak alam jerk.. satu RM290.. najihah punya color merah & haris color biru
Tab ni runs on android.. semua boleh kecuali tak leh buat call jer laa.. boleh connect internet via wireless.. anak2 dah download byk game dlm ni. Saya ingatkan dia beli 2 jer..sekali tu hari selasa tu masa saya balik..meluru anak2 berlari bawak ipad sorang satu eksaited nak tunjuk kat mama dia haha.. hubby tu mmg macam tu..kalau dia ada rezeki lebih mmg dia akan belanja utk anak2, isteri & parents dia dulu..mmg tak kedekut langsung. Tapi kali ni dia beli kat digital mall... dapat harga rm290 satu & dapat lagi additional memory card, keyboard & stylus.
Yg putih cover merah tu qaireen punya, purple cover putih tu danisha punya & biru cover kuning tu Umar punya. Khayla jerk belum dapat haha.
Ok lah utk anak2 main. Si Umar tu dia suka tgk youtube citer upin ipin etc.. dah pandai dah dia on, unlcok screen, cari benda apa yg dia nak main.. bukak youtube..etc
cheeky boy!

Dlm keter pun boleh main sebab kitaorg kan ada beli celcom porta wifi tu hihi :). Sekarang ni ipone saya dorang dah tak main..lega..kalau dorang main hubby akan sound..'jgn main iphone mama..main ipad masing2' haha.. so tak berani sentuh dah lah ekeke.. iphone saya dah kembali cantik seperti baru ekekeke..
Dorang ni tak der la manjang main ipad.. main jugak benda2 lain.. kena kontrol jugak lah.. tapi sekarang  tak der lah berebut sebab masing2 dah ada sorang satu.
danisha dgn penuh gaya haha
Dorang ni mmg suka berkumpul kat mana saya ada.. ni semalam waktu cuti krismas.. saya dok mengemas dlm bilik so dorang pun sama la melepak sini :)

Khusyuk masing2 haha

Haris ni tak habis2 ngan angry bird dia haha.. mainlah puas2 anak2 sementara cuti sekolah ni.. lepas ni mama & babah akan simpan.. weekend jer boleh main balik. Mmg berbaloi lah beli ni utk anak2.. dlm ipad najihah tu pun kitaorg dah suh dia simpan nota2.. sekarang ni hubby nak try download software utk buat mindmapping dlm tu. Dlm Samsung Note II dia, dah download. So pada mak2 yg ada anak kecik..tak payah beli ipad mahal2..beli yg murah2 macam ni pun ok. so far anak2 saya pakai tak der masalah. Apapun, semua benda ada positif & negatif dia.. jadi tanggungjawab kiter lah as parents nak control benda2 ni semua.. Mcm Najihah tu, wpun tahun depan nak masuk darjah 5, tapi sampai sekarang saya tak benarkan dia bukak akaun fb. Ini rules family saya lah. Ikut cara masing2 lah kan :)

Ni masa mula2 beli..masih eksaited..bangun pagi terus capai ipad dulu haha..gambar najihah ada tompok sebab dia terlebih seksi haha

Friday, April 27, 2012

Hadiah

Berganda2 pahala kiter biler kita bahagiakan hati org2 mukmin apatah lagi kalau hati ibu kiter sendiri. Ramai antara kiter tak sedar bahawa sedekah itu byk dlm pelbagai bentuk & cara. Kata ustaz, memasukkan rasa bahagia & gembira ke dlm hati org2 yg beriman juga adalah suatu sedekah. Sebab itu lah "senyum itu sedekah" sebab biler kiter senyum, kita memasukkan rasa gembira kedalam org yg kiter beri senyum itu :). Jadi senyum2 lah selalu. Senang shj nak dapat pahala bukan? Islam itu mudah. 

Sempena bonus, kami tak lupa pada org2 tersayang, org paling penting dlm hidup kami. 

Hadiah utk Mil tersayang from Hubby Sempena Hari Ibu. Coach, opismate saya tolong belikan kat US dpt murah..rm450 sahaja :). Mil saya happy sgt siap bawak bergaya pegi China itu hari :)


Hadiah dr saya utk Mama tersayang.. Intan sayang mama.. muaahhs.. Guess, saya beli kat Sogo. Ada sale 50%.. from rm424 dapatlah rm200+. Mama saya punyalah happy siap sebak biler saya bagitahu saya belikan dia beg ni. Excited sgt dia.. Saya rasa bahagia biler ibu saya happy. Terus saya rasa pelbagai urusan saya dipermudahkan Allah. Hati saya juga jadi tenang. Terima kasih mama kerana melahirkan Intan ke dunia ini. 
Hadiah utk saya :)
Hadiah utk en.suami
F1 Special Edition
 
Hari tu kami dah setelkan akikah utk 2 org anak. Alhamdulillah.. kami tak amik pun daging just sedekah pada org2 susah/anak yatim. Zakat pun dah setel. Balance bonus masuk tabung haji..yippie..

Tuesday, March 20, 2012

Handbag baru sempena bonus hihi

Hihi saya dah berjaya order hbag & purse satu set sbg penghargaan diri sendiri guna duit bonus.. sikit2 belanja la utk diri sendiri.. penat kejer apasalahnya hadiahkan diri sendiri :)

Kali ni saya order Relic from Fossil.. Dah lama berkenan design beg2 fossil mcm ni.. so coach cukup dulu la kot... dah ada 4 kira ok la tu... Teringin gak nak beli Marc Jacob tapi mahal sgt kena tunggu approval en.suami dulu ahahhahaa...

So ni la hbag & purse tu.. tantek tak? Murah jerk ni u ols.. semua sekali rm340. ok la kan :). oh free postage jugak.



Sunday, August 21, 2011

Hadiah2 Khayla dah sampai... yippie yeay!!!

Sabtu ari tu opismate saya Adibah & sharon akhirnya selamat sampai umah saya.. memula ada lagi 2,3 org nak join tapi last minute tetiba memasing ada hal yg x dpt di elak so Adibah & Sharon jer yg dtg.

Seronok sgt tgk banyak giler hadiah utk khayla.. Adibah cakap dorang berjaya kutip rm800+ utk khayla sebab tu boleh beli macam2.. wow murah tul rezeki khayla.. baby ramadhan hehe.. Diaper cake yg digubah khas oleh Rusi utk baby khayla.. comei kan? Ni pulak hadiah dr US.
Banyak sgt stok diaper utk baby khala.. dlm box tu saya susun semua diaper dr gubahan diaper cake tu.. ada 3 lapisan bersusun2 tu... receiving blanket dr diaper cake.. ada 4 semuanya. selimut yg tersangat lah lembutnyaa bak sutera.. Brg2 dr diaper cake saya suka ini!! tgk neh nail clipper dia siap ada kanta hehe kad ucapan.. Last sekali yg paling saya tunggu2.. baby cot from ikea..hoyeh!!Tadaaa... siap dipasang.. Baby khayla dah rasmikan baby cot baru :) cantik sgt..saya sgt2 suka ...ohh ada jugak coklat utk kakak2 & abg2 khayla :)

TERIMA KASIH SAHABAT!! I LUV U All!!!


Wednesday, August 17, 2011

Gifts for Khayla

Uish..sgt tak sabar tau... Sabtu neh officemate saya nak dtg umah bawak hadiah2 yg byk tu utk khayla... saya tak sabar nak pasang baby cot baru utk khayla.. baby cot lama mmg dok kat bawah jadiks tempat kurung umar ekekeke...Umar sangat lasak so kadang2 mmg kena kurung dia dlm neh.. heheTerharu sgt tgk opismate saya sanggup kumpul duit.. then gi belikan baby cot tu kat ikea utk saya.. mmg member2 opis saya ni sgt best tau..

Tgk neh gagah perkasa angkat masuk keter hehe...don't look down at the girls ya! :)
Ni semua geng saya kat opis.. from left - Cindy Rockafella, Adibah Dib Dibo, Rusi & Sharon :).. Thanks ladies! I luv u all..muahss... :)
Tak sabar jugak nak tunggu dorang bawakkan hadiah dr US.. Bos & team saya kat US ada kirim hadiah all the way from US.. tak sabar nyer...sementara neh dorang letak atas meja saya kat opis.. bestnya ada macam2.. selimut yg sgt comfy, teddy bear, diapers etc saya paling suka set neh 'Complete health and grooming collection'. ada termometer semua then senang nak bawak travel sebab dlm satu beg semua kan..

masa hari keberapa entah, company hubby ada hantar bakul buah2an.. anak2 saya suka la leh makan macam2 buah.. :).. murah tul rezeki khayla...

Dan sekarang adalah sgt tak sabar nak tunggu sabtu ini.. tee hee...

Cindy Rockafella
PERINGATAN: Rombongan Ke Rumah Edrina Abd Rahman
Tarikh: Sabtu. 20 Ogos 2011
Masa: 11 pagi
Agenda: Pemasangan baby cot utk Baby Khayla oleh Ilamurugu Arimugan, Upacara penyampaian hadiah oleh Rusilawati Ab Malik, Persembahan nyanyian lullaby oleh Adibah Azhar, Sessi video conference dengan Cindy Rockafella
Nota kaki: Jangan lupa air laici sejuk utk Si Ila yang penat memasang baby cot (pesanan dari Azree Idris)
Google