Tahniah Izyan!!!
Diambil dr link ini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Graduancemerlangterimaanugerah/Article/index_html
Graduan cemerlang terima anugerah
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my
2010/06/14
MEMANG cita-cita saya menjadi pendidik sejak kecil, alhamdulillah tercapai akhirnya,” kata graduan Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBM), Kuala Lumpur, Nurizyan Amalina Norman Effendy, 23, di Majlis Graduan Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), baru-baru ini.
Nurizyan yang menerima Anugerah Pendidikan Tertinggi Queensland University of Technology, Australia, menerusi program berkembar IPBM dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara turut berkongsi pencapaian bersama empat lagi pelajar iaitu, Amrien Hamila Ma’arop (Anugerah Pendidikan Tertinggi Macquuarie University, Australia), dan Nurul Izzati Md Fuad (Anugerah Pendidikan Tertinggi Victoria University of Wellington, New Zealand).
Turut menerima anugerah yang sama, Jessica Lim Su Yee (Anugerah Pendidikan Tertinggi University of Auckland, New Zealand) dan Shakina Crystal Rajendran (Anugerah Pendidikan Tertinggi University College Plymouth St Mark and St John, United Kingdom).
Menurutnya, minat menjadi guru terutama dalam pengajaran bahasa Inggeris timbul sejak di bangku sekolah rendah dan diteruskan apabila ditawarkan mengikuti pengajian Sarjana Muda Pendidikan TESL oleh IPBM.
“Kejayaan hari ini bukanlah milik saya seorang tapi berkat bantuan ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan,” katanya.
Katanya, tiada ‘resipi’ khusus untuk berjaya tetapi saya banyak membaca, mengulang kaji pelajaran dan berbincang serta mengamalkan apa yang diajar.
Sementara itu, graduan program berkembar IPBM dan Macquarie University, Amrien Hamila Maarop, 24, berkata pengalaman mengikuti pengajian di luar negara banyak membantunya berdikari berikutan kesukaran membuat rujukan dengan pensyarah.
Katanya, pelajar Malaysia yang menuntut di Macquarie University sedikit, jadi dia perlu berusaha bersungguh-sungguh.
“Sistem belajar di luar negara berbeza. Kami sukar berjumpa pensyarah lepas waktu kuliah dan perlu membuat rujukan sendiri.
“Pengalaman itu mengajar kami betapa pentingnya komunikasi dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya.
Majlis Graduan Sarjana Muda Pendidikan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) disempurnakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

No comments:
Post a Comment