I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Wednesday, January 27, 2010

Alam Rumah Tangga

Cilok dr blog umi

umi, ed copy yak! thank you!

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

(Bahagian 1)
Psst…Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkapkan juga dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu..

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata,
perindahkan bahasa
jinakan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakan belaian.

Masih gagal jua ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
Bagaikan riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang….buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…
Kalu ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya..
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
“Sayang abang tak ulang lagi”
katakan “Sayang…abang alpa”
bisikkan “Darling..I lupa..”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekkan kasanova, tapi hati suci..

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi…Kalu kena cicahnya
Enaknya akan terasa..
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

(Bahagian 2)
Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya “Seabadi permata…segermerlapan intan”…
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesal diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir..Permata yang dipilih
Perlu digilap semula.

NamunPutus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteripada hakikatnyaadalah bayang-banyang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi JANGAN berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama
Bisikkanlah “Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
Marilah kita mencari rezeki
dengan keringat yang tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini
Padamu sayang
Kalungan cintamu, di jiwa ini.”

(Bahagian 3)

Puuuh…
Akan tiba masanya bila “isteri” di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi..
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurangan cinta kita ?
jika berkurangan, nyatakanlah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
Di samping menyanjung budi,
Kita merampingkan ‘body’
Kalu ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam,amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredahaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambahkan bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakanhidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

(Bahagian 4)
Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti satiamu suami ?
apakah tandanya hanya akau di hatimu ?
Kekadang disergah kitaketika keringat masih membasah
baru menjegah pintu rumah..

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al- Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
dia yang membantu menjaga makan minum kita
dia yang mencuci pakaian kita
dia yang membantu membersihkan rumah kita..
lalu apalah salahnya kita bersabar dengan sedikit karenahnya ? ”

(Bahagian 5)

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segengam api.
Telah banyak kita mendengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini..
Walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia
.si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguris pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya..

atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :

Aku hanya seorang
menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur
Buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
.bersatulah kita tempuhi
Nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biarlah kita rasa : rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri..Tidak kutagih setia,sesetia Hawa..
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu….
seorang isteri..

No comments:

Google