I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Saturday, February 12, 2011

Happy 36th Bday Suami Tersayang!!

I luv u!!!

Bday hubby kali ni saya cuma bagi present wrinkle free shirt..kemeja kejer yg saya pesan kat opismate mintak tulun beli kat US sebab kat US dapat murah ekeke.. after convert dlm rm50+ jerk sepasang.. kalau kat mesia mahal..
Hubby suka sgt lagu ni... so saya dedicatekan lagu ni utk dia walaupun lirik dia macam dr lelaki utk pompuan tapi belasah sajork ekekeke...
Yang penting... intan sayang awak seadanya..hehe... Happy Bday Sayang!


Just The Way You Are lyrics
Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hairFalls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe meAnd its so, its so
Sad to think she don't see what I see
But every time she asks me do I look okayI say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nailsI could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy
She's so beautiful
And I tell her every day
Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same
So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are
The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazingJust the way you are

Tuesday, February 08, 2011

I'm carrying my number 6!!!!!!

Salam~

Weehuuuu lama sungguh tak hapdet ekekekeke... mood sgtla tak mari tau u ols.. byk sgt nak cerita ceriti tapi sgt la malas to the max.

Okes citer ringkas2 la ek... erk ringkas ker..tak kot ekekekek

Citer terbaru yg terhangat dipasaran sekarang adalah...saya peknen lagiks.. yes.. I am carrying my number 6 u ols... weehuuu...tepuk2...

Oh ini saya anggap rezeki dr Allah dan mmg dah tersurat dlm penghidupan saya..sebab apa saya cakap macam ni tau... sebab saya bajet saya tak der la sesubur sgt sebab saya masihbreastfeed umar... then selalu pakai kondominium tu kan ekekeke.. cuma sekali jerk terlepas tak pakai itu pun biler saya kira2 mmg bukan pada hari subur saya.. tup2 yg sekali tu la.. terbentuk jugak..ekekek..kun fa yakun... kesimpulannya saya neh mmg subur to the max wekekeke... kalau org lain cycle kesuburan sekali sebulan, cycle saya may be 2 kali sebulan ekekeke... betul ni saya ada baca kat satu website neh..lupa lak yg mana satu... leh google la kalau u ols nak tau...

Oh bukankah tanda perempuan yg baik itu adalah perempuan yg ramai anaknya... insyaallah.. ameen...

Saya happy & excited jugak sebenarnya.. sebab cam tak sangka saya akan ada anak 6..ekekeke... ramai tu..so berdoa agar dimurahkan rezeki supaya boleh belasah starex royale satu ekekekeke... senang nak bawak anak2 yg ramai ni jalan2 dgn selesa...

Bagi saya semua ini Allah kurniakan pada saya sebab sesungguhnya Allah itu maha mengetahui bahawa saya & hubby dapat berikan sesuatu yg terbaik terhadap anak2 yg diamanahkan pada kami ini.. kami adalah insan2 yg terpilih..eceh poyos to the max..lempangkan ekekeke

Kadang2 biler tgk anak2 yg masih kecik & rapat2 neh... saya selalu membayangkan cepat lah besar kalau pegi melancong sama2 ngan anak2 yg besar2..pegi snorkeling... mesti seronok & meriah tapi pada saat & ketika yg sama saya juga mengharapkan dorang ni jgn la cepat membesar sebab saya tahu saya akan merindui kerenah & keletah dorang masa kecik neh....semua tenit2 comei2 muka suci murni yg sgt tulus & mendamaikan hati.

Masa awal2 kehamilan saya malas nak kecoh2 dulu sebab masa tu kandungan masih macam tak stable sebab saya cam bleeding..so doc bagi hormon utk kuatkan rahim..alhamdulillah kandungan dapat bertahan hingga kini & dah tak der bleeding dah.. saya pernah keguguran sekali dulu.. waktu tu doc bagi makan pil hormon kuatkan rahim jugak tapi Allah kata bukan rezeki lagiks time tu so akhirnya gugur jugak.

Naluri saya kata baby kali ni lelaki jugak..entah kenapa tapi sgt kuat kata baby ni boy... alhamdulillah saya tak der morning sickness... cuma asyik lapar nak makan jerk... sekarang ni dah masuk 15 minggu usia kandungan.. EDD 2 august 2011 tapi saya bajet mesti awal macam selalu so besar kemungkinan bulan Julai lah...

Kalau baby kali ni lelaki, hubby nak letak nama2 para sahabat nabi jugak.. sebab dia kata 'cuba tgk umar tu, dia kuat & tough, baby yg sgt baik...sebab nama dia kuat.. umar... saya nak letak nama cam salahuddin al ayubi atau lukmanul hakim...etc' yg sejarah islam nya power2 tu eekekeke..

tapi kan ari tu saya ada dengar slot tafsir al quran ustaz zahazan suggest kan satu nama sahabat neh utk namakan anak yg bakal lahir... zaid al khair...

terus saya cakap kat hubby..awak muhamad zaid al khair pun best jugak kan? ekekekek...

TTg Zaid Al-khair ni peribadi dia diakui sendiri oleh Rasullullah ttg 2 perkara yg st disukai oleh Baginda & Allah...

Rasulullah saw bersabda “Dalam pribadi Anda terdapat dua perkara yg disukai Allah dan Rasul-Nya yaitu kesabaran dan penyantun.” Manusia bagaikan logam timbangan. Mereka yg terbaik pada masa jahiliah terbaik juga pada masa Islam. Milikilah dua karakter yg keduanya telah diterapkan oleh seorang sahabat yg mulia pada masa jahiliyah kemudian ditonjolkan pula pada masa Islam. Sahabat tersebut pada masa jahiliyah adalah Zaid al-Khail dan pada masa Islam dipanggil “Zaid al-Khair” sesuai dgn panggilan Rasulullah kepadanya sesudah ia masuk Islam.

Till then daaa....

nota kaki:
Saya tahu saya insan yg byk dosa & kurang pula amal ibadatnya....semoga pengabadian, perngorbanan & kesabaran saya mengandung, melahirkan serta membesarkan anak2 dgn penuh kasih sayang dapat membawa saya ke Jannah di akhirat kelak..ameen.

Tuesday, January 04, 2011

Rezeki Seseorang Tetap Miliknya

Dipetik dr FB note member saya, Ida Sumyati.


(Kisah Ali bin Abi Thalib dalam buku ‘Cara Mudah Mencari Rezeki’. Kisah ini membuktikan, rezeki seseorang itu tetap miliknya. Hanya sahaja jalan yang ditempuh itu halal atau haram adalah pilihan individu)

Satu hari Ali bin Abu Thalib masuk masjid. Beliau meminta seorang lelaki yang berada di pintu masjid, “Peganglah keldai ini”.

Tidak lama selepas itu Ali keluar membawa 2 dirham untuk diberi kepada lelaki tadi sebagai upah. Ternyata lelaki tadi telah hilang. Yang tinggal hanya keldai beliau dan tali pemegang keldai itu telah hilang bersama lelaki tadi.

Ali pun berlalu menunggang keldainya. Kemudian Ali memberi hambanya 2 dirham dan menyuruh, “Belikan aku tali pemegang keldai di pasar”.

Hambanya kembali dari pasar membawa tali pemegang keldai, dan tali itu dicam oleh Ali menyerupai tali pemegang yang telah dicuri tadi. Tahulah Ali bahawa tali itu telah dijual oleh pencuri tadi di pasar dengan harga 2 dirham.

Ali berkata, “Dia telah menghalangi dirinya dari harta yang halal kerana tidak bersabar. Harta haram yang didapatkannya tidak akan melebihi apa yang telah ditentukan Allah baginya”.

(Sumber: http://encikbaca.wordpress.com/)

-Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini. Telah Allah tetapkan rezeki untuk kita masing2, maka marilah kita mencarinya dengan jalan sabar, jalan halal, jalan lurus yang tetap berada dalam syariat-Nya, mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

-Jika selama ini kita melewatkan atau meninggalkan solat atau solat pun laju2 hanya kerana takut kerja tak siap, takut boss marah dan tak naikkan gaji, atau takut tak dapat jumpa ramai clients, maka ingatlah, 'rezeki seseorang tetap miliknya'

-Jika selama ini kita ragu2 untuk keluar berniaga dengan busana menutup aurat, merasa tercabar dengan tokey kedai sebelah yang berbaju ketat yang perfume nya sebatu dah berbau yang mungkin mampu memikat lebih ramai pelanggan, maka ingatlah, 'rezeki seseorang tetap miliknya'

-Jika selama ini kita bimbang pendapatan kita mungkin berkurangan jika kita tidak memasarkan produk2 haram atau produk2 subahat, maka ingatlah,'rezeki seseorang tetap miliknya'

-Dan.. jika selama ini kita telah menganiayai orang, menyekat atau mengambil hak orang lain, menipu, menabur fitnah, maka ingatlah, semua itu takkan menjadikan rezeki kita melebihi apa yang telah ditentukan Allah bagi kita, dan bagi orang yang dianiayai, ingatlah, 'rezeki seseorang tetap miliknya' - TETAPI SETIAP KEMUNGKARAN KITA TETAP AKAN DIHISAB DAN PASTI MENERIMA PEMBALASAN... BEGITU JUGA SETIAP KEBAIKAN DAN AMALAN PASTI MENERIMA GANJARAN

Persepsi terhadap amanah & tanggungjawab

Ceramah motivasi pagi kat radio ikim pagi tadi betul2 terkesan dlm diri & jiwa saya.

Sapa ada dengar angkat tangan ekekeke...Ustaz kali ni best pulak tu kan.

Contoh yg penceramah tu bagi pagi tadi bagaimana seorang isteri yg baik berupaya utk menjaga kelaurganya.. menyediakan makan minum & membuat kejer2 rumah yg lain bagaikan seorg superwoman.. walaupun penat & lelah namun tetap tidak pernah gagal melaksanakan kewajipan & tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Apakah yg mendorong/memotivasikan para2 isteri ini?

Cuba kalau para suami berdialog dgn isteri..tanyakan pada siisteri tapi bukan dlm erti kata dialog yg sebenarnya..tetapi lebih kepada dialog dlm hati si suami itu sendiri.."Kenapa awak sanggup buat ini semua?". Cuba suami renung & carikan jawapan.. yg sebenarnya isteri yg kuat seperti ini jawapan nya adalah

"Saya buat ini semua sebab saya sayangkan keluarga saya, saya sayangkan anak2 saya, saya sayangkan suami saya.".

Tetapi seandai ditanya pada isteri2 dan ada yg menjawab.. "dah tanggungjawab buat ajer la". 2 jawapan yg berbeza.. tapi cuba kita tgk apa akan jadi pada 2 org isteri ini di akhir hari nanti.

Isteri yg melakukan tanggungjawab dengan rasa kecintaan & kasih sayang, akan merasakan suatu kepuasan diri yg tidak dapat digambarkan. Makin dia buat makin bertambah2 ketenangan & kegembiraan yg dia dapat.

Masih mampu tersenyum & melayan anak2 & suami dgn penuh kasih sayang.

Tetapi isteri yg melakukan tanggungjawab kerana tanggungjawab semata2, akan merasa penat & lelah yg mana keadaan2 seperti ini akan menjurus kepada stress serta krisis2 kehidupan yg lain.

Biler saya dengar apa yg penceramah ni kata.. mmg saya setuju sgt2, sebab saya rasa apa yg penceramah tu bagitahu... satu kepuasan yg tidak dapat saya gambarkan dengan kata2 melihat anak2 ready dengan sarapan

& bekalan utk sekolah petang nanti.yg saya masak sendiri dgn doa & kasih sayang.. makanan bersih dr segi luaran & dalaman... hati saya pun tak susah pikirkan dorang berebut2 di kantin... :)

Oleh itu kiter ada 2 pilihan.. laksanakan tanggungjawab & amanah semata2 kerana ianya tanggungjawab atau laksanakan tanggungjawab kerana kasih sayang & kecintaan :)

Tuesday, December 28, 2010

wall climbing

BRAVO anakku!!

Monday, December 27, 2010

duta kah?


ekekeke ni la akibatnya biler mama dia selalu sgt beli baju online kan ekekeke.. apa boleh buat baju2 online lagi cantik2 & berkualiti..harga pun murah/berpatutan.

nota kaki:
tiga2 tu umar hehe

Sunday, December 26, 2010

Qaireen bucuk2 mama



sayang dia!

Video umar ketawa



umar dah tujuh bulan...

- dah pandai mengesot laju2 macam askar
- dah pandai duduk sendiri
- dah boleh angkat badan macam position merangkak tapi tak leh kedepan lagiks..cuma dok goyang2 badan & bontot kedepan kebelakang kekeke.. kalau kedepan macam nak terjun kedepan hehe.. tapi umar ni mmg baby macho betul lah.. jatuh sikit2 tak heran.. rileks jerk.. tapi kalau jatuh tersembam kuat meraung jugak lah ekekeke...

Tuesday, December 21, 2010

Thursday, December 16, 2010

Things to ponder

A boss drives. A leader leads.
A boss relies on authority. A leader relies on cooperation.
A boss says ‘I’. A leader says ‘We’.
A boss creates fear. A leader creates confidence.
A boss knows how. A leader shows how.
A boss creates resentment. A leader breeds enthusiam.
A boss fixes blame. A leader fixes mistakes.
A boss makes work drudgery. A leader makes work interesting.
Peter Drucker quote "Management is doing things right; leadership is doing the right things"
William Edwards Deming - 2000 - Business & Economics - The job of management is not supervision, but leadership.
manager oso got weakness not only staff.. but is the manager know their own weakness?? wekekekeke

So peeps, things to ponder :-

in order to make improvement to whole team, evaluation on staff performance is Boss, why not give staff evaluate manager?
do u think manager is doing great things?
if he/she said yes, then what is ur proof?
if he/she said no, then u can said, this is unfair or hipokrit, how can a non great manager lead/expect great staff??

hehe


Thursday, December 09, 2010

Happy 35th Birthday to me - 9 DEC

Hehehe.. sudah tuaa maaa... 35 taun... hadiah parfume dah dapat last wiken... tetiba semalam dapat bunga dr Yg TERCINTA!!!!
24 kuntum bunga Ros yg sgt cantik + sekor teddy bear kecit tiut miut..hehehehe terima kasih laling!!!! Intan tahu awak sayang Intan..Intan pun sayang awak jugak!!!!! Muuaaaahhhhhhhhsssssssss...
Tapi semalam ada tragedi di hari jadi..huhu.. saya jatuh terpeleot kat atas tar depan opis neh.. jatuh atas lutut..sampai koyak suar..dan lutut kanan berdarah tsk tsk tsk..
sampai hari ni masih sakit..solat pun kena duduk atas kerusi sebab lutut sakit nak bengkok2 & masa sujud... huhu kifarah atas dosa apa la tu kan tsk tsk tsk... tak per lah tentu ada hikmahnya..
sakit terubat terus biler tetiba dapat bunga dr hubby..hehehe.. senyum sampai telingaaa... hihihi

Tuesday, December 07, 2010

Activity Hari sabtu lepas

Parents saya dr kelate dtg KL Jumaat ari tu sebab adik bongsu saya yg baru habis study interview kat Puchong. So sabtu tu memula plan nak pi cucuk umar sekali sampai2 kat spital razif masa tu pun dah tengahari org ramai giler.. terus tukar plan.. hubby kata jom kiter bawak mama & papa jalan2 kat Sogo nak? Lagipun hubby nak belikan saya perfume sempena bday saya hihi...

Budak happy tak jadi cucuk tapi dapat jalan2 naik keter ekeke
Sampai Sogo, ada salelaa..
suh mak saya pilih hbag yg mana dia berkenan kami nak bagi hadiah..
dah jumpa bag yg mak saya berkenan kiter ker tingkat atas pulak.. suh ayah saya pilih kemeja yg dia berkenan.. dah jumpa pas tu turn saya la pulak kan..ekekke..
kali ni saya terbekanan ngan bau parfume anna sui... belasah satu..
Sedap la pulak bau dia..mmm.. terima kasih laling.. i lap u 23X ganda ekekek dah macam Jamal Jamaludin dlm Sinar fm ekekeke

Jom balik
selesai urusan kat Sogo, singgah solat kat masjid kat damansara uptown, pas tu singgah beli DVD...
beli citer macam2 termasuklah citer hindustan 3 idiots ngan jgn pandang belakang congkak2..saya yg request tu hahahaha...

hubby dia pilih citer2 omputih terkini jer laa.. dia tu tak main la hindustan2 neh wekekekeke... tapi serius 3 idiots tu best gilak.. saya teringin nak tgk sebab Dr Fadzillah Kamsah tgk citer tu dan dia recommend kitaorg tgk masa saya attend session motivasi najihah dulu tu.. tu yg saya paksa dia belikan jugak tu hahahha

Lepas tu terus pegi tesco shah alam makan pizza.. perut dah berkeroncong.. tapau jugak utk org2 dirumah yg tak ikut i.e Haris, maid & adik saya Eda...
Umar yg keletihan ekekeke..tido penuh gaya..membesar bagai johan..yeszaaa...


nota kaki:
parents saya on d way balik kelate neh.. Semoga dorang selamat sampai ameen.

Tentang Najihah

Najihah anak dara saya yg cepat pick up... tapi kesian taun neh najihah tak dapat naik pentas sebab final exam ari tu najihah dapat nombor 11 dan tak der subjek yg dapat 100%.
Saya tak kisah sgt sebab nombor 11 dari 527 org student...tentunya persaingan amat sengit sekali dan markah najihah semua 90% keatas..dan next year najihah still masuk kelas no 1...itu yg lebih penting..... lagipun masa final exam ari tu najihah tak study langsung.. kami sibuk pegi JB sebab cousin saya kawin.. mmg najihah tak sentuh buku langsung... sebab tu la saya masih berbangga dengan dia walaupun taun ni najihah tak dapat naik pentas.. cumanya masa hari penyampaian hadiah tu, najihah macam tersedih sebab dia tak dapat naik pentas terima hadiah.
Tak per lah pengajaran utk najihah.. darjah 2 ni boleh la tak buka buku langsung sebab subjek masih tak heavy sangat..

Boleh pulak tetiba najihah rajin baca buku kalau melepak umah atok dia... kelakar org study sebelum exam si najihah ni terbalik pulak..study selepas exam ekekeke.. najihah sekarang suka lepak umah pil saya, teman atuk & wan dia.. tapi ayah mentua saya rajin.. sejak dia tau result exam najihah ari tu macam tu.. & lepas dia tgk najihah tersedih semacam jer kan..dia dah beli buku2 latihah BI, BM, Science & maths darjah 3, hari2 dia akan duduk dengan najihah ajar & suruh najihah buat latihan2 darjah 3. Najihah jugak suka baca buku cerita.. kalau cerita tu dah habis nanti dia bagitau wan dia, wan dia belikan buku lain pulak.

nampak tak kat belakang tu najihah dok ralit baca buku cerita..

satu lagi pasal tudung, saya tak paksa najihah pakai, najihah yg mintak pakai sendiri biler kuar rumah.. saya tak nak paksa dia sebab saya dulu pun betul2 pakai tudung biler dah form 1. Biar dia merasa pakai skirt, gaun etc masa kecik neh.. takut biler besar kang teringin pulak.. tapi alhamdulillah so far najihah ok.. dia yg nak pakai sendiri..walaupun kadang2 tu tak pakai jugak biler kuar.. kadang2 saya tak tahu nak jawab biler najihah tanya "mama kenapa auntie X tu tak pakai tudung?".. haiya susah nyer nak jawab kan nak explain kat budak2 macam najihah kenapa org yg dah dewasa tak pakai tudung sedangkan benda tu dia dah belajar kat sekolah adalah sesuatu yg wajib bagi perempuan2 yg dah akil baligh. Harap2 semangat & keinginan najihah bertudung & menjaga aurat berkekalan hendaknya..ameen.

Sunday, December 05, 2010

Wednesday, December 01, 2010

my new sunglass

cecece... tantek tak? Emporio Armani After 30% discount dapat rm400+


Nota kaki:
Tak lama lagi bday saya.. hubby nak bagi apa ek ekekeke...oh i love december :) *wink*

Tuesday, November 30, 2010

Link gambar percutian

Gambar2 percutian sudah diupload..klik sini

Monday, November 29, 2010

short update

Saya baru balik dr coti2 mesia... nanti update kemudian yak..tata titi tutu.. syoknya bercuti bersama2 keluarga.. :)

Wednesday, November 24, 2010

Monday, November 15, 2010

Jubah Cantiknyeeerrr!!!!!





Laling cantik tak? ekekeke ergh tertekan gue hahahha
Google