I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Friday, September 27, 2013

Taiwan Trip - Day 1


Hati berkobar2 nak update pasal Taiwan Trip ni.. meronta2 tahu nak update tapi kat opis super duper busy mmg tak der peluang langsung nak update huhu. Mula2 saya nak bagitau, gambar2 dlm update kali ni adalah dr banyak sumber, semua nya officemate saya lah.. You know who you are.. Terima kasih banyak2.. I ols tak der kamera canggih..so kalau gambar2 yg cantik tu dr kamera2 dslr lah... yg biasa2 tu dr kamera i ols hihi..

Pagi sabtu 14 Sept tu, dah pesan kat member2 saya Arina & Rusi suh call kalau sapa bangun awal sebab takut saya terlelap sampai siang.. kena ada kat KLIA paling lewat kul 7 pagi.. Beberapa hari sebelum pegi 2 kali saya mimpi saya bangun lewat & tak dapat join trip Taiwan ni hahaha.. mmg mimpi ngeri okes kalau itu benar2 terjadi hahaha.. Alhamdulillah berjaya bangun pukul 5.15am.. Malam tu saya tido lewat. Balik opis pun kul 9 lebih malam sebab ada issue, lepas tu packing barang2 tu yg tido kul 2 pagi hahaha..

Anak2 tak dapat ikut hantar sebab hubby kejer, so hubby sorang jer la yg hantar saya. Anak2 just babai kat umah jer. Masa tu Umar & khayla belum bangun.. Umar kejut banyak kali pun tak nak bangun..letih sgt kot. Alhamdulillah sampai KLIA around kul 7. Terus berkumpul & check in. Lepas check in saya terus cari geng i ols, Arina & Rusi. Gi lepak food court kejap. Lepas dah setel breakfast.. kami pun berpisah sementara.. Arina & Rusi naik MAS. See you in Taiwan.. eceh..poyo sangat aih.. hahaha.. sebelum naik flight saya ke toilet..masa ni lah terjadi tragedi iphone saya jatuh dlm toilet huhu... Saya lupa iphone tu saya letak kat poket belakang so masa bukak seluar tu terus meluncur laju ia jatuh huhu.. terus rasa down sekejap huhu.. tak boleh dah nak instagram huhu.. iphone tu jatuh separuh jer dlm air tapi saya geli saya basuh cuci2 semua sekali hahaha.. terus x leh on. Nasib baik la ada blackberry company.. so sebelum boarding tu call anak2..masa ni la si Umar tu melalak biler dgr suara saya.. serba salah kejap dibuatnya.. sebab dia tak babai saya tadi..kalau tak dia ok jer.. huhu..manja betul la umar sorang ni hehe.. Alhamdulillah..iphone saya sekarang dah ok..balik dr Taiwan terus bagi cousin opismate betulkan.. elok tanpa cacat cela..kena rm100 jer..lega :)

,br>Flight dr KLIA ker Hong Kong amik masa dalam 4 jam. Sempat lah i ols layan citer 'After Earth' yg anak will smith tu berlakon. Cerita dlm flight Cathay best2 jugak..semua yg baru2.. dorang cakap citer kat MAS tak banyak & bukan latest.

Hong Kong dr Udara
 Kitaorg sampai Hong Kong dlm kul 1 lebih tghari.. berlari2 sebab flight dr KLIA tadi ada delay sikit.. dah final call terus boarding next flight ker Taiwan pulak.
Airport Hong Kong dr udara
Perjalanan dr Hong Kong ker Taiwan ambil masa dlm satu jam setengah.. kami sampai Taiwan dlm pukul 4 lebih. 
Taiwan dr udara

Kincir2 angin tu adalah utk menjana tenaga elektrik u ols..
Airport Taiwan
Masa kami sampai, waktu org nak balik dr kejer.. so agak macet yer u ols hahaha.. perjalanan dr airport ker hotel sepatutnya amik masa dlm 40 min, tapi sebab peak hours berebut2 ngan org nak balik kejer so amik lebih kurang sejam.. 

Pertama kali melihat Taiwan, terus terdetik dlm hati.. bersihnya... tak der sampah.. Hiway pun cantik..bertingkek2


Hiway 3 tingkat



Boleh nampak kat Taiwan ni dorang cuba utk mengekalkan kehijauan
Apa yg menakjubkan tentang Taiwan lagi adalah.. disini sgt selamat.. tahap jenayah adalah sgt rendah.. korang boleh nampak perempuan pakai skirt pendek jalan sorang2 malam2.. tak ada siapa nak kacau.. motor boleh parking jer mana2 tanpa kunci..tak der org nak amik, helmet comel2 sangkut jer mana2 takkan hilang.. mengikut tourist guide tu, polis kat Taiwan tak ada yg amik rasuah. Setiap bas ada alat pengesan gps yg boleh detect tahap kelajuan & mana saja tempat yg dorang pegi.. Kalau pegi night club & mabuk, dorang boleh call taxi, nanti pemandu taxi tu akan amik & drive keter kiter balik. driving test pun sgt ketat. Tempat driving test dia sgt comel dah macam kat legoland pulak saya tgk hahaha.. Tapi kat Taiwan, taraf hidup adalah tinggi, rumah sgt mahal. Kalau beli kereta kena beli tempat parking sekali.. harga tempat parking pun dah hampir sama dgn harga kereta.


Kat Taiwan jugak korang boleh nampak scooter dimana2.. susah lah nak nampak motor2 lain. Hampir semua pakai scooter. Even polis pun pakai scooter.. tak sempat nak snap gambar scooter yg berderet depan balai polis hehe Kat jalan raya pun, kat traffic light ada tanda khas utk penungang2 scooter.

Nampak tak tanda putih org naik scooter atas jalan tu?

Bakai polis..mcm dlm citer2 cina kan :)


Taiwan juger bersih..susah nak jumpa sampah. Tong sampah pun susah nak jumpa.. gov dorang galakkan penduduk, bawak balik rumah sampah & buang di rumah. Dorang kena beli plastik khas utk buang sampah sebab dorang recycle. Lori sampah dorang tak berbau & akan kutip sampah mengikut hari2 tertentu, contohnya isnin kutip sampah2 recycle, selasa kutip sampah2 basah etc.

May be jugak sana susah nak jumpa pekerja indo atau bangla.. semua pekerja adalah penduduk taiwan. sebab tu bersih.. org2 cina Taiwan sgt berbeza dgn cina2 dr main land yg kasar & pengotor. Diaorang sgt tak suka cina2 dr main land.. kalau boleh dorang kata dorang tak nak bagi cina2 dr main land tu masuk Taiwan.. dan dorang kalau boleh nak benar2 merdeka dr main land & amerika. Sebab dorang kata dorang masih mcm under control US & china.




Jambatan bertingkat.. kebanyakan jambatan kat Taiwan bentuk mcm ni




laluan MRT
stesen MRT
Bangunan buruk2 macam ni mmg banyak tapi wpun buruk, persekitaran adalah bersih..tak ada sampah.

Mungkin Taiwan ni kecik.. pulau.. macam Singapore jugakkan.. senang nak control.. yg baik kiter amik contoh lah kan.. saya rasa saya sukalah Taiwan ni.. barang2 made in Taiwan juger sgt berbeza kualiti dgn barang2 made in China.. korang pasti puas hati wpun harga dia murah..  

Bas kami.. 3 buah bas semuanya yg bawak kami :)

Hotel tempat kami menginap sepanjang 4 hari di Taipei



Kalau nak datang Taiwan..jgn datang bulan 7-8 sebab waktu tu Taiwan selalunya dilanda taufan.. Masa kami pegi ni baru masuk autumn.. cuaca masih panas tapi sgt windy.. Mengikut tourist guide tu..paling best datang adalah dlm bulan november & december sebab musin sejuk.. Bulan january pun tak berapa sesuai sebab masa tu masih terlampau sejuk..

Nanti saya sambung lagi.. Next entry adalah 'Gala Dinner'

Thursday, September 12, 2013

Taiwan - Staff Excursion Trip 2013


Staff Trip ni adalah 3 tahun sekali, Last Trip tahun 2011 ke Bali saya tak dapat join sebab waktu tu saya dah 8 bulan mengandungkan Khayla. So company bagi saya duit. Bagus jugak la dapat gunakan duit tu di kala nak menyambut orang baru hehe.

So tahun ni saya mmg excited giler tunggu destinasi mana yg dipilih. Sebelum2 ni destinasi yg dorang dah pernah pergi Dubai, Korea etc. Akhirnya management pilih Taiwan utk Amway IT, Amway HQ pulak pegi Korea. Tahun2 sebelum ni AITS & HQ gabung pergi sekali tapi memandangkan AITS dah makin besar so kali ni pegi destinasi yg berlainan.

Saya sebenarnya excited nak enjoy ngan kawan2 jer kat sana. Bawak duit pun tak banyak, saya tukar rm500 jer. Tgk2 jer la apa barang yg ada kat night market kat sana. Yg penting saya nak amik gambar banyak2... tgk tempat2 menarik & naik tower 101 tu.

Saya, rusi & Arina dah plan nak bawak nasi impit, rendang, ikan bilis, boleh la jugak jimat.. allowance makan yg company bagi boleh wat shopping hihihi.. Lagipun hari pertama tu mmg ada Gala dinner, kemudian hari kedua pun ada Lunch utk team project Atlas yg dah berjaya Go-live tu. So insyaallah bekal kami bawak tu cukup lah.. nasi impit tu kalau nak tahan lama, kena rebus lebih 3 jam, kemudian masukkan dlm fridge yer puan-puan :). Ikan bilis pulak selalunya mak mentua saya yg buatkan tapi kali ni, mak mentua saya tak ada. Parents in law saya mnakan angin kat Vietnam. Hari ni baru balik. Esok pagi2 lagi flight saya ker Taiwan so mana sempat dia nak buatkan. Saya pun tak naklah mengada2 menyusahkan mereka kan. so saya order online dr Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie. Saya order 500gm - harga dia RM35.50 termasuk pos. Jap saya bagi info pasal sambal ikan bilis kesring ni:

Sambal ikan bilis tu 500g=rm28 jer.dan rm50=sekilo(min order 500g).Setiap pek 500gm.
Saya guna ikan bilis tumbuk kualiti baik Gred A dr Langkawi dan cara penyediaan juga berbeza dari sambal2 lain dipasaran dn tahan lama.Ramuan utama ikan bilis Langkawi dan bawang goreng. Memang sedap insyallah.

Untuk belian borong pula,beli 4kg dan keatas dalam satu resit sekilo akan dikira rm45 jer ,Tahan 2minggu jika letak dlm bekas kedap udara pada suhu bilik jika dlm peti sejuk berbulan pun lehh tahan insyallahhHarga termasuk posting POSLAJU dlm semenanjung malaysia

500g(rm28)+rm7.50(pos laju)=rm35.50 TOTAL UTK 500GM
1kg(rm50)+rm10(pos laju)=rm60 tOTAL UTK 1 KILO
1.5kg(rm75)+rm13(pos laju)=rm88


Source: http://www.sambalkeringriqzmie.com.my
Perkiraan di atas utk harga di Semenanjung. Saya order Isnin minggu ni, selasa macam tu dah sampai.. dan saya sukala mudah berurusan dgn Riqzmie ni. Biler ikan bilis tu sampai pun elok jer dlm bubble wrap tu. Saya belum rasa sebab saya malas nak wrap semula. Tunggu kat Taiwan nanti baru rasa. Tapi biler pegang tu boleh rasa ikan bilis dia tu rangup. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh gi kat website dia - http://www.sambalkeringriqzmie.com.my/ situ semua ada termasuk gambar & testimoni pelanggan2 sebelum ni.

Satu lagi saya lega sebab saya sekarang bendera jepun tgh berkibar so, tak yah lah saya risau pasal solat segala hehe.. thank you Allah :). Kitaorg naik 2 jenis flight, MAS & Cathay. Setiap team dipecah2kan. Ni namanya Risk management yer u ols, Saya naik Cathay, partner kejer saya (same job function - apps dba) naik MAS. Sebab kalau semua naik flight yg sama, kalau apa2 jadi pada flight tu, habis satu company.Tapi minta dijauhkan lah dr semua tu. Semoga kami semua selamat pergi & kembali..aamiin. Mas akan terbang direct ker Taiwan, manakala Cathay akan transit kat Hong Kong kejap. Saya tak kisah pun kena transit tu semua tapi yg tak syoknya Mas maximum berat bag 30kg, tapi kenapa Cathay sampai 25kg jerk..mencik tau hahaha..

Ok lah u ols, hari ni cam dah tak der mood nak kejer hihi.. Esok pagi2 kul 7 dah kena ada kat airport. Flight adalah kul 9 lebih. Doakan Semoga perjalanan kami dipermudahkan & selamat pergi & kembali. Aamin.

Wednesday, September 11, 2013

Our 12th Anniversary

7 Sept - Genap 12 tahun usia perkahwinan kami :) Untuk ulangtahun kali ni, saya dah order cake dr biras saya. Cake biras saya ni mmg sedap & cantik2 pulak tu.



Saya post gambar ni kat FB :)
   Tahun ni jugak genap 20 tahun saya mengenali en.suami. Tahun 1993, masuk matrikulasi di Kolej Mara Kulim, masa tu saya masih kira 17 taun la, sebab bday saya bulan 12 kan ekekeke.

Alhamdulillah, syukur dgn kebahagiaan ini. Semoga kami tidak diuji dgn ujian2 yg berat. May ALLAH grants us with many blessings and our marriage last until Jannah..Amin Ya Rabbal A'lamin..
Thank you to my biras, Yasmin Din for the wonderful cake :)
Cake super sedap sebab cream dia, lapisan bawah sekali adalah choc ganache, kemudian disalut dgn adunan cream cheese & sour cream. Biras saya guna choc semua yg mahal, yg kualiti elok sebab tu la kek dia sedap sangat.
Hadiah taun ini adalah 2 set lingerie.. Blush ada 65% discount masa merdeka day hari tu. 2 pasang dapat dlm rm130..sukernya dlm hati hihi.

Tunjuk beg jerk..giler kot nak tunjuk isi dalam ni kan..aww ekeke
Dan juga set comforter baru..
Pagi sabtu tu, kuar awal nak gi pasar seksyen 6, shah alam bawa danisha, qaireen & umar jer. Khayla masa tu belum bangun.. Kul 7 lebih kitaorg dah gerak kuar. 
Nyanyi2 dalam keter perkara biasa kami anak beranak :)



Lepas dah setel beli stok lauk pauk seminggu bawak anak2 breakfast kat secret recipe SACC Mall... sekali sekala breakfast mewah eceh..mewah la sangat.. yer la selalunya breakfast kitaorg just pi makan nasi lemak atau roti canai jer kan..



Lepas makan, bawak anak2 masuh MPH, belikan magazine/buku utk dorang.


Buku pilihan Qaireen. Best jugak boleh pakai2kan baju.
Dah selesai tu, bawak anak2 main keter sekitar situ jer.. bayar rm5 utk 10 minit. Qaireen & Danisha amik yg kena tekan pedal sendiri. Umar jer saya amik yg remote control hehe





Lepas tu lepak2 jap.. lepas tu tghari gerak balik rumah. Anak2 yg lain dah menunggu :) 
 

Tuesday, September 10, 2013

Raya ke 2, 3, 4 .... :)

Raya ke 2 pulak kami masih pergi beraya area Gombak tapi kali ni umah sebelah mak mentua saya pulak..Rumah mak cik Ani, kakak mak mentua saya.

Posing dlm keter sementara tunggu semua siap & parents in law saya sampai.. bawak 2 keter, anak2 ramai yg nak dok ngan atuk & wan dia so boleh bawak Teana, tak yah bawak livina hihi. Tgk la lagak si khayla yg makin keletah & pandai pose depan kamera dah sekarang. Lawak pun ada dia ni haha


 
 

Outfit anak2 pada hari tersebut.

Haris & khayla jer ikut kitaorg, yg lain semua naik ngan Wan dorang hehe

Khayla ni kat umah org dia behave..hahaha..kat umah jer tak reti dok diam...
Malam tu hubby belanja kitaorg semua dinner kat restoran Famous Thai dlm plaza Massalam. Balik tu terus rehat & tido hehe... org masih tak ramai sebab masih ramai kat kampung semua kan.
Raya ke 3, pulak cousins saya semua nak datang beraya kat rumah.. sayakan cucu sulung so saya ni kira kakak sepupu sulung dorang lah.. so pagi tu pegi pasar dulu nak jamu laksa penang utk dorang. 
bawak umar sorang gi pasar syeksen 6 shah alam
lepak2 sementara tunggu semua sampai

Pukul 1 macam tu saya dah setel semua, laksa penang & mee goreng.. tapi rupa2nya bebudak ni pegi beraya kat umah Tok Lang saya kat Taman Tun dulu, tunggu punya tunggu tak sampai2.. dalam kul 3 baru la sampai.
Geng2 lelaki makan dulu, geng2 pompuan tgh bizi solat kat atas.
Hubby, Omar Hafriz & Atikullah. Hafriz & Atikullah ni dua2 husband cousin saya. Atikullah & cousin saya Mastura baru sampai dr kelantan terus tuju rumah saya.

Turn geng wanita pulak yer.. cousins saya from left to right Aqilah, Najla, Mastura & Izyan. Aqilah sorang belum kawin..Insyallah tak lama lagi.

Ilyas wif mak lang Izyan :)

Geram betul ngan baby Ilyas ni...comel sangat
 
Tgk la peha dia tu berketak2..geram nak geget tau! hehe

Ini la dia mummy Ilyas yg cun selalu.. Najla


Geng2 lelaki dok layan movie 3D..citer apa tak ingat pulak saya sementara geng2 wanita dok borak sakan dalam bilik haha
Sebelum dorang balik..amik gambar ramai2 dulu.. :) 
 Licin laksa & mee goreng saya..sedap sangat katanya hihi.. terima kasih lah sebab sudi datang kat teratak comel kami :)

Hari Raya ke 4, kami tak kemana2 sebab adik beradik mak & ayah mentua nak datang rumah dorang..so kitaorg just lepak umah mak mentua sajer hihi




Demikian lah ceritera lebaran 2013 kami.. :)  

  

 

Google