I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Sunday, October 30, 2011

Tragedi October

Perkara yg paling saya takuti selama ni.. Air panas tertumpah dan kena pd anak2..

Patutnya saya naik kejer Isnin 3 Oct. So malam tu dah siap2 segala brg yg nak bawak gi opis, beg laptop, beg telekung, beg pam susu semua dah susun cantik2. Mmg dah ready lah badan & otak nak pi opis esok ni.

Masa kejadian tu berlaku saya dah tido dah pun, umar pun dah lena sebelah saya tapi anak2 yg lain, danisha, qaireen, jihah & haris masih dok bersuka ria, happy sebab mak tok & tok ba dorang ada kat rumah. Entah masa biler umar bangun dan pegi main bakul susu yg saya

bawak naik atas utk buat susu umar, qaireen & danisha malam2. Sebab saya penakut nak turun bawah. Kebetulan sebelum tu Najihah bukak flask air tu & tak tutup rapat.

Saya sedar biler dgr umar menjerit kuat. Rupa2nya dia dah angkat flask tu dan air yg tertumpah tu kena kaki dia.. huhu.. saya panik giler masa tu. Air tu panas sgt sebab masak2 jerk maid terus tuang masuk flask.. mmg masih panas sgt lagi.

Terus angkat dia, dlm kalut2 tu, mak saya sapu semua kaki yg kena tu dgn colgate.
Sayu hati saya biler tgk kulit ada yg menggelembung & ada yg dah terkopek/tersiat jatuh. Terus saya & hubby siap2 bawak terus ker Damansara Specialist. Yer lah masa kena tu dlm kul 11 lebih dah nak dekat kul 12, baik pegi terjah unit kecemasan kat sana. Sampai jer sana nurse terus inject ubat tahan sakit. Umar masa ni dah meraung2 kesakitan. Hancur luluh hati saya masa tu. Pas tu kena tegur dgn nurse sebab letak colgate. Patutnya nurse kata just lalukan bawah air sejuk. Colgate tu mmg mula2 dia sejuk tapi beberapa ketika lepas tu dia jadi panas. huhu..sian umar.

Mmg saya ada baca kalau kena air panas lalukan bawah air sejuk, tapi biler dah kalut2 macam tu, jadi panik semua lupa.

Then diskas ngan Doc, dia kata ada 2 cara. 1st x yah masuk wad tapi hari2 kena dtg buat dressing. 2nd buat one-time treatment, tapi kena buat minor surgery, tampal kollagen. Doc suggest tampal kolagen sebab kalau dressing hari2 sian dia tahan sakit.

So malam terus tido wad and umar kena poser start kul 5 pagi coz pagi2 dlm kul 8 pagi cam tu doc nak buat operation tu. Masa umar tgh lalok2 tu, nurse try cuci colgate tu dgn air suling then balut elok2 sementara tunggu operation esok pagi.
Tunggu punya tunggu, kul 12 tghari baru nak masuk OT. Kesian sgt kat umar, lapar & dahaga tak leh minum susu/air. Delay sebab operation org sebelum tu amik masa lama.

Hubby tgh pujuk umar, cuba alih perhatian umar dr mintak susu.
Saya masuk OT, teman umar. Lepas umar dah pengsan sepenuhnya baru saya kuar.
Umar lepas kuat dr OT
Doc buang semua kulit yg gelembung & rosak tu. Then tanpal dgn kollagen dr membran lembu.Nanti biler isi baru tumpuh sepenuhnya lapisan membrane lembu ni akan tercabut sendiri.
Umar kat recovery area, lepas kuar dr OT
Nurse keringkan air2 yg mengalir keluar dr luka dgn hair dryer. Masa dlm bilik pun setiap 2 jam saya kena keringkan dgn hair dryer yg dibekalkan.
Dah kat bilik. Umar dah sedar, terus bagi dia minum air kosong dulu. Doc kata kalau tak muntah baru boleh bagi minum susu. Habis 2 botol air kosong umar minum. dahaga sgt kot.
Keadaan kaki umar after operation.
Mak Tok & Tok Ba dtg bawak kakak2, abg haris & baby khayla..semua dtg tgk umar.
Hari kedua, Bos hubby dtg melawat. Umar dapat beg barney ni. Thanks to En.Mutalif from Sapura.

Umar happy :)
Keadaan kaki umar pada hari ke-2. Dah kering sikit.
Hamper dr Company Hubby - Sapura
Umar dok spital 3 hari. Alhamdulillah hari ke-3 tu luka dah kering. Buat masa sekarang ni, umar mandi tak leh kena air kat kaki tu dan ada follow up check up seminggu/2 minggu sekali.

As of today, ada sikit lagi kulit yg masih belum luruh. Nanti biler semua kulit dah luruh & tumbuh kulit baru saya snap lagi amik gamba kaki dia yer :)

mmg betul2 pengajaran lah buat saya & family biler berlaku kejadian mcm ni. Saya berdoa Allah lindungilah Anak2 kiter dr benda2 yg tak diingini macam ni. Rasa bersalah tu sampai sekarang ada dlm diri saya :(

Tuesday, October 18, 2011

~Forgiveness~

*** sekadar gambar hiasan utk menceriakan hari anda :) ****

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the apple of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for work so he asked the wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. The mother, preoccupied in the kitchen, totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to the bottle and, fascinated with its color, drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned. She was terrified how to face her husband.

When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just four words.

What do you think were the four words?

The husband just said "I Love You Darling"

The husband's totally unexpected reaction is proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he have taken time to keep the bottle away, this will not have happened. No
point in attaching blame. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.

Sometimes we spend time asking who is responsible or who to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. We miss out some warmth in human relationship in giving each other support. After all, shouldn't forgiving someone we love be the easiest thing in the world to do? Treasure what you have. Don't multiply pain, anguish and suffering by holding on to forgiveness.

If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world.

Take off all your envies, jealousies, unwillingness to forgive, selfishness, and fears and you will find things are actually not as difficult as you think...

Sunday, October 16, 2011

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG

Saya amik info ni dr FB.


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.


Wasallam

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!!

Eid Mubarak to everyone. Ampun & maaf seikhlas hati dr saya, suami & anak2.

Tahun ni saya cuma beraya di KL..tak balik kelantan sebab masih dlm pantang. Takut nak balik dengan jem sampai berjam2.. takut bentan etc.
Baju neh last minute gi beli sebab baju yg saya tempah color tak sedondon ngan en.suami.. hehe.. so akhirnya dapat jugak pakai sedondon tapi kami ada 2 color la..saya & hubby purple.. anak2 lak color maroon ekekeke...

Sunday, August 21, 2011

Hadiah2 Khayla dah sampai... yippie yeay!!!

Sabtu ari tu opismate saya Adibah & sharon akhirnya selamat sampai umah saya.. memula ada lagi 2,3 org nak join tapi last minute tetiba memasing ada hal yg x dpt di elak so Adibah & Sharon jer yg dtg.

Seronok sgt tgk banyak giler hadiah utk khayla.. Adibah cakap dorang berjaya kutip rm800+ utk khayla sebab tu boleh beli macam2.. wow murah tul rezeki khayla.. baby ramadhan hehe.. Diaper cake yg digubah khas oleh Rusi utk baby khayla.. comei kan? Ni pulak hadiah dr US.
Banyak sgt stok diaper utk baby khala.. dlm box tu saya susun semua diaper dr gubahan diaper cake tu.. ada 3 lapisan bersusun2 tu... receiving blanket dr diaper cake.. ada 4 semuanya. selimut yg tersangat lah lembutnyaa bak sutera.. Brg2 dr diaper cake saya suka ini!! tgk neh nail clipper dia siap ada kanta hehe kad ucapan.. Last sekali yg paling saya tunggu2.. baby cot from ikea..hoyeh!!Tadaaa... siap dipasang.. Baby khayla dah rasmikan baby cot baru :) cantik sgt..saya sgt2 suka ...ohh ada jugak coklat utk kakak2 & abg2 khayla :)

TERIMA KASIH SAHABAT!! I LUV U All!!!


Me @ Day 20 - confinement



Wednesday, August 17, 2011

Gifts for Khayla

Uish..sgt tak sabar tau... Sabtu neh officemate saya nak dtg umah bawak hadiah2 yg byk tu utk khayla... saya tak sabar nak pasang baby cot baru utk khayla.. baby cot lama mmg dok kat bawah jadiks tempat kurung umar ekekeke...Umar sangat lasak so kadang2 mmg kena kurung dia dlm neh.. heheTerharu sgt tgk opismate saya sanggup kumpul duit.. then gi belikan baby cot tu kat ikea utk saya.. mmg member2 opis saya ni sgt best tau..

Tgk neh gagah perkasa angkat masuk keter hehe...don't look down at the girls ya! :)
Ni semua geng saya kat opis.. from left - Cindy Rockafella, Adibah Dib Dibo, Rusi & Sharon :).. Thanks ladies! I luv u all..muahss... :)
Tak sabar jugak nak tunggu dorang bawakkan hadiah dr US.. Bos & team saya kat US ada kirim hadiah all the way from US.. tak sabar nyer...sementara neh dorang letak atas meja saya kat opis.. bestnya ada macam2.. selimut yg sgt comfy, teddy bear, diapers etc saya paling suka set neh 'Complete health and grooming collection'. ada termometer semua then senang nak bawak travel sebab dlm satu beg semua kan..

masa hari keberapa entah, company hubby ada hantar bakul buah2an.. anak2 saya suka la leh makan macam2 buah.. :).. murah tul rezeki khayla...

Dan sekarang adalah sgt tak sabar nak tunggu sabtu ini.. tee hee...

Cindy Rockafella
PERINGATAN: Rombongan Ke Rumah Edrina Abd Rahman
Tarikh: Sabtu. 20 Ogos 2011
Masa: 11 pagi
Agenda: Pemasangan baby cot utk Baby Khayla oleh Ilamurugu Arimugan, Upacara penyampaian hadiah oleh Rusilawati Ab Malik, Persembahan nyanyian lullaby oleh Adibah Azhar, Sessi video conference dengan Cindy Rockafella
Nota kaki: Jangan lupa air laici sejuk utk Si Ila yang penat memasang baby cot (pesanan dari Azree Idris)

Sunday, August 07, 2011

Nur Khayla Addina

D.O.B : 1 August 2011 / 1 Ramadhan
Time : 1.12pm
Weight : 3.74kg

Alhamdulillah.. baby ni betul2 dengar kata mama dia laa... saya start cuti unpaid leave 1 August.. so dia mmg tak nak bazirkan cuti mama dia.. so dia kuar tepat2 1 Aug so mama dia betul2 boleh rehat 2 bulan tu..hehe..tq baby!

Masa hari jumaat tu balik kejer saya ngan hubby terus ker klang.. check up.. masa check up doc check bukaan and masa ni doc kata baby dah engaged and dah bukak 3 cm.. saya pun dah rasa sakit sikit2.. doc tanya.. kamu dok dekat kan edrina? kalau nak bersalin esok dtg pagi2 atau kalau malam nanti rasa sakit terus dtg tau... saya terus cakap ok doc..

Balik tu saya cakap kat hubby.. saya nak setelkan apa yg patut dulu over the weekend.. nak gi shopping baju raya anak2 & nak pi amik set corelle saya.. so esoknya sabtu, saya tak pi hospital.. kitaorg gi shopping baju raya utk anak2.. pi shopping kat SACC mall jerk.. terus terjah poney & renew coz saya tau situ ada sale 50-70%.. biler anak2 dah ramai ni kena la beli tempat2 yg ada byk diskaun cam gitu.. itu pun habis rm800+..almost rm900 jugak laa utk 5 org anak.. tapi kira ok la sorang dapat dlm 2/3 pasang..kira jatuh sorang anak dlm rm160+. Pas tu gi cariks baju melayu haris & umar. setel... terus balik umah.. sampai jerk umah saya tgk kaki saya bengkak giler.. dr anak 1-5 tak pernah kaki saya bengkak time peknen.. may be sebab tadi tu byk jalan sgt kot...

Tetiba malam tu member uum saya yg terror buat kek kat jelutong kasik mesej..dia ada buatkan red velvet cup cake utk saya.. sebab dia teringat kat saya.. terus kitaorg berdesup pi jelutong..hehe suka2.. murah rezeki.. dapat gak merasa red velvet cake neh :). Terima kasih sgt2 Airin.. saya betul2 terharu.. kalau u ols nak order cake dia leh gi link sini... http://sweetcuppies2u.blogspot.com/ mmg cake dia sgt lembut & sedap.. tak tipu punya! Semoga Allah murahkan rezeki Airin sekeluarga..ameen.

Esoknya hari ahad.. kami gi amik set corelle saya kat keramat.
on d way to pick up set corelle saya.. muka excited... Sib baik hubby familiar ngan tempat tu.. dekat ngan HQ lama sapura.. so ini lah set corelle saya..yeay!! tantek tak? Simple jah.. hubby pun suka :)
Adus entry kali ni dah caca marba.. update semua sekali ekekeke.. tak perlah u ols yer.. susah saya nak online kat laptop dlm pantang ni.. busy sket kali neh.. yer laa..anak2 ramai kan..

Malam isnin tu saya dah rasa contraction tapi masih boleh tahan.. so cakap kat hubby kiter pegi pagi2 esok lah.. Sempat lagiks malam tu saya buat pengat durian ekekeke... makan banyak giler okes.. hahaha

Pagi tu, saya tak puasa.. saya bantai makan nasik kenyang2 & pekena pengat durian lagiks ekeke.. lepas dah kenyang2 baru gerak gi spital.. sayu pulak masa tinggalkan anak2 kat umah.. tsk tsk :(Sampai spital dlm lebih kurang kul 10 lebih... Doc check bukaan dah 5cm.. so doc kata kepala baby pun dah engaged...kedudukan baby waktu scan semua normal.. so doc kata bagus.. terus admitted.. naik bilik..tukar baju.. nurse masukkan ubat berak.. buang segala macam mak nenek ekeke.. terus tolak masuk labour room dlm kul 11 lebih camtu.. dlm labour room, doc pecahkan air ketuban... lepas tu sakit makin kuat.. so saya mintak jab tahan sakit kat bontot.. lepas kena jab..lalok.. terus ketiduran.. hubby pun sama.. letih puasa ekekee sama2 tertitun hahaha... lebih kurang kul 1 saya terjaga sebab rasa sakit sgt kuat... terus panggil nurse..check bukaan dlm 7-8cm.. baru jerk nurse nak bukak sarung tgn tu tetiba saya rasa nak terberak sgt2..kira tak sampai seminit jarak check bukaan yg tadi..nurse check sekali lagiks dah 10cm.. terus nurse cakap..ha..ah dah boleh... terus panggil doc.. Masa nak push kali ni agak susah.. may be sebab baby besar.. saya teran sampai dah habis napas tapi baby tak kuar2.. doc cakap 'edrina push.. push.. nanti baby awak lemas' .. dengan napas yg putus2 tu saya kuatkan semangat and push sekuat hati.. masa ni saya terangkat bontot sikit.. alhamdulillah baby selamat kuar..terus doc amik and letak atas perut saya.. rasa lega sgt2.. doc kata patut lah susah nak kuar sebab tangan baby sebelah kanan dia letak kat sebelah pipi macam org tengah termenung. Kali ni banyak jugak kena jahit sebab saya kan terangkat bontot masa nak push tadi tu.. so redha jer lah..janji baby selamat.. kalau masa umar dulu saya langsung tak kena jahit.. lagipun kali ni baby besar..3.74kg..Lega rasanya biler semua dah berakhir.. :). Kali ni tgh pikir nak ikat ker tak.. ari tu doc ada offer nak terus ikat masa 2nd day bersalin tu sebelum kuar, dia akan tebuk sikit tepi pusat utk ikat peranakan.. tapi saya rasa cam belum bersedia sebab saya tak buat apa2 research ttg tu..lagipun nanti saya tak leh nak berurut & pakai bengkung segala.. lagipun saya kena stay satu hari lagi kat spital... saya dah rindukan anak2 sebenarnya.. sebab saya mmg dah boleh balik umah ari tu.. bincang2 ngan hubby.. so kitaorg decide buat later lah..

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬
Jauh Mana Jarak Kita, Lama Mana pun Tak Jumpa,
Kita Tetap Pandang Anak Bulan Yang Sama,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬

Thursday, July 28, 2011

Mutiara kata utk renungan

Saya suka baca status fb yg bermotivasi macam ni.. so neh saya try kumpul & coretkan kat sini sebagai rujukan saya pula.. thanks friends.. :)

Jangan kita bersedih,kerana ianya boleh menyebabkan harta yg Allah beri seolah2 tiada makna..dan rezeki yang Allah kurniakan seperti tiada ertinya.Nikmati segala yang Allah beri seadanya...Hidup ini ada formulanya..what U give, U get back...alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yg kau berikan Ya allah.

Bahagia kita tak bergantung pada siapa bersama kita atau apa kita ada..Hanya jiwa yg positif mampu menghasilkan hidup yg bahagia...hari ni aku sungguh bahagia..

Harga yang perlu di bayar oleh seseorang yang menyakiti hati insan lain ialah kecelaruan dan ketidak tenangan hati dan perasaan. Jadi, sekiranya kamu di sakiti..bersyukurlah kerana hatimu masih tenang dr hati org yg menyakiti.

A British man came to Sheikh and asked, "Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"
The sheikh said, "Can u shake hand with Queen Elizabeth?"
British man said, "Of course not, there are only certain people who can shake hands with the Queen"
Sheikh replied, "Our women are queens and queens do not shake hands with any or strange man.."
:)
(Shared by: AYud ARtdiver)

Resah gelisah datang mungkin kerana dosa-dosa kita. Istighfar. Solat. Dengan istighfar kita memohon keampunan, dengan solat kita mengosongkan fikiran dan menyerahkan diri padaNya. InsyaAllah, ketenangan akan hadir.

Successful people are always looking for opportunities to help others. Unsuccessful people are always asking, "What's in it for me?"
-Islamic Thinking-

A tree with loads of fruit is always bent low. Stay humble.
-Islamic Thinking-

‎"Ambition is expecting the best of yourself. Arrogance is believing you are better than others" -#IslamicThinking-

Jika kita lakukan sesuatu semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, kita pasti akan rasa tenang dan lega. Jika kita menunda2 sesuatu yang diperintah Allah, dan membiarkan diri kita dalam dosa, kita sendiri yang akan rasa gelisah dan serba tak kena. Itulah yang dikatakan menzalimi diri sendiri.

Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia2.
Tiap2 diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.
Tiap2 pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai,
dan tiap2 gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.
-Saidina Ali- (TV9)

Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad. Ia umpama api yang membakar. Sebelum dia membakar orang lain, orang yang hasad akan membakar dirinya terlebih dahulu -SOLUSI-

Wednesday, July 27, 2011

My brand new coach wrislet


Finally i got my first coach wrislet.. i really like it.. sebab? Harga murah gilak.. RM100 only.. berbaloi2 sebab wrislet ni besar..boleh muat BB, phone, money & cards.. sukeeeee ngeeeeeee..
Yg bawah tu purse saya.. nampak tak besarkan wrislet tu? :)
Actually wrislet neh another colleague yg pesan kat colleague saya yg pi US itu hari.. sekali tetiba dia tak nak sebab dia nak yg kulit bukan fabric macam neh.. saya apalagi dengar jerk rege RM100 terus la sambar wekekeke.. mana nak dapat coach large wrislet ngan harga cam tu kan :).

Oh ya pagi tadi saya ada 1 to 1 session ngan boss US saya.. walaupun saya tak dapat pegi oracle open world taun ni sebab saya bersalin sob sob.. tapi mungkin saya akan pegi waktu winter nanti.. in house training kat sana dlm 3 minggu cam tu.. oh ameen..ameen... tak sabarnya.. dah lama tak shopping kat US ekekke

Monday, July 25, 2011

Week 37 - No Baby yet! Let the good times roll, eh?

me @ 37 weeks - 26 July 2011

Jumaat malam lepas after kejer terus berdesup pi klang check up baby.. patutnya check up saya hari ahad tapi ahad hubby kena kejer la pulak so terus terjah jumaat malam tu lepas balik dr kejer.

Alhamdulillah..lots of good news from this appointment.

  • Berat saya dah mencapai 67.5kg (huhu paling berat kali neh naik ekeke) , blood pressure normal, kencing normal
  • Baby is also looking good.. paling tak leh blah biler saya cam terkujat kejap biler doc estimated berat baby dah around 3.6kg..siap tanya ulang2 kali 2.6? 2.6? kot2 silap dengar.. tak 3.6kg..tiga hahaha amik kau.. semangatnya little genius dlm perut mama kali neh...
Sebelum neh anak2 saya semua kebanyakan bawah 3kg.. Paling berat pun haris 3.25kg.. itupun baby boy still consider kecit sebab boy berat tulang... 2nd berat najihah.. 3.15kg.. yg lain2 cuma 2+kg jerk.. Tak kisahlah janji baby sihat & saya dapat melahirkan dengan selamat.. Patut la ramai org tegur perut saya besar macam bola ekekeke

Perkembangan terkini ttg saya lak dah rasa berat sangat2..I'm at uncomfortable stage esp when sitting or lying down..tido malam ku tidak lagik lena.. asyik terbangun nak terkencing..rasa nak terkencing satu hal tapi biler nak pi kencing sakit pulak kencing susah nak kuar sebab baby dok menekan pundi kencing tu..so selalunya amik masa sikit dlm toilet tu nak kuarkan kencing huhu.. sakit perut contraction pun dah rasa makin kerap.. sejak seminggu kebelakangan ni pun saya dah start having diarrhea.. which is normal at this point.. salah satu tanda nak bersalin tu :).

The waiting game is now in full swing.. :) the end is in sight! The end AND the beginning :)

Next appointment is this coming friday.. kalau tak bersalin lagi la :). This week last saya kejer.. Next week dah start cuti unpaid leave for 2 months.. huhu.. dah tak leh shopping online sesuka hati sebab kena mengharapkan belas ehsan dr suami sajork kakaka...

Till then..chow cin cau..
Google