I love to blog/talk about my family. These sincere sharings are to tell you that family bonding is on top of my life agenda and i believe that each one of us have a uniqueness that others can leverage on. Being very family-oriented, I hope all my entries can contribute by 'prosperizing' other family. This world needs great family towards building great ummah :)

Doa utk Semua
Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu. Ya Allah sembuhkan bila ada teman-teman yg sakit, lunasi bagi yang berhutang, mudahkan jodoh yg soleh/solehah bagi yg belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya.. ameen

Followers

Friday, March 01, 2019

Penyucian Jiwa di Haramain 23 NOV 2018 - 5 DEC 2018

Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Tuhan sekalian alam.




Friday, June 22, 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018 , Eid Fitr 1439H


Selamat hari raya Aidil Fitri Minal Aidil wal Faizin. Maaf zahir dan batin dari saya untuk semua :-)

Tuesday, February 13, 2018

Journey to Our Dream Home

Gated n guarded with auxiliary police provide excellent security
Alhamdulillah.. Allah maha mendengar .. Allah tahu apa & bila ianya terbaik untuk hamba2nya. Pencarian rumah yg lebih selesa untuk anak2 sebenarnya telah bermula sejak 2015 lagi. Tapi ada sahaja halangannya. Rupa-rupanya Allah ada yg jauh lebih baik untuk kami. Syukur Alhamdulillah. 





Avenham garden Type.
amazing design and beautiful landscaping
Avenham translates the Victorian house with conservatory into a series of garden homes that boast a charming covered patio that allows one to stay close to nature throughout the seasons.
Di takdirkan eco world beli tanah di puncak alam. Bermula detik itu kami simpan ketat cita2 & hasrat. 
backyard


backyard

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bermula sejak dari lawatan pertama ke galleri eco world puncak alam. Di ketemukan dgn sales person yg baik, kemudian hari ambik queue number utk unit selection, hari unit selection itu sendiri dipermudahkan. Kami dapat unit yg dikehendaki dan seterusnya loan lulus. Kami beli 2 unit sebelah menyebelah jadi kami boleh ada 4×2=8 bilik tido. Nanti kita pecah tengah2 ya hihi.. insyaallah siap 2019 nanti. Terima kasih ya Allah. Saya percaya ini rezeki Anak2. 


Hubby : Tan Sri, I've been following you since SP SetiaTan Sri : Oh ya? Thank you so much for your support.

Waktu unit selection kami sempat selfie dgn chairman ecoworld, Tan Sri Liew. Tak sangka esoknya masuk paper2 cina haha.

Hubby terselit dlm the edge hehe.. saya terlindung belakang tan sri
We always feel that Allah's blessings never comes on time when we call BUT the truth is, they are always on time but we are always in a hurry

Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan namun sulit untuk didapatkan? Itu adalah Allah yang mengetahui dan mendengar suara batinmu yang kau taburkan sebelumnya. (Q.S 65:2-3)

http://www.ecoworld.my/ecograndeur/

#ecoworld #ecograndeur #avenham-garden






Anak syurga mama - Nur Zahra Illiyeen

9 January 2018
Zahra means flower. It is mentioned only once in the Quran, within a popular Arabic idiom which literally means ‘flower of the world’.

Illiyeen is a direct Quranic name for girls that means "most sublime", "highest of the high" and refers to the rank of the best believers, or the place in Paradise.

Tunggu mama di syurga ya nak!






Saturday, February 10, 2018

Assalamualaikum...

Haris - percubaan pertama lukis potret diri sendiri
Fuh..lama sungguhkan blog ni terbiar sepi hehe.. Setahun lebih macam2 ujian dan nikmat silih berganti :-)

Last update sebelum ni berdebar2 nak tunggu result upsr 2016 Haris.. result upsr pertama kali dgn format baru.. Alhamdulillah walau pun tak lah cemerlang seperti orang lain tapi saya bersyukur mengambil kira kemampuan Haris sebelum ni.. Yer lah bercakap pada usia 4 tahun..mula membaca pada usia 9 tahun (darjah 3) kerana masalah dyslexia.. meningkat sedikit demi sedikit dr kelas hujung2 dan akhirnya mampu naik sehingga kelas ke 3 dari 10 kelas.. kemuncaknya result upsr 2016 Haris adalah 1A 4B dan IC. Satu2 A adalah subjek matematik (subjek yg tak perlu baca hehe).. Yg lain2 B dan C adalah Bahasa Melayu penulisan. Haris mmg bermasalah dgn Bahasa Melayu penulisan sebab dia tak suka membaca. Sempat dia kata 'Nasib baik Haris tak fail mama!' haha..
comic by Haris
Alhamdulillah masuk sekolah menengah ni nampak peningkatan pada Haris.. Markah haris maintain tinggi utk subjek matematik dan sains. BM pun dah ada peningkatan..atleast dapat B tu kira ok la haha..Result periksa akhir tahun 2017 membolehkan Haris ditawarkan masuk kelas rancangan khas (KRK) untuk tingkatan 2 tahun 2018. KRK ni kelas utk budak2 cemerlang result upsr tapi memilih tak nak masuk sekolah asrama (SBP atau MRSM) atau yg tak dapat tawaran ke asrama penuh. Syukur jugak sek men puncak alam ni ada kelas KRK. Tak semua sekolah ada KRK.
Haris di toon tuisyen puncak alam
Minat haris pada komik masih sama.. haris dan komik berpisah tiada hehe.. dah 2 tahun Haris ikuti kelas di Toon Tuition utk asah bakat dan skill dia.  Walau apa pun bidang yg Haris pilih saya tetap akan sokong Haris yg penting jadilah manusia yg memberi manfaat pada ummah.. insyaallah.. aamiin.
Kucing ke anjing ni? hehe konfius mama

Last year 2017 jugak Najihah menduduki PT3. Result Najihah alhamdulillah agak cemerlang.. Najihah dapat 9A 1B. B adalah subjek sains. Tahun ni dah form 4 Najihah.. pejam celik pejam celik dah tahun ke empat Najihah jadi budak asrama.. rasa baru sgt lagi register dia masuk SABDA hehe.. tahun pertama boleh kata every week kami pegi visit dia.. naik form 2 & form 3 , 2 kali sebulan pegi jenguk dia.. hehe..cuma form 4 ni sebulan sekali kot pi visit hehe.. Form 4 ni dah pesan kat dia..ini bukan honeymoon year.. pesan kat dia subjek semua makin tough.. foundation mesti kukuh.. so kena make sure faham segala konsep yg cikgu ajar dan jangan biar ketinggalan.. yer lah ada add math, fizik, kimia semua tu kan.. all the best Najihah.. mama dan babah sentiasa doakan Najihah.

Tuesday, November 15, 2016

Esok result UPSR 2016 phew..

Esok result upsr 2016 dup dap dup dap


May Allah guide and bless all our children, whether facing school exams or bigger exams of life. Whatever grades they get, We pray they become the coolness of our eyes and that they love their Creator and their parents and take care of us till old age with sincerity and joy. May they be granted wisdom in dunia to be the beacons of our ummah, to serve and be of use to the society, and most importantly pass their exams on Judgement Day reuniting us in JannatulFirdaus al'ala

Allahumma ameen 

Sunday, September 04, 2016

UPSR 2016


Ya Allah kau permudahkanlah urusan anak2 yg akan menduduki peperiksaan upsr ini. Berikanlah ketenangan & kefahaman kepada anak kami Muhammad Haris Fawzan & anak sahabat2 kami. Jauhilah mereka dr perasaan resah & gelisah ketika menjawab soalan. Berikanlah taufik & hidayahmu yg berkekalan ya Allah. Jadikanlah mereka insan yg cemerlang dunia & akhirat & memiliki sahsiah diri yg baik. Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Ya Rahman Ya Rabbul alamin. #harisfawzan #upsr2016

UPSR 2016 : August 5 - 8, 2016

Tuesday, August 16, 2016

6 months old Alanna

Diam tak diam dah 6 bulan. Sekarang seronok betul gomol budak bertuah ni.. dah lah pandai bergurau & suka tersenyum. Manja pulak tu..mmg kesayangan semua orang lah.

Jom layan gambar2 alanna pada usia 5 & 6 bulan.

Ni Gambar latest Alanna. 13 Aug 2016. Genap usia 6 bulan.
First time makan bubur. Muka comot hehe..baru selesai sarapan.. ready nak mandi :)
comot tak muka saya hehe.. mama kata wpun belum mandi tapi saya waanngiii sangat hehe
Gambar2 selepas ni semua waktu Alanna 5 bulan.
Teman mama sarapan di kedai mamak di hujung minggu hehe
Saya belum mandi tapi saya nak ikut jugak hehe
Gaya tido bebas mmg tak leh tahan.. syok jer tgk dia tido.. tido dgn senang hati hehe
Masa ni babah outstation..suka hati dapat conquer katil tido ngan mama hehe
dlm tido pun sempat praktis kung fu hihi
tido gaya bebas
Budak baik..bangun tido tak nangis tapi main2 sorang diri dulu.. kalau lama mama tak amik baru dia start bunyi hehe..itupun bila dah nampak mama atau bibik laa hehe
siap2 nak gi visit kakak najihah di asrama
suka gambar ni!!
Saya suka belikan toys sebab alanna ni pandai sgt main haha.. kalau boleh macam2 nak beli kasi dia.


tempat duduk ni hadiah dr kawan2 mama saya yg baik hati kat opis tu yeay! Thank you aunties!!


Oh no!! Kena buli dgn kakak2 saya pulak!
Kebanyakan baju2 khayla dulu masih elok.. so alanna dapat pakai semula.. mcm jump suit ni.
suka sangat tendang2 kaki gaya kung fu fighting tau!
Cutest little sister. Indeed!
Selepas bersalin di hospital bersalin Razif di Klang saya cuma check up sebulan kat sana. Lepas tu utk immunisation jab bulan ke 2, hospital telefon maklumkan diaorg tak der vaksin & suruh saya amik di klinik kerajaan. Sejak dr hari tu saya cuma check up di klinik desa puncak alam. Ada hikmah rupanya, dah lah dekat, sgt cepat, pemeriksaan yg lebih teliti oleh nurse & tak perlu bayar apa2. Selalunya saya akan buat appointment pukul 8 pagi. Dlm pukul 9 dah setel. Lepas tu boleh terus pegi kejer. Kat klinik swasta pun tak cepat macam ni tau hehe. Jimat dah masa ari sabtu saya. selalunya appointment kat klinik swasta hari sabtu. Separuh hari dah gone. So ni adalah perkembangan Alanna setakat 6 bulan yg saya catat dlm buku rekod kesihatan.

Semoga Alanna membesar dgn sihat & ceria selalu.. aamiin.
Google