Awal bulan 5 tahun ni, pulang dari sekolah Danisha bagitahu dia terpilih untuk masuk pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Sejak dari tu gigih Danisha menghafal. Respek kat semangat dia yg tekun menghafal 3 muka surat penuh cerita.
Pertandingan bercerita sains ni bersempena Karnival Sains & Teknologi (KASTEK). Danisha mewakili sek puncak alam 2 untuk bertanding peringkat daerah Kuala Selangor.
20 Julai 2016, tiba lah hari yg ditunggu2 bertempat di SK Sungai Terap. Danisha ditemani 2 orang guru pengiring. Cikgu Badariah & Cikgu Muna. Saya dah pesan doa banyak2. Kalau menang alhamdulillah. Kalau kalah jgn frust sebab itu semua rezeki yg Allah dah tentukan. Paling penting kita kena berusaha sebaik mungkin.
Alhamdulillah. Rezeki danisha kali ni dan berjaya menjadi Johan utk mewakili Daerah Kuala Selangor di peringkat negeri nanti.
2 Ogos 2016, Pertandingan peringkat negeri selangor diadakan di Sek Men Seri Puteri, Cyberjaya. Macam biasa pesan kat dia. Buat yg terbaik. Kalah menang rezeki dari Allah. Risau takut dia frust kalau tak menang sebab persaingan tentunya hebat2 bila dah peringkat negeri ni.
Mekap ni lebih cantik rasanya sebab tak der bunga kat mulut hehe
Gambar2 dikirim oleh cikgu Badariah melalui wassap pada saya yg berdebar kat rumah. Kebetulan hari tu saya kena food poisoning. Muntah2 & cirit birit dari pagi.
Terima kasih tak terhingga pada Cikgu Badariah & Muna yg sama2 berusaha memberi yg terbaik samada dari costume, script & latihan2 yg dijalankan serta menjadi guru pengiring membawa danisha ke tempat2 bertanding. Semoga Allah membalas segala jasa baik cikgu2 dan dikurniakan pahala atas keikhlasan cikgu.
Barisan peserta peringkat negeri
Danisha merupakan peserta ke 2 bercerita.
Keputusan kali ni tak memihak pada Danisha. Tapi bagi saya she's still a winner. Dia dah try her very best dah. Dah berani beraksi di pentas. Saya dah cukup bangga dah dgn dia.
well done danisha!
Ok lah Jom tgk video waktu pertandingan peringkat daerah ari tu. Part 1 & Part 2.
No comments:
Post a Comment