Wednesday, March 26, 2008
CHILDREN PLEDGE THEIR SERVICE FOR CHARITY!!
27 Mac, 2008 01:24 AM Lebih RM300 Ribu Untuk Yayasan Diraja Sultan Mizan PETALING JAYA, 27 Mac (Bernama) -- Seramai 625 kanak-kanak dari 32 Smart Reader Kids Centre seluruh negara berjaya mengumpul RM308,200 untuk Yayasan Diraja Sultan Mizan sempena satu konsert diraja di sini malam Rabu. Ia dikutip hasil dari persembahan kanak-kanak pusat tersebut yang berumur antara lima dan enam tahun dalam "K.I.T.A - We 'R' One Royal Charity Concert", yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Dr Richard Ong berkata, "Konsert Kebajikan Diraja dan jamuan yang diadakan bertujuan menyumbang kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. "Apabila kebanyakan majlis kebajikan lain dimeriahkan oleh selebriti, tetapi kita memberi peluang kepada kanak-kanak kita untuk menjadi duta kebajikan." -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment